Showing posts with label kisah informasi. Show all posts
Showing posts with label kisah informasi. Show all posts

Test blogger apps

Haloha!
Entry ni just nak test guna, blogger apps. Masa awal berblog dulu2 boleh guna.. Lepas beberapa tahun tiba2 error bila upload gambo. 
Setiap kali upload gambo keluar error, "unsupported format".. Tu yang jarang update.. Ekekeke.. Nampak tak permainan dia.. malas sebenarnya.. hihihihi..

Alasan je la tu.. Bak, kata orang-orang tua.. Nak seribu daya, taknak seribu dalih... kalau dah baloq liat.. memang tak leh wat apa dah..

So nak try upload gambo n sent entry ni. Kalau boleh update guna apps.. Boleh la selalu post entry2 baru. 

test upload gambo anak dara sorang yang comel nih

Note: Nampaknya blogger apps ni dah boleh guna.. and post Entry... terbaek.. boleh la update dengan senang.. tak yah nak buka pc dah..

Informasi Tentang Strucktur Memory Mifare Clasic Card

Salam,

Salah satu sebab aku buat blog adalah, kumpul semua informasi yang aku nak ingat. Supaya senang di masa depan. Contoh aku mencari sesuatu informasi, selain aku catat dalam buku, lebih baik aku log kan dalam blog. Sekurangnya di mana2 nanti aku boleh access semula infor tersebut dalam blog sendiri.

Hari ni aku nak tulis pasal Struktur Memory dalam Mifare Card Clasic lah. Mifare card clasic ni memang biasa kita guna. Kebanyakan nya kad touch and go memang guna jenis Mifare nih. Yang paling utama, ada peralatan untuk baca informasi dalam kad ni lah secara umumnya. Secara khas nya, untuk touch and go ni, bukan senang-senang ko nak baca atau masukkan data dalam card ni ye. Ada banyak protokolnya. Securitinya agak tinggi. Aku tak nak bincangkan benda alah tuh der. Aku cuma nak olahkan struktur memory yang ada dlm card Mifare nih.

Untuk kad Mifare 1k. Dlm kad ni ada 16 sektor, dan setiap sektor tersebut ada 4 blok dan setiap blok tersebut ada 16 bytes lah. 1 byte = 8 bits lah.. hahaha.. amik ko.. agak teknikal sikit.. para pembaca. kalau korang terbuka entry ni.. harap korang skip jer la.. entry ni memang khas untuk aku rujuk semula di lain hari di masa depan. Minta maaf ye.

16 sektor x 4 blok x 16 bytes = 1024 bytes. itu pasallah namanya 1K card.. mudah kan..

Gambarajah kat atas ni adalah sektor dan blok bg 1K Mifare Card.

Cemana untuk Mifare 4k plak? Mifare 4k akan ada 4096 bytes data lah atas kat tuh. Untuk Mifare 4k, dia ada 40 sektor. 32 sektor pertama mempunyai 4 blok utk setiap sektor, selebihnya lagi 8 sektor mempunyai 16 blok untuk setiap sektor. Ada faham?

32 Sektor pertama : 32 sektor x 4 blok x 16 bytes = 2048 bytes 

8 Sektor selebihnya :
8 sektor x 16 blok x 16 bytes = 2048 bytes

so total utk keseluruhan sektor akan dapat 4096 bytes data atas kad.


Gambarajah atas untuk 4K Micare Card Mifare kad. 

Macam senang jer nak faham kan. hihihi.. tp nak ke dapat informasi sampai sini agak susah lah. So aku masukkan dlm entry untuk mudah aku nak rujuk semula nnt bila aku nak develop card reader utk bacakan Mifare card nih. Ada lagi kad yang canggih di panggil Desfire , boleh simpan sampai 8k data. 

Nombor-nombor dalam blok tu mewakili setiap indeks, setiap sektor plak di lindungi oleh "Site Key" yang di catat atas setiap blok terakhir dlm setiap sektor. Sebagai contoh, blok 3 mengandungi "Site Key" untuk sektor 1 dan blok 7 mengandungi "Site Key" untuk sektor 2 (rujuk pada gambarajah Mifare 1K).




"Site Key" yang terdapat di setiap akhir sektor.

Harap informasi ini dapat membantu aku utk di rujuk kembali di masa hadapan.


Cukup sebak membaca berita kemalangan ini

Allahuakbar, semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Setiap kejadian adalah ketentuan ilahi, kita memang tidak dapat lari dari ajal dan maut.

Aku tak dapat bayangkan sekiranya aku di tempat lelaki ini, allah, allah, allah,.. minta di jauhkan dari kejadian sebegini ya Allah. Sukar untuk aku terima sekiranya kejadian begini terjadi. Cukup sebak, cukup sedih dan amat memilukan membayangkan anak kecil menangis sebelum ajal di jemput. Sekelip mata hilang orang yang tersayang.

Kejadiaan sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya setiap orang menjaga tata susila di jalan raya, Sekiranya lalai, bukan setakat membahayakan nyawa kita, malah nyawa orang lain. Berhati2 dan beringat lah kita semasa memandu terutama pemandu lori. Kesilapan2 pemandu lori yang kekadang cukup membahayakan orang lain di jalan raya, Impak mereka jauh lebih membahayakan orang lain. Wallahualam.


"Sebak lihat isteri, anak kecil berlumuran darah"

SUNGAI DUA - "Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir yang diucapkan seorang lelaki kepada anaknya dalam satu kemalangan maut membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar‎.

Biarpun masih bersedih dengan kejadian, mangsa Mohd Hasnun Ramli, 29, menggagahkan diri menceritakan mengenai detik-detik yang meragut nyawa anak serta isterinya itu.

Mohd Hasnun berkata kejadian berlaku ketika kenderaannya sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

"Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu merempuh kenderaannya itu dari belakang.

"Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu," katanya.

Mohd Hasnun berkata dirinya menerima ketentuan dan ujian dari ALLAH ini dengan hati yang redha.

"Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

"Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya," katanya.

Katanya, dia baru berpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun.

"Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi  saya pindah ke sini.

"Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini," katanya.

Jenazah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 bersama Hanna Humaira Mohd Hasnun berusia setahun lima bulan dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.
Jenazah kedua mereka kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat kira-kira jam 11.30 malam semalam.

Sementara itu, Adun Sungai Dua Muhammad Yusoff Mohd Noor turut hadir menziarahi pengkebumian kedua-dua jenazah ini.

Kredit Sumber : Sinar Harian

Imunisasi vaksin lima serangkai elak difteria

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

"Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

"Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.
"Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, difteria adalah penyakit disebabkan bakteria Corynebacterium Diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin menyebabkan keradangan sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya.
Berita berkaitan: Dua kematian disyaki akibat difteria
Sumber: Harian Metro


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.