Showing posts with label kisah 1 syawal. Show all posts
Showing posts with label kisah 1 syawal. Show all posts

Salam Aidilfitri 1440H/2019

Salam Aidilfitri semua,

Semoga semua pembaca blog ini di berikan rahmat yang Esa dan sentiasa berada di bawah lindunganNya. Salam Lebaran dari aku dan family.

Tahun ni kami beraya di Machang, seminggu cuti, seminggu di Machang. Memang xde plan nak balik Sg Dendang memandangkan 2x kami cuba balik 2 kg.. 2x tersebut kami menghabiskan masa lbh 12jam di atas jalan raya..

Dah pakai kereta besar, boleh buat balik kot balik 2 kg. tp kena gerak awal pagi. Tahun ni sebab dah ada plan lain, raya ke 3 nak ke terengganu.

Jadi Hari Raya pertama, mcm biasa, awal pagi aku dan kaum lelaki ke Mesjid. Solat Raya bermula jam 8.20pagi. Seusai solat, terus bergambar bersama keluarga mertua, tak besar tapi agak meriah lah.

Jam 10 lbh kami bertolak ke Kuala Besut, ke rumah Mak ma, settle di kuala Besut. Kami sekeluar ke Pantai air tawar atau lebih di kenali Pantai bukit Keluang. Bergambar di bawah pokok tepi pantai berlatar belakangkan lautan luas.

Puas bergambar, kami terus ke Kg Raja ke rumah Besan Ayah, keluarga Zati. Seterusnya kerumah Mek dan ke rumah Pakcik Li & Cik Pah. Settle beraya di kampung. Makanan yang wajib di kampung biasa ada pulut dakap, tapai pulut, rendang dengan ketupat lah kan. Memang sedap.

Seterusnya kami beraya ke rumah bisan ayah di Kemahang batu 11, ayah Ajay. Agak simpati dengan ayah Ajay kerana beliau di sahkan mengidap kanser hati tahap 4. Allah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dan di sebabkan itu lah ira dan ajay balik beraya tahun ni.

Memandangkan perjalanan dari Kemunchup ke Kemahang mengambil masa sampai 2 jam.. biasanya dalam 30 minit jer.. sbb jarak cuma 20km++ jer pun. fuh, jenuh juga nak mengharungi jem nih.. sampai rumah ajay dalam pukul 6 lbh.. settle di rumah ajay, dalam pukul 7 lebih terus bergerak ke Tanah Merah, ke rumah sahabat lama, Auw dan juga Azwan.

hari ni memang perut memboyot woi.. giler kenyang. ke rumah Auw, kami pekena nasi minyak.. sedap plak tuh.. dah tambah 2x.. di rumah Azwan, macam-macam di hidangnya.. ada laksa penang, laksa kuah putih, ada nasi dagang, tapai.. fuh.. laksa sedap plak tuh... mmg bertambah boyot..

Settle di 2 rumah ni dalam pukul 9 lbh kat kul 10 gerak balik.. sambung jem ,tapi ikut waze, dapat kan jimat masa.. dalam masa 30 minit dan sampai rumah..

Esok raya kedua.. mungkin duduk rumah jer kot..

Lepas solat raya

Ayah dan anak yang masih bujang

Keluarga Azam & Mawar

Keluarga Ira &  Ajey

We all happy family

Bersama mertua

Wefie

Hana dan mommy yang cun

Us again

Yang takde telur sahaja

Bermaaf-maafan

Hana & abah

Sayang Hana

Turn mommy memohon maaf

Lepas minta maaf kena peluk.. tukang amik gambo wefie plak... kacau daun

Anak-anak jantan beraya di Johor

Mak & Abah yang di sayangi selalu

Keluarga Ahmad

Sempat bergambar di pantai

Boss besar

Macam-macam gaya

we are family!!!!


Isteri ku yang sentiasa galak.. i loike..

Hana perati je tuh


Sempat beraya di rumah Auww.. @Zaidin

Dan rumah Azwan

Hari raya ke dua.. ke rumah kawan lama ayah yang sakit

Wefie

Sempat lagi wefie


Bersama kawan lama ayah bekas polis.

Bergambar selepas ujan

Jijoi yang sempat beraya bersama isteri baru

Lagi isteri aku ni.. ishhh.. nak juga ku cium nanti..

Salam Lebaran 1 Syawal

Allahu akbar
Allahu akbar
Allahu akbar
Walillah Hilham..
Segala puji bagi Allah, yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Taqaballahu minna wa minkum
Semoga Allah SWT menerima amalan saya dan kalian.
Seusai Subuh tunggu hingga jam 7 pg, aku dan bangchik ke kubur(posting sebelum ni). Balik dr kubur, baru mandi. Biasanya mmg mandi sunat Aidilfitri lah. Klu korang berjimak mlm td kena la mandi junub sebelum subuh ye dak? Hihihi. Aku biasa terus mandi.
Siap mandi, terus cari baju raya. Biasa lah, semua benda dah di siapkan oleh isteri. Aku sarung aje. Lepas bersiap, pekena lemang+daging masak keling sepotong 2. Br lah berjalan ke mesjid.
Tahun ni kami bertemakan purple, semua adik beradik termasuk abah dan mak pakai baju purple. Meriah weii. Al maklum lah semua ada.
Memang enjoy tahun ni, dengan lemang hasil buatan sendiri(nnt aku share cemana wat lemang), dengan pelita keliling rumah. Alhamdulillah syukur aku masih ada keluarga yang cukup bahagia dan harmony.
Biasanya raya, aku akan ke umah maklang, cik Milah, maklong dan umah makjang Sam. Then baru ke rumah jiran. Mlm ke umah makdak. Tahun ni mak buat lontong, pergh! Syok woi, kul 3ptg gtu licin.
Maklong n maklang wat laksa, makdak plak wat mee kari. Sedap semua. Klu nk mkn dodol syok, kena cari kat umah maklong. Mmg maveles. Ms kicik, klu maklong kacau dodol kami pi cari daun keladi utk amik dodol, konon nak rasa. Tgh2 cair tu yang syok.
Buat arwah tok dan tokwan kedua 2 belah (mak dan abah), moga roh kalian di kalangan orang yang beriman. Sememangnya kami amat merindui kalian.
Salam Aidilfitri kpd semua. Enjoy with my photos. Semua photos akan menjadi memori terindah kami sekeluarga pd masa akan datang..

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.