Showing posts with label kisah eat clean. Show all posts
Showing posts with label kisah eat clean. Show all posts

Road to Slim : Eat Clean

Salam,

Entry hari ni aku nak share makanan yang isteri aku masak untuk sepanjang minggu ni untuk lunch.. tp sayangnya minggu ni tak penuh 5 hari lah.. minggu ni ada 3 menu sahaja..

Masakan lunch simple dan mudah.. Isteri aku akan bangun seawal 6pagi mcm tuh turun untuk masak. Biasanya masakannya simple, bakar atau kukus atau masakan yang kurang minyak lah..

Untuk 3 menu ni, hari selasa isteri aku masak Ayam bakar + carrot dan capsicum + nasi beras perang.. memang simple tapi sedap

Hari Rabu masak Singgang ikan bawal emas dan nasi beras perang satu genggam. Singgang ni pun sedap untuk di makan.. tak la boring nak diet dan eat clean kan.. sbb klau dah dapat menu yang syok.. memang ler syok.. cumanya ikut tahap kerajinan jer lah.. sib baik aku ada isteri yang rajin nak masak...

Hari Jumaat Blacken Salmon + Brokoli + Cauliflower, aku tambah nasi beras perang satu genggam, spatutnya tak perlu dah.. tp sbb ada nasi lebih.. hayun sekali ler.. eekekeke..

Biasa untuk bakar, isteri aku dah siapkan perapan waktu malam.. pagi bangun cuma bakar jer ler.. Alhamdulillah.. harapnya berat badan semakin turun, dan aku kesihatan sentiasa kekal terjaga..

Tp sehingga hari ini, berat badan kami agak statik dan tak bergerak turun.. aku masih di 79kg, isteri 69kg.. masing dah statik.. ada juga aku google kenapa tak turun-turun.. biasa memang mcm tuh.. untuk seminggu ke sebulan pertama, munkin yang kurang adalah berat air... sbb tu cepat.. dengan penjagaan makanan, kurangkan garam, kurangkan makanan yang ada bahan-bahan penambah perasa memungkin kan body tak serap dan simpan air dalam badan..

Jadi apa yang perlu aku buat... kena ada juga cheatday every 2 weeks.. kena ubah cara pemakanan dan senaman, kalau tak de senaman.. buat senaman.. kalau biasa senaman sehari 30 minit.. tingkat kan sikit.. supaya body boleh merubah rutin.. biasa kita dah ada rutin. .dan body akan bertindak balas mcm biasa.. bila ada penambahan aktiviti atau rutin.. bodi akan bekerja lebih keras sedikit dan berkemungkinan selepas tu baru berat badan akan susut di sebabkan kehilangan lemak-lemak dalam badan..

Apa pun, walau pun berat badan statik selepas turun 5 6kg.. tp perubahan fizikan memang agak obvious, sbb seluar semua terasa besar, kalau pinggang tuh tu memang ada lebih setengah jengkal juga.. kena ada tali pinggang.. perut pun nampak susut dah...  alhmdulillah..

Walaubagaimana pun, isteri aku kadang-kadang merungut juga.. sbb berat masih statik jer... aku cakap sabo je dulu.. yang penting sekrang fizikali memang kita nampak susut.. dan boleh terasa besar baju seluar yang kita pakai.. dia siap boleh sarung baju-baju bertunang dan kawin lagi.. dah boleh masuk.. cuba baju-baju lama pun kebanyakan dah boleh masuk.. apa lagi nak kan... hihihi.. kena sabo jer.. istiqomah.. nanti mesti berat badan akan susut punya... lemak-lemak tepu kat dalam badan yang kita bela selama berpuluh tahun.. bukan boleh ilang dalam masa seminggu.. makan bulan juga.. ye dakk... gambo isteri aku mengenakan baju lama dia.. tak yah kot masukkan ...ekekekeke...

Harapan aku, semoga kami terus istiqomah umumnya dan isteri terus rajin bangun awal masak khasnya.. dan aku terus istiqomah untuk makan secara sihat.. walaupun kadang2 aku cheat juga ler.. tak tunggu 2 minggu sekali pun... tp masih berpada-pada ler... hihihihi..

Aku akan share nanti resepi-resepinya ye.. kena tanya isteri dulu ... ekekekekek..

Road to slim part 1

Salam,

Aku nak citer pasal perjalanan untuk mengecilkan body aku dan isteri.. mcm dolu dolu... aku dan isteri dolu-dolu tak la cekeding.. tp better dari sekrng ler.. sekurang-kurangnya sihat sikit ye dak...

Pada hari aku menulis entry ni, aku dan isteri dah susut lebih kurang 5kg masing.. dengan sebulan eat clean... bermula pada awal bulan 10 hari tuh.. so perjalanan eat clean masih di teruskan sehingga mendapat berat yang idea..

Pada awal nak mula projek slim ni, berat aku lebih kurang 84.6~85kg mcm tuh.. isteri lbh kurang #$%#$kg.. alamak.. rahsia lah.. ppuan kan suka berahsia.. ekekek... setakat hari ni.. berat kami susut lbh 5kg.. alhamdulillah.. ada la progress kan...

Tp selepas 3 hari bersuka ria dia Morib, 2 3 hari makan sesuka hati, berat naik sikit lah... itu biasa... sbb bila kita eat clean, ada beberapa kg lemak yang menyusut, ada juga segala benda dalam usus berkurangan.. jadi dengan makan lebih, usus kita akan mempunyai lebihan makanan sebelum di proses kan.. jadi akan ada kenaikan sikit dalam berat..

Jadi untuk mendapat berat badan yang jitu bukan yoyo... kita memang kena plan utk buang lemak dan defisitkan kalori supaya pembakaran lemak berlebihan berlaku.. Aku juga ada ambil fish Oil yang di makan 2x sehari utk mengurangkan lemak-lemak tepu yang boleh menyebabkan kolestrol meningkat naik..

Doakan lah perjalanan eat clean kami berjalan dengan lancar.. tp yang paling kuat semangat adalah isteri kesayangan aku ler beb... tiap2 pagi akan bangun awal utk masak buat bekalan makan tengahhari.. so sebulan ni aku hanya makan di ofis.. tak join kawan-kawan makan kat luar... jimat pun jimat kan... hihihihi...

Inshaallah, kalau aku rajin nak menulis aku update lagi sebulan akan datang utk bezakan berapa penurunan yang dapat..





Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.