Showing posts with label kisah kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kisah kesihatan. Show all posts

Perkongsian tentang Sayuran Yang Sihat

Salam,
Aku saja nak share perkongsian yang baik..Perkongsian sebentar ini dari Dr Suri Rowi pakar dari MARDI melalui RADIO IkimFM

Tajuk : SAYURAN YANG SIHAT

Sayuran mempunyai komponen yang banyak adalah ANTIOKSIDAN

Contoh Sayuran yang bagus utk Cegah Sel Kanser..
Jenis yang KUAT utk menghalang Sel Kanser ( Sayur Kobis/Bawang/Bayam/ Brussel Sprouts)
Jenis yang TINGGI utk menghalang Sel Kanser (kobis Bunga/asapagus/ brokoli)
Jenis yg SEDERHANA utk menghalang Sel Kanser (salderi/Terung)
Jenis yg RENDAH utk menghalang Sel Kanser ( Timun/Carrot/kentang/Tomato)

Untuk kurangkan darah tinggi..
- Bawang Putih ( amalkan dalam 3 bln berterusan 1 bawang putih)
- Brocolli
- Minyak Zaitun (Asid Lemak MonoTakTepu)
- Barley Grass (Boleh dapatkn di Farmasi)

Cara untuk bersihkan sayur dari racun
- Gunakan CUKA (0.1%: 1 liter air = 10ml cuka)
- Gunakan ozon melalui mesin khas (dpt kurangkn racuk 40 ke 70%
- Cara terbaik dan mudah dan murah (Gunakan GARAM = 20gram bersamaan 1 liter direndam 5 minit : 95% racun dpt dikeluarkan)

Sayuran kampung yang baik dimakan.
- Daun keledek (Antara yg terbaik)
- Kangkung
- Bayam (Bayam merah)
- Kobis
- Daun ketumbar
- Kacang bendi
- Melinjau (Tumis) dapat turunkn asid urik

Sayuran utk Diabetes
- Pokok/Daun turi
- Peria katak (mempunyai fiber yang serap air yg tinggi)
- Kacang bendi (utk diabetes juga utk turunkan kolesterol)
- Bunga telang

Untuk kurangkan Kolesterol
- Minyak Zaitun
- Barli

Sayuran yg perlu dikurangkn jika tidak sihat
- Bayam (Byk vitamin K, cepat beku darah / kalau ade sejarah batu Karang kena elakkan BAYAM)
- Pucuk manis (Dapat menambah SUSU IBU / kalau ambil berlebihan boleh rosakkan paru-paru ): jgn ambil terlalu banyak

- Pucuk Ubi ( Mesti direbus elakkan makan terus)

Kaedah memasak
- Merebus kandungan antioksidan tinggal 20%
- Microwave kandungan antioksidan tinggal 50%
- Menumis kandungan antioksidan tinggal 26%
- KAEDAH terbaik adalah KUKUS atau CELUR

Bagi TOMATO , LABU sangat baik jika DIMASAK, Kandungan antioksidannya akan MENINGKAT


Bila kita bekukan sayuran, khasiatnya akan berkurang
Cth BAYAM : Khasiat berkurang sebanyak 60% – 70%

BAWANG sangat bagus dibekukan ..dan khasiat akan meningkat 200% ( BARU TAHU)
Cara masakan Sayur yg baik adalah dengan MENGUKUS.

Mari amalkan SAYUR-sayuran

Jom kita.. perkongsian yang baik..


Minggu exam anak-anak dan Daniel tak berapa sihat

Hello pembaca,
Ada ke tidak pembaca blog aku nih..ekekekeke.. aku kot pembaca setia.. sendiri tulis.. sendiri baca... baca balik yang berlaku 2 3 tahun lepas,, best juga.. nostalgia... kau bayangkan lagi 10 tahun kalau umur panjang, kau buka balik blog kau dan baca... wow.. dah macam diari la nih.. tp open..

Lari tajuk plak... minggu ni adalah minggu exam anak-anak jantan aku... tak kira lah sekolah rendah, mahupun sekolah menengah... seminggu exam, setakat ni pada aku masih kurang ulang kaji, mungkin sebab Aiman dan Haziq dok pergi kelas tuisyen.. jadi ujung minggu lepak jer.. Daniel pun melepak juga lah... sepatutnya kena juga la ulang kaji sikit2.. tengok la pada result lepas ni cemana..

Citer pasal Daniel, dia ni bila nak exam jer, mula la nak demam, batuk, tonsil bengkak.. Khamis lepas aku bergegas balik dari ofis siap amik emergency leave half day sbb sekolah call bgtau daniel tak sihat.. dan macam nak pitam tak larat sangat.. aku bw ke klinik doktor Shaik petang khamis lepas, memang sebab tonsil start merah, tapi masih ok sbb baru merah-merah jer.. biasanya sebelum ni time aku bawa ke klinik, tonsil dah bengkak teruk siap ada putih-putih bak kata doktor.. doktor bagi ubat demam dan ubah batuk... daniel tak boleh amik ubat antibiotik sbb ada alahan. Pernah daniel masuk wad sebb alahan ubat agak kronik, satu muka bengkak sampai mata pun tak boleh buka sbb bengkak besar sangat.

Jadi memang doktor sendiri pun takut nak bagi ubat antibiotik.. balik jer rumah, terus aku bg daniel makan ubat.. memang panas kuat, lepas bg ubat tuh, bila dah petang.. sejuk sikit badan.. malam macam start panas balik.. bila balik rumah mama dia, katanya ada merah-merah.. alamak.. alahan ke apa.. Jumaat lepas dr pukul 3pagi panas tinggi, diberitahu oleh mama dia... dah bg ubat demam tinggi, lepas 2 3 jam bagi plak ubat demam biasa.. masih panas tak kebah- kebah... seharian jumaat tu badan tak kebah malahan alahan pun tak kurang... so aku syorkan stop ubat batuk, takut ubat batuk punca alahan plak.. pelik plak.. sebelum ni ubat antibiotik jer..

Sabtu pagi aku bw ke klinik lagi, tapi bukan doktor Haslina, doktor lain. Doktor ada bagi ubat alahan dan ubat gatal. Tp pagi masa ke klinik tuh badan daniel dah tak panas.. alhamdulillah... balik rumah terus amik ubat alahan, dan ubat selsema.. hari tuh memang alhamdulillah, tak panas dah.. seharian jer la yang panasnya.. ubat demam biasa masih sambung ikut masa dan dos yang betul... petang tu pun alahan makin ilang.. ok la tuh..

Ahad pun alhamdulillah, daniel dah sihat dah.. takde dah panas, dan xder merah-merah sebab alahan.. rasanya merah-merah naik tuh mungkin sebab badan terlalu panas sangat kot.. Bila masuk isnin jer, macam batuk pulak... jadi aku pesan kat mama dorang, try jer la bg ubat batuk then monitor.. kalau alahan kena stop, kalau tidak kena continue bg ubat batuk.. waktu baliksekolah la bagi.. pagi-pagi kang orang jawab exam kau tido plak dlm kelas... lepas bagi ubat batuk, memang takde alahan pun.. maybe sebab panas la sebelum nih..

Hari ni, masa aku dok menulis ni, badan daniel macam dedar di samping batuk yang masih belum kurang, aku dah bg ubat demam pil panadol kanak-kanak, balik umah mama dia nanti kena bagi ubat batuk jer la... Daniel kalau sakit, memang lambat nak baik, aku masih risau kalau makin panas badannya.. tp stakat ni, dedar dan batuk jer.. masih ok lagi lah...

Anak-anak ku, Aiman, Haziq dan Daniel, semoga Allah bukakan pintu hati dan minda kalian untuk terus belajar dan dapat menjawab soalan dengan baik dan memberikan keputusan yang balik dalam peperiksaan. Aminnnn 





Kebaikan Mandi Bersama

Salam semua,

Hari ni aku tak tau nak cerita apa, tp aku agak tertarik pasal mandi bersama.. maksudnya mandi bersama pasangan.. tertakluk kepada mereka-mereka yang dah berkahwin saja okay.. yang belom kawin tak perlu la nak menggatal. ekkekeke... macam agak kurang manis entri ni kan. tambah plak, malam ni dah malam jumaat. Tp aku memang serius dengan post entri nih.. memang ada baiknya suami isteri mandi bersama..

Mungkin ada dari kita pernah mandi bersama, masa awal2 kawin dulu, sekarang dah tak lagi sbb masing2 ada hal sendiri dah. jadi sudah berapa lama anda tak mandi bersama pasangan anda? tu dia.. ni soalan yang pernah di tanya oleh pakar motivasi  Dato Dr Fadzilah Kamsah.. Sebenarnya amalan mandi bersama ni agak di galakkan dan patut menjadi amalan harian sbb banyak rahsia mandi bersama yang dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Kalau anda yang dah berkahwin, tapi tak pernah mandi bersama, anda mesti cubanya.. kerana amalan mandi bersama dengan jirus menjirus, gosok menggosok dan sebagainya adalah amalan yang dapat mengukuhkan dan mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Seperti kat Dr Fadzilah, amalan ini bukan berunsur lucah atau petua-petua dari zaman nenek moyang kita, namun ia adalah amalan oleh Rasulullah SAW sendiri.
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Hadis riwayat Bukhari: 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Rasulullah SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan bersentuh ketika mandi.

Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula ada dinyatakan:
"Aku (Aishah) selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Hadis riwayat Muslim: 482)
Nabi dan isterinya bukan saja mandi bersama, malah ketika mandi Nabi dengan begitu romantik membelai-belai rambut isterinya. Seperti pengakuan Aisyah yang mandi bersama Nabi yang bercerita bahawa ketika sedang mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (hadis riwayat Muslim : 498).
Sekarang amacam, masih malu untuk mandi bersama suami, bersama isteri? Jika Rasulullah SAW sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini. Jika tidak, tak kan lah pakar motivasi terkenal pun mengesyorkan amalan itu.

Antara kebaikan yang tersirat kalau kita amalkan mandi bersama pasangan :
  • Menterjemahkan perasaan kasih sayang dan cinta antara pasangan. 
  • Menenangkan dan meredakan stress. 
  • Merawat tubuh badan, pasangan kita lebih peka tentang keadaan tubuh badan kita.
  • Kesihatan jantung dengan meningkatkan kecergasan kardiovaskular kita.
Terus terang, aku dan isteri memang sentiasa mandi bersama. Ada sesetengah orang biasa mandi berseorangan dan jarang mandi bersama. Namun aku dan isteri, kami sentiasa mandi bersama dan jarang mandi berseorangan melainkan jika memang tidak berkesempatan.

Aku juga berharap amalan ini berterusan sehingga kami tua kelak.. dan perasaan kasih dan sayang sentiasa terukir kuat antara kami. aminnn...

(Nota kaki: photo apa aku nak letak nih.. takkan nak letak photo tengah mandi bersam plak kan.. ekekekek..)


Alhamdulillah.. Hana Darina dah sihat!!!

Alhamdulillah ya Allah!!
Bersyukur kehadrat ilahi, Hana Darina dah sihat. Lepas doktor minta monitor sehari sekira panas lagi kena refer ke hospital.. lepas 24jam, panas badan Hana surut terus... esoknya terus boleh g sekolah.. alhamdulillah.. Hari ni pun tak panas langsung dah. Batuk masih ada sikit lagi.. Ubat antibiotik masih kena sambung makan sampai abis.

Hari ni Hana pergi sekolah mcm biasa, minta nak makan kat kedai. Aku baru cadang nak mkn Oat + susu dan telur 2 separu masak 2 bijik. Biasa nya itu la yang aku makan pagi2.. kalau g makan kat kedai, aku order roti bakar 1 set + telur separuh masak 2 bijik + teh.

Dah cerita pasal Hana ni, aku suka nak bgtau, lepas balik dr seminar belajar cepat utk anak2 anjuran Little Caliph, guna phonic.. aku test kat Hana, nampaknya dia dah boleh baca.. setakat a, ba,ca,da,fa,ga sampai za.. dah hafal dah.. agak cepat juga.. lepas dah hafal vokal ieou.. aku rasa mmg boleh baca paper dah tuh.. ekekekek..

Agak mudah juga phonic tuh, dorang hafal terus rupa bentuk, contoh ba..ca.. terus tau bunyi apa.. aku rasa sebelum masuk ke kelas 5 tahun, sure Hana dah boleh membaca.. sekurang2nya perkataan terbuka... contoh baju, buku, hana, mama.. yang tertutup lebih mencabar sikit.. contoh, abah, buah, ayah.. yang hujungnya ada konsonan lain..


Nak sihat dan cergas tapi malas! Salah siapa?

Salam, 

Hari ni saja aku nak sembang pasal semangat nak jaga badan.. keh keh.. korang tahu jer la.. bila umur makin meningkat naik, perut pun berkadar terus juga... sama- sama meningkat naik.. tp orang kata perut boncit tu tanda bahagia.. ada la betui nya juga ye dak...

Tapi kalau dah boncit sangat pun walaupun tanda bahagia, tp tanda2 bahaya dah ada kat sana.. hihihi.. bukan masalah perut boncit tp masalah kesihatan lah. So aku dengan semangat lah ke gym utk jaga kesihatan.. Kebetulan MOL ada dapat corporate rate utk gym kat Sport Toto Gym kat level 6 Time Squrare nih. Utk aku cuma kena RM50 jer.. so agak berbaloi lah.

Aku register gym nih tahun lepas dol (2015).. ujung bulan 8 gtu.. bulan 9 aku g la sebulan, seminggu 2x aku gi. Aku join member ofis, setiap Selasa and Khamis. Kul 6.30pm follow kelas.. "Body Combat".. giler lah.. 1st time kena "Body Combat" terus pancit.. bila pancit ko kena la rehat jap.. sbb bahaya juga push.. kang ada yang masuk spital..

Awal2 ni semangat ler bro... pastu tu jer.. terus lemau... bulan 10 aku g jarang2 dah.. bulan 11 dan bulan 12.. yilek terus..kikiki...

Korang ada baca entri post aku sebelum nih  >> Kadangkala kita kena berani berubah dlm hidup . Saja aku nak relatekan kes Boiling frog syndrom... ini salah satu lah... engkau nak sihat.. tp engkau malas dan tak istiqamah buat sesuatu.. usaha yang aku amik utk beriadah kat gym tu bagus dah... cuma kurang istiqamah jer... so cemana tuh... nak berubah.. nakkan sesuatu.. tp buat gitu-gitu jer.. hot hot chiken shit bak kata pepatah melayu.. Aku tak cakap orang lain ye.. aku cakap pasal aku... biasa lah.. kita manusia tak sempurna kan.. ckp lebih.. buat kurang..

So masuk tahun 2016 bulan 1 masih gagal hadir lagi.. burn RM50 hengget.. nak masuk bulan 3 aku bulatkan hati, mesti pergi sekurang2nya seminggu sekali... keh keh... kebetulan ada sorang lagi member ofis nak g and buat workout utk build muscles..  Aku g nak cardio bg body ringan sikit... tp apa salahnya coba sekali dah ada geng nak ngangkat berat..

So bulan 3 aku start lah... jogging dulu atas treadmill tuh... boleh la.. semput juga lah.. then join buat angkat berat.. sbb ada 3 orang kami.. aku rasa syok plak.. rasa lebih semangat nak buat.. kadang2 ko tak larat angkat, ada org nak support n tolong ko.. kalau sorang2 rasa cam kera sumbang juga lah..

Dari plan asal nak g sekali seminggu, aku tukar jadi 3x seminggu.. seronok punya pasal... then dorng syorkan install app JeFit.. agak menarik sbb dapat pantau setiap latihan yang ko buat.. ko boleh set kan setiap trening utk seminggu tuh.. mcm aku, isnin chest, arm dan forearm, rabu back and shoulder then jumaat arm dan leg.

Aktiviti aku berterusan sampai lah bulan May.. isteri aku pun menyokong 100% walaupun 3x seminggu akan jumpa aku pas kul 9 malam.. sorry yang ye... rasa la bertenaga sikit.. walaubagaimana pun adakalanya 3x seminggu jadi sekali seminggu kadang2 tu zero kali seminggu.. hihihi.. tapi jarang lah.. kira ok lah.. 

Pas bulan puasa dah ni.. nak start balik pun masih lemau lagi... huhuhu.. kena bulat kan semula semangat tuh.. ujung tahun boleh la body ada ketul2 sikit. isteri aku pun cadangnya nak subscribe kat ofis dia.. inshaallah.. kalau ada rezeki... kalau jadi aku suh dia amik gambo.. boleh aku share kat sini kan.. hihihihi.. 

Apa kena mengena tajuk entri ni ngan g gym eh? persoalannya? aikk. aku pun konsifius juga.... kalau mengikut persoalan di atas, salah siapa tuh korang tepuk dada tanya selera lah... sebab ni entry aku yang punya.. kiranya salah aku sendiri lah... takde orang akan ubah diri kita melainkan kita sendiri sendiri.. bila dah buat.. istiqamah la.. buat berterusan dan bersungguh-sungguh baru lah boleh dapat apa yang kita hajati... 

end..

Imunisasi vaksin lima serangkai elak difteria

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati ibu bapa memastikan anak mereka mendapat imunisasi vaksin lima serangkai yang lengkap bagi melindungi mereka daripada pelbagai ancaman penyakit termasuk jangkitan difteria.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima serangkai DTaP-IPV/Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

"Ia diberi pada usia dua, tiga, lima dan 18 bulan. Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.

"Kanak-kanak yang menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung daripada komplikasi.
"Justeru, KKM ingin memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Dr Noor Hisham, difteria adalah penyakit disebabkan bakteria Corynebacterium Diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria itu menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin menyebabkan keradangan sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
"Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

“Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus," katanya.
Berita berkaitan: Dua kematian disyaki akibat difteria
Sumber: Harian Metro


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.