Showing posts with label kisah travel. Show all posts
Showing posts with label kisah travel. Show all posts

Kolej Matrikulasi Kedah

Salam semua,
Pada isnin 3hb Ogos 2020 adalah hari pendaftaran Matrikulasi. Alhamdulillah Aiman dapat melanjutkan pelajarannya di Matrikulasi ini utk kursus asasi Sains 4 semester. 2 tahun la tu. Kalau, result cun sikit boleh lah amik yang 2 semester. Tapi aku tetap bersyukur Aiman masih ada peluang untuk menlanjutkan pelajaran di institusi awam.

Aku sekeluarga sememangnya berada di kampung sungai dendang. Jadi perjalanan dr kg ke Changlun mengambil masa kurang 3 jam. Kami sekeluarga bertolak jam 7.30pg, sampai di Changlun jam lbh kurang 945pg mcm tu. 

Pendaftaran agak mudah dan cepat. Namun masih ada ruang untuk di perbaiki. Sesampai kami sekeluarga di pintu masuk, kesemua ahli keluarga di dalam kereta di kehendaki turun, tinggal driver dan pelajar sahaja. Bila terus memandu masuk ke dalam kawasan, ada beberapa check point, dan ianya amat teratur, check point pertama, check suhu dan scan mysejahtera, check point kedua untuk tunjuk arah ke blok mana, dan check point ketiga adalah tempat menurunkan barang2 pelajar. Selepas pelajar turun, ibu bapa boleh terus keluar. Pendaftaran, pembayaran dan segala borang telahpun disiapkan secara online. No bilik juga dah tersedia selepas pendaftaran online. 

Cukup perfect, tapi pada aku, agak terkejut buat ibu bapa. Di luar pagar, tiada apa-apa maklumat tentang perjalanan dalam kampus. Jadi kebanyakan parent agak terpinga2 dan terpaksa tinggal kan anak di dalam tampa sempat salam. Kalau, di ikutkan, tak perlu pun semua family mesti turun dan tunggu di luar pagar, kerana, proses yg di jalankan pun takde turun kereta pun. Tapi itu la yang sampaikan, masih ada ruang untuk di perbaiki. Mungkin kena pada musim PKP.

Walaupun Aiman dah turunkan barang. Aku minta kebenaran warder untun bawa Aiman keluar sekejap untuk berjumpa dan bersalaman dengan keluarga. Sebab serious rasa mcm drastic plak. Dah bawa keluar, terus keluar cari mangga kunci. Ingtkan boleh la naik bilik cek dulu besar mana nak cari mangga. Dah beli, singgah tepi jalan, cek lg kot ada barang yang tertinggal tak baw turun, memang ada, satu beg balas tertinggal. Nasib baik.

Kali ni sempt la bergambar depan  pintu masuk, bersalaman. Dan aku bawa aiman masuk. Aku bersalaman di dalam. Sayu juga la nak tinggalkan anak teruna sorang namun untuk kebaikan dia juga kan. 

Seusai semua, kami keluar dr Kolej kami mencari kedai menjual ais,, utk si isi dalam kotak polistrin yang berisi daging korban. Terjumpa pula kedai Nasi Kandar femes Yasmeen. Memang padu baq hang.
Dalam pukul 12 gerak dr Changlon balik ke PJ. Kalau, ikut Waze dalam 4jam lebih.. Mmg janji palsu je la ni.. Huhuhu. Sampai Shah alam je dah pukul 9 lbh. Makan dulu kat Hakem, tempat dating dolu dolu. Lepas makan terus hantar Haziq ke AYSK.
Pukul 10 lebih selamat sampai rumah. Alhamdulillah. Harap Aiman tak homesick lah.. Berpeluh mata bak kata dorang.. Hihihi. 

Salam Aidil Adha 2020

Salam all,
Salam Aidil Adha al mubarak! Semoga hari raya korban ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua. 
Tahun ni turn aku beraya di Machang kelantan, plannya balik klate rabu, jumaat raya, Sabtu gerak balik kampung Sungai Dendang. Sebabnya blk sg Dendang, isnin nak kena hantar aiman register matrikulasi Kedah.

Terus terang aku agak fobia balik klate time raya raya gini sbb pernah lekat jem 18jam...18jam baq hang.. Macam tak masuk akal kan.. Tp itu lah hakikatnya. Gerak dalam pukul 8 lbh 9 mlm gtu.. Sampai esoknya dalam pukul 4ptg keesokannya. Punggahhh. 
Kali ni aku dan isteri plan lalu ikut cameron highland.. Keputusan kami agak tepat walaupun ada sedikit kesesakan di area slim ke Sungkai, kami berjaya sampai ke Gua musang dalam pukul 7 blh. Kalau kira dlm 5jam lbh perjalanan.. Ok dah tu.. Tgk berita ada org 10jam kl Gua musang. Tp melekat sedikit dr kuala krai ke Machang. Total perjalanan 10jam..termasuk berhenti makan malam.. Kira ok la tu walaupun agak tersengguk sengguk mengantuk nak sampai machang.

Hari Khamis pagi kat Machang, keluar jap ngan isteri settlekan tayar, semlm masa drive terasa bergoyang sebelah belakang.. Masa awal2 tu ok.. Lepas nak sampai tapah bergoyang lain macam.. Rupanya ada sebijik tayar yg aku br tukar 2 bln lepas kembung.. Terkena laaa.. Tukar hr tu dah rm285.. Rupanya tahun 2016 punya.. Hampesss.. Tukar kali ni brand china Triangle.. RM250 sebijik.. Tukar 4 biji terus. Lega sikit nak jalan, jauh. 

Pada hari raya kami tak pergi ziarah keluarga. Kalau ikut aku, ziarah la keluarga sekejap.. Adik beradik sebelah ayah mertua tak ramai pun, semua dalam area machang je. Adik adik ipar cakap, xperlu la ziarah2 masa PKP ni. Aku follow je la. Tetapi diorang plan nak keluar makan di luar, terus kami ke penarik. 
Sampai Penarik makan udang sotong celup tepung, nak ke jembatan angkat plak di kuala Terengganu, aku dan isteri ikutkan saja. Otw balik, singgah la beli keropok utk buah tangan balik kg esok. Dalam pukul 8.30 gitu sampai rumah. 
Esoknya pukul 6 pagi dah kejutkan anak2 utk bersiap. Sebab nak kena gerak awal sebelum jem kat area tanah merah.. Situ kalau start jem, memang tak boleh bawa berbincang. Pernah sangkut 10km 4jam..fuh..tak masuk akal. 

Kami bertolak dalam pukul 7.30pg. Sampai Kg Sungai Dendang pukul 11.35 gtu.. Terbaekk.. Tak jem.. Yang paling best kami dapat melihat gajah seekor semasa dalam perjalanan menuruni bukit dr R&R banjaran titiwangsa. 

Hari ni ( sabtu, 1 Ogos) ada kenduri rumah pakcik, perkahwinan Adam dan, juga rombongan datang meminang Dik Anne. 
Aku takde membantu apa sgt pun, sebab dari semlm dok sakit tekak yang memang perit, tambah selsema plak. Malam pun tdo awal sbb dah terasa lemah badan. Soluble + panadol pun dah telan.. Terus masuk tdo.. Tak dan nak peluk isteri, sedar2 dah pagi.. 

Itu la dia.. Nnt sambung lg kalau rajin.. 



Tempat Kesepuluh di Austria - Alpenzoo Innsbruck

Salam all,
Entry ni nak citer pasal pengalaman jalan-jalan kat Austria ke Alpen Zoo. Zoo ni termasuk dalam plan kitaorang bila ke Innsbruck.


Kalau tengok entry ke puncak Innsbruck, memang di tengah2 perjalanan boleh ke Zoo. Dari Stesen Kongress ke Hungerberg naik funicular (sejenis train), ada satu stesen di antara nya Alpenzoo. Tapi kami mmg tak perasan sebab terlalu ramai penumpang. Tak nampak luar.

Plan ke Zoo lepas turun dari puncak Hafelekar. Sampai stesen Hungerburgh dari puncak Hafelekar tu, kitaorang terus cari jalan ke Alpenzoo.. Kat sini kami silap.. Huhuhu.

Untuk plan semua ni adalah plan isteri kesayangan aku ler.. Katanya on the way saja boleh ke Zoo.. memang boleh.. dan ada tren untuk ke Alpenzoo station.. Malangnya masa perjalanan naik kami tak perasan ada stesen Alpenzoo. Sepatutnya, dari Hungerberg tu, kami kena naik Funicular turun le Alpenzoo station tapi kat stesen Hungerberg kami ikut tanda arah Alpenzoo (mcm dlm video bawah). 


Apa lagi.. Jadi peng"hiking" la kami sebab kesilapan sendiri. Ekekeke.. Aku tak salahkan isteri dalam hal ni. Macam biasa kami rilek saja berjalan. Tengok route kami ber"hiking" ke zoo.

Perjalanan kami memakan masa lebih sejam oi... kalau nek tren turun kat Hungerburgstation-Alpenzoo dalam 5 minit saja.

Dari kawasan perumahan, kami masuk ke hutan belukar, memang ada jalan, kami ikut saja. Jumpa la beberapa orang yang hiking dan cycling dlm tu.

Jalan punya jalan 5 minit macam tak jumpa je. Jalan pulak macam menuruni bukit. Kami masih follow lg. Nak, patah balik terasa macam jauh, jadinya teruskan juga. 

Fuh, akhir nya 1jam lebih berjalan baq hang.. Giler oooo.. Penat kepala lutut.. Panas plak tu.. Baru ada bau-bau najis binatang.. Cheh.. Jauh gila kot.. Pelik betul.. Xkan setiap orang nak pergi Zoo kena hiking masuk hutan. 

Sampai pintu Zoo baru perasan.. Aramakkk.. Ada stesen Alpenzoo la.. Jibake betul.. Yang awak berjalan sakan kat 2jam tu apa kejadahnya. Nasib ler.. 

Dalam keletihan, kebaraan sebab kepenatan. Jadi xde banyak gambo kat Zoo.. Ada la sikit2 gambo binatang. Boleh la.. 

Lepas masuk, terus le Cafe pekena Air dulu dengan fries buat alas perut. Berjalan plak dalam Zoo dalam sejam lebih ikut peta yang di sediakan. 















Kebanyakan gambo-gambo binatang jer.. sebab kepenatan dah.. takde gambo bertiga.. sebenarnya ada banyak binatang dlam zoo ni.. kalau ikut peta.. lebih 50 jenis binatang.. tp tu lah.. amik sikit2 jer la gambo wat kenangan.. hihihihi..

Itu la antara, kisah sedih antara aku kau dan dia.. Agak-agak boleh wat drama tak? Ekekeke

End citer Zoo! 

Tempat Kelapan di Austria - Kufstein

Salam all,


Boleh nampak fortress Kufstein di atas bukit dalam gambo ni

Walaupun dah balik Mesia dalam 2 minggu, aku masih nak update 2 lagi tempat kunjungan kami yang menarik di Austria. Boleh kata kisah sebulan lepas lah kot. Tak per lah.. better late than never kan.. berbalik kepada tujuan blog ni di hasilkan adalah untuk mencoretkan kisah-kisah menarik dalam hidup. lepas sepuluh tahun kalau di singkap balik blog ni, memang seronok membaca kisah2 lama2 yang menjadi kenangan terindah.

Berbalik kisah di Austria, lepas balik dari Munich Germani, kitaorang singgah di festung/Fortress yang agak besar di Kufstein kira-kira 25km dari Radfeld/Kramsach. Kalau dari Munich memang akan jumpa susur keluar ke Kufstein ni.

Di sebab kan masih awal lagi, sempatlah kami singgah. Tempat ni tutup pada pukul 6.30 petang. Sempat la naik ke Fortress dan masuk galery dan lihat apa-apa yang patut.

Bila dah keluar dari susur keluar, kami singgah di Mpreis untuk mencari baju isteri . Di sebabkan dia pakai baju yang agak tebal, jadinya tak berapa sesuai dengan cuaca kerana agak panas suhu dalam 25 darjah celsius. Ye lah, plan asal nak ke Hallstat naik ferry dan menikmati keindahan alam di atas gunung, di jangkakan suhu kurang 15 darjah celsius, namun tukar plan di saat akhir dan ke Munich dan seterusnya singgah di Kufstein.

Dalam pukul 4.30 macam tuh kami dapat masuk ke dalam Fortress tersebut. Agak menarik kerana kita perlu naik gondola macam cable car naik ke Bukit bendera, cumanya ketinggaan ke Fortress ni rasanya tak sampai 200m.
Cable car yang perlu di naiki untuk ke Fortress


 Sempat lah kami lihat keadaan dalam fortress, dan seperti tempat istana raja dan ada ruangan pusat tahanan seperti lokap. dalam sejam lebih juga kami mengambil masa untuk meninjau keseluruhan temapt ni, ada juga galeri yang menempatkan tulang-tulang haiwan dan juga haiwan yang di bekukan.






Ruangan galeri, agak luas dan teratur

Antara barangan yang di pamerkan


Permandangan kufstein dari atas fortress




Binantang yang di awet pun ada dalam ni tapi tak banyak



Sebelum balik, sempat lah singgah di kedai cendera mata membeli beberapa keychain dan fridge magnet untuk kenangan berada di Kufstein. Perjalanan balik hanya mengambil masa kira-kira dalam 20 minit sahaja.
Ini di kawasan pekan Kufstein, senibina di Austria ni lebih kurang saja. memang cantik

Ada pernampakan di situ


Plan esoknya untuk ke Innsbruck dan naik ke puncak innbruck dan ronda-ronda di sana seterusnya memulangkan kereta sewa.

End

Next:innbruck!!

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.