Showing posts with label kisah sekolah. Show all posts
Showing posts with label kisah sekolah. Show all posts

Minggu mula persekolahan dan menyambut Ramadhan Kareem


 Salam semua,

Sedar tak sedar dah masuk bulan 3 dah untuk tahun 2023 ni. Minggu ni adalah minggu mulanya persekolahan dan juga bermulanya umat islam berpuasa. Memang cepat masa berlalu. Persiapan persekolahan takde banyak sangat, cuma cari mana yang perlu saja. Hana dan Daniel je tinggal untuk persiapan sekolah, hujung minggu lepas, kira last minute cari baju untuk Hana, kebetulan Daniel pun dok mencari baju sbb bila try baju lama dah sempit. 

Hana dan Daniel je yang masih bersekolah.. 

Selamat menyambut Ramadhan Kareem. Semoga kita semua beroleh pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini.

Untuk persiapan ramadhan takde apa sangat, namun persiapan raya... boleh kata 70% settle, baju melayu dan baju kurung dah settle.. kuih-kuih raya pun ani dah order.. tunggu nak raya jer la. Untuk persipan ramadhan, cuma kena siapkan diri jer la, untuk ke masjid solat tarawih. hihihi.

Hari aku menulis ni adalah hari pertama berpuasa, kami bersahur oat yang di blend dengan kurma jer. Inshaalah boleh bertahan sehingga petang.. sebab kami pernah try tahun2 lepas. Harap berbuka nanti tak overload lah.. klaau tidak cemana nak susutkan badan. sekarang pun berat dah agak teruk dan tak terurus... 88.95kg kot.. aduhhhh..

Setakat ini jer la post untuk kali nih. Selamat Berpuasa semua!!.

Shopping kelengkapan Sekolah anak-anak

Salam semua,

Citer sikit pasal nak cari kelengkapan sekolah, tahun ni alhamdulillah bajet tinggi sikit compare tahun-tahun lepas.. sebab tahun ni dah start dapat bonus dari kilang Besi. jadi banyak benda boleh beli dengan senang hati berbanding tahun-tahun lepas ada yang kena sekat sebab masih boleh pakai .. yang mana elok di guna pakai dulu.. kali ni pun sama.. ada satu tahun tuh, sampaikan beli yang paling penting jer.. kasut koyak2 sikit pun boleh pakai lagi.. mmg teruk giler financial time tuh.. duit bajet utk masuk sekolah jer.. buku-buku  sekolah.

Tahun lepas bonus masih 1/4 bulan, jadinya bajet dlm RM150-200 sorang jer utk 3 orang.. Tahun ni aku bajet lebih sikit 250-300 utk sorang.. termasuk Hana Darina. Aiman extra sikit sbb aku tambah dengan blazer dari Tomaz lagi.. ekekeke..

Jadinya takde la tight sangat nak membeli.. boleh ambil saja yang agak berpatutan... Kebiasaannya aku akan bawa anak2 shoping kat kawanmu area Dato Harun nun, dekat dengan matahari.. aku suka situ sebab baju-baju seluar semua boleh tahan lama dan harga agak berpatutan juga lah...

Untuk keperluan anak2, dorang dah siapkan list sendiri dah apa keperluan yang di perlukan, kasut, baju, seluar, baju sekolah agama, songkok beg dan macam-macam lah... yang mana aku rasa patut beli aku beli lah.. yang tak patut aku tak beli lah..

Alhamdulillah, selesai beli kat kawan mu, abis dalam RM700 juga lah... utk semua, walaubagaimana pun masih ada beberapa barang yang takde, macam blazer aiman, Baju pengakap kasut kulit dan baju sekolah aiman sbb kaler dia agak lain sikit..

Senarai yang di tulis sendiri oleh anak-anak..


Hana Darina Happy dapat beg tarik idaman.. sib baik murah..

Alhamdulillah 90% settle.

Wefie kami laki bini.. 

Apa pun pada aku 90% kelengkapan dah settle lah.. tinggal 1 2 tu mudah nak cari.. ada lagi satu minggu utk pergi cari..  Blazer dah dapat beli kat Mitsui sepang nun RM199.. kasut kulit dan baju kemeja cari kat kedai Bata dan Canggih dalam Giant, masih gagal lagi.. huhuhu..

Harapnya hujung minggu ni dapat lah semua barang yang masih belum dapat.


Persiapan Sekolah Bermula

Salam,
Entri hari ni nak cerita kisah hujung minggu lepas.. mcm byk cerita nih.. Kalau mula dari sabtu lepas, memang kisah mencari persiapan sekolah anak2 ler jawabnya..

Sabtu pagi, isteri aku prepare nasi goreng cina untuk breakfast. Plan nak lunch kat luar, then terus ke Kawanmu kat Kg Dato Harun. Memang sejak dulu aku berbelanja kat Kawan mu nih.. barang sekolah agak murah tapi bermutu. Compare dengan baju brand canggih, qualiti boleh tahan la. Canggih aku pergi beli baju Aiman jer, kaler kuning nak coklat sikit utk pengawas.

Dalam pukul 12 lebih keluar mulanya nak tala ke Kawanmu terus, tp memandangkan waktu lunch so cari tempat makan ler.. aku rasa mcm nak makan Lamb Chop.. teringat kat Giant Kelana Jaya.. memang padu.. terus ke sana...

Apa lagi order 3 Lamb Chop, 2 chicken Chop.. Daniel dan Isteri aku mkn Chiken chop.. lunch saja dah abis RM80... belom apa lagi tuh... duit gaji utk banje bulan 1 tuh.. belom masuk bulan 1 dah ilang RM80 utk makan.. Tp itu lah kepuasan dalam hidup aku dan isteri.. berbelanja dekat makan ni memang berbaloi.. janji sedap.. memang syok mkn... ekekek.. aku la yang paling last siap makan.. isteri berbulu nunggu.. nasib le yang ooiii... kan kena 60x ngunyah...

Seusai makan, terus gerak ke Kawanmu.. sib baik Hana Darina tak buat perangai nak main kat playground Giant tuh.. fuhh.. kalau tak buang masa dah...

Sampai kawanmu teruss... zasss... Pong pang pong pang cari semua... zassss.. dapat semua kecuali kasut sekolah.. barang-barang cuma untuk Haziq n Daniel jer.. untuk aiman aku belikan stokin jer dulu.. kikiki.. lain2 tunggu dulu.. baju sekolah kaler kuning nak coklat tuh dia ada dapat dari senior form 5.. so save sikit dah..

Sekali time nak bayar, tak terima debit kad la plak... menapak aku ke Matahari try nak keluar duit.. tak boleh la plak.. adehhh.. time-time ni la nak buat hal... pastu ajak isteri g kuar duit kat bank.. ingat nak g CIMB.. dekat jer.. g kat keta tgk tayar plak kempis... adoi.. lagi satu bahana.. dah jatuh di timpa tangga la nih.. sib baik blom flat.. baru kempis.. aku cek tgk.. alamak.. ada screw tercacak...

Cecepat start keta, gerak ke Petronas, boleh pam dulu dan sana ada atm Maybank, ada kedai keta.. boleh la tampal.. harap2 ler.. Aiman n Haziq aku tinggal kat Kawanmu.. menepek ler kat tangga Kawanmu.. hihihihi..Sampai Petronas, pam tayar, keluar duit, then g kedai tayar, kasi tampal.. bila pomen bukak tayar , bukan 1 jer. ada 3 besi termasuk screw.. tp 2 jer yg buat bocor, lagi satu tak bocor.. tampal la 2 tempat.. kena la RM10.. sib baik..

Balik ke Kawanmu, sambung beratur semula... zasss.. kena RM350++.. tak ingat plak sbb resit aku dah buang... cuma kasut blom dapat.. Dari Kawanmu, terus la ke Pyramid, nak cari kasut kat sana... masuk jusco, jumpa la kasut.. beli Ajiq 2 pasang daniel sepasang.. kena plak RM112+.

Lepas cari kasut, ingat nak tgk Bat pingpong.. sebutir RM12.. tak jadi la nak beli... nnt cari kat decaltlon lah.. lagi pun bolanya takde...

Settle jer.. aku nak bw Hana tindik subang... nanti aku sambung kat entri seterusnya...



Sempat lagi berwefie.. kikiki



Kat workshop.. tampal tayar..


Ramah Mesra SRA Anggur

Salam,
Makin lama makin lemau corak penulisan aku. Entri ni patut published 21hb. 27hb kot br publish. Biasanya aku isi dulu sebagai draft, just masukkan title je dulu. Kurang 2 idea aku masih ada. Itu teknik aku lah. Klu time rajin br nak perah otak nak menulis 2 3 entri sekali gus kelaut juga lah.
Ni pun cam kelaut dah  hihi. Hari ni (21hb) lah, aku amik half day sbb nk ke sekolah Rendah Agama Anggur. Nak jumpa ustaz/ustazah yg ngajo ank aku utk dpt kan result.
Ckp psl kelaut ni, result dorg fuhh! merosot teruk. Sangat teruk, geleng Kepala aku tgk. Mmg gaya org tak belajar. Bukan setakat tak ulang kaji, macam xpergi kelas. Tup Tup amik exam. Adui. Itu lah ibarat nya yang boleh aku gambarkan. Cemana nak buat pun tak tahu.
Mmg kena duduk sebelah ank2,paksa dorg study dan hafal. Walaupun result teruk, aku xde lah marah dorang direct. Aku nasihat juga lah. Apa pun aku sentiasa berdoa agar anak2 aku diterang kan hati, mudah menerima pelajaran. Semua ibu bapa sudah pastinya inginkan yang terbaik untuk anak2. Termasuk lah aku. Yang penting, aku juga kena usaha utk monitor dgn lebih jitu.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.