Showing posts with label kisah MOL. Show all posts
Showing posts with label kisah MOL. Show all posts

Selamat tinggal MOL, salam perkenalan Besi APac

Salam,
Selamat tinggal Mol Access Portal, sedih juga nak meninggalkan company MOL nih. Aku mula kerja di MOL Access Portal ni start dari 15 Sept 2014 selepas 2 tahun bekerja sendiri sehingga jatuh terjelepuk dan terpaksa terjah kembali mencari majikan. Sampai ke akhir tugas aku di MOL access Portal pada 28hb Ogos 2017.

Meh aku citer sikit apa yang aku buat di Mol Accessportal nih. Aku di tugaskan sebagai Terminal Software Engineer, sebut sebagai software engineer nih, biasa lah, mengadap komputer jer la. .meng"coding" C language.

Apa yang aku program kan? aku buat software untuk terminal yang byk di gunakan di 7-Eleven, Cosway. Kalau korang tengok terminal topup tuh, software dia tu aku lah yang program. Kalau kat 7-eleven, terminal hitam, tu bukan aku buat, itu dari vendor.. Kalau korang nampak terminal putih/hitam jenama Castles.. itu la terminal yg aku buat. Di Mol Access Portal, memang takde orang lain yang buat software untuk terminal, the one and only... me!

Ada sebab aku meninggalkan company ni. Frankly speaking aku memang suka kerja aku nih. Programming language ni memang minat aku. Tp di sebabkan Company yang agak terumbang ambing sikit di bhgn top mgm, dengan bonus yang aku dapat tak pernah dapat penuh sebulan, increament setakat RM100++ jer..

Pada aku, pada tahun ketiga nih, hujung tahun 2016 dan tahun 2017, baru aku rasa selesa dengan superior aku tuh.. sebelum tuh dr tahun 2014, aku memang rasa byk stopper utk aku. nak buat itu ini semua tak di benarkan. Selepas tahun 2015 ada sorang bos lain masuk, dan aku report kat dia, baru kerja aku smooth, byk idea dan cadangan aku ON.. apa2 masalah, terus terang dan dia byk backing aku kalau ada apa2 yang tak kena.. memang boss yang bagus.

Awal tahun 2017, company bergoyang sikit, ramai kawan2 meninggalkan MOL termasuk ler boss aku, jadinya aku mula report balik ke superior aku yang asal.. tp kali ni macam dah ok sikit.. memang tentang terminal, aku handle sepenuhnya. Tp apakan daya, aku pun mencari juga kerja lain di sebabkan increament dan bonus tak menentu. Kau buat kerja sorang, semua kerja-kerja dapat di delivery dengan baik dan jayanya.. tp bonus tetap tak sampai sebulan, increament masih RM100++..

Finally, aku dapat melepas kan diri dari MOL dan join kilang Besi APac yang aku pernah interview sekurang-kurangnya 5x sejak tahun 2002/3 dulu...

Aku cukup bersyukur, segala kententuan ini adalah datangnya dari Allah. Ada beberapa kali aku interivew di sekitar KL dan Petaling Jaya namun masih tiada rezeki. Sehinggalah aku di hubungi oleh Nazri, kawan masa kerja di Canon dulu utk melabur dalam unit trust.

Pada waktu tu, ada beberapa kali aku set appoinment tp tak jadi. Sampai la satu hari ni, lepas berbuka, aku dan isteri sedang menjamu selera kat Nandos, makan lewat sikit sbb penuh. Jam pun dah dekat pukul 9 malam. Terlupa aku tentang appoinment malam nih, kebetulan Nazri call bagi tau kena delay sikit sbb dia ada hal.. elok sgt la, sbb aku pun dok tengah melantak.. ekeke.. aku ckp ngan dia.. pukul 10.30.. di Upin Ipin Shah alam.

Nazri ckp Labu akan follow. Labu ni memang sahabat baik aku. Byk pertolongan aku dapat dari mamat nih.. minta la tolong apa2 pun, sampai aku kehabisan minyak kereta kat federal pun dia datang bw setong minyak petrol.. tgh malam plak tuh.. alhamdulillah, masa tengah susah dia bagi aku pinjam duit.. ada duit bayar katanya... allah... masa aku berniaga nasi daging, dia datang beli 15 set nasi daging.. aku tau dengan cara tu dia bantu aku.. allah.. susah nak dapat kawan mcm ni bro..

Lepas settle urusan pelaburan Unit trust aku, lepak2 sembang lah kat mamak tuh.. tak jadi upin ipin.. Aku pun tanya la si Labu nih, kilang Besi ada kosong ke tak.... terus di jawab.. "Hang bg aku resume".. inshaalah ada..

Esoknya dia call plak tanya dah antar resume ke blom.. aku sibuk sampai lupa.. mlm tuh baru antar resume... esoknya lagi dia call tanya, "HR, ada call hang dak", aku bgtau takde lagi... tp time tu dah nak raya.. aku rasa lepas raya la kot...

Memang tepat tekaan aku, lepas raya Besi call, arrange interview. Balik dr Klate aku 1st day lepas cuti, aku EL half day utk interview.. Sapa yang interview? rupanya kawan baik aku ni yang interview, dia dan boss dia lah..

Selang 2 hari dapat keputusan yang aku di terima masuk.. alhamdulillah... esoknya terus aku bg notice....

Itu le kisahnye...

Selamat Pagi Malaysia

Salam,
Rajin plak nak post pagi-pagi ni. Bukan apa, hari ni lari sikit dari rutin biasa. Biasa pas antar ank2 sekolah, aku n isteri terus antar Hana. Dlm 7.40pg dah g bekpas. Tak pun terus ke KL n bekpas kat mamak area ofis.

Hr ni isteri g kijer lmbt sikit, kul 10 br nk msk ofis sbb ada late night concall meeting mlm td. Aku sekali terjebak.

So lepak - lepak jap, kul 8 br g beli roti canai. Pekena kat umah je, lbh syok. Kul 8.50 pg br aku nak gerak g ofis. Agak korang, kul bper sampai ofis? Jawab le sendiri..

Klu ikut rutin dlm 8.40pg aku dah kat ofis, ofis start jam 9pg. Ada grace period 20 minit lepas kul 9. Sapa lewat dr tu kira late coming lah. Tp yg aku perati, ramai je dtg lewat. Maksud aku lepas 9.30 pg. Xde la kisah sgt, yg kisah HR je lah. Biasa la tu.

Aku lebih suka ms kerja kat Western Digital, lebih flexible and xde org peduli sgt. Maksudnya semua terbuka atau open je. Ko ilang jap pun xde org kisah, janji kerja settle. Kat MOL ni lain sikit environment dia. Ko dtg lmbt OK, tp klu ko ilang jap, ada mcm mata-mata dok perati. Aik, tiba2 bos tau. Pelik, tapi benar. Hahaha..

Aku tak kisah sgt pun, kat ofis ni mmg ada time aku akan kuar minum jap, 5 minit tea break. Bukan minum kat mamak pun. Minum kat luar je, luar ofis. Tak tau la kot ada org komplen.

Woi! Main ping-pong lepas kul 1 tghhr pun ada org komplen, ganggu nak wat kijer katanya. Kepala bana apa time lunch ko buat kijer.

Keh keh.. Tp itu lah hakikat kehidupan yang ko kena tempuh walaupun ko tak berapa suka. Lain orang lain caranya. Masuk kandang kambing ngembek la kan. Masuk kandang rimau kena la mengaum. Amik yang positif buang yang negatif,  for sure hidup ko rileks and steady.

Sekian..

Nota kaki: macam luahan perasaan plak.

Majlis Iftar bersama Geng MOL

Salam,
Ni kisah Selasa baru ni, 28 Jun. mol management jemput jamuan berbuka kat RASA UTARA Berjaya Time Square. Aku malas nak dok ofis, Kuar ofis kul 5, p amik spek baru kat Sg Wang. Then teman si Hans Joe nak alter jubah 5 Waktu. Jam dah 6 lbh, lepak dulu luar Bts sbb majlis start kul 7.
Cukup time terus masuk Restoran. Xde org lg. Ushar makanan, boleh la. Rasa Utara ni makanan ala carte dia not bad tp agak mahal.
Kali ni, maybe management deal perhead kot. Ada nasi, lauk ayam bakar msk lemak, ikan kembung bakar + air asam, sayur, telur dadar, mee kari dan kuih muih di hidang secara buffet.
Boleh tahan juga la. Harap lepas ni ada jamuan raya plak utk semua staff mcm tahun lepas mmg maveles.
Kul 8 gtu kitaorg cabut dah. Solat maghrib then balik.
Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bg. Mkn free.
Blom kul 7,lepak2 jap dulu kat luar bts. Hans berbaju MOL  dan Ashaari berjaket. 

3 ekor ni paling awal masuk. Cop meja dulu. 

Juadah berbuka

Geng lain sampai, sebelah aku adalah Arif dan sebelah Hans adalah Medet, orang Kazakhstan. 

Nasi putih dan lauk pauk yang diberikan. 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.