Showing posts with label kisah kg sg dendang. Show all posts
Showing posts with label kisah kg sg dendang. Show all posts

Assalamualaikum ya Ahli kubur

Salam,
Aktiviti wajib dipagi Syawal adalah melawat kubur. Biasa aku akan pergi bersama abah dan bangchik (adik no 2). Pukul 7 pg gtu kitaorg gerak.
Tp pg Syawal ni aku pergi dengan bangchik je, abah menyusul kemudian dengan moto. Kubur ni last aku visit tahun lepas raya aji.
Kubur yang aku paling cam lokasi adalah Kubur 2 org abang kami, mereka meninggal semasa kecik, sempat bernafas beberapa jam saja di dunia ini.  Moga mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman.
Sungguh menginsafkan bila kita melawat Kubur. Sekurang-kurang mengingatkan kita tentang kematian. Mati itu pasti, moga kita di dunia ini, terus istiqamah sujud kepadaNya. Jadi orang baik. Buang segala kekotoran di hati.
Masa aku kecik sejak umur 4 5 tahun dulu memang kami di biasa kan ke kubur. Abah memang akan bawa kami adik beradik. Dr melawat hanya abg2 kami,  makin tahun makin bertambah ahli nya.
Dengan kesedaran itu, lebih menguatkan hati ini untuk terus istiqamah sujud solat 5 waktu tanpa gagal. Kerana satu hari nanti kita juga pasti akan pergi menghadapNya.
Jom kita sedekah kan Al-fatihah kepada keluarga kita yang telah meninggal kan kita. Moga roh mereka di tempat kan di kalangan orang-orang yang beriman.

Syok berbuka di kampung halaman

Salam,
Korang berbuka kat mana hari ni, dah puas 26 hari berbuka kat Bandar. Pelbagai juadah, yang masak sendiri nya, (thanks to my wife) yang beli kat paramnya (param= pasar Ramadan ).
Hari ni berbuka dengan juadah hasil air tangan mak, Allah... Sedap nya bag hang.. Hari ni, juadah berbuka yang utama, nasik lemak sambal ikan bilis dan sotong, Pergh! Memang maveles. Ada kuih cara, cempedak goreng. Air, siap laici dan air kelapa muda.
Memang syok dapat berbuka di kampung, adik2 yang takde, Subri dan daus. Lain semua ada di kampung dah.
Lepas berbuka dan Tarawih, anak2 pun sibuk dengan bunga api dan mercun mancis. Mercun jenis ni aku benarkan main, sbb xmerbahaya. Kalau mercun bola memang xboleh dan di haram kan terus. Byk kes dah, org pecah tangan sbb mercun bola ni.
Moga hari lebaran ini mendapat keberkatannya dan meriah seperti di musim lalu.

Persiapan menjelang Syawal

Salam,
Memang seronok dapat beraya kat kampung. Kalau masa aku kicik2 dulu kitaorg akan tolong abah cari buluh, tarik kayu getah mati dr kebun. Basuh cermin tingkap. Alih kerusi meja. Ada masa cat umah.
Hari ni pun perkara sama berlaku, tp tugasan tersebut aku turun kan kat anak2. Dorang yang buat kerja, aku pun buat juga.
Pagi2 ronda bagan baru cari buluh lemang, kayu api mmg dah ada, xyah tarik kayu getah mati kat kebun dah. Sekrg pun kebun semua tanam sawit dah.
Dpt lah, buluh 15 batang untuk buat lemang esok. Esok pg nk p Pekan selama, cari santan kat market. Klu ada kerang, nak beli 3 4kg. Mlm leh Bakar. Hihi.
Sok klu ada rezeki, aku share cemn nak buat lemang.  Tugasan buat lemang ni last aku buat masa zaman belajar kat U dulu.  Nnt nk cari gambo lama wat lemang.
Seronoknya beraya di kampung.

Kerang Bakar/rebus Ramadan

Salam, tiap2 kali balik Kampung masa Ramadhan mesti tak lepas pekena kerang. Tak tahu kenapa, kat kg ni time Ramadan je ada jual.
Dulu selalu pekena dekat kubu gajah, sekarang kat kampung sg dendang pun ada. Sepinggan RM3.50,cicah air asam atau pun kuah kacang.
Syok woi, semlm pekena 5 pinggan. Giler best. Ingt mlm ni nak bakar sendiri. Tp kerang tak beli pun. Hihi. Pekena kat kdai je lah.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.