Travel ke Austria Bersama Isteri tersayang

Salam,


Dah masuk minggu ke 3 pun di Austria ni baru aku ringan tangan nak nulis.. Jadinya terpaksa la tulis kisah 3 minggu lepas bagai mana aku dan Isteri dengan Hana Darina travel ke Austria. Sebab utamanya kesini adalah aku kena outstaion atas urusan kerja selama 6 minggu. Jadi aku guna peluang ini untuk bawa bersama isteri tersayang bersama Hana Darina. Hero 3 orang terpaksa di tinggalkan bersama mama dorang memandangkan persekolahan dan exam lagi.. dan juga kekangan bajet lah yg utamanya.

Kalau di ikutkan aku sebenarnya berat dah hati nak outstation berjauhan dengan isteri dan anak2 ni. Dulu masa muda-muda ok lagi la.. dapat extra duit pun bila outstation. Tak sangka tahun ni berpelung outstation plak lagi, ke Austria plak tuh.. kira ke belah Europ la plak kan.. aku tak la menolak walaupun 6 minggu. aku terima seadanya, secara positifnya dapat la extra untuk di bawa balik.

Berat juga lah bila terkenangkan terpaksa tinggalkan orang tersayang 6 minggu plak tuh.. paling lama aku tinggal isteri aku tuh pun 3 malam jer masa ke Tioman dan Redang beberapa tahun lepas.. tu lah yang paling lama.. Tapi memandangkan tugas, jadi terima je lah kan..

Sambil pada tuh, dok cek juga tiket flight untuk 2 orang, bila cek tengok dalam RM4800++ jer untuk 2 orang pergi dan balik. Simpanan pun ada sikit, jadi apa salahnya aku bawa Isteri aku sekali. Bila aku beritahu isteri nak bawa ikut ke Austria, apa lagi, happy tak terkata ler. Oleh sebab ini kali pertama isteri travel ke luar negara, risau juga untuk biarkan dia dan Hana traver berdua ke Austria sebab plannya mereka datang selepas aku dah seminggu 2 di sini.

Kemudian aku buat keputusan untuk Isteri dan hana pergi bersama aku. Bila kita check tiket, alamak RM7991. Pada aku memang kena pejamkan mata saja lah. Peluang bukan datang banyak kali. Duit mungkin boleh di simpan semula. on tak on, on tak on.. isteri berkali-kali tanya aku, betul ke nak bawa nih... pada aku, apa salahnya.. peluang.. Jadikkk.. ONNNNNN... aku plak, dari rasa taknak outstation, boleh plak rasa tak sabar-sabar nak terbang bersama orang tersayang.

Terus cepat-cepat renew passport aku dan isteri. Untuk hana kena buat passport baru lah. Aku ada coretkan pasal passport dlm entri lepas (passport-untuk-hana-dan-isteri). Hana masih tertanya-tanya untuk apa passport. Cuma aku kesiankan anak-anak jantan yang terpaksa di tinggalkan. Bukan sebab pilih kasih tapi sebab terpaksa. Inshaallah ada rezeki lain plak la kot kan.

Sepanjang bulan Julai dan Ogos persiapan untuk berangkat dah di cari sedikit sedikit. Macam beg besar, baju-baju sejuk dari kedai bundle, barang-barang makanan segera, brahimnya, megi nya, gula susu, rempah kari, santan kering, cili boh pun bawa... memang agak banyak juga lah.. sebelah beg besar tuh barang2 makan saja. beras pun bawa 2kg. Kalau ikutkan sebelah europe ni boleh bawa max 3kg jer beras kalau lebih dari tuh kemungkinan akan di rampas. Tp dah dalam beg kadang2 dorang lepas je walaupun bawa 5kg beras tuh. Masa aku ke jepun 5kg rileks jer.. ekekeke.

Persiapan nak ke tempat bersalji.. bundle pun ok je...

Beli rice cooker dr kawan RM50

Antara barang yang dah masuk bag

Sampai hari yang di tunggu-tunggu pada tanggal 23hb Ogos bersamaan hari Jumaat, flight di jangka pada 850 malam, memandangkan pada masa kami nak bertolak, sistem penerbangan ada masalah dan memerlukan semua penumpang datang 4 jam lebih awal. Pukul 3.30 petang kitaorang dah bergerak ke KLIA guna Grab.

Dalam grab ke KLIA


Tengok betapa ramainya manusia akibat system down

Muka isteri yang cukup happy.. dalam hati aku lebih berbunga!

Memang agak lama beratur hampir 2 jam untuk check in luggage saja. Selepas check in, kitaorang berlegar-legar di KLIA, solat dan makan alas perut saja. Dalam pukul 745malam, terus masuk ke dalam departure hall.
Alas perut

Departure hall.. ready to on board

Qatar Airway ni agak luas dan selesa. gembirakan muka isteri kesayangan aku tuh..

Lebih kurang 4.15pg kami sampai Doha waktu Malaysia setelah 7jam 25 minit penerbangan dari KLIA. Waktu Doha adalah jam 11.15 malam. Doha lambat 5jam dari Malaysia. Penerbangan seterusnya pada jam 6.50 pagi waktu malaysia (1.50 pagi Doha) ke Munich Gernany.  Pernerbangan Doha ke Munich di jangka selama 6jam 10 minit.

Rasanya ni dah sampai di Doha transit dalam 3jam

Hana penuh bergaya.. ikut awak la nak oiii

On da way to Gate

Lepak dulu sementara menunggu flight

Ni skill yang sume orang takde.. itu lah isteri kesayangan aku..

Doha ke Munich


Kitaorang sampai Munich Jam 1tghr waktu malaysia, 7pg waktu tempatan. Terus dapatkan Airport taxi yang dah di tempah, untuk isteri dan Hana kena 144 Euro. Situ saja dah 600++ kalau di tukar dalam RM.

Safely arive Munich

Si kecik sibuk nak tolak beh

Memang berbunga dalam hati aku bila tengok senyuman gembira sang isteri

Taxi arport ang kitaorang naik.. Perhead nih..

Walaupun penat.. tapi tetap happy.. 



Perjalanan mengambil masa hampir 2jam juga untuk sampai ke Ellmaier appartment di Kramsach Austria ni. Cuasa sungguh nyaman tp agak panas sedikit bila kena pancaran matahari.

On the way ke tempat penginapan

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Kalau di kira, hampir 24jam perjalanan (Malaysia -> Austria). Kerana kami sampai destinasi pada hampir jam 11pg waktu tempatan bermakna pukul 5ptg waktu Malaysia. Hah... 24jam perjalanan secara total.

Haus of Ellmaier tempat kitaorang menginap.. compact appartment.. serba lengkap.


Sampai sini saja dulu. Untuk aktiviti seterusnya akan di update di Entri lain.

nota kaki: dalam masa aku menulis entri ni, pergh.. perasaan rindu yang cukup kuat terhadap isteri aku nun.. almaklum ler.. dorang dah balik mesia. huhuhuhuh.. love you & miss u yang.. muahhh!!!

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.