Showing posts with label kisah aku dan isteri. Show all posts
Showing posts with label kisah aku dan isteri. Show all posts

Travel ke Austria Bersama Isteri tersayang

Salam,


Dah masuk minggu ke 3 pun di Austria ni baru aku ringan tangan nak nulis.. Jadinya terpaksa la tulis kisah 3 minggu lepas bagai mana aku dan Isteri dengan Hana Darina travel ke Austria. Sebab utamanya kesini adalah aku kena outstaion atas urusan kerja selama 6 minggu. Jadi aku guna peluang ini untuk bawa bersama isteri tersayang bersama Hana Darina. Hero 3 orang terpaksa di tinggalkan bersama mama dorang memandangkan persekolahan dan exam lagi.. dan juga kekangan bajet lah yg utamanya.

Kalau di ikutkan aku sebenarnya berat dah hati nak outstation berjauhan dengan isteri dan anak2 ni. Dulu masa muda-muda ok lagi la.. dapat extra duit pun bila outstation. Tak sangka tahun ni berpelung outstation plak lagi, ke Austria plak tuh.. kira ke belah Europ la plak kan.. aku tak la menolak walaupun 6 minggu. aku terima seadanya, secara positifnya dapat la extra untuk di bawa balik.

Berat juga lah bila terkenangkan terpaksa tinggalkan orang tersayang 6 minggu plak tuh.. paling lama aku tinggal isteri aku tuh pun 3 malam jer masa ke Tioman dan Redang beberapa tahun lepas.. tu lah yang paling lama.. Tapi memandangkan tugas, jadi terima je lah kan..

Sambil pada tuh, dok cek juga tiket flight untuk 2 orang, bila cek tengok dalam RM4800++ jer untuk 2 orang pergi dan balik. Simpanan pun ada sikit, jadi apa salahnya aku bawa Isteri aku sekali. Bila aku beritahu isteri nak bawa ikut ke Austria, apa lagi, happy tak terkata ler. Oleh sebab ini kali pertama isteri travel ke luar negara, risau juga untuk biarkan dia dan Hana traver berdua ke Austria sebab plannya mereka datang selepas aku dah seminggu 2 di sini.

Kemudian aku buat keputusan untuk Isteri dan hana pergi bersama aku. Bila kita check tiket, alamak RM7991. Pada aku memang kena pejamkan mata saja lah. Peluang bukan datang banyak kali. Duit mungkin boleh di simpan semula. on tak on, on tak on.. isteri berkali-kali tanya aku, betul ke nak bawa nih... pada aku, apa salahnya.. peluang.. Jadikkk.. ONNNNNN... aku plak, dari rasa taknak outstation, boleh plak rasa tak sabar-sabar nak terbang bersama orang tersayang.

Terus cepat-cepat renew passport aku dan isteri. Untuk hana kena buat passport baru lah. Aku ada coretkan pasal passport dlm entri lepas (passport-untuk-hana-dan-isteri). Hana masih tertanya-tanya untuk apa passport. Cuma aku kesiankan anak-anak jantan yang terpaksa di tinggalkan. Bukan sebab pilih kasih tapi sebab terpaksa. Inshaallah ada rezeki lain plak la kot kan.

Sepanjang bulan Julai dan Ogos persiapan untuk berangkat dah di cari sedikit sedikit. Macam beg besar, baju-baju sejuk dari kedai bundle, barang-barang makanan segera, brahimnya, megi nya, gula susu, rempah kari, santan kering, cili boh pun bawa... memang agak banyak juga lah.. sebelah beg besar tuh barang2 makan saja. beras pun bawa 2kg. Kalau ikutkan sebelah europe ni boleh bawa max 3kg jer beras kalau lebih dari tuh kemungkinan akan di rampas. Tp dah dalam beg kadang2 dorang lepas je walaupun bawa 5kg beras tuh. Masa aku ke jepun 5kg rileks jer.. ekekeke.

Persiapan nak ke tempat bersalji.. bundle pun ok je...

Beli rice cooker dr kawan RM50

Antara barang yang dah masuk bag

Sampai hari yang di tunggu-tunggu pada tanggal 23hb Ogos bersamaan hari Jumaat, flight di jangka pada 850 malam, memandangkan pada masa kami nak bertolak, sistem penerbangan ada masalah dan memerlukan semua penumpang datang 4 jam lebih awal. Pukul 3.30 petang kitaorang dah bergerak ke KLIA guna Grab.

Dalam grab ke KLIA


Tengok betapa ramainya manusia akibat system down

Muka isteri yang cukup happy.. dalam hati aku lebih berbunga!

Memang agak lama beratur hampir 2 jam untuk check in luggage saja. Selepas check in, kitaorang berlegar-legar di KLIA, solat dan makan alas perut saja. Dalam pukul 745malam, terus masuk ke dalam departure hall.
Alas perut

Departure hall.. ready to on board

Qatar Airway ni agak luas dan selesa. gembirakan muka isteri kesayangan aku tuh..

Lebih kurang 4.15pg kami sampai Doha waktu Malaysia setelah 7jam 25 minit penerbangan dari KLIA. Waktu Doha adalah jam 11.15 malam. Doha lambat 5jam dari Malaysia. Penerbangan seterusnya pada jam 6.50 pagi waktu malaysia (1.50 pagi Doha) ke Munich Gernany.  Pernerbangan Doha ke Munich di jangka selama 6jam 10 minit.

Rasanya ni dah sampai di Doha transit dalam 3jam

Hana penuh bergaya.. ikut awak la nak oiii

On da way to Gate

Lepak dulu sementara menunggu flight

Ni skill yang sume orang takde.. itu lah isteri kesayangan aku..

Doha ke Munich


Kitaorang sampai Munich Jam 1tghr waktu malaysia, 7pg waktu tempatan. Terus dapatkan Airport taxi yang dah di tempah, untuk isteri dan Hana kena 144 Euro. Situ saja dah 600++ kalau di tukar dalam RM.

Safely arive Munich

Si kecik sibuk nak tolak beh

Memang berbunga dalam hati aku bila tengok senyuman gembira sang isteri

Taxi arport ang kitaorang naik.. Perhead nih..

Walaupun penat.. tapi tetap happy.. 



Perjalanan mengambil masa hampir 2jam juga untuk sampai ke Ellmaier appartment di Kramsach Austria ni. Cuasa sungguh nyaman tp agak panas sedikit bila kena pancaran matahari.

On the way ke tempat penginapan

Alhamdulillah, perjalanan kami selamat. Kalau di kira, hampir 24jam perjalanan (Malaysia -> Austria). Kerana kami sampai destinasi pada hampir jam 11pg waktu tempatan bermakna pukul 5ptg waktu Malaysia. Hah... 24jam perjalanan secara total.

Haus of Ellmaier tempat kitaorang menginap.. compact appartment.. serba lengkap.


Sampai sini saja dulu. Untuk aktiviti seterusnya akan di update di Entri lain.

nota kaki: dalam masa aku menulis entri ni, pergh.. perasaan rindu yang cukup kuat terhadap isteri aku nun.. almaklum ler.. dorang dah balik mesia. huhuhuhuh.. love you & miss u yang.. muahhh!!!

Projek Spring Cleaning

Salam Sabtu,

Minggu ni hari sabtu, lepak rumah saja... open house dah berlalu... aku dan isteri nak lepak rumah sambil kemas apa yang patut.. buang semua habuk.. tukar wall paper yang dah rosak... basuh semua cadar-cadar bilik aku dan bilik anak2... basuh semua sarung kusyen.. basuh selimut dan sarung bantal...

Bermula selepas subuh... ekekekek.. hari ni isteri masak nasi goreng padu.. lupa nak amik gambo... ok juga masak nasik goreng.. baru tenaga lebih nak buat kerja.. mlm td pun dah perah tenaga sikit.. sikit jer la...

 Daniel tiap2 minggu hari sabtu ada kelas tambahan.. pukul 8 sampai 12.30..Lepas hantar daniel ke sekolah, projek pun bermula.. bermula dengan mengeluarkan semua sofa letak kat porch.. kereta pun dah di alihkan.. karpet sidai kat pagar.. kusyen yang dah togel, dan bantal yang togel jemur kat luar.. kasi garing sikit..

Sambil tu, semua kain2 termasuk cadar dan segala sarung dan selimut ..beberapa round dalam mesin basuh.. biasa la.. mesin basuh 10kg jer pun. kena la beberapa round.. Vacum setiap ceruk dinding, atas dinding yang bersawang.. semua di vacum.

Settle tu jer, teruus cabut wallpaper lama... lepas cabut.. terus pasang yang baru... beli wallpaper kat kaison, segulung dalam RM19 jer.. beli 5 gulung.. tp bila di kira balik.. cuma perlu 4 gulung jer pun.. takper la lebih.. kalau kurang.. naya.. nampak tak abis kerja...

Lepas settle wallpaper terus MOP.. zasss.. pukul 1tghhr dah settle dah sume.. lantai pun berkilat, dinding nampak baru sbb wallpaper baru.. kalau tidak.. adoi.. koyak sana sini...

Lepas settle kemas, plan nak mencari durian... kat seksyen 20 Shah alam.. aku dah mkn 2x kat sana.. abis dalam RM60 untuk 2x makan tuh.. puas.. tp yang tu aku pergi ngan kawan2 Besi.. Kali ni aku nak bawa isteri kesayangan aku yang hantu durian.. biar climax makan.. ahad lepas beli kat Klang.. RM150 sepuluh bijik.. mkn abis pun.. tak climax... senang cakap tak mantul lah.. ekekekeke..

Aku citer pasal durian next entry ok... chow chincau...


Bermulanya pembersihan rumah

Sofa semua letak luar.. mudahkan kerja

Hana turut tolong... dari kecik kita ajar 

Siap vacuum lagi tuh

Wallpaper lama yang dah tercabut.. yg tgh tu aku dah cabut sikit

Cabut terus semua wall paper

Dahhhh... hampir siap tuh

Done beserta rumah yang bersih di mop dan di buang segala sawang..


Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-7 Eddy & Ani (07072012~07072019)

Salam,


Happy Anniversary yang ke - 7 buat aku dan isteri. Alhamdulillah, bergelumang dengan segala pahit manis kehidupan berkeluarga, mengharungi segala kekusutan dengan tabah.. alhamdulillah, hari ini dah 7 tahun kami melayari bahtera, walaupun dah 7 tahun, aku masih rasa macam baru sangat lagi kawin.. kehangatan bersama tu masih dapat rasa.. stim memanjang kalau ngan isteri aku tuh.

Kebetulan hari Anniversary aku dan isteri jatuh pada hari ahad (7/7/2019), aku dan isteri bercadang nak book hotel, abiskan masa berdua bercanda di pool bagai.. ekekek.. mcm zaman hangat awal2 berdua... Tapi hari Sabtu masih bizi dengan jamuan rayanya, jamuan besday kawan hana, kelas tamhahannya... Jadi belah malam tuh baru isteri sempat book hotel.. walaupun dah malam.. tetap enjoy.

Sabtu tuh, aku antar anak-anak jantan agak awal balik ke rumah mama dorang, lepas maghrib, Hana kitaorang antar ke rumah Oman. dlm pukul 8 lbh dah clear sume.. kitaorang dah siap beg baju.. lepas keluar dari rumah Oman, baru operasi mengebook hotel.. ok juga la book lambat.. bukan apa.. takut tak jadi..

Awal2 tengok hotel2 best, mcm sheraton, hilton.. area-area PJ.. tp sbb satu malam dah kat RM500 termasuk breakfasts..jadi ilang semangat sikit.. agak mahal tuh.. then isteri aku cari lagi area KL, jumpa la VE Hotel & Residence, dari agoda punya recommendation. Area Bangsar South.. RM260+ sekali breakfast..

Zass, isteri terus book.. tak tengok langsung review.. bila check review lepas tuh.. alhamdulillah, nampak ok.. dah book pun. ok tak ok.. kena tdo gak lah... dalam pukul 9 lebih kitaorang ke sana terus check in.. Wowwww.. first impression, nampak best juga hotel nih.. walaupun ada residen juga, lift dia asing.. dr tingkat bawah sampai 19, untuk Hotel.. 20 ke atas untuk residen.

Dah masuk bilik.. wowww.. lagi sekali.. memang agak besar biliknya.. sayangnya kalau ikut nak high floor, dpt 5th floor jer.. ok lah juga... pada aku dari segi bilik mmg ok sangat.. rancangan TV pun ok.. ada HBO, FOX movie jadi ada la movie yang boleh tonton kan sebelum tdo.. Cumanya bath tub jer takde. ok jer la takde bath tub tuh.. bilik air pun luas..

Katil king yang cukup lebar untuk bertarung 1 lawan 1

Bilik air yang bersih dan kemas

Wefie dulu berduaan

Dari segi bilik memang puas hati, tunggu breakfast plak nak tgk cemana.. Lepas dah hantar barang ke bilik.. kitaorang keluar cari makan.. sebelah luar seberang jalan ada la mcm mall.. bwh tu byk kedai2 makan tp yang jenis ber arak lah.. kitaorang pilih Fuel & shack.. tu pun dah nak tutup dalam pukul 11.. still sempat makan dan berduaan.. itu yang penting...





Hotel di seberang jalan di belakang kami tuhhh

Lepas makan, ronda2 jap.. round dalam hotel, tgk pool, restoran.. then terus naik bilik... mandi jap.. bersedia untuk naik katil layan movie. .dan berduaan lagi berpelukan... bla bla bla bla... tak boleh citer... ekekeke...
Level 3


Ruang lobi..

Bila dah subuh, terus bangun bersedia untuk breakfast, masa yang sangat di tunggu-tunggu lah... Pukul 7 lbh sikit dah turun... dah turun.. patut la sejuk sedap tdo.. hujan pagi2 ahad tuh.. plan nak berswiming pun cancel.. dah sampai restoran.. Wowwww.. lagi sekali.. makanan buffet untuk breakfast cukup banyak pilihan dan menyelerakan... fuh... memang best makanan dia. mcm2 adaaaa...
Pukul 9.30 kot baru kitaorang keluar dr restoran tuh.. penuh perut..

Breakfast dari 7.30 sampai 930pg.. terus boncit perut..

Ingat aktiviti lepas tuh nak berenang.. sekali ujan sejuk.. naik bilik plak la... layan mata.. kat kul 1 baru check out.. terus ke semarak.. jamuan kedai Lan suami Cik intan... memang sedap makan kat kedai ni.. settle situ.. terus ke Sunway Velocity.. dapat la Cap baru New Era satu hadiah anniversary.

Pekena laksa walaupun perut sendat bekpas pg td

Bersama cap baru.. tq sayangg

Itulah kisah seharian anniversary aku dan isteri... memang gumbira.. rasa riang mcm muda remaja... alhamdulillah...

Ucapan buat Isteri ku tersayang

Terima kasih selama 7 tahun ini menjaga makan minum abang, menjaga makan pakai abang, menguruskan serba serbi dalam hidup abg.. mengharungi bersama segala pancaroba hidup. alhamdulillah kita tempuhi dengan baik sekali.. Love you till jannah...

Hadiah dan kad yang aku sediakan untuk isteri tersayang.. agak surprise gak kot.. ekekeke.. sapa sangka kan... apa pun yang penting ingatan hari Anniversary dan berduaan lebih baik!!




P/S: Previous entry pasal anniversary.. anniversary ke 5.. boleh baca sini Selamat Ulangtahun ke - 5.


end


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.