Showing posts with label kisah hari jadi. Show all posts
Showing posts with label kisah hari jadi. Show all posts

Selamat Hari Jadi to Me 04052019

Salam,


04 April 2019 telah pun berlalu beberapa hari lepas. Tarikh keramat tersebut adalah tarikh kelahiran aku, pada tahun ini aku dah pun mencapai usia 42 tahun. Alhamdulillah ya-Allah kerna telah memanjangkan usia aku sehingga ke hari ini. Semoga aku di berikan kesihatan yang baik berpajangan.

Dengan mencapai umur lebih 40an ni, ramai orang yang mengungkapkan "life begin at 40", mak aku sendiri pun pernah sebut masa abah aku mula masuk 40.. lebih kurang 20 tahun lepas.. katanya.. kalau kita masih tidak berubah selepas umur 40 (maksudnya berubah lebih ke arah kebaikan), kehidupan kita akan berterusan mcm tuh.. wallahualam. 

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,



حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Aku pada hari ni telah pun lebih ke 42 tahun. Aku masih terus untuk istiqomah bergerak ke arah kebaikan sepertimana dalam tulisan aku untuk azam setiap tahun. Namun pada pandangan aku, mudah untuk menyebutnya namun untuk mencapai tahap istiqomah ke arah kebaikan itu masha-Allah, agak sukar. 

Semoga aku terus istiqomah untuk menuju kearah kebaikan. Masih ada sisa-sisa sisi gelap dalam kehidupan aku. Semoga terus  istiqomah untuk sujud kepadaMu 17x setiap hari. Semoga terus istiqomah untuk ke Surau/mesjid bila masuk waktu. Allahu.. benda yang ringan pada sesetengah orang namun untuk aku.. berat juga la.. huhuhuhuhu...

Sepanjang kehidupan aku selama 42 tahun ini, setakat hari ni.. Alhamdulillah, semua baik-baik saja. kepincangan kekeluargaan sebelum ini, kepincangan kewangan, kerja ntah kemana... alhamdulillah.. semuanya telah di atasi dengan tabah.. alhamdulillah ada isteri dan keluarga yang banyak membantu. 

Dari segi kewangan, buat masa sekarang walaupun pada umur aku, boleh di kira underpay lah.. namun aku masih bersyukur, keadaan kewangan masih stabil.. segala perbelanjaan dapat di tanggung cukup.. selesa bekerja kat besi nih, hujung tahun ada bonus, bulan 4 ada peformance bonus, ada la sikit duit lebih untuk belanja or shopping.. tahun ni dapat la buat beli baju raya.. Untuk masa-masa akan datang.. tak tahu lagi.. kebnyakan harga makin meningkat. 

Apa yang aku harapkan. semoga kehidupan aku lebih selesa di masa depan, saling melengkapi dalam kekeluargaan. Anak-anak pun semakin membesar, sebagai ibu bapa, kita mesti nak tengok sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita kan. semoga semuanya baik-baik belaka... aminnnnnn!!!






Happy Birthday buat isteriku 25042019

Salam,

Hari ni terlebih rajin, punya banyak entri masuk... cuma entri ni special sikit sebab hari kelahiran orang yang paling aku sayang. Orang yang paling rapat dengan ku, yang sentiasa berada di belakangku semasa susah dan senang, sedih dan gembira. Alhamdulillah ya -Allah, terima kasih kerana kurniakan aku sorang isteri yang melengkapkan hidupku ini.

Tahun ni isteri aku dah masuk 35 tahun dah. boleh kata tua la kan.. hahahaha... apa pun aku masih tak sedar diri yang diri ini lebih tua... 42 kot tahun ni. Kitaorang berkahwin pada umur isteriku 28 tahun, aku baru 35 tahun.. tp aku kenal isteri lebih lama dari tuh lah.. hanya aku dan isteri saja tahu lah, hihihihi.

Takde apa yang aku nak cakap, cuma aku nak berterima kasih kepada isteri tersayang, memang cukup memahami aku yang sememangnya seorang baran, perongos, (skrg kurang lah), kuat nafsu, kuat makan, kuat semua lah.. semakin tua ni semakin kurang kekuatan tuh lah kan... ekekeke.. walaubagaimana pun isteri aku sorang ni masih dapat melayan aku dengan baik..semuanya di penuhi tanpa sebarang alasan.. sepanjang bersama.. kuku kaki tangan pun lama tak potong sendiri.. ekekek.. bulu jer la aku potong sendiri termasuk bulu2 isteri aku.. choi.. apa aku tulis nih.. hihihih.. biasa la kan.. ada give and take..

Buat insan yang amat abang sayangi selalu, abang sentiasa doakan kebahagian awak, di berikan kesihatan yang berpanjangan, dapat mencapai apa-apa yang awak hajati, di murahkan rezeki, dan yang paling utama sentiasa berada di bawah lindungan yang esa. semoga kehangatan hubungan kita terus kekal berpanjangan hingga je hujung usia.. . Love You So much!! muahhhh.

Walaupun usia kita semakin semakin meningkat, moga jiwa kita sentiasa muda remaja, bergurau senda dan bergelak ketawa tak ingat dunia sampai hari tua kerepot.. hihihihihi.





Selamat Hari Lahir Hana Darina 02.04.2019

Salam,



Hana Darina nama di beri, satu-satunya princess dalam keluarga. 2hb April adalah hari kelahiran Hana Darina yang ke 6 tahun ni. Kalau tahun lepas, aku takde masuk entry, kitaorang buat dekat McDonald Subang Parade Subang Jaya. Tahun ni bishe bishe jer.. buat kat rumah.. bersama ahli keluarga aku saja.

Hana ni perwatakan dia memang jenis lincah, perasaan ingin tahu kuat. Agak rajin berusaha kalau dia nak sesuatu.. attitude yang bagus la. adakala malas juga.. standard la budak2 kan.. pandai berkawan, pandai amik hati.. bodek aku no satu.. merajuk pun boleh tahan, tp aku tak berapa layan sangat lah.. Mommynya pun tak pandai merajuk.. nak kena layan rajuk anak dara plak kan.

So tahun ni, aku dan isteri mmg plan buat biasa-biasa saja.. walaupun biasa-biasa. Hana darina cukup excited. minta hadiah 2.. dari mommy satu, dari abah satu... memang dah belikan dia hadiah, microwave oven dan Playdoh set. Tapi dapat gaji bulan 4, aku niat nak belikan basikal untuk Hana nih.. janji ngan dia, bila dah pandai naik beskal.. nanti abah beli baru.

To Hana Darina, Abah sentiasa doakan yang terbaik buat anakda. Semoga Hana Darina membesar dengan sihat, berjaya dan kaya dunia dan akhirat. Sentiasa di lindungi Allah yang esa. Teruskan keaktifan mu dan kerajinan mu dalam mencari sesuatu yang baru. Teruskan usaha untuk berjaya.

Alhamdulillah, tahun depan dah masuk darjah satu. cepat betul masa berlalu.







Untuk bulan 4 ni, sekolah Tadika Little Caliph hana akan buat monthly birthday baby, Hana minta nak bawa goodies ke sekolah. Aku dan isteri pergi la carikan barang2 untuk buat goodies. Ok la sebab tahun ni last dia kat sekolah tuh..

Tengok tuh, Hana Darina yang rajin masukkan barang2 dia utk goodies dia tuh.


Kek yang Hana nak bawa ke tadika dia... Boleh lah, beli kat Berry's Taipan USJ, sekilo baru rm54 gitu rasanya. Murah la dari Secret Recipe.


Hana nak potong kek kat Sekolah.

Dialah isteriku. Selamat Hari Jadi Sayang (25042017)

Salam,
Sempena Hari kelahiran Isteri kesayangan aku hari ni. Aku nak coretkan kata-kata yang indah yang aku salin dari  internet dan telah di edit sedikit..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia yang diciptakan Allah untuk ku dari tulang rusuk kiri ku.

Dia begitu indah dipandang menyejukkan bagi jiwaku menggetarkan ragaku.

Dia selalu membuatku tersenyum ketika seluruh dunia diselimuti dengan kemarahan.

Dia selalu membuatku tertawa histeria, ketika dunia kadangkalanya agak tertekan untuk tersenyum.

Dia sentiasa membuatku melihat cahaya, ketika hanya gelap menyelubungi.

Dia sentiasa menemukan harapan bahawa esok akan lebih baik, meskipun hari ini begitu terasa berat.

Dia sentiasa menenangkan benak fikiran ku ketika masalah dunia mengganggu kedamaian batinku.

Dia yang menyembuhkan hatiku dari semua sakit dengan senyum dan kasih sayangnya.

Dia adalah orang yang hatinya penuh dengan kasih bagiku.

Dia sentiasa berada di belakangku tak kira apa saja yang berlaku, susah dan senang.

Dia adalah teman, kawan sahabat yang setia, kekasih dan isteri yang cukup terbaik buatku.

Dia adalah malaikat jelitaku, permata yang tak ternilai, belahan hati dan jiwaku, kebanggaanku, harapanku, kekuatanku, kelemahanku, pasangan hidupku.

Dia adalah segala sesuatu yang penting bagiku di dunia ini.

Dan padanya aku berkata "Selamat Hari Lahir Sayang!!! Love you so much!!!"



Happy Birthday Hana Darina (02042017)

Salam semua,
Alhamdulillah, di panjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi, Hana Darina membesar dengan sihat walafiat. Semoga anak dara ni terus sihat, taat kepada allah, membesar dengan berjaya.

Sepatutnya plan asal aku dan isteri, (bab ni biasa isteri lah yang plan.. aku ok jer..) nak ajak kawan.. buat minum petang.. sambil potong kek.. buat la mknn ringan2, buat carbonara spegeti ke.. goreng nugget ke apa..

Tapi memandangkan seminggu 2 lepas, kepenatan dan kesihatan isteri yang tidak mengizin kan. Jadi kami fikir, buat untuk family jer kot... Aku sendiri pun agak kepenatan.. siott... ekekeke.. maybe faktor umur juga lah... 2 minggu berturut, memang kami buat kerja yang agak berat dan memenatkan...

Jadi, pada 1/4/2017 kami plan nak buat sambutan birthday yang simple-simple jer, bagi Hana Darina Happy... kiranya awal sehari la sambutan tuh... setakat nih utk anak-anak aku semua, memang biasa kami buat potong kek.. Azam dan Mawar plak offer nak order kambing marinated utk bakar, sekilo.. aku suruh amik 2 kg jer takut tak cukup.. lebih boleh simpan...

Kiranya kali ni, kita buat sambutan besday beserta BBQ lah... pagi-pagi aku dan isteri keluar ke AEON Big subang jaya cari Ayam marinated, kentang, sweet potato... hotdog.. dan semua yang berkaitan dengan pembakaran...

Kek pun dah ready, aku bgtau, set pukul 11 kat Shah Alam untuk amik ke.. kat seksyen 17 Shah Alam. Tahun lepas pun kitaorang tempat kek kat akak nih.. memang cantik kek dia buat.. rasa pun ok.. sbb tu kita repeat.. ekekekek...

Dah siap membeli belah, dalam pukul 1030 gtu, kitaorang direct terus ke Shah Alam, amik kek.. tepat pukul 1059pg sampai sana.. ok la tuh.. ekekek.. tepati janji... selesai amik kek.. terus balik lah.. banyak kerja nak buat.. pukul 12 ajiq plak balik tusyen,, pukul 2 dia ada tusyen lain plak.. jadi dlm masa 2jam lebih.. isteri aku kena siapkan spegeti lah.. bleh ajiq makan sebelum ke tusyen seterusnya...

Sampai rumah, aku terus gegas beli arang kat speedmart.. harga arang dlm RM7.. ok la.. aku suka arang ni, sekali terbakar, terus abis jadi abu.. ekekeke.. balik umah terus pelekat api... boleh kata aku masukkan semua arang terus... biar menyala dulu.. baru tebar-tebarkan serata tempat,..sebelum tutup n lapik tempat bakar, masukkan kentang di celah-celah arang.....

Jeng- jeng jeng.. dah boleh start bakar lah... ramai ada tolong.. ada Azam dan Mawar, Oman pun ada bw Zetti buah hati dia.. tahun depan ni nak kawin katanya.. Ayah dan Ma pun datang bawa Alif nak sambut hari jadi Hana nih.... jadi memang seronok ramai-ramai kat rumah... Hana pun dah kalut.. aku suruh tukar baju gaun.. dia memang nak pakai gaun flower girl ms wedding Azam hari tuh.. sib baik tak nak pakai tudung.. kekekeke..

Mommy pun dah siap masak carbonara, spegeti kiranya dah boleh makan dah... Isteri aku siapkan hana, ikat rambut bagai.. pakaikan cekak yang ada crown.. dia sendiri nak.. belon-belon abang-abang hana dan ayah cik (Oman) tolong settlekan... gantung apa yang patut.. sambil kambing, ayam hotdog memang tersedia atas api...

Dalam pukul 1.30pm kita start kan majlis nyanyikan lagi "Happy Birthday".. Hana Darina boleh malu-malu kucing plak... selesai nyanyi.. sesi pengambaran plak.. ekekekek. .ye ye jer kan.. walaupun sesama family.. kena juga amik-amik gambo nih.. untuk kenangan...

Seronok Hana dapat hadiah, aku juga tumpang gembira tengok Hana Darina gembira...memang puas hati bila kita dapat tengok anak-anak happy wei... syukur alhamdulillah...

Happy Birthday Hana Darina, Abah doakan semoga Hana membesar dengan sihat, taat kepada Allah, kepada orang tua, belajar rajin-rajin , di berikan umur yang panjang dan berjaya dunia dan akhirat.

Alhamdulillah Ya Allah!!!










Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.