Showing posts with label kisah aktiviti. Show all posts
Showing posts with label kisah aktiviti. Show all posts

Projek Spring Cleaning

Salam Sabtu,

Minggu ni hari sabtu, lepak rumah saja... open house dah berlalu... aku dan isteri nak lepak rumah sambil kemas apa yang patut.. buang semua habuk.. tukar wall paper yang dah rosak... basuh semua cadar-cadar bilik aku dan bilik anak2... basuh semua sarung kusyen.. basuh selimut dan sarung bantal...

Bermula selepas subuh... ekekekek.. hari ni isteri masak nasi goreng padu.. lupa nak amik gambo... ok juga masak nasik goreng.. baru tenaga lebih nak buat kerja.. mlm td pun dah perah tenaga sikit.. sikit jer la...

 Daniel tiap2 minggu hari sabtu ada kelas tambahan.. pukul 8 sampai 12.30..Lepas hantar daniel ke sekolah, projek pun bermula.. bermula dengan mengeluarkan semua sofa letak kat porch.. kereta pun dah di alihkan.. karpet sidai kat pagar.. kusyen yang dah togel, dan bantal yang togel jemur kat luar.. kasi garing sikit..

Sambil tu, semua kain2 termasuk cadar dan segala sarung dan selimut ..beberapa round dalam mesin basuh.. biasa la.. mesin basuh 10kg jer pun. kena la beberapa round.. Vacum setiap ceruk dinding, atas dinding yang bersawang.. semua di vacum.

Settle tu jer, teruus cabut wallpaper lama... lepas cabut.. terus pasang yang baru... beli wallpaper kat kaison, segulung dalam RM19 jer.. beli 5 gulung.. tp bila di kira balik.. cuma perlu 4 gulung jer pun.. takper la lebih.. kalau kurang.. naya.. nampak tak abis kerja...

Lepas settle wallpaper terus MOP.. zasss.. pukul 1tghhr dah settle dah sume.. lantai pun berkilat, dinding nampak baru sbb wallpaper baru.. kalau tidak.. adoi.. koyak sana sini...

Lepas settle kemas, plan nak mencari durian... kat seksyen 20 Shah alam.. aku dah mkn 2x kat sana.. abis dalam RM60 untuk 2x makan tuh.. puas.. tp yang tu aku pergi ngan kawan2 Besi.. Kali ni aku nak bawa isteri kesayangan aku yang hantu durian.. biar climax makan.. ahad lepas beli kat Klang.. RM150 sepuluh bijik.. mkn abis pun.. tak climax... senang cakap tak mantul lah.. ekekekeke..

Aku citer pasal durian next entry ok... chow chincau...


Bermulanya pembersihan rumah

Sofa semua letak luar.. mudahkan kerja

Hana turut tolong... dari kecik kita ajar 

Siap vacuum lagi tuh

Wallpaper lama yang dah tercabut.. yg tgh tu aku dah cabut sikit

Cabut terus semua wall paper

Dahhhh... hampir siap tuh

Done beserta rumah yang bersih di mop dan di buang segala sawang..


Berpuasa di Kampung Sg Dendang di hujung minggu

Salam,

Berpuasa di kampung memang cukup terasa keseronokan dia.. dari bermulanya sahur.. sampai lah berbuka.. memang best dan nikmat sebab dapat makan makanan yang best air tangan mak kan..

Aku sampai kampung tengah malam hari jumaat.. kira nak masuk hari sabtu lah.. Sabtu dah bersahur kat kg.. biasa tak makan banyak.. di kampug bersahur jadi cukup selera walaupun masakan biasa-biasa saja.. puas makan... Bersahur kali ni keluarga aku dan keluarga adik daus jer yang ada.. bangcik, kakak n dik bri masih belum balik.

Sempat lah isteri kesayangan aku tu belajar buat kuih masalodeh.. aku suka kuih ni. katanya mudah jer mak ajar.. nanti balik boleh buat lah.. Laksa jer dia masih lom pernah buat lagi... aihh.. bila la nak merasa Laksa air tangan isteri ni... ekekekeke..

Berbuka Sabtu pun agak best, aku ke Bazar ramadhan selama untuk cari air tebu dengan asam pedas keladi untuk makan dengan nasi ulam.. nasik ulam utara ni lain sikit.. berbanding nasi kerabu.. ada kenikmatan masing2 lah bila di jamah.

Bersahur hari Ahad lebih happening sebab makin ramai yang ada.. makin berselera perut aku nak makan... best... berbuka hari ni (Ahad), kesemua keluarga aku ada bersama.. alhamdulillah, dari mak ,abah, aku yang sulong, bangcik , kakak adik Daus, adik Bry , adik Ali adik Fiqah.. semua.. memang meriah wooo..

Lepas berbuka, dan solat, start menghidupkan api untuk bakar kerang dan ayam yang dah di marinate kan siang tadi.. kerang sampai 10 kg oi.. memang kenyang la.. kalau makan sorang banyak tuh.. mau cirit seminggu tuh.. ekekekek..

Cukup happy dan seronok moment dari mula berbuka sampai lah abis membakar.. Pakcik, paktam Pani antara sedara yang datang memeriahkan aktiviti BBQ kitaorang adik beradik.. dengan anak2 sibuk dengan bunga api dan mercun... Allah, seronoknya... semoga keluarga besar ini sentiasa di lindungi yang Esa.

Ke Bazar Ramadhan Selama cari air tebu

Persiapan berbuka pada Sabtu.. ni baru separuh jer..

Berbuka time.. Sabtu

Berbuka time.. Ahad.. pasni berBBQ plak kiter

Menu Nasi Daging Maverles air tangan Mak tersayang

Cakar ayam + masalodeh.. isteri pun dah belajar resepi tuh.. cunn

Tudia isteri ku tersayang... rajin kan dia... 

10kg kerang in the house!!!

Start pelekat api untuk aktiviti BBQ

Separuh kerang di bakar.. lagi separuh di rebus

Mandur berbaju itam.. tengok saja...

Masih tengok saja.. ekekekeke



Siap semua... ready to eat

Ramai sedara mara yang ada.. paktam, pakcik..

Geng-geng kami.. pani pun ada


Hari Sukan SKKL Hafiy Daniel dan Hari Sukan Little Caliph Hana Darina

Salam semua,

Entry kali ni aku nak citer pasal Hari sukan anak2. Hari sukan SKKL pada 27hb April dan Hari sukan Little Caliph pada 4hb Mei 2019.

Hari Sukan Hafiy Daniel (SKKL)

Hari sukan SKKL ni di jalankan di Sekolah jer, tahun-tahun lepas sukan sekolah dorang buat dekat stadium Panasonic Shah alam. Tapi tahun ni berkemungkinan kekurangan dana atau takde orang sponsor, buat lah di sekolah. Tapi di sekolah pun ok, dekat nak pergi, lagi pun dari zaman Abang Aiman bersekolah rendah sini memang buat di sekolah jer.

Daniel pada aku bakat dia memang dalam sukan, sebab kebanyakan sukan yang dia main, dia cepat pandai. untuk sukan ni lebih kepada larian atau lebih kepada sukan padang lah. lompat tinggi, lompat jauh.

Hari sukan ni Daniel pagi2 lagi aku dah hantar ke sekolah, sebelum pukul 8, aku tak pergi lagi sebab masih ada urusan yang nak di uruskan, nak pergi renew lesen memandu aku dan isteri. Sebab sukan akan bermula dalam jam 9.45 pg kalau ikut tentatif. Jadi sempat lah aku settle kan lesen. Yang penting dapat tengok daniel berlari..

Banyak juga acara dia masuk.. Daniel ni walaupun kecik.. tapi dia berlari agak laju wooo. memang deras dia lari..yang dia masuk 100m, 4x200 dan 4x400. semua tapau, tp kebanyakan tempat ke-2 lah. .kira steady juga lah... sebab memang ada sorang yang cukup laju berlari.

Daniel dan Hana sebelum berlari

Bersedia untuk larian 4x200m dengan padang yang agak becak


Sempat berposing kitaorang

Sepatutnya mendapat 4 medal.. tp hari ni dapat 2 dulu

Hari Sukan Hana Darina (Little Caliph Bandar Sunway)

Hari sukan Hana kali ni dorang buat kat stadium tertutup Panasonic. aku rasa tempat ni paling baik dari tahun lepas dan 2 tahun lepas. Tahun lepas dorang buat di dewan area jalan 222 sana, parking agk terhad. 2 tahun lepas Little Caliph buat dekat padang 3K USJ, yang ni ok cuma lagi dia padang terbuka.. memang panas lit lit. ada entri dalam blog ni .. boleh klik link ni --> Sport Day Hana yang pertama.

Jadinya lokasi stadium tertutup ni agak pilihan yang tepat Little Caliph pilih tahun ni, sukan ni adalah gabungan 3 tadika, little caliph Bandar Sunway, Taman medan dan Taman Sri Manja. 3 terus. Dan kali ni motonya "Enjoy Sport with Family". Ibu dan bapa di wajibkan amik bahagian dalam acara sukan.

Agak menarik juga cara ni. Tahun ni sama mcm 2 tahun lepas, Hana rumah Hijau, aku sekeluarga pergi ke stadium ni berbaju Hijau.

Acara untuk tadika tak la sama macam SKKL kan, berlari 100 ke 400 meter, cuma lebih kepada sukaneka untuk eratkan silaturrahim antara parent, anak dan teacher.

Seawal 8 pagi kami sekeluarga sampai, dah ramai pun sampai tapi alhamdullillah, parking masih banyak lagi lah.. tempat dalam stadium pun dapat lokasi menarik lah.

Keluar awal, ke kedai Mak Uda dulu untuk breakfast


Waktu pendaftaran peserta

Abang-abang dan tok mama turut memberi sokongan










Light Em Up Night Run

Salam,

Light Em Up Night run adalah kali kedua larian aku dan isteri. Aktiviti ni, kat area D Pulze Cyberjaya. Aku join ni free jer sebab under company, cumanya untuk spouse perlu bayar. Untung la kan, byr 1 jer.. berlari 2 orang.. hihihihi..

Plan hari ni sabtu agak tight, kebetulan pukul 2pm ada appointment dengan pejabat loyer untuk sign SPA. Abis dalam pukul 3pm lebih. Settle sign SPA, terus ke rumah Oman sebab Hana akan tidur di rumah Oman malam ni. Pergi berlari berdua, senang sikit kan.

Hari ni memang aku pun tak berapa sihat, Jumaat semalamnya aku Mc dah.. hari ni pun masih tak berapa sihat.. kira gagah juga lah.. amik panadol pagi dan tghhr. Dari rumah oman, dalam pukul 530ptg gerak ke Cyberjaya untuk racepack collection.

Sampai dalam 6 lebih, lepas dah collect race pack, lepak kedai mamak sebelah kedai nasi arab tuh.. pekena Nasi goreng pataya dan teh tarik... Nak lari malam tp p bantai nasi goreng pataya kan.. hahahaha...

Dalam pukul 8mlm, dah berlegar legar kat ruang start tunggu siren untuk berlari.. dalam 8.30 macam tu, untuk kategori 5km gerak.. berlari lah kitaorang.. mcm biasa lah. berlari dlm 1 km lbih, berjalan jap. dan berlari semula.. Siap 5km boleh habis dalam 45minit gitu kot..

Habis larian, lepak dulu untuk cabutan bertuah, nampaknya tak de bertuah lah malam ni.. ingat lepas ni nak p berendek dekat putrajaya.. tak familiar plak.. nak ke roundabout mesjid tuh tutup pulak jalannya.. last sekali lepak kat Nasi Lemak Royale @Ayer8. bantai sate sorang 5 cucuk plak.. tudia sate punya gemuk.. 5 cucuk kenyang berdengung...

Abis makan dan kekenyangan, terus balik ke rumah.. sampai rumah pun dah kat pukul 1. terus tdo jer.. tak sempat pojek pun sbb kepenatan.. hihihihihi..


Sebelum berlari.. pekena nasi goreng Pattaya  dulu..

Ni dah lepas berlari nih.


Sebelum berlari.. bergambo dulu.






Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.