Showing posts with label kisah tips. Show all posts
Showing posts with label kisah tips. Show all posts

Nak try MAF (maximum aerobic function ) trening (Run slow to run fast)

 Salam,

Fuyooo.. lama stop tulis. Tak tahu la kenapa.. last post pun, gambo tak masuk.. hihihih.. Takper la kan.. Ni rasa nak tulis plak, bukan apa, sebagai rujukan di masa depan plak. Kali ni aku nak cerita pasal MAF trening, apa tujuan aku kaji dan nak try buat MAF trening ni.

Aku selalu juga jogging, di luar padang dan juga treadmill, tp kadang-kadang Heart Rate (HR) tinggi. Jadi ada saranan untuk mencuba MAF trening untuk berlatih dan berlari mengikut kadar HR yang rendah. Bukan mengikut Pace. SEbelum ni aku cuma nak ikut pace selagi mana HR tak melebihi tahap bahaya. 

Apakah MAF ni sebenarnya? MAF ni sebenarnya singkatan dari Maximum Aerobic Functions specific untuk umur masing-masing. Cara kira HR yang kita perlu patuh adalah 180 - umur kita. Macam aku sekrang umur 46, jadi HR utk latihan MAF aku adalah 180 - 46 = 134 . Jadi range sesuai adalah 124 ~ 134 +-5 la.. kalau ikut dalam calculation jam aku, max aerobic cuma setakat 139 jer... kira kena la dengan pengiraan MAF trening aku.

Apa kelebihan dia, kalau tengok dari pengalaman orang yang buat MAF ni, menda ni memang akan amik masa panjang untuk dapat result yang padu.. contohnya hari ni dengan HR MAF boleh berlari dalam kadar pace 10, mungkin lepas setahun, dah boleh lari laju sikit, mungkin 8 or 7 pace dengan kadar HR yang rendah. 

Satu lagi, dalam badan kita ada 2 bentuk system yang menjana tenaga untuk di bakar,  aerobic dan anaerobic. Tapi apa yang kita tak perasan adalah, ada research menyatakan bahawa lebih selamat dan lebih efisyen untuk berada dalam zon aerobic (~80%) semasa melakukan aktiviti terutamanya berlari. Bermakna pada kadar ini, kita boleh berlari dengan lebih lama.

Sistem aerobik ("dengan oksigen"), menggunakan oksigen untuk menukar lemak kepada tenaga untuk menguatkan otot anda. Sistem ini bergantung pada bekalan mitokondria yang banyak (bahagian sel yang menukarkan nutrien kepada tenaga). Badan kita mempunyai simpanan lemak yang besar (walaupun orang kurus), jadi dengan sistem aerobik yang baik, kita boleh terus berlari untuk masa yang lama.  

Sistem anaerobik ("tanpa oksigen") akan bermula apabila oksigen tidak mencukupi untuk keperluan anda. Sebagai contoh, apabila anda berlari dengan kuat dan pantas, anda menggunakan oksigen lebih cepat daripada yang anda ambil. Untuk mencipta tenaga yang anda perlukan, otot anda mula memecahkan bekalan gula (glukosa) mereka. Sistem anaerobik menukar dengan cepat dan paras glukosa badan anda berada dalam bekalan yang terhad, jadi anda tidak boleh berlari terlalu lama menggunakan sistem anaerobik anda. 

Itu salah satu info berguna yang aku dapat. Harap aku dapat bertahan dengan MAF trening ni sekurang-kurangnya 20 minggu. Mungkin dengan MAF trening ni dapat mengurangkan lemak2 tepu dalam badan. Plan trening, cuma min 3x seminggu berlari selama sejam. tak kira pace dan jarak. Cuma masa dan HR saja. 

Sekarang berat pun dah 90kg.. mungkin lepas 12 minggu trening akan turun 3 4kg.. inshallah.. nanti kalau rajin boleh update lagi. 

Semoga istiqomah.

Tindakbalas badan sepanjang berpuasa



Salam,

Sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak share info tindabalas yang berlaku sepanjang kita berpuasa. Tindak balas ini adalah satu kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Indahnya berpuasa.

Artikel di tulis oleh :

Pensyarah Fisiologi Manusia (Pemakanan) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, USIM


------------------------------------------------------------------  

BERLAKU beberapa perubahan dalam tubuh ketika berpuasa yang dikenali sebagai proses homeostasis.

Ini kerana ketika berpuasa, individu mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas tubuh bertujuan menentukan masa mula dan berakhirnya puasa.

Aras insulin turun:

Apabila kita makan, sebahagian tenaga digunakan secara terus manakala yang lain disimpan untuk kegunaan pada masa yang sesuai. Semuanya bergantung kepada aturan hormon penting dalam tubuh iaitu insulin.

Setiap kali makan, insulin bertindak balas terhadap tenaga yang diambil dan memberi isyarat kepada tisu tubuh yang memerlukan tenaga segera.

Sebahagian daripada tenaga pula disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati. Tenaga turut disimpan dalam bentuk lemak untuk kegunaan ketika kecemasan.

Semua tindak balas ini berlaku serentak, oleh itu lebih tinggi rangsangan terhadap insulin, lebih banyak tenaga boleh disimpan.

Apabila berpuasa kita membenarkan tubuh menggunakan semula tenaga simpanan yang berlebihan. Justeru keseimbangan akan tercapai.

Perubahan tubuh ketika berpuasa.

- Pada hari pertama dan kedua:

Aras insulin beransur menurun merangsang penggunaan tenaga dalam bentuk glikogen.

Selepas dua hari berpuasa, aras insulin tadi membuatkan tubuh beralih untuk menghasilkan tenaga secara alternatif melalui proses glukoneogenesis (penghasilan tenaga daripada protein) dan glikolisis (pemecahan lemak bertujuan menghasilkan tenaga).

Usah bimbang dengan mitos menggambarkan penggunaan protein untuk menghasilkan tenaga ini bakal memberi kesan kepada otot tubuh. Ini kerana terdapat pelbagai sumber protein lain digunakan sebelum tubuh menggunakan protein daripada otot.

Tambahan pula tenaga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme tubuh normal daripada metabolisme lemak dalam tubuh mencukupi.

- Lima hari pertama (setiap hari):

Berat badan menurun 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. Penurunan insulin memberikan kesan kepada air dan garam tubuh.

Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuresis. Oleh itu, biasanya berpuasa memberi kesan penurunan tekanan darah.

- Lima hingga tujuh hari:

Peningkatan aras Hormon Pertumbuhan (GH):

Selepas berpuasa selama lima hingga tujuh hari, peningkatan GH menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan.

Selain itu, GH memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan otot dan tulang sepanjang berpuasa tidak terganggu kerana berpuasa.

Metabolisme tubuh

Anggapan berpuasa menurunkan metabolisme tubuh tetapi hakikatnya cara berpuasa yang betul tidak akan menurunkan kadar berkenaan.

Bangun awal pagi untuk bersahur dengan pengambilan makanan seimbang adalah permulaan yang baik untuk berpuasa bagi merangsang peningkatan metabolisme pada hari berkenaan.

Selain itu, peningkatan hormon GH membantu memastikan metabolisme kekal pada tahap optimum. Perubahan ketara apabila berpuasa adalah peningkatan hormon noradrenalin, suatu bahasa tubuh untuk merangsang individu mencari makanan.

Selari peningkatan hormon ini, kadar metabolisme tubuh turut meningkat. Jangan bimbang mengenai penurunan metabolisme ketika berpuasa. Tanpa disedari kadar metabolisme anda sebenarnya lebih aktif ketika itu.

Amalan berpuasa memberi pelbagai faedah kepada tubuh dengan mengalihkan proses pengambilan tenaga kepada pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme serta memberi perlindungan kepada otot dan tulang.

Bagaimanapun, keseimbangan dan faedah ini sukar diperoleh sekiranya anda tidak berjaya mengawal nafsu makan ketika dan selepas berbuka.

Bagi yang mengharapkan kesan baik sepanjang Ramadan ini, amalkan diet makanan sihat, Ramadan bukan tiket makan berlebihan ketika berbuka!


Pengalaman menyewa kereta di Austria

Salam,
Entry kedua berkenaan dengan Austria adalah tentang pengalaman kitaorang nak sewa kereta. Sengaja aku tulis pasal pengalaman ni sebab aku nak share sikit masalah-masalah yang mungkin akan timbul bila mana kita nak sewa kereta di tempat orang nih.. Benda nampak mudah dan simple.. tapi jangan ambil mudah..


Lepas kitaorang sampai Sabtu tuh.. kira-kira hampir jam 11.. Kitaorang lepak dulu kat appartment sambil menghayati permandangan yang cukup cantik dan mendamaikan sambil merehatkan diri, Perkara pertama yang kitaorang plan nak buat adalah, pergi supermarket SPAR, beli simkad. Dengan harga 2 Eur boleh dapat simkad dah, cuma untuk topup kena 10eur, dapat lah 55 minit bercakap.. tp kitaorag nakkan data saja.. dapat 8gb.. boleh lah. Tapi bila masuk dlm hp, nak kena register dulu.. bahasa jangan cakap lah.. harap sepatah tak faham.. Masalah pertama sudah datang... hihihi.. so kitaorang onhold dulu.. sebab kena g amik kereta kalau ikutkan pukul 4ptg di Innsbruck.. Perjalanan kira2 1jam lbh sikit.

Kitaorang ke stesen keretaapi pun dah pukul 2 lebih. Agak lewat dari tentatif yang telah kitaorang susun.. Itu lah dia, kita hanya merancang, tapi Allah yang maha kuasa yang tentukan.. Kalau aktiviti tak berapa ikut plan sangat.. rileks jer la.. aku dan isteri cool jer..follow the flow.. yang penting masih ikut schedule. Nak ke Airport Innbruck boleh beli tiket direct jer kat OBB station ni. Boleh jimat kalau kita beli tiket pergi dan balik.. untuk 2 orang cuma 34eur saja.. tapi kitaorang nak pergi saja.. balik naik keta lah katakan,



Tren sampai, cuaca pun best, suhu dlm 20 deg celcius, angin sejuk.. best.... perjalanan ke Innbruck pun lalu di antara gunung-gunung.. rumah2 di celahan gunung, di kaki gunung.. Allahuakbar.. sungguh cantik sekali permadangan kat Austria nih.




Kitaorang beli tiket ke Innbruck Hbf . tempat ni sebenarnya main stesen keretapi.. sama macam KL sentral lah..  kitaorang plak ingatkan itulah Airport.. Nak cari tempat kereta melilau.. dah abis masa kat situ. tanya sana sini... last sekali kaunter pertanyaan beritahu, kena tunggu di Adamgasse untuk ke Airport. cari bas F.. Berjalan la plak mencari Adamgasse...

Jumpa tempat tunggu, kekerapan bas 15minit sekali.. Memang agak tepat masa bas nih. Waktu dah pukul 4 lbh rasanya. Dr Hbf tuh nak sampai ke airport, baru 15 minit tak sampai.. cepat betul... Sampai airport, terus cari ofis sewa kereta... pusing-pusing dalam airport tak nampak... tanya orang rupanya tempat sewa kereta memang ada satu bangunan khas, dekat dengan parking 4 tingkat.. semua company kereta sewa bertempat kat situ.

Sampai di ofis, aku pun beri lah segala document, passport, lesen antara bangsa dengan voucher yang dah di tempat. Memang yang kitaorang ambil agak murah, dalam 295eur untuk seminggu tu.. sekali dia minta deposit 1000eur.. haaaaaaaa.... kat sini timbul masalah untuk kami.. agak terkejut beruk sebab deposit banyak sangat. Deposit akan di pulangkan balik.. masalah besar kat sini adalah sebab aku takde KAD KREDIT... woooo .. dalam keadaan macam ni baru kad kredit ni penting.

Cara lain kalau tak nak deposit 1000 euro, banyak kot kalau convert duit malaysia (darab RM4.7). Cara kedua untuk xde deposit, aku perlu ambil insuran utk kereta, sekiranya apa-apa jadi kat kereta, aku tak perlu tanggung apa-apa, insuran akan cover.. Aku beritahu aku dah ambil insuran masa booking, itu insuran lain.. cuma insuran kecurian atau eksiden saja. Kalau tercalar, tayar pecah sume tak termasuk.. Aku dah rasa mcm tertipu plak. Bila cover insuran, aku tak perlu bayar deposit 1000eur, cuma perlu bayar 580 eur untuk sewa. Jadi dia akan deduct duit aku dalam 600 eur saja. Boleh guna debit kad.

kitaorang dah pening. Stress sekejap nak mikir.. 600 eur agak banyak tuh. Aku datang sini cuma dapat dalam 2500 eur saja. Jadi itu lah duit belanja aku dan isteri kat sini. Nak jalan-jalan lagi. So aku dan isteri decide, nak cancel jer sewa tuh. Cuma aku risau masa booking hari tuh website ada potong 98eur deposit. Tak pasti sama ada burn atau refund balik. aku buka website nak cancel pun tak jumpa. Tapi kata isteri ku, takde apa2 sms yang mengatakan kad kena deduct. Tengok lah nanti.

So, kitaorang pulang dengan keadaaan yang agak sugul lah. Plan kitaorang jadi terbantut sikit lah. Aku dan isteri masih cool, benda-benda macam ni biasa akan berlaku, antara nasib baik dan tidak saja. Kitaorang tak saling salah menyalahkan. Aku yang rasa bersalah sebab tak buat kad kredit sebelum datang. Kesian anak bini aku tuh.. huhuhuhu.. dalam hati rasa nak menangis juga sebenarnya.. kesian bila di fikirkan byk plan yang akan tergendala, Tak per la, kita plan cara lain untuk aktiviti yang di rancang esoknya.. plan nak ke Hintertux.

Bergerak dari Airport pun dah dekat pukul 7, sini sehingga pukul 830 masih cerah lagi. Naik tren dengan hiba. tiket perjalanan untuk kami 3 orang kena lebih kurang 26 eur.. sehala.. 2 hala dah abis 52 eur. Sampai appartment dlm pukul 8 gtu, masih cerah lagi walaupun ujan renyai-renyai sikit.

Ahad kitaorang ke Hintertux. Akan aku citer  dalam entry lain. Aku nak sambung pasal sewa kereta lagi. Masih belum putus harapan, Isnin setelah aku masuk ofis. aku email Marina dari HR yang uruskan accomodation dengan airport taxi, untuk tolong sewakan kereta dari selasa dan pulangkan ahad. Dapat email dari Marina, quotation sewa dalam 360eur. ini termasuk insuran yang sama mcm aku perlu byr hari tuh. aku rasa ok lah.. cuma dalam email ada tulis deductible dan non deductible. Aku fikir itu mungkin deposit kot. Agency ni Europcar, yang aku book dari malaysia, Global Drive, aku book dari website carflexi.com.

Hari Selasa, aku minta dari boss untuk balik awal. sbb nak ke Innbruck utk amik kereta. Pukul 2.30 rasanya aku dah keluar.. Isteri aku dan Hana pun dah ready. terus ke stesen keretapi Rattenberg-Kramsach.

Sampai Innbruck Hbf tuh, kitaorang dengan bongkaknya terus ke platform depan stesen keretapi untuk naik bas F. Sabtu lepas menapak ke Adamgasse, bila balik dari Airport, turun betul-betul depan stesen keretapi.. Dalam hati ada terfikir, apasal masa g epot kena naik kat jalanAdamgasee, bila kitaorang dah naik bas, aku dah rasa pelik.. patutnya dalam 15 minit dah sampai.. ni mcm jaln pun lain.. Aku pun bergegas ke driver dan tanya.. rupanya dia kata.. you are wrong direction.. whatttt!!!!.. tu la.. berlagak sangat.. hihihihi.. itu la pasalnya kena ke Adamgasee

Terpaksa turun, dan tunggu di seberang satu lagi. Bas pun sampai.. kitaorang sampai airport sebelum pukul 5, terus ke agency Europcar. Isi borang apa sume, zasss.. dia minta pulakkkkk 1000 eur... mampuih... Ahhh pisang berbuah 2x nih.. 360 sewa, dia kena deduct 1098 eur. Sebelum datang td, isteri aku dah pun clearkan kad kredit. sekurang- kurangnya 500 uer.  Ni dah minta 1098 eur. Kredit limit pun tak cukup sbb bila swipe dia keluar unsufficient credit (lbh kuranglah.). Aku try guna kad debit, pun tak boleh. Keluar unauthorize bla bla bla.. aku ingat sebab dah tengah malam.

Sekali lagi kitaorang pulang dengan agak sugul... kali ni lebih sugul.. Masing-masing diam seribu bahasa. Hana gak happy setiap masa.. takde masalah apa kan.. hihihi.. aku dan isteri agak stress juga lah, kalau saling berbalah pun tak kemana, mood nak makan angin pun boleh hilang. Kitaorng naik bas balik ke Hbf, duduk kejap. Lepas tuh plan nak pergi Hardrock. Sambil jalan rileks2 ngan isteri.. peluk2 sikit.. sabar jerla.. kena cari cara lain untuk berjalan jumaat nanti.




Lepas beli baju kat Hardrock, member kirim.. bukan untuk diri sendiri.. Kitaorang try Kebab Magic.. takde la magic mana pun.. bukan apa.. tersalah amik kot.. ekekekeke.. tak tau ada ke tak gambo aku snap.. sbb lepas balik dr ofis sewa kereta, langsung takde mood nak amik gambo.. ekekek.. mmg besar portion dia.



Balik lagi dengan kesedihan, abis lagi 56eur untuk hari ni... 2x pergi Innbruck dah 112 eur dah.. byk gak tuh kan.. Aku masih belum putus asa, demi untuk bahagiakan family aku, tak best la rosak semua rancangan. Esoknya, Rabu, lepas bangun pagi tuh, terus transfer duit masuk ke UOB, aku tukar semua limit sekurang kurangnya aku boleh swipe 1000 eur. Aku email bos, beritahu, aku masuk ofis lewat sebab urusan ambil kereta semalam belum selesai.

Terlepas plak tren pukul 7:38, terpaksa tunggu tren 8:38pg. Kali ni kali ke-3 ke inssbruck, dah tahu lah mana nak cari bas apa semua. Sampai ofis Europcar dekat pukul 10 dah. Minta dia cek balik yang booking semlm, masih ada sebab aku beritahu nak datang lagi hari nih, nak kena balik settlekan limit banking. Sbb aku rasa itu punca tak dapat swipe.



Sekali officer tu beritahu, kad debit memang tak boleh. Allah... berderau lagi darah aku nih...
Aku cakap, kalau macam tuh, takperlah. kena cancel jer..
amboi.. panjangnya citer ni.. bila nak abis.. ekekeke...

Adusss.. semakin buntu.. Aku masih belum putus asa, cuba search kereta sewa yang boleh accept kad debit. Cari-cari macam tak jumpa, semalam search ada plak.. aku dah dekat bas. Aku fikir, ni last lah, aku try tanya setiap ofis kereta sewa yang ada tuh... aku masuk Avis tanya, "Ohh, sorry man, not posible to use debit card here, you can try next door. ".. next door tuh Global drive yang aku pergi hari Sabtu lepas.

Aku cuba lah tanya Global drive tuh, kalau kata harga lebh 500 eur.. mmg terus angkat kaki balik jer.. bila tanya, dia kata 270 saja, termasuk insuran... alhamdulillah, murah juga walaupun walkin. Tp ni 2 pintu saja. aku ckp.. boleh dapatkan 4 pintu tp kecik.. dia cek.. ada.. cas cuma 300 eur jer.. lagi murah dari Marina book kat Europcar... Isi borang bagai, aku tanya, perlu deposit 1000 eur ke untuk ni, dia kata tak perlu, sebab dah ambil insuran, cuma perlu 300 + dlm 200 gitu jer.. Nahhh.. rezeki aku... bila masuk kad debit.... approve.. pret..prettt keluar resit... ahhhh.. legaaaaa...


Usaha tangga kejayaan.  Tengok memang dia cas 500 eur.. Alhamdulillah dapat kereta. Dia upgrade free plak tuh.. dapat SUV opel.

Lega weiiii... tu la dia cerita pengalaman nak menyewa. Tips kat sini yang boleh aku bgtau.


  1. Kalau book online, pastikan ambil jer full insuran, mahal sikit tak per.. apa2 berlaku calar balar, diorang takkan cas. Kalau tak kena cas kat deposit.
  2. Kalau travel oversea, cari lah kad kredit yang ada kurang 2000 atau 3000 matawang tempat kita pergi tuh.
  3. Sebelum pergi melancong, kalau dah ada plan, kena ada backup plan. Plan B dan C.
  4. Usaha selagi terdaya bukan untuk sapa, untuk insan-insan tersayang kan.
  5. Banyak-banyak bersabar kalau plan yang di rancang tak menjadi, bukan urusan kita nak menentukan. Kita boleh merancang saja.


Alhamdulillah, sepanjang jalan aku tersenyum lebar jer.. bw pun slow sbb right hand side driver. pastu manual plak tuh.. lama tak bawa manual.. pastu tukar gear tangan kanan beb.. biasa tangan kiri.

Note. sorry lah panjang sikit. Pengalaman ni aku tulis untuk diri aku rujuk balik satu hari nanti.. jadi pengajaran berguna untuk aku.
End.




Lesen Kereta Motor Antarabangsa

Salam,

Hari ni Isnin aku ambil cuti, kononnya nak setelkan passport untuk isteri dan Hana, selain nak buat lesen antara bangsa dan beberapa lagi urusan. Tp memandangkan Passport telah di setelkan semalam bila ke UTC selangor. Jadinya hari ni aku pergi ke JPJ cawangan Petaling jaya untuk buat Lesen antarabangsa nih.

Yang bestnya aku langsung tak de semak apa2 document yang perlu di bawa, dalam 11.50 pagi sampai JPJ terus ke kaunter untuk ambil nombor, kat kaunter pun orang tu takde sebut nak kena ada document apa, terus bagi nombor dan ke Pintu B.


Dapat nombor 5208, dan nombor tengah di panggil 5163, wow.. kat 50 orang juga. Tunggu punya tunggu, sehingga ke nombor 5203, aku baru nak check kot perlu bawa document apa.. sekali tgk.. alamak..
  1. Kad pengenalan beserta salinan
  2. Lesen memandu beserta salinan (Lesen perlu hidup lebih setahun)
  3. Gambar sekeping.
Alamakkkkkkkk!!!!!... aku gelabah dah.. kalau ikut dari laman blog orang ni kena isi borang.. bila ke kaunter pertanyaan katanya tak perlu borang. Zass.. 5208 pun di panggil. Aku pun bagi la kad pengenalan dan juga lesen memandu tanpa salinan potostat. Oficer cakap, perlu salinan .. katanya "Encik pergi photostat dulu, nanti datang semula kat kaunter saya, dan gambar sekeping".. Fuhhhh...sib baik dia suruh aku terus ke kaunter.. kalau kena amik nombor.. parah juga nak nunggu semula..

Terus ke area pintu masuk ada satu pejabat kecik (kontena je) ada mesin potostat. terus aku potostat kad pengenalan dan juga lesen.. Terus ke kaunter 11 td, memang oficer tu menunggu.. settle.. sib baik dalam wallet ada gambo yang baru di ambil khas untuk Visa nak ke Austria. Katanya, takde kecik lagi ke gambo.. aku ckp, itu jer ada.. sib baik oficer baik hati.. done.. settle Lesen antarabangsa.. Jadi kalau nak buat lesen antarabangsa, korang kena la sediakan 3 benda yang aku list kat kat atas tadi tuh.. simple jer..

Ni la rupa lesen antarabangsa.. mcm tu jer.. hihihihi


Passport untuk Hana dan Isteri

Salam,


Ahad lepas aku dan isteri ke UTC Anggerik Mall Shah Alam pada jam 9pg. Pagi tu aku kena hantar Daniel dan rakan-rakan dia ke Seminar UPSR kat bangunan Kejuruteraan UITM Shah Alam. Lepas hantar ke UITM terus ke UTC Anggerik Mall tuh.

Daniel & friends

Dalam dewan kuliah

UTC ni buka jam 8pg. Untuk Imigresen berada di tingkat 2. Dari tingkat G, kalau naik eskelator terus ke medan Selera, kena naik satu tingkat lagi menggunakan tangga terus jumpa Imigresen. Memang ramai orang, aku sampai orang tengah beratur untuk ambil no sahaja. Agak panjang, aku rasa sejak dari buka beratur masih belum habis ambil nombor.

Waktu operasi Pejabat Imigresen UTC

Lebih kurang 20 ke 30 minit beratur, dapat nombor, 1166 & 1167, nombor sedang di panggil 1083.. mak aii.. ada hampir 80 orang lebih lagi kot.. hihihi.. ramai kan.. so kami ke medan selera yang terletak di bawahnya.. bantai nasi lemak dulu.

Selautan manusia senang menunggu


Tips kat sini, untuk buat Passport baru or renew. korang kena isi satu borang kecik sebelum ambil nombor, sekiranya passport baru, kena ada beberapa salinan surat beranak dan kad pengenalan. Boleh tengok list yang aku tunjuk kat dalam gambar tuh. Kalau renew, cuma bawa kad pengenalan dan juga passport lama.

Borang kecil yang perlu di isi

Senarai documen yang di perlukan

Walaupun ada 80 orang yang sedang menunggu, agak cepat juga lah sebab dalam pukul 1130 macam tuh nombor kitaorang dah di panggil.. laju juga kan.. masa menunggu hmpir 2jam dengan 80 lebih orang yang menunggu. Sekarang semua mudah, tak perlu bawa gambar, camera siap di setiap kaunter. Untuk Hana pun mudah saja. Tp sekiranya tidak bertudung, pastikan dahi dan telinga nampak. Maknanya rambut tak boleh tutup dahi dan telinga. Untuk mommynya,  bertudung, kena lah bertudung gelap. Sebabnya sekrang gambo di passport di hitam putihkan.




Tangga dari medan selera ke tingkat atas Imigresen

Selesai ke kaunter jam 11.40 macam tuh, jadinya selepas buat pembayaran untuk dewasa RM200, kanak2 RM100. kena tunggu sejam untuk letakkan resit pembayaran di kaunter 8 & 9. Then baru nombor akan di panggil semula untuk ambil passport yang dah siap.

Jadi dalam pukul 12.40 sepatutnya kena letak resit pembayaran.Tp kami dalam 12.30 dah p letak dah. Kira lebih kurang 10 minit menunggu nombor pun di panggil. Dalam 12.45 mcm tu dah settle collect passport.
Sabar menunggu.

Sempat ber"Wefie"

Aku buat passport di Imigeren PKNS selangor, lagi cepat, masa menunggu 5 minit saja sbb dapat nombor cuma perlu tunggu 1 orang.. hihihih.. ke UTC mmg lah ramai sebab hari cuti ramai yang datang untuk urusan ini.

Settle di UTC, terus ke UITM untuk ambil Daniel dan rakan-rakan dia yang habis seminar jam 1.30 tghhr. Timing agak baik. Semua dah keluar, aku terus hantar mereka balik ke Mentari Court. Aku sekeluarga terus ke Pyramid untuk ke Toy 'r Us sebab dah janji dengan Hana nak beli mainan guna duit raya dia.. agak lama sangat bertangguh.

End.


Terminate UNIFI


Salam,

Entri hari ni nak citer pasal terminate UNIFI. Unifi ni aku sekeluarga dah guna lebih 5 6 tahun beralih dari Streamyx. Sememangnya agak mahal la kan.. tp memandangkan aku guna Streamyx masa tuh boleh sampai 4mbps jer, jadi aku beralih ke UNIFI dapat support 10mbps.. masa tuh harga lebih kurang RM199 sebulan.. termasuk GST dah jadi lbh kurang RM220 lah..

Kenapa terminate?
1. Aku dan isteri dah ambil pakej mahal dari Celcom yang boleh dapat HP percuma.. hihihihi.. isteri amik P20, aku ambil Samsung Note 9... memang terbaek.. Oleh sebab monthly komitment masing masing RM188, jadi kitaorng fikir tak perlu data banyak, sbb Celcom bg 100GB data + 100GB utk video semua..
2. Asalnya kitaorang nak tukar pakej, memandangkang speed yang kitaorng dapat base on lama punya pakej, 30mbps sepatutnya monthly baru RM79.. utk pakej yang ada semua chanel unifi +speed 100mbps sepatutnya RM149 jer... tp sejujurnya sib baik la tak g tukar pakej, kalau tukar pakej, contract akan renew jadi 2 tahun balik..

Lepas settle dapatkan HP baru kat Celcom kat Sunway Pyramid, terus ke booth UNIFI dalam pyramid tu di level LG1, rupanya nak tukar pakej or nak terminate tak boleh buat.. ada beberapa tempat jer.. officer tu ckp terdekat dekat Taipan atau kat Damansara.. Setakat ni masih pending utk terminate.

Seterusnya di hari lain.
Lepas balik dari Morib, settle lunch, dlm pukul 3pm, terus ke Taipan utk terminate unifi... Pergh.. tak boleh juga... jilake betul... ada 4 tempat jer yang terdekat dengan Taipan nih.. tak tau la kot 4 lokasi jer dalam klang valley nih..

Dekat pukul 4pm, nak bergegas terus ke Damansara, baru perasan, nak terminate kena bawa device. Terpaksa balik rumah dulu utk amik segala device. Anak terus tinggal jer kat umah sebab buat apa ramai2 kat sana..

Sampai jer Damansara tuh, kena naik tingkat 2 utk termination... amik no.. perghhhhh... terkentut aku tgk nombor giliran.. kat 60 orang kot menunggu... giler.... tp sbb nak terminate juga.. terpaksa tunggu.. apakan daya kan...


sementara  menunggu tuh kena la isi borang dulu.. mcm biasa ler..

Pada aku, Unifi ni memang tak jaga servis dia elok-elok.. andaikata dia turunkan harga pada pelanggan lama secara automatik ikut peredaran, contoh mcm aku, dari 199 ke 149 then upgrade speed dr 30mbps ke 100mbps.. sure aku tak de terfikir nak terminate... tp apakan daya... tgk lah, nak terminate pun susah beb.. mcm jilake...  memang menyusahkan... @#$%$#@!...

Tunggu punya tunggu.. dah 6.30pm lbh wooo.. lebih 2 jam dah tuh... no pun terpaggil... sib baik takde apa yang tertunggak.. sbb dlm dok menunggu tuh, isteri ada terbaca dlm internet, sebelum terminate kena call dulu utk bagi notis terminate.. lepas tu dalam tempoh 30 hari baru pergi kaunter utk terminate.. nonsense siot.. mmg menyusahkan.. ye dak... apa pun, walaupun aku dan isteri takde buat call utk bg notis tutup perkhidmatan, officer tu accept jer termination kitaorang... settle.

Yang patut kita pulangkan hanyalah MODEM saja.. router, tv setbox, telepon dan segala power supply sume korang boleh buang dah.. hihihihi... MODEM sahaja.. kalau korang tak tahu mana satu.. sbb MODEM dan Router tu rupa nya hampir sama.. korang bawa jer la 2 2... senang...

Setelah lebih 2jam menuggu.. fuh... settle juga... jadi setakat hari tu, UNIFI berhutang dengan aku separuh bayaran yang aku dah langsaikan... harap dapat la refund balik..

alhamdulillah.. settle...


Homemade Meatball

Salam,
Kisah hari ahad lunch makan spegeti, aku terlebih rajin nak buat meatball.. aku sengaja asingkan entri sebab aku nak share resepi yang aku ikut dari satu blog lain.. lepas ni kalau buat lagi maybe try yang lain punya resepi kot..

Yang aku buat ni, boleh kata ok juga la.. anak-anak pun ckp sedap.. tp aku rasa mcm ada yang kurang sikit lah.. dia mcm tak lekat sgt.. mudah nak hancur.. maybe aku kena alter tambah tepung sikit kot atau lebihkan bread crumb tuh..

Ni resepinya..

Bahan-Bahan:


  • 400g daging kisar – Aku beli daging kisar brand Ramly jer.. ada byk brand lagi.
  • Bawang Holland  – di ricik halus 
  • Bawang Putih - di ricik halus
  • Butter –  untuk menumis bawang
  • Bread Crumbs – 4-5 sudu besar, hancurkan.. boleh blend kering.. aku blender rosak.. kasi tumbuk lah... hihihi..
  • Blackpepper – kasar dan serbuk
  • Whitepepper – serbuk
  • Mixed herbs/spice – agak-agak dalam 1/2 sudu besar.. terpaksa beli sebotol rm9.90.. takde pun tak per..
  • 1 biji telur – saiz apa pun boleh
  • Garam & Gula – secukup rasa
  • Seasoning – secukup rasa
  • Susu segar – 1/3 cup

Cara Penyediaan:

Panaskan butter dan tumis bawang holland dan bawang putih sampai naik bau. Tutup api dan biarkan sejuk.
Ambil semua bahan-bahan di atas, di campur dengan bahan tumis yang dah sejuk tadi. Gaul rata sehingga sebati.
Sekiranya bahan-bahan gaulan tadi terlalu cair, tambahkan breadcrumb.
Boleh dah nak uli bulat-bulat bahan gaulan td. Boleh basahkan tangan dengan minyak masak semasa proses membulatkan meatball tersebut..
Dah siap bulat-bulatkan, boleh la goreng di atas minyak. Agak huduh sikit meatball aku, tapi rasa boleh tahan lah.. ok la tuh 1st time buat...
Ada juga orang mengukus terlebih dahulu meatball tadi kemudian bakar di dalam microwave. Mungkin next time boleh try cara ni. Untuk masakan kali ni aku goreng guna minyak jer..

siapp..












Cara Daftar Portal MyASNB untuk semak penyata

Salam,

Sebab aku baru jer buat sementar tadi.. ni aku nak share cemana nak daftar portal MyASNB. Apa gunanya? untuk semak baki, kemaskini profil dan juga menambah pelaburan.. untuk pengeluaran masih kena ke kaunter bank yang boleh buat transaksi ASNB. Setahun lebih sudah portal nih.. tp aku jer baru nak register. Ujung bulab Jun 2017 dorang lancarkan.

Pertama #1
Update No hanphone kat mana-mana kaunter bank yang boleh buat transaksi ASNB. Mudah!! macam aku td, aku ke CIMB bank.. amik nombor.. sampai kat kaunter, bg kad pengenalan, pastu teller akan tanya no phone... update.. dia print document pengesahan, check dan sain.. settle. (Lain bank mungkin ada kena isi borang.)

Kedua #2
Pergi ke portal  https://www.myasnb.com.my/
Klik pada "Daftar di sini".


Ketiga #3
Sila baca nota/arahan dan klik "TERUSKAN"



Keempat #4
Klik pada kotak yang disediakan, klik “SETUJU”

Kelima #5
Klik maklumat asas yang diperlukan seperti jenis kad pengenalan, nombor kad pengenalan dan pilih satu produk ASNB yang dilanggani (walaupun langgan banyak produk ASNB, hanya perlu pilih salah satu sahaja di sini). Klik “SETERUSNYA”

Keenam #6
Anda akan diminta untuk buat pengesahan TAC. Klik pada “PERMINTAAN TAC”. Nombor TAC (6 digit) akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan. Isi nombor TAC yang diberi. Klik “SETERUSNYA”

Ketujuh #7
Sekarang, masukkan maklumat pendaftaran. Isikan ID pengguna (ID untuk login nanti), alamat emel dan frasa rahsia. Pilih juga 3 soalan keselamatan berserta jawapan. Klik “TAMAT”


Kelapan #8
Sekarang anda dah berjaya daftar portal MyASNB. Password sementara akan diberikan. Sila salin (copy) terlebih dahulu password sementara yang diberikan. Klik “LOG MASUK”

Kesembilan #9
Masukkan ID pengguna yang anda daftarkan tadi, klik “TERUSKAN”

Kesepuluh #10
Frasa rahsia yang anda daftarkan tadi akan dipaparkan. Pastikan sama. Masukkan password sementara yang diberikan. Klik “TERUSKAN”

Kesebelas #11
Anda dikehendaki menukar password sementara yang diberi kepada password pilihan anda sendiri. Pastikan password tersebut memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan.



Selepas kemaskini password, anda dah siap daftar portal MyASNB.

Untuk mula guna portal MyASNB, bolehlah LOG MASUK menggunakan ID dan password yang telah didaftarkan.

Settle!!!

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.