Showing posts with label kisah kelenjar tiroid. Show all posts
Showing posts with label kisah kelenjar tiroid. Show all posts

Sakit tekak berpanjangan vs infection kelenjar tiroid

 Salam,

Berkisar kepada entry sebelum ni berkenaan doctor diagnose berkenaan kelenjar tiroid yang terkena jangkitan kuman. Memang bacaan tiroid memang tak berapa cantik, namun ianya bukanlah penyakit tiroid yang biasa, cumanya hanyalah jangkitan kelenjar tiroid. 

Namun, selepas beberapa bulan, kira-kira awal bulan October ritu, sakit kerongkong isteri mcm datang semula. Bila jumpa doktor Haslina, dia masih tidak puas hati dengan treatment yang pernah di berikan oleh doktor Alex di Sunmed, dia hairan kenapa tak treat penyakit ni bebetul, setiap kali follow up, sekadar ambil darah dan tengok bacaan tiroid dan lihat pada bacaan infection (C-reaction) dalam darah. Mengikut pengamatan Doktor Haslina, C-reaction ni tak semestinya tiroid, boleh jadi ada tempat yang masih infection dan tiada tindakan susulan dari pada itu. 

Oleh sebab dah jumpa doktor Haslina sebab sakit kerongkong, lihat pada anak tekak atau tonsil, tiada yang bengkak atau ber"ulser". Doktor sarankan jumpa doktor pakar, tapi berjumpa doktor lain di hospital lain. Jadi kami bercadang ke Hospital Ara Damansara dan berjumpa dengan doktor Fatah. Pakar ENT. Masa kami mula ke sunmed juga kami bermula dengan berjumpa doktor pakar ENT di sunmed dan seterusnya dia refer isteri ke pakar Endocrinologi. Namun kali ni kami rasa kami berjumpa dengan doktor pakar yang betul dan dapat treat penyakit yang betul, bukan sekadar ambil darah dan bagi antibiotik or ubat steroid yang hanya untuk kurangkan kadar infection, tapi infection di bahagian mana pun tak pasti.

Bila Jumpa doktor Fatah di Ara Damansara ni, doktor beri penerangan dulu, bahagian mana yang sakit tadi.. siap tunjuk gambar kerongkong orang yang sakit dan normal. Ada 2 punca jangkitan, 1 dari belah atas, mungkin mukus2 or infection di area muka or rongga hidung turun ke kerongkong atau pun datang dari dalam perut, asid-asid dari dalam perut keluar naik ke kerongkong dan membuatkan kerongkong sakit. 

Bila masuk Skope, memang sah sakit korongkong di area peti suara tu datang dari asid dr dalam perut. Doktor baru ubat utk gas dan ubat utk kurangkan kahak.. Alhamdulillah lepas seminggu makan, sakit tekak berkurangan.

Apa yang aku boleh simpulkan di sini, kalau dari awal doktor ENT dari sunway med dapat kesan benda ni dan tak refer ke endocrinologi ke apa, mungkin masalah gas dari dlm perut ni selesai awal lagi. Apa pun, walaupun mereka pakar, namun kadang-kadang mereka juga boleh buat silap. Kalau penyakit masih berterusan, bermakna mungkin treatment yang kita dapat tuh tak menepati penyakit  yang kita alami sekarang. 

Sebab ini juga kami memang suka ke klinik Shaik, sebab doktor Haslina akan cari punca yang betul dan berikan ubat yang betul utk treatment, inshaalah boleh baik semula, dengan izin Allah.

Alhamdulillah, yang kami dok fikir infection kelenjar tiroid tu hanyalah andainan dari bacaan result darah saja. Lepas berjumpa doktor Fatah, boleh kata confirm yang penyakit tu sebenarnya adalah menda lain. Harap isteri terus sihat walafiat. Aminnnn

Cik Isteri di warded untuk drip antibiotik (Kelenjar tiroid infection)

 Salam,

Lepas 7 hari jumpa doktor pakar Endorcinology & Diabetes Dr Alexander Tan Tong Bong. Pada hari khamis 11.5.2023 isteri macam lesu tak larat, nak bangun pun macam lemah. Jadi pagi tu, aku bawa pi klinik jumpa doctor Haslina. 

Lesu terus lepas stop ubat 

Doktor Haslina pun buntu dan sarankan continue makan ubat panadol / tahan sakit sampai untuk bertahan sampai dapat jumpa doktor Alex Sabtu (13.5.2023). Doktor cuma bagi cuti 2 hari untuk berehat. Pada aku ok la, boleh la isteri baring dan tidur untuk rehatkan diri.

Hari Sabtu (13.5.2023) awal pagi kami dah pergi ke klinik, pada kali pertama appointment untuk jumpa doktor Alex, kami serahkan surat untuk ambil darah. Sebenarnya kena register dulu di kaunter pendaftaran dan kemudian baru boleh letakkan surat untuk ambil darah. Lepas dah siap ambil darah macam biasa kami ke Cafe Sunmed. Aku agak suka cafe ni sebab pilihan makanan dia agak byk.

Port best kalau datang SMC ni

Pekena Capati + telur hancur

Lepas makan, terus ke area ruang menunggu depan bilik doktor alex. Biasa klinik buka dalam pukul 9pg. Masa menunggu setakat ni ok lagi la.. dalam 20 ke 30 minit dah dapat jumpa dengan doktor. Dapat jumpa doktor, doktor beritahu bacaan hormon tiroid ada nampak penurunan tapi masih belum memuaskan. Jadi doktor sarankan untuk masuk wad dan di dripkan dengan antibiotik supaya bacaan hormon tiroid ni betul-betul kembali normal.

Nak tak nak, aku rasa better la masuk wad. Menunggu la kami 3 beranak di ruangan admission counter. Dah register masuk pun masih kena menunggu sebab nak tunggu bilik kosong. Tapi tak lama sangat pun. dalam jam 11 pagi macam tu, dah dapat masuk. Ambil bilik 2 orang sebilik dan kebetulan dapat tepi tingkap. Kira tepi tingkap ni privasi lebih sikit.. kalau tepi pintu, nanti orang nak melawat yang tepi tingkap kena melepasi katil tepi pintu.. privasi kurang.

Register siap

Pengalaman pertama isteri masuk SMC

Ubat yang di drip masuk. harap sihat la lepas ni.. inshaallah.

Tengah hari sikit dalam 2 lebih macam tuh, aku dan Hana balik, sebab aku ada appointment dengan REN nak tengok rumah. Jadi aku pergi semula ke spital petang skit. sampai la pukul 8 malam, Malam pulak Hana ada jemputan Hari Raya kat flat sunway, aku hantar jer la. Ahad, pukul 9pg aku 2 beranak dah tercegat kat Spital dah. Lepak hospital dari pagi sampai malam terus. 


Hari isnin aku minta WFH. Jadi aku boleh kerja di spital. Sian nak tinggal bini sorang-sorang kat spital. Selasa alhamdulillah dapat discas. Selasa tu aku amik EL sbb nak uruskan discas tuh. Masa dok kat spital isteri aku nampak sihat elok dah, takde la nampk mcm pucat tak larat macam masa kat rumah. Tp lepas discas, ada sikit2 rasa sakit leher. So perlu makan ubat tahan sakit. 


Beberapa hari jer la mkn. Lepas tu tak makan dah tak sakit dah.. alhamdulillah. then next weeknya 23.5.2023 follow up dengan doktor, nampaknya bacaan tiroid dah kembali normal, alhamdulillah, cuma bacaan infection masih ada dalam 28%. Doktor cakap bacaan tu sepatutnya kena kurang 5%. Jadi doktor masih balik ubat streroid sebiji sehari utk seminggu dan lepas seminggu makan separuh sehari utk seminggu lagi.. kemudian jumpa balik doktor. 

Harap next follow up memang clear semua lah..setakat hari ini, alhamdulillah, sakit leher rasa bengkk tu dah hilang. Ubat tahan sakit pun dah tak perlu makan. 

Sampai sini jer la dulu entry kali ni.

end.  

Bawa Cik isteri ke Klinik sebab sakit leher (Kelenjar tiroid bengkak)

 Salam,

Setelah balik dari kampung jumaat tuh. Hari Selasa (2/5/2023) pagi aku bawa isteri ke klinik untuk cek sakit yang di alami isteri kesayangan aku ni. Sakitnya bermula sebelum raya lagi, beberapa hari sebelum raya kitaorang dah ke klinik dan ambil ubat antibiotik. Sakit tekak bersama dengan sakit di bahagian leher, sentuh sakit, telan makanan pun terasa sakit. Then Demam plak macam ON and OFF.

Semasa di kelantan pun kesihatan isteri masih tak berapa betul, kena sentiasa ambil panadol. Pada malam sejuk sampai menggigil, bila panas sikit, peluh ceghau macam baru lepas lari 100m. Sehingga balik ke kampung sungai dendang, masih bererusan ambil ubat panadol, then di sebabkan sakit leher, kami memang ingat sakit tekak belum abis. Tambah plak ubat difflam.

Berbalik pada cerita ke klinik selepas balik dari kampung, bila jumpa doktor haslina, check tonsil memang dah takde bengkak, doktor pun rasa something yang tak berapa nak elok. Jadi dia sarankan kami ke Hospital untuk berjumpa pakar. Jadinya kami terus ke Sunway Medical center untuk jumpa doktor pakar ENT.

Kami berjumpa dengan doktor pakar ENT, doktor masukkan scope ke dalam kerongkong, lepas tu doktor minta buat scan dan ambil darah. Dari keputusan tersebut baru boleh buat penilaian apa yang menyebabkan sakit leher dan deman on off yang berpanjangan.

Keputusan darah masih dalam proses, jadi untuk hari ni proses dah selesai, ambil ubat dan rehat kat rumah. Leher masih sakit lagi. Then isteri dapat keputusan darah yang mana bacaan hormon tiroid terlebih dari paras normal. kami terpaksa buat appointment untuk berjumpa dengan pakar tiroid plak. Allahu, semoga takde apa yang serius. Memang agak risau kalau berkaitan dengan tiroid ni. Kami set kan appointment pada 5/5/2023. Nurse ada sertakan surat untuk urusan ambil darah sebelum bejumpa doktor pada hari tersebut.

Hari yang di nantikan pun tiba, kami berjumpa dengan doktor Endocrinologist. Doktor beritahu bahawa, ini bukan penyakit tiroid, bacaan hormon tiroid yang tinggi ada lah di sebabkan kelenjar tiroid yang infection. Sebenarnya kelenjar tiroid ni susah nak terkena jangkitan kuman atau infection, tp kalau kena, treatment dia akan ambil dan lambat nak baik. Alhamdulillah. Jadi doktor beri ubat antibiotik dan juga ubat steroid untuk keradangan (inflamation). Kena habiskan selama seminggu. 

Hospital Sunway Medical - tunggu giliran ambil darah


Sunmed Cafe ada di tingkat LG. Harga yang masih masuk akal berbanding restoran kat tingkat 1

Alhamdulillah, lepas makan je ubat tersebut, sakit di leher isteri dan seram sejuk yang di rasai tu hilang. Lega sangat rasa. Keosokannya nak kena masak untuk buat small open house raya. lepas makan seminggu ubat, abis jer ubat terus isteri seram sejuk dan lesu sangat. nnt aku sambung di lain post lah.

Next post aku akan cerita pasal open house. Mungkin cerita sikit, tapi byk photo jer.. ok la kan... lepas setahun 2 boleh tgk balik sume cerita ni.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.