Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kisah ramadhan. Show all posts

Minggu pertama ramadan kareem

 Salam semua,

Sedar tak sedar dah 5 hari berpuasa kan. sekejap jer rasa. dalam 5 hari ni, aku dan isteri sempat pergi 2x saja ke Pasar Ramadan (PARAM). Selain dari tuh, memang juadah berbuka hasil dr air tangan isteri la kan. Walaupun berkerja dari rumah, masih ada masa dia nak masak memasak ni, rajin kan isteri aku.. ekekeke.. tq yang. I love my wife so much!!

Hari Khamis, hari pertama puasa jer  pagi2 lagi dah dapat whatsapp gambo sagu gula melaka dah ready, siap boh dalam botol... wow!!.. awal ooo... sagu gula melaka ni memang salah satu feveret pemanis mulut waktu berbuka. Hari pertama jer menu berbuka Siakap stim dan sayur brokoli goreng. Simple dan sihat.



 Hari kedua puasa, takde lauk basah nak masak, ingatnya balik kerja nak singgah Hero cari ayam ke apa. Tp rasa mcm dah lewat, aku ajak isteri ke Param. Lepas pick up Hana dari KAFA boleh la ke param KJ ke, atau ke USJ4, tp bila turun dr rumah jer, tiba-tiba ujan turun dengan lebatnya, jadinya kitaorag ke param area mesjid Al-husna je. Dapat la beli murtabak femes kat situ dan roti john burger baek. Mungkin sebab masih hujan jadi tak ramai yang beratur untuk murtabak dan roti john. Kalau tidak, beratur je makan kat 30 minit. 

Hari ke tiga puasa, (Sabtu) awal pagi dalam pukul 8 kami berdua dah keluar ke Mydin menari stok barang-barang basah. dalam pukul 10pg dah settle dan sampai rumah. Masuk rumah jer terus start masak. Aku macam biasa lah, jadi pembantu bertauliah buat isteri.. memang setiap masa kalau ada kat umah, aku bantu isteri main masak-masak nih. kalau masak sikit2 jer, aku tolong juga, tp tolong tengok jer lah.. hahaha... aku lepak kat meja makan berdekatan dapur.. layan menyembang sambil isteri masak. Hari ke tiga ni menu dia, mee bandung untuk main course, pemanis mulut isteri nak buat pengat Nangka, sambil tuh aku sediakan air teh chrysanthemum kotak yang di campur dengan limau kasturi dan asam boi. Amik resepi dari khairul ameng. sedap wei.... tips dia.. jgn letak asam boi byk sngt.. ekekeke



Dalam pukul 11 lbh dah sette untuk masak berbuka. Dah boleh rehat depan tv. Layan cerita jer.. Aku sempat la tengok Night Agent dalam 4 5 episod sampai terlelap. Dapat la lelap dalam sejam, then bangun jer dalam pukul 6 gtu, tengok isteri dah siap masak untuk sahur plak... lajuuuuu.... menu masak tauchu ikan merah. Ok la kan.


Lepas siap berbuka, kitaorang satu keluarga siap-siap untuk ke tarawih. Kitaorang ke masjid Al-amin. Masjid ni buat solat tarawih 8 rakaat jer. Aku dah set mind solat 20 rakaat so terasa cepat la kan 8 rakaat tuh.. Seusai solat, ada moreh plak, lepak minum teh jap. 


Hari ke empat puasa jatuh pada ahad, pagi-pagi just lepak tengok tv jer.. isteri pun takde masak... juadah berbuka mungkin beli kat param or makan luar.. ahad kannn.. dalam pukul 3 lbh kitaorang keluar ke pyramid, isteri nak beli barang skit di pharmasi. Then dia belanja seluar Levi's selai.. alhamdulillah.. aku amik potongan 511 slim dan isteri amik potongan 314 Shaping straight. 

Cerita pasal Levi's ni, aku rasa levi's ni manipulasi harga.. kenapa aku cakap macam tuh?

Dekat luar kedai ada tertulis, belanja RM399 dapat instant diskaun RM89, kalau berbelanja RM699 dapat instant diskaun RM169. Agak menarik. Kalau belanja 699 korang cuma bayar dalam RM530. Diskaun kalau kira dalam 24%. Jadinya seluar isteri aku harga RM339 dan seluar aku berharga RM379.. so total dah RM718. Layak untuk dapat diskaun RM169. bila aku congak, kena bayar dalam 550 la secara kasar.  

Korang tau apa levi's buat? Untuk seluar aku, tiba-tiba ada store diskaun RM20. Bila bayar , aku tgk iseri bayar RM609 rasanya.. aku mula agak musykil sbb asal-asal pengiraan sepatut dlm RM550 je.. Bila cek resit, ada plak diskaun RM20 utk seluar aku, so total jadi RM698.. Kurang RM1 untuk layak diskaun RM169... tengok cara Levi's manipulasi harga, dia bagi diskaun RM20 untuk menidakkan kelayakan aku utk dapat diskaun RM169.. jadinya aku dapat diskaun RM89 + RM20 je.. RM109.. masih banyak.. tp aku tak puas hati juga la sbb sepatutnya aku dapat diskaun 169. Bijak tak depa? ni la cara kedai2 besar manipulasi harga... orang yang jenis bayar jer, mungkin tak perasan.. 


 Abis citer levi's dan berbalik pada kisah bulan puasa, lepas berbelanja kat butik levi's kiraorang keluar dan nak ke Param Stadium Shah Alam. Bila waze tengok perjalanan dalam 20 minit jer.. dah gerak.. memang terkejut... federal hiway clear weiiii... sekali nak exit kat batu 3 tuh.. nohhh.. start melekat.. dari situ nak ke pintu masuk ke stadium.. melekat baq hang.... perjalanan makan masa sejam.. gerak pukul 5.. pukul 6 baru dapat masuk ke parking.. sebenarnya apa yang menyebabkan jem ni adalah... masuk parking kena bayar.. situ yang buat kan perjalanan jem. sebab semua yang masuk kena berhenti dalam 1 minit atleast utk bayar. aduiiii..

Dah park.. tengok kat bazar, Allahu, selautan manusia wei... punya la ramai... silapnya aku tak snap plak gambo.. sebab rasa marah jem nak sampai lom ilang... memang terlalu ramai.. kalau nak beli plak mesti kena beratur.. aku rasa peniaga gerai memang suka kalau ada orang beratur kat gerai dorang.. sbb dengan beratur, orang yang datang tengok beratur... dalam hati cakap... " mesti sedap "... huhuhuhu..


Dekat sejam kitaorang jalan dalam tuh.. sebabnya nak melangkah pun boleh sikit2 je. sebab terlalu padat..... last-last dapat la beli nasi kerabu 2 bungkus.. lauk ayam dan daging... dengan harga RM9 sebungkus. Dan beratur plak untuk beli kueh akok... dekat 20 minit juga beratur... tgk jam.. alamak. .dah 7 lbh... Terus gerak balik... alhamdulillah tak jem.. tp kena singgah pyramid jap sbb nak collect jeans  levi's utk potong..

Aku turun sorang ke butik levi's, isteri dan hana berbuka puasa dalam kereta. dalam pukul 745 sampai rumah, baru kitaorang makan juadah berbuka.. sempoi jer la  berbuka. Untuk pemanis mulut, isteri keluarkan sagu gula melaka yg buat masa 1st dah puasa ritu. ada lebih dalam 3 botol lg.

Hari ke 5 (Isnin), macam biasa tengah hari dah dapat whatsapp isteri dah siap masak pemanis mulut, bubur chacha + ubi keledek.. shedakk... menu berat ada ayam masak halia + tempe dan bilis goreng bercili... sedappp.


Tu jer la citer untuk kali ni.. ketidakpuas hatian dengan levi's ni memang siot betul.. terasa juga la cara dorang manipulasi rege.. jilake punya levi's... maki-maki pun.. nnt p beli plak.. ekekeke.. selesa pakai ... nak bg diskaun.. bagi la bebetul... &&%%#@#%&&*.. tak leh nak carut sbab puasa kan. hihihi..

end.

 

Minggu mula persekolahan dan menyambut Ramadhan Kareem


 Salam semua,

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 dah untuk tahun 2023 ni. Minggu ni adalah minggu mulanya persekolahan dan juga bermulanya umat islam berpuasa. Memang cepat masa berlalu. Persiapan persekolahan takde banyak sangat, cuma cari mana yang perlu saja. Hana dan Daniel je tinggal untuk persiapan sekolah, hujung minggu lepas, kira last minute cari baju untuk Hana, kebetulan Daniel pun dok mencari baju sbb bila try baju lama dah sempit. 

Hana dan Daniel je yang masih bersekolah.. 

Selamat menyambut Ramadhan Kareem. Semoga kita semua beroleh pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

Untuk persiapan ramadhan takde apa sangat, namun persiapan raya... boleh kata 70% settle, baju melayu dan baju kurung dah settle.. kuih-kuih raya pun ani dah order.. tunggu nak raya jer la. Untuk persipan ramadhan, cuma kena siapkan diri jer la, untuk ke masjid solat tarawih. hihihi.

Hari aku menulis ni adalah hari pertama berpuasa, kami bersahur oat yang di blend dengan kurma jer. Inshaalah boleh bertahan sehingga petang.. sebab kami pernah try tahun2 lepas. Harap berbuka nanti tak overload lah.. klaau tidak cemana nak susutkan badan. sekarang pun berat dah agak teruk dan tak terurus... 88.95kg kot.. aduhhhh..

Setakat ini jer la post untuk kali nih. Selamat Berpuasa semua!!.

Salam Ramadhan Kareem

Salam,

Salam ramadhan kareem pada pembaca semua. harap semua masih berpuasa ye.. baru 7 hari puasa.. dah rasa mcm puasa dah seminggu kan.. hehehehe.. Apa citer  korang di bulan puasa ni,

Aku takde apa cerita.. cuma cerita biasa-biasa ke Pasar Ramadan la kan dan berhujung minggu.. dengan kata singkatan dia 'Param'. Takde banyak param yang aku dan isteri sempat singgah pun.. setakat ni baru 3 param jer.. isteri mungkin 4 lah sbb hari pertama dia ke Param TTDI.

Minggu lepas, ada hari ke param, ada hari isteri masak. Param pertama yang aku jejak tak lain dan tak bukan , param kat dalam kawasan masjid Al-Husna.. dekat kan.. so sini mcm biasa la.. tak la banyak sangat.. tp boleh la untuk berbuka.. apa yang best sini.. kebanyakan aku tengok yang mengekor beratur, Murtabak Abang power dengan Roti John leleh.. 2 ni memang berekor beratur.. ramai...

Pasar Ramadan kedua yang aku pergi kat Kelana Jaya... sini memang maveles..meremut orang siot.. dari jauh pun nampak.. memang ramai giler kot orang.. harga kebanyakan masih berpatutan.. nasik lemak, nasi tomato berlauk ayam masih RM5.. kat dlm mesjid A-Husna pun dah RM6 dan ke atas.. Masa ke Kelana Jaya, aku pergi satu family, hari Sabtu.. elok lah.. Haziq pun ada.. masing beli satu nasi, dan bubur.. aku beli nasi briani gam ayam.. boleh lah..
Param Kelana Jaya.. memang meremut orang kan..




Pasar Ramadan yang ketiga aku gi, Pasar Ramadan Kg Dato Harun PJS2.. nak cari Pecal.. Dulu tempat ni pada aku syok juga.. kali ni mcm kureng.. lebih kurang 40% jual air.. lain2 makanan biasa lah.. yang paling tak bestnya.. sbb pasar dia di laluan jalan raya.. jalan yang tak di tutup.. orang2 situ naik moto untuk beli juadah.. apa kebenda dah mcm drive thru plak.. dah la sesak.. ni last kot aku ke sana... lepas ni nak try ke Shah alam ngan USJ4 plak.. USJ4 tahun lepas gi.. juadah dia agak mahal..

petang ni, di kala aku menulis entri ni, mungkin isteri kesayangan aku tengah masak menu berbuka Seafood Tomyam bersama Kuey teow.. slurpppp.. mesti syok.. Hari jumaat lepas isteri aku masak mehun sup muka ketat dengan puding caramel... pun syok.. walaupun mehun sup muka ketat pun ... masih sedap.. hihihihiih.. jangan marah yang.. love U..

Cukup la sampai sini tulisan aku.. ekekeke.. Selamat Berbuka semua!!!

Murtabak di Param Mesjid Al-Husna

Kuey Teow Tomyam air tangan isteri tersayang.. syooook

Kisah Tepung Pelita

Salam semua..

Pertama sekali aku bersyukur di kurnia kan isteri yang rajin menjaga pakai aku dan anak2.. Bak kata orang tua-tua menambat hati suami ni cuma 2 saja.. jaga perut dan nafsu.. alhamdulillah, keduanya terjaga dengan baik sekali..

Aku nak citer pasal isteri aku nak buat tepung pelita.. semangat dia... search kat google lagi... tanya mak lagi... memang bersungguh-sungguh nak buat.. nampak mcam mudah.. tp susah gak nak jadi..

Pada aku tepung pelita isteri aku tuh dah cukup rasa.. lemak dia, manis dia.. memang cukup rasa.. cuma berkemungkinan adunan tak kena.. jadi yang hijau belah bawah tuh masih tak keras semua walaupun dah kukus lbh setengah jam.. bila masukkan adunan putih.. dia jadi bercampur ...

Settle kukus.. yang putih tuh ok dah.. lemak masin cukup perfect.. yang ijau tinggal sikit la.. sbb 3/4 dah bercampur dengan putih.. cuma tinggal satu lapisan nipis yang hijau.. jadi lah..

Jadinya tepung pelita tak berapa nampak mcm tepung pelita..boleh lah.. tp kalau orang rasa, boleh tau itu tepung pelita.. rasa ckup dah..nanti boleh cuba lagi.. apa pun usaha isteri aku tu dah cukup bagus dah.. 1st try mesti ada yang kurang menjadi...

Harap nanti dia boleh cuba lagi lah.. inshallah.. tak dapat ler aku nak share resepi tepung pelita sbb tak jadi kan..... ekekek.. nanti kalau ada percubaan kedua.. n menjadi.. aku share kan resepi...

Ada banyak resepi kat tenet nih... boleh cari.

 Tak berapa menjadi.. tp rasa still ok lagi..


Syok berbuka di kampung halaman

Salam,
Korang berbuka kat mana hari ni, dah puas 26 hari berbuka kat Bandar. Pelbagai juadah, yang masak sendiri nya, (thanks to my wife) yang beli kat paramnya (param= pasar Ramadan ).
Hari ni berbuka dengan juadah hasil air tangan mak, Allah... Sedap nya bag hang.. Hari ni, juadah berbuka yang utama, nasik lemak sambal ikan bilis dan sotong, Pergh! Memang maveles. Ada kuih cara, cempedak goreng. Air, siap laici dan air kelapa muda.
Memang syok dapat berbuka di kampung, adik2 yang takde, Subri dan daus. Lain semua ada di kampung dah.
Lepas berbuka dan Tarawih, anak2 pun sibuk dengan bunga api dan mercun mancis. Mercun jenis ni aku benarkan main, sbb xmerbahaya. Kalau mercun bola memang xboleh dan di haram kan terus. Byk kes dah, org pecah tangan sbb mercun bola ni.
Moga hari lebaran ini mendapat keberkatannya dan meriah seperti di musim lalu.

Kerang Bakar/rebus Ramadan

Salam, tiap2 kali balik Kampung masa Ramadhan mesti tak lepas pekena kerang. Tak tahu kenapa, kat kg ni time Ramadan je ada jual.
Dulu selalu pekena dekat kubu gajah, sekarang kat kampung sg dendang pun ada. Sepinggan RM3.50,cicah air asam atau pun kuah kacang.
Syok woi, semlm pekena 5 pinggan. Giler best. Ingt mlm ni nak bakar sendiri. Tp kerang tak beli pun. Hihi. Pekena kat kdai je lah.

Kisah berbuka petang semalam

Salam,
Kebelakangan ni, cuaca agak panas luar biasa. Baik luar umah mau pun dlm rumah juga terasa bahangnya. Subhanallah.
Hari ni my isteri work from home, aku mcm biasa la merempit ke tempat kerja. Jeles juga lah xdpt dok umah, tp aku dah EL semlm. Hihi. Mmg mls pun nak g kijer sbb dah mode raya ni.
Petang pas balik kijer, nak ke param pun malas sbb bahang lain macam. Jadi kitaorg decide ke mall, mula nya nak g subang parade, tp sbb jem, masa pun dah kat kul 7. Kitaorg ke Pyramid je.
Cari Restoran semua full house, so just beli air kat super market then minum wat alas perut dulu. Solat maghrib then baru cari makanan. Nak masuk Kenny Rogers masih full. So g pizza Hut je la. Alhamdulillah settle berbuka hari ni.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.