Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Eddy & Ani (07072012~07072017)

Salam semua,

Entri kali ni, aku nak ucapkan "Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-5" buat diri sendiri dan isteriku tersayang... alhamdulillah, usia perkahwinan kami mencecah 5 tahun dah.. sedar tak sedar, cukup cepat masa berlalu.. Sepanjang berblog nih, aku rasa 1 kali baru tulis pasal Anniversary ni.. Mungkin boleh baca balik yang lepas kat sini.. aku ada share cemana kisah permulaan perkenalan ngan isteri... happy 4th anniversary 070712-070716.

Alhamdulillah, tiada apa yang amat menggembirakan aku selain dari apa yang aku lalui bersama isteri.. walaupun sudah 5 tahun tetapi aku masih rasa kasih sayang antara kami masih kuat dan masih hot/panas.... semoga apa yang kami rasa sekarang terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Aku ada beberapa plan untuk isteri aku nih sebenarnya.. tapi biasa la.. semua nak kena ada bajet.. bajet-bajet nak dapat bonus pun masih tak dapat nak laksanakannya.. sebab ada lagi benda lain yang di perlukan.. Namun aku cukup bersyukur, isteri amat memahami aku... ye lah.. suami mana yang tak mahu isteri gembira, kalau boleh semua aku nak sediakan untuk isteri aku, kalau boleh yang terbaik.. best of the best... namun kita tahu tahap kemampuan kita kan.. setakat itu saja.. kalau berlebihan sampai sanggup berhutang bagai.. masalah lain pula yang timbul.. yang utama, isteri gembira dan dia sentiasa tahu kita memang cuba berikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pelindung utk dorng..

Apa yang aku bagi hanyalah sekeping kad ucapan tanda aku tak pernah lupa akan Ulang tahun perkahwinan kami... Biasanya setiap tahun kami akan pergi makan kat Chilis utk sambut ulang tahun perkahwinan.. tapi tahun nih, belum lagi... sekadar ucap dan kad saja.. aku dan isteri plan untuk vacation sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami.. inshaallah...

Aku berharap ulang tahun kami ke-10 aku dapat bawa isteri aku jalan--jalan ke kota Jepun ke, capadokia ke..  korea ke.. atau mana-mana dalam dunia yang menarik utk lawati... aminnnn... sempat lagi aku nak simpan duit dari hari nih.. inshaalah kalau umur panjang....

Aku memang berharap hubungan kami terus berkekalan, hot dan intim sehingga ke akhir hayat kami....

Untuk isteri ku
Love U sayang.. terima kasih kerana menjanga makan minum abang dengan baik.. semoga kita terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.. abang akan sentiasa berusaha untuk dapatkan yang terbaik untuk kita sekeluarga... Love you till jannah... muahhh!!!! Happy 5th anniversary...

Kat bawah ni memang gambo feveret aku sepanjang jaman.. aku dengan muka khayal penuh nafsu.. isteri buat peace lagi... sempoi isteri aku ni baq hang.. pada aku dia cukup terbaik buat aku.. alhamdulillah allah jodohkan aku dengan dia..



Masa ulang tahun ke 2 aku ada buatkan video, aku kurang pasti aku ada sharekan kat blog atau tidak.. cari-cari tak jumpa plak... so aku share sekali lagi lah... harap aku dapat buat video lagi... 






0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.