Shopping kelengkapan Sekolah anak-anak

Salam semua,

Citer sikit pasal nak cari kelengkapan sekolah, tahun ni alhamdulillah bajet tinggi sikit compare tahun-tahun lepas.. sebab tahun ni dah start dapat bonus dari kilang Besi. jadi banyak benda boleh beli dengan senang hati berbanding tahun-tahun lepas ada yang kena sekat sebab masih boleh pakai .. yang mana elok di guna pakai dulu.. kali ni pun sama.. ada satu tahun tuh, sampaikan beli yang paling penting jer.. kasut koyak2 sikit pun boleh pakai lagi.. mmg teruk giler financial time tuh.. duit bajet utk masuk sekolah jer.. buku-buku  sekolah.

Tahun lepas bonus masih 1/4 bulan, jadinya bajet dlm RM150-200 sorang jer utk 3 orang.. Tahun ni aku bajet lebih sikit 250-300 utk sorang.. termasuk Hana Darina. Aiman extra sikit sbb aku tambah dengan blazer dari Tomaz lagi.. ekekeke..

Jadinya takde la tight sangat nak membeli.. boleh ambil saja yang agak berpatutan... Kebiasaannya aku akan bawa anak2 shoping kat kawanmu area Dato Harun nun, dekat dengan matahari.. aku suka situ sebab baju-baju seluar semua boleh tahan lama dan harga agak berpatutan juga lah...

Untuk keperluan anak2, dorang dah siapkan list sendiri dah apa keperluan yang di perlukan, kasut, baju, seluar, baju sekolah agama, songkok beg dan macam-macam lah... yang mana aku rasa patut beli aku beli lah.. yang tak patut aku tak beli lah..

Alhamdulillah, selesai beli kat kawan mu, abis dalam RM700 juga lah... utk semua, walaubagaimana pun masih ada beberapa barang yang takde, macam blazer aiman, Baju pengakap kasut kulit dan baju sekolah aiman sbb kaler dia agak lain sikit..

Senarai yang di tulis sendiri oleh anak-anak..


Hana Darina Happy dapat beg tarik idaman.. sib baik murah..

Alhamdulillah 90% settle.

Wefie kami laki bini.. 

Apa pun pada aku 90% kelengkapan dah settle lah.. tinggal 1 2 tu mudah nak cari.. ada lagi satu minggu utk pergi cari..  Blazer dah dapat beli kat Mitsui sepang nun RM199.. kasut kulit dan baju kemeja cari kat kedai Bata dan Canggih dalam Giant, masih gagal lagi.. huhuhu..

Harapnya hujung minggu ni dapat lah semua barang yang masih belum dapat.


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.