Tempat Keenam di Austria - Achensee

Salam,

Masih pada 30hb Ogos, Jumaat, selepas bermain di Arena Coaster, kitaorang ke Achensee atau Tasik Achen. Tasik ni terletak di utara Jenbach, Hana memang pandai sebut Jembach ni sebab selalu dengar dalam tren dalam perjalanan pergi atau balik dari Innsbruck. Jembach tapi kena sebut "Yembah".. "j" bunyi "y" untuk Jembach ni, kalau perkataan lain tak pasti plak.

Berbalik pada Achensee ni, tasik ni antara tasik yang besar, air dia kaler turquoise dan kedalaman kira-kira lebih 100meter tuh.. cukup dalam. Perjalanan ke Achensee ni kena menelurusi gunung dulu, kemudian turun ke semula ke area perkampungan, kiranya tasik ni memang di kelilingi gunung.

Perjalanan ke Achensee, melalui gunung ganang yang cukup memukau


Di pertengahan ada kedai makan. Singgah sini jap utk bergambo...




Subhanallah.. cantiknya permandangan.. cukup aman dan tenang jer rasa

Masih di selekoh tadi..ada kerusi.. apa lagi.. cheeeseeee!!!


Area sini ada orang rekomen untuk naik keretapi Arang, tapi kitaorang tak naik pun, sebab dah datang guna kereta. Dapat la ronda di hampir keliling tasik. Dalam perjalanan nak ke Achensee tuh berapa kali kitaorang berhenti, sebab nak ambil gambar.. memang cantik sungguh permandangan. Subhanallah.

Bila dah sampai area tasik Achen tuh, kitaorang agak blur jugak lah nak ke arah mana. Jadinya kitaorang ikut gerak hati jer la.. ekekekek... mana-mana pun sama jer sebenarnya.. tapi tempat yang kitaorang pergi tuh bagus juga lah, ada tempat parking kereta, bila turun memang area tempat orang turun dan mandi.

Aku dan Hana jer yang mandi, isteri aku tengok jer.. Kalau ikutkan teringin juga nak mandi bogel.. hahahaha.. gurau jer ler.. takde pun orang mandi bogel kat area situ.. tapi air dia memang sejuk dan cukup segar, kaler dia yang agak menarik Turquoise tuh.. subhanallah.. memang menarik. Satu lagi pengalaman yang cukup bermakna buat aku dan keluarga.
Lihat airmya.. warna nya memang lain dari tasik di Malaysia.. turquoise.. 

Hana memang cemburu kalau tengok abahnya memeluk mommynya... 

Kitaorang tak mandi lama pun, cukup lah berendam dalam masa 20 ke 30 minit macam tuh, cuaca makin petang ni makin sejuk, air tasik jangan cakap lah, memang sejuk. kalau di ukur aku rasa maybe dalam 10 ke 15 darjah celcius. Cukup segar rasa badan lepas naik dan tukar baju.
Kesejukan.. memang segar lepas mandi dalam tasik ni.. air dia memang sejuk betul


Gaya mau ada.. spek itam tak tinggal... 


Ciuman kasih dari isteri tersayang.. seronok dapat ikut datang sini.


Sebelum bergerak ke sebelah lain Achensee


Lepas siap dari mandi, kitaorang bercadang untuk pergi ke sebelah lain pulak tasik ni, di area kawasan keretapi. Bila ke sebelah sana, macam tak jumpa dah tempat untuk turun mandi.. Nasib baik sampai jer terus ke tempat yang kami mandi tadi.



Wow.. nice.. cantik kan isteri aku..

Di sebelah lain Achensee



Happynya anak dara dapat peluk abahnya.. pakyaaaa...

Dalam pukul 6 lebih kitaorang pun bergerak balik. Bila balik terus singgah Lah's Tomyam lagi untuk dinner. balik nanti tak perlu masak dah. siap duit jer lah untuk makan. Tp hari ni just ambil nasi goreng dan tomyam dan nasi putih.

Itulah ceritanya di Achensee.

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.