Showing posts with label kisah raya. Show all posts
Showing posts with label kisah raya. Show all posts

Hari Raya Aidilfitri 2023 1 Syawal 1444H

 Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Tahun ni raya di Kelantan, Anak-anak jantan diorng turn beraya bersama mama dorng. Kali ni dorang tak balik Johor dah sebabnya tokma dorang dah pindah ke Puchong. Jadi beraya di puchong jer la. Biasa pagi raya aku video call jer la.

Menu raya kali ni ketupat, rendang ayam, rendang daging, nasi impit dan kuah kacang. Biasa la, kalau di Kelantan, master mind dia isteri aku lah. Walaupun ma ada, tp apa-apa semua ikut master mind. Ok la kan. tapi kalau balik perak, kampung sungai dendang, master mind ada lah mak aku dan juga adik perempuan aku. 

Semua menu yang di list kan di atas , dia masak sehari sebelum raya. Bahan-bahan semua ma dan ayah dah beli awal. Petang last puasa tu aku dah terbau rendang masaka isteri.. sedap wei bau dia. Blom makan lagi, siap dengan ketupat pulut yang di bungkus macam mayat tuh.  terror dah isteri aku sediakan. Tips dia, kalau pulut separa masak dan di balut, ketupat tu kena rebus, tetapi kalau pulut di masak elok dan di balut, ketupat tu just kukus jer. sebab sebelum ni, isteri cuba masak pulut separa masak, lepas balut di kukus, last sekali pulut tak masak betul dan masih ada yang mentah.. kalau separa masak, memang kena rebus terus.


Di pagi raya, macam biasa, kami breakfast dulu, mkn segala pulut dan rendang. Solat raya start jam 8pg. Agak awal juga. seusai solat, balik rumah, dan bersalam-salaman dan bergambar. Lepas bergambar biasa di kelantan, kami akan balik ke kampung, Kampung Kemunchup untuk jumpa dengan  Pakcik Li dan umah Ayah long / Mek. 


Keluarga ayah tak ramai, ada 4 beradik jer.. 2 beradik kat kg kemunchup, lagi sorang sudah meninggal, pakda, keluarga pakda tinggal di Bentong kalau tak salah. Sejak aku kawin, memang aku tak pernah jumpa Pakda ni, Makda dan keluarga memang pernah jumpa sebab aku ada pergi kenduri rumah dia beberapa tahun lepas.



Lepas kami ke Kemunchup, kami ke rumah adik ma kat Kampung Raja area besut, aku tak berapa ingat apa nama tempat dia. Biasa kami ke area jeti besut ke umah mak ma, tp kedua nya telah meninggal. Alfatihah utk kedua arwah. 


Lepas dah kenyang di rumah adik ma, kami ke Pantai Bukit Keluang, humang aii... ramai giler kot kat pantai petang-petang ni. Semua nak OOTD kot.. ekekek.. kitaorang pun ambil peluang untuk bergambar di sini.. dalam pukul 6 lebih kami bergerak balik. seharian berbaju melayu.


Alhamdulillah, balik kelate kali ni air tak pernah takde. JAdi tak perlu nak ke Spital or ke ofis ayah untuk mandi.. lega ooooo.

Raya ke 2 kami lepak rumah jer.. plan asal raya ke 5 macam tu nak balik ke Sg Dendang, tapi sebab dah takde apa nak buat ,raya ke-3 yang jatuh pada hari Isnin, kiorang gerak balik ke Kampung Sungai Dendang. Tunggu next entry plak. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Balik Kampung Dendang Sempena Raya Qurban

Salam Aidiladha,



Sempena raya haji tahun ni, aku dah amik cuti selama seminggu kebetulan minggu cuti sekolah. Raya jatuh hari Ahad, maknanya cuti akan di ganti hari isnin, selasa sampai jumaat aku apply. Amik 4 hari terus.. cuti pun tinggal 2 hari jer kot utk tahun ni. Isteri aku tak amik cuti pun, dia just kerja dari rumah jer. senang.. so masa cuti aku tak leh nak kemana2 gak lah.. sebabnya dia dok kerja..

Pada Jumaat 9hb tu lepas abis kerja, terus ke Klang ambil Haziq dari asrama. Dalam pukul 8 kot baru kitaorang gerak dari Klang, singgah RnR kat Guthrie utk mkn malam. Lebih kurang pukul 9 malam baru gerak dari sana... bermula lah jem yang berpanjangan.

Aku terpaksa berhenti 2x untuk tido sebab mengantuk.. di Tapah sekali, yang paling lama di RTC Simpang pulai.. lebih 40 minit kot.. sampai kampung dekat-dekat pukul 5 pagi kot.. tudia.. berapa jam tuh.. jenuh gak lah...

Sabtu tu takde buat apa.. lepak rumah saja. Ahad dah nak raya. Mak dah siapkan semua dah utk mkn2 esok.. dengan ketupat daun pisang dan rendang daging. Esoknya Mak masak laksa untuk tetamu, nasi ayam untuk makan sekeluarga. Malam raya macam biasa, mengerang lagi ler.. kakak dah beli kerang 8kg tuh.. tp malam ni just bakar kerang lah, masa malam raya pose ada ayam, hotdog bagai.. kali ni kerang semata2.. ok la tuh..

Raya Haji takde la semeriah raya puasa, tapi kami adik beradik tetap bergambar beramai2. duit raya memang takde bagi langsung ler.. lembu pun ada la korban seekor. ok la kan dari takde langsung.. Sempat la kitaorang beraya rumah Maklang, rumah Maklong ngan chik Milah. itu jer la yang biasa kami beraya di hari raya. Rumah sedara yang jauh sikit mcm selama umah makdak ngan maklang tak sampai.. umah paktam kat tepen pun tak sampai.. hihihihi..

Abis beraya, balik rumah, layan tv.. pastu zzzzzzz.. itu jer la cerita raya aji aku tahun ni.

Lauk kampung masakan mak.. 3 pinggan aku mkn

Sempat mengerang 9kg kerang

Bersama anak2 teruna

Baju colorful sbb tahun ni raya pose tak sama






Cucu tokwan Non & Opah yom



Kisah Raya kan sebulan

Salam,
Walaupun baloq liat nak menulis.. entri ni masih berkisar kisah baling belakang (Throwback).. ekekeke.. kisah beraya di bulan syawal.

Ada la beberapa open house yang aku sekeluarga pergi, walaupun tak banyak.. tp masih ada.. aku sendiri pun ada masak- masak hari Sabtu masa mama datang dari Sarawak (fyi-bukan aku masak ler), kebetulan Dik Daus nak datang beraya.. dah masak lebih ada juga jemput 2 3 orang kawan2 yang ada kat area umah tuh.. Azam pun ada sampai dari Penang. kitaorang patut nak ke rumah Paktam tapi tak jadi. .cancel plak agak last minit.. kesian maktam dah masak2... Esoknya baru ke umah paktam, lajak ke besout.. umah Paktih dan Pakndak.. amik.. sendat terus perut.. jem.. esok lusa kena amik MC 2 hari sbb sakit perut... naya... bukan sbb food poisoning, tp sebab perut dah tak larat nak proses dah makanan dlm perut..

Ada la sikit kuih raya. rendang dan kuah kacang

Dik Daus & Oman dah sampai


Pijoi & Family pun ada

Sahabat aku Azwan

Ahad beraya rumah Paktam

Kat Besout nih

Rumah Paktih & Maktih

Rumah Pakndak & Makndak

Berbaju batik kami.. beli kat Pasar Payang lama ni..

Minggu ketiga syawal, dapat jemputan dari Nai, member tempat kerja. Member lama ni sejak dari kerja kat NEC dulu lagi.. agak meriah majlis hari raya dia.. rumah nya dekat area Alam Budiman. Sebelum ke sana, kitaorang ke Puchong dulu jap sbb nak sign document dari pemaju utk HOC. Dah 2.30 gtu baru gerak ke umah Nai, lewat gak la sampai umah dia.. sampai dalam pukul 3 lebih. Lepak mkn sempat la berjumpa dengan Syakir, si Saiful Baharin, dan beberapa geng yang kenal... byk juga makanan yang Nai sediakan.

Beraya rumah Nai

Minggu ke-empat Syawal aku decide untuk balik kampung, rasa rindu plak kat mak dan abah. Bukan apa, masa minggu kedua masa Dik Daus datang, ada video call dengan mak.. nampak mak mcm sedih.. macam dok lap air mata.. aku pun terasa sedih juga, rindu nak balik kg pun semakin menebal.. hihihih.. isteri aku pun ok saja.. zass.. terus balik kg.. kebetulan hujung bulan, gaji masuk.. dan kebetulan juga dah musim durian...

Ni jer ada gambo kat KG.. haru tui

Bila dah balik kampung, kami amik cuti extra satu hari Isnin tuh, jadi Ahad tu lajak ke Penang ke rumah baru Azam.. best rumah kondo nih.. bersih, pool pun best nak mandi.. luas... petang tu kitaorang ke Laksa tempurung.. malamnya sempat la mkn Sani char kew teow.. sempat la jumpa Bangchik n Pani. Beraya ke rumah pani kat quarters kastam.. malangnya ms mkn char kuew teow ngan ke rumah Pani, sekeping gambo pun tak snap.. haru betul...
Otw ke Penang.. atas fery

Dari rumah Azam.. tingkat 9

Pekena Laksa tempurung

Sekali Oman pun sampai Penang

Otw Balik PJ.. atas fery nih


Minggu last Raya ada jemputan ke rumah Sara, kawan lama isteri aku. Rumah condo mewah kot.. giler best tempat dia.. cuma jamuan makan buat di perkarangan swiming pool.. so tak dapat tengok rumah dia lah.. bila check kat iproperty, luas sampai 1700++sqft.. bapak luas...

Beraya rumah Sara, Wangsa 9 Residensi.. 

Perkarangan Pool .. mewah tempat nih

Malamnya lepas antar anak, aku dan isteri bercadang nak check in sempena anniversary.. aku akan cerita di entri selepas ni.. special punya.

End.

Kali Pertama Rumah Terbuka 09072017

Salam,
Entri kali ni aku nak cerita pengalaman pertama buat rumah terbuka utk hari Raya tahun 2017 ni. Walaupun agak lama aku tak berblog, dan yang last pun kisah berbuka ramai2 sebelum raya.. makna kata kisah raya, kisah malam raya kat klate kisah ke terengganu semua tak tercerita lagi dlm blog... ekekek.. sebab ini masih fresh, aku nak cerita pasal rumah terbuka ni dulu.. then aku throwback kisah beraya kat Machang klate... basi sikit lah.. tp utk masa depan.. berbaloi nak baca balik..

Kisah kali ni cemana aku dan isteri tersayang nak buat open house.. yang bestnya.. jemputan semua kawan-kawan aku dan sedara mara... kawan-kawan isteri aku takde pulak di jemputnya.. aku tanya la juga.. katanya takut tak cukup.. ekekeke.. maybe belum bersedia kot.. kawan2 aku ni memang biasa ada 1 2 kali datang umah makan2 nih...

Di sebabkan tahun ni ada la duit lebih sikit, hasil bonus yang di tunggu-tunggu sejak dari awal tahun hari tuh.. ujung bulan 6 baru masuk.. lepas di tolak-tolak semua perbelanjaan raya dan semua yang berkaitan, ada la sikit lagi extra... boleh la proceed..

Dari kami mula berkahwin, memang kami berhajat nak buat rumah terbuka ni, tapi kadang-kadang keadaan memang tidak mengizinkan.. bila balik dari raya memang bajet dah hampir zero beb.. ekekekek.. tetapi kali ni ada lebih sikit-sikit, kali pun agak nekad.. dalam minggu ni juga decide nak buat, hari Khamis 6/7/2017 malam lepas balik kerja terus beli barang.. isteri aku dah listkan..

Menu yang akan di masak memang simple saja.. Lontong, kuah kacang, dan rendang daging. Then pagi aku akan ke Dato Harun untuk beli lemang... Modal kitaorang habiskan tak sampai Rm500 lah, untuk makanan yang di jangkakan untuk 30 orang tetamu.. memang tak ramai yang aku jemput. Kawan-kawan yang rapat dengan aku masa kat NEC, kat WD dan kat MOL ni jer.. maklumlah baru 3 company jer aku kerja... di samping sedara mara yang ada sekitar KL lah..

Kalau dari NEC aku ada jemput, Labu, Muamar, Peja Eng, Faidzul, Ujet dan Wildan. Dari WD aku jemput, Azwan, Hafiz, Burhan dan Derick jer... dari MOL biasa lah, sahabat karib aku, Hans Joe, Ashaari, Arif, Calvin dan Arash.. abang Desh balik ipoh.. kalau aku abang desh datang, aku kena tukar menu rendang daging jadi rendang ayam ler.. takde hal pun.. rasa lebih kurang sama jer...  dan Sahabat dari sekolah Teknik aku jemput Sting dan jijoi jer... ni 1st time aku buat, tak berani jemput ramai-ramai sebab takut tak cukup.. ekekek.. jadi lah beberapa orang nih.. geng lama dari 5th memang takde sorang pun aku jemput.. tak per lah.. raya ni boleh jer datang beraya kat rumah.. rumah aku sentiasa terbuka... lagi pun aku dah minta isteri sparekan mihun dan mee incase hujung minggu ada kawan-kawan nak datang beraya... kurang-kurang boleh jamu dorang makan.. cuma rumah terbuka ni special sikit lah menunya..

Alhamdulillah, dalam semua jemputan, hampir semua datang.. cuma ada beberapa jer yang tak dapat datang mungkin ada aral yang melintang.. tak pe lah.. raya kan sebulan... dari pengalaman pertama nih, aku memang agak teruja juga lah... start dari pagi isteri aku bertungkus lumus masak makanan.. memang tak menghampakan.. semua masakan dia memang maveles.. sedap giler beb.. kena plak kuah kacang.. memang terlalu sedap.. setiap kawan-kawan yang makan dorng puji lebih kat kuah kacang tuh.... mula-mula pas siap masak aku tengok.. apahal kuah kacang ni merah semacam yang... aku tanya.. amik sudu... rasa sikit.. amboi.. sedap betui... tak cukup 1 sudu.. 3 sudu aku rasa.. tu baru rasa.. kalau makan cemana.. ekekekeke..memang padu.. terima kasih yang... wow.. masakan awak memang buat abg cepat gemuk.. ekekekek..

Aku terpaksa pinjam kat Azwan bekas minuman besar, bekas utk air panas, plan nak wat teh tarik, dan bekas kecik khas utk air kosong.. kebetulan Azwan ada semua bekas tuh.. bekas air panas tu memang power, buat air teh tarik power  dari kul 1 sampai maghrib, masih panas baq hang.. padu....

Untuk nasi impit, kitaorang beli nasi impit mini, satu pax ada 30 bungkus, kitaorang beli 2 pax... daging amik yang 900g, beli 2.. kat 2kg juga lah rendang daging, ingat nak buat sekilo.. tp nampak mcm sikit.. utk kuah kacang, aku beli kacang yang dah siap blend, 1/2 kg. Gula pun beli 3kg utk buat air.. yang guna separuh.. Teh tarik aku beli susu sampai 10 tin.. tp utk teh tarik guna 4 tin saja.. teh aku guna suku dari satu pax. brand lipton (400g).. kawan2 ckp teh pun layan... ekekeke.. ais beli kat speedmart 3 bungkus.. guna semua...

Isteri aku rajin pulak buat puding roti... 50 bekas dia buat... pergh.. tgal 4 5 bekas jer... alhamdulillah, memang berjalan lancar, makanan semua cukup.. air pun tak perlu nak tambah-tambah dah.. memang kena macam tuh.. kalau tidak nak kena ulang ke dapur buat air.. susah gak... so isteri aku kena ulang ke dapur jarang-jarang lah, untuk topupkan nasi impit dan lemang saja...

Start dari pukul 2 tghhri, sampai ke 10.30malam kami tunggu tetamu.. yang terakhir, tunggu sepupu sepapat dan maktam untuk datang.. kawan-kawan abis dah datang tghhri dan petang td.. kebetulan Matchet datang beraya umah paktam, terus join jijah dan maktam datang beraya umah aku.. aku memang ada contach mat chet tuh.. tp tak dapat.. rupanya kawan tu tukar nonbor.. memang rezeki dia lah...

Alhamdulillah walaupun penat sikit.. tapi rasa cukup happy dan berbaloi.. tahun depan mungkin boleh buat byk sikit lagi.. boleh jemput ramai lagi untuk datang beraya.. moga aku dan isteri sentiasa di murahkan rezeki.. dalam hal ni, aku memang kagum ngan isteri aku. .terror dia masak dan sediakan semua benda.. sebelum pukul 12 semua dah ready... kitaorang pun boleh makan dulu.. terbaik yang... love u...

















Ini memang specia nih... ekekekek


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.