Showing posts with label kisah sendiri. Show all posts
Showing posts with label kisah sendiri. Show all posts

Tahun 2023 terlebih muatan dah!!

masa ni nampak slim gak.. 80kg nih

Salam,

Post kali ni aku nak cakap pasal berat badan yang dah melebihi had yang agak tinggi.. Terlebih muatan dah senang cakap.. Naik tangga pun mengah.. Memang susah nak turunkan berat badan.. nak menten kekal excersise dan jaga makan tu yang payah.

 

Hari ni 1hb Feb, pagi-pagi timbang berat dah 88.85kg.. kalau di ikutkan dengan BMI dengan berat sedemikian, aku jatuh dalam kategori obes woiii... hantu raya betul.. Bukan tak pernah susut... yang betul-betul berjaya susut cuma pada sekitar tahun 2019 hujung tahun. Masa ni aku dan isteri memang jaga makan, tak byk exercise sangat. Mostly jaga intake makan jer.. guna apps utk pantau kalori intake. Masa ni susut oiii... berat masa ni cecah 76kg.. isteri masa ni 65kg gitu kalau tak silap.

Masuk PKP, mula lah tak jaga makan.. dok umah plak beberapa bulan.. makan makan makan... sampai sekarang tak betul2 menten jaga makan.. belasah apa yang patut... tu tahun ni berat memang dah kira maxima kot.. huhuhuh...

Jadinya, aku nak start balik diet + exercise. Tengok la 3 4 bulan lagi.. maybe setengah tahun... sebab nak buat ok.. tp nak menten berpanjangan tuh payah sikit.. kadang2 ada menda stop... mcm sebelum ni... puasa ke.. raya ke... bila stop sekali... pastu terus malas... memang kena istiqomah la.. Makan mungkin tak boleh buat mcm tahun 2019... masa tu memang isteri aku masak utk lunch... rebus , grill .. kurang minyak.. kurang garam.. cut gula..

Kali ni plan diet, just utk cut carbo.. kurangkan carbohidrat.. jaga portion makan... kurangkan gula dan garam.. then setting exercise 4x seminggu.. Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Rabu rest day.. Sabtu ahad pun rest day. 


Untuk exercise, aku guna mobile apps JEFIT utk setkan excercise yang aku dah customize kan.. contoh.. Isnin, aku setkan utk exercise sume muscle, Selasa , Shoulder, Chest and Back, Rabu rest, Khamis buat bicep, tricep and forarm then jumaat buat Leg... upper leg and lower leg termasuk glute sume lah. Then sebelum start weight tuh, aku akan berjalan atau berlari atas treadmilll selama 30 minit.. total masa setiap kali exercise lbh kurang 90 minit.

Nin dia 88kg oiiii

Perut pun teruk kedepan nih.. 

Harapnya boleh la menten selama 6 bulan... bukan la nak sado sngt.. tp dengan weight ni membolehkan metabolism bertambah.. jadi pembakaran lemak tuh cepat sikit.. atleast berat turun or "inch loss" tu yang penting... orang tengok nampak la slim sikit... dan yang paling utama adalah kesihatan. 

Inshaallah... klaau jadi aku akan update lagi... tak jadi pun aku update... sbb setahun 2 kebelakang ni.. bukan tak pernah buat.. pernah.. cuma tak kekal... lepas beberapa bulan stop.. dan stop terus...

Kali ni.. harapnya berterusan dan di jadikan rutin utk exercise 4x seminggu dan jaga portion makan.

End.

Lama tak post dalam blog nih

Salam kawan2.. takde sapa baca kot blog nih.. just tulis utk diri sendiri tgk balik di masa akan datang... sapa yang terbaca blog nih.. terima kasih.. sila tinggalkan komen ye..
Last post tentang pengalaman buka gerai nasi daging... aku tak sempat untuk berniaga lama kerana tak dapat untuk menampung segala perbelanjaan bulanan keluarga aku.
Ye la, sebelum ni kerja sebagai pembuat software, tiba2 berhenti kerja untuk cuba kerja sendiri... dengan hasil titik peluh sebulan kurang RM1k, tak cukup untuk menanpung perbelanjaan keluarga..
Tp dengan pengalaman membuka gerai, banyak yang aku belajar... Ada sesetengah orang mungkin fikir kebodohan aku berhenti kerja dan beralih kerja sendiri.. tp dengan kebodohan aku ini, aku dapat belajar sesuatu dalam hidup.. tidak sukar untuk berniaga, namun untuk bertahan lama agak sukar memandangkan aku berniaga benda yang rare.. jarang jarang dapat.. jadi nak dptkan regular customer tuh ambil masa..
Kita boleh berniaga, tp sebagai dr pekerja swasta yang mendapat gaji tetap, kepada kerja sendiri yang mendapat gaji tak berapa tetap.. memang kena ada duit pusing sekurang2nya setahun... aku ada duit pusing dlm 3 4 bulan sahaja.. dan pulak setiap bulan tak dapat tampung segala perbelanjaan harian keluarga.. jadi.. kalau korang berniat nak berniaga.. bukan setakat duit pusing utk setahun... segala duit utk perbelanjaan bulanan juga perlu ada dlm tempoh tersebut.. sekurang2nya tidak mengganggu duit pusingan modal untuk berniaga..
Setelah berniaga lebih 8 bulan.. akhirnya aku surender... terpaksa kerja parttime untuk menampung perbelanjaan keluarga.. nasib la ada isteri yang sanggup membantu.. alhamdulillah.. kalau takde support kuat.. mungkin aku tak dapat bertahan.. huhuhu..
dan akhirnya.. aku terpaksa buka semula jobstreet untuk mencari kerja... tp semangat untuk berniaga masih ada.. walaupun dalam keadaan susah, rumah hampir di lelong... makan minum di catu.. astro, unifi semua di potong... perkhidmatan celcom di kecilkan.. dr RM68 sebulan tinggal RM28 sebulan... amat mengajar aku erti hidup susah... susu baby di catu.. allahhuakbar.. tak tahu apa nak ckp...
Skrng aku sudah bekerja semula.. sedang membaik pulih segala bentuk kewangan supaya stabil semula.. mula kumpul wang semula utk mula sekali lagi berniaga satu hari nnt..
Segala pengalaman berhenti kerja dan mula berniaga sendiri banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan... Doakan aku berjaya dunia dan akhirat...


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.