Showing posts with label kisah teknologi. Show all posts
Showing posts with label kisah teknologi. Show all posts

Test blogger apps

Haloha!
Entry ni just nak test guna, blogger apps. Masa awal berblog dulu2 boleh guna.. Lepas beberapa tahun tiba2 error bila upload gambo. 
Setiap kali upload gambo keluar error, "unsupported format".. Tu yang jarang update.. Ekekeke.. Nampak tak permainan dia.. malas sebenarnya.. hihihihi..

Alasan je la tu.. Bak, kata orang-orang tua.. Nak seribu daya, taknak seribu dalih... kalau dah baloq liat.. memang tak leh wat apa dah..

So nak try upload gambo n sent entry ni. Kalau boleh update guna apps.. Boleh la selalu post entry2 baru. 

test upload gambo anak dara sorang yang comel nih

Note: Nampaknya blogger apps ni dah boleh guna.. and post Entry... terbaek.. boleh la update dengan senang.. tak yah nak buka pc dah..

Informasi Tentang Strucktur Memory Mifare Clasic Card

Salam,

Salah satu sebab aku buat blog adalah, kumpul semua informasi yang aku nak ingat. Supaya senang di masa depan. Contoh aku mencari sesuatu informasi, selain aku catat dalam buku, lebih baik aku log kan dalam blog. Sekurangnya di mana2 nanti aku boleh access semula infor tersebut dalam blog sendiri.

Hari ni aku nak tulis pasal Struktur Memory dalam Mifare Card Clasic lah. Mifare card clasic ni memang biasa kita guna. Kebanyakan nya kad touch and go memang guna jenis Mifare nih. Yang paling utama, ada peralatan untuk baca informasi dalam kad ni lah secara umumnya. Secara khas nya, untuk touch and go ni, bukan senang-senang ko nak baca atau masukkan data dalam card ni ye. Ada banyak protokolnya. Securitinya agak tinggi. Aku tak nak bincangkan benda alah tuh der. Aku cuma nak olahkan struktur memory yang ada dlm card Mifare nih.

Untuk kad Mifare 1k. Dlm kad ni ada 16 sektor, dan setiap sektor tersebut ada 4 blok dan setiap blok tersebut ada 16 bytes lah. 1 byte = 8 bits lah.. hahaha.. amik ko.. agak teknikal sikit.. para pembaca. kalau korang terbuka entry ni.. harap korang skip jer la.. entry ni memang khas untuk aku rujuk semula di lain hari di masa depan. Minta maaf ye.

16 sektor x 4 blok x 16 bytes = 1024 bytes. itu pasallah namanya 1K card.. mudah kan..

Gambarajah kat atas ni adalah sektor dan blok bg 1K Mifare Card.

Cemana untuk Mifare 4k plak? Mifare 4k akan ada 4096 bytes data lah atas kat tuh. Untuk Mifare 4k, dia ada 40 sektor. 32 sektor pertama mempunyai 4 blok utk setiap sektor, selebihnya lagi 8 sektor mempunyai 16 blok untuk setiap sektor. Ada faham?

32 Sektor pertama : 32 sektor x 4 blok x 16 bytes = 2048 bytes 

8 Sektor selebihnya :
8 sektor x 16 blok x 16 bytes = 2048 bytes

so total utk keseluruhan sektor akan dapat 4096 bytes data atas kad.


Gambarajah atas untuk 4K Micare Card Mifare kad. 

Macam senang jer nak faham kan. hihihi.. tp nak ke dapat informasi sampai sini agak susah lah. So aku masukkan dlm entry untuk mudah aku nak rujuk semula nnt bila aku nak develop card reader utk bacakan Mifare card nih. Ada lagi kad yang canggih di panggil Desfire , boleh simpan sampai 8k data. 

Nombor-nombor dalam blok tu mewakili setiap indeks, setiap sektor plak di lindungi oleh "Site Key" yang di catat atas setiap blok terakhir dlm setiap sektor. Sebagai contoh, blok 3 mengandungi "Site Key" untuk sektor 1 dan blok 7 mengandungi "Site Key" untuk sektor 2 (rujuk pada gambarajah Mifare 1K).




"Site Key" yang terdapat di setiap akhir sektor.

Harap informasi ini dapat membantu aku utk di rujuk kembali di masa hadapan.


Kodi : Software Media Center

Salam,
Aku sengaja nak share pasal kodi ni sebab terlalu excited dpt install di HyppTV box. Then dpt plak tgk latest movie. Siap boleh tgk English series Grey Anatomy feveret of my isteri. Dah lama dia suh aku download citer tu dr season bper tah. Aku download sikit je.. Huhu. Kali ni dpt install kodi, hahh! Amik kau, dari season 1 sampai season 9 kot. Subtitle sekali der. Maveles.

Apa Kodi nih?
Kodi ni open source application yg korang boleh install kat semua platform, Linux, Windows, iOS dan Android. Aku install kat android.

Asalnya Kodi ni dibuat untuk Microsoft Xbox, nama pun Xbox Media Center (XBMC), software ni berterusan berkembang melahirkan komuniti yang kuat. Puak 2 ni (developer) lah yg meng"upgrade" dan mengubahsuai mengikut arus semasa sampai ke tahap sekarang. Respect!

Kodi ni pada aku ibarat system setempatlah. Semua media boleh guna. Yang paling utama boleh streaming video n music. Games pun boleh. Tp aku install utk layan movies je.

Kodi ni boleh tukar kan korang punya komputer, smartphone, tablet atau smart TV kepada set system digital utk stream movies atau music dr Internet. Hebat tak? Aku mmg teruja.

Sama juga macam apple TV, cromecast cuma kodi ni open source dan percuma. Lepas install Kodi, korang boleh cari kat utube cemana nak install adds-on dlm kodi supaya korang boleh stream semua videos yg terdapat dlm Internet siap subtitle der..

Pada aku interface utk Kodi ni agak friendly user, senang nak guna. Cuma cemana nak setup utk link kan setiap server depository videos ni ke korang punya kodi kena lah tgk utube. Full step dorg tunjuk.. Aishh! Sekarang semua utube kot.. Takkan utube pun aku nak tunjuk kan..  Ada org nak masak mee goreng pun tgk utube.. Kikiki

Cukup lah setakat ni citer pasal kodi ni. Aku share sekali link utube cemana aku setup kodi nih.







Ni Utube yang korang boleh follow cemana nak masukkan add-on supaya boleh streaming latest videos.

                                     

Blackberry internet service - not connected???

Salam,
Ni masih kisah henpon blackbery aku yg dah nak "rakai", lepas aku wipe segala data kat hp aku tuh, then bila cek balik, BIS not connected la plak.. so aku pun google la cara untuk pulihkan keadaan. Sengaja aku masukkan dalam blog ni supaya mudah untuk aku rujuk balik hal yang pernah aku buat, tak perlula nak google semula kan... pandai tak aku? pandai siottttt...

Langkah 1 : Kat Home Screen folder, Klik Option
Langkah 2: Klik Network and Connection > Mobile Connection
Langkah 3: Klik butang Blackberry menu. (butang yang ada logo Blackberry tu ler) > Diagnostics Test
Langkah 4: Klik lagi butang Blackberry > Run
Langkah 5: Klik Accept as Solution. Siap dah..

Seterusnya cek ler korang punya BIS tu not connected atau Connected, kalau connected akan tertulis Connection : WIFI/Network

Aku buat langkah2 di atas, blackberry aku OK, kalau korang buat masih tak OK, kena la cari solution lain kat Mr. google. Setakat ni jer la aku boleh bantu..



Reset Blacberry Bold 3 9780

Salam,
Baru - baru ni aku ada post pasal soft reset Samsung Galaxy tab 10.1 (baca sini) .Hari ni aku nak share plak cemana nak reset Blackberry bold 3 yang aku pakai. mana tak nya, sehari hang 3 4x, dah nak kena cabut bateri.. pastu nak tunggu restart berjanggut.. kalau sakit perut cirit pun boleh terberak dlm suar nak tunggu hp On dulu...
So ni step yang aku buat lah,
Langkah 1 : Backup dulu korang punya data, mcm gambar2 dalam galery, video, document. Semua data yang aku sebut td aku copy jer masuk dlm PC. Macam contact list, browser bookmark, Calender, memos dan WLAN profile aku back up guna app Blackberry Protect.
Gambo atas ni contoh data yang aku back up dari Blackberry protect.
Untuk Wipe sume data, 
Langkah 2 : Pergi ker Option

Langkah 3 : Pilih Security


Langkah 4 : Amik Security Wipe


 Langkah 5 : seterusnya tick semua check box mcm kat bawah nih, then taip Blackberry then Klik Wipe.


Langkah 6 : setelah blackberry men"delete" dan men"reset" dlm masa 3~10minit, sume akan jadi macam hp yang masih "virgin" dan baru dibeli. Seterusnya restore balik la segala yang korang backup guna Blackberry Protect td.

Itu jer la stepnya.. amat lah mudah..sekarang blackberry aku dah tak hang dan tak perlu nak restart 3 @ 4x sehari.. selamat mencuba ye...

Upgrade Samsung Galaxy Tab 10.1 kepada Ice Cream Sandwich 4.0.4

Salam,
Mlm ni aku dok pulun cari cara nak upgrade firmware dari 3.XX kepada 4.0.4 (ICS), mcm2 cara. Nampak macam susah sbb thru backdoor. Ada la beberapa blog bg step-step yang perlu aku follow utk upgrade. Rupa-rupanya ada cara mudah sbb tab aku boleh upgrade guna front door, maknanya ON tab then cari la upgrade.. hahahaha... choihhh!!.. mungkin mudah sbb aku punya tab beli last year 2012, firmware version pun 3.7 rsnya.. tp kat sini aku nak share juga step panjang utk aku rujuk balik, kot-kot tab dah tak leh ON melalui OS. So boleh upgrade firmware back door la.
Cara front door:
1. On korang punya Tab.
2. Pilih Setting
3. Cari About Device then pilih Software update.
4. Klik kat Update
5. Kalau ada update available, korang klik la update. Kalau takde update, akan kuar "No Update available".
Done. Kalau update nnt tab akan reboot sendiri dan jalankan proses menaiktaraf firmware/software td.

Cara Back Door: (Ni aku just copy jer)
Nanti akan aku sharekan.. wat ms sekrng.. tak sempat ler.. sorry eh...

Samsung tab 10.1 GT-P7500 : Cemana nak hard reset

Salam,
Hari ni Galaxy tab 10.1 aku plak buat hal.. slow abis.. so aku ingat nak upgrade firmware baru. Tp macam susah juga.. So aku try hard reset dulu la.. kira macam factory reset la. Bila kita wat hard reset nih, segala data-data dalam memory akan di 'wipe' abis licin. Kalau korang nak wat hard reset, pastikan data-data penting di backup atau di simpan dulu. Bukan tu jer, segala apps yang dah di install pun abis clear.. huhuhu..
cara-caranya mudah jer la...

Kalau dalam keadaan OFF,
1. Press VOLUME UP + POWER
2. Lepaskan button POWER bila Logo Samsung kuar, tapi sambung press VOLUME UP sampai screen Recovery muncul.
3. Guna butang Volume utk pilih menu, pilih Wipe data / Factory RESET. Tekan Home untuk pilihan tersebut.
4. Tekan VOLUME UP.
Seterusnya Tab akan proses memadam segala data dan Apps yang terinstall. Dan tab anda bagaikan baru lahir.. huhuhu

Kalau Tab anda ON(lagi mudah beb):
1. Pergi ke SETTING
2. Amik PRIVACY
3. Pilih FACTORY DATA RESET
Done.

Dah clear sume.. so kena la install semula segala apps yang nak digunakan..

Kalau tab korang takde masalah.. tak perlu la gatal2 tangan nak g factory reset ni kan... tak ke bodoh namanya tuh.. huhuhu.. mcm tab aku mmg pobem.. buka mana-mana apps sure dia suh force close, makna kata memang tak leh buka langsung, tu yang aku "terpaksa" hard reset tuh.. itu la caranya.. saja aku simpan step2 ni sbb next time kalau jadi lagi.. boleh la jadi bahan rujukan aku sendiri..
Pasni aku nak try upgrade firmware plak.. In Shaa Allah akan aku share plak.
 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.