Light Em Up Night Run

Salam,

Light Em Up Night run adalah kali kedua larian aku dan isteri. Aktiviti ni, kat area D Pulze Cyberjaya. Aku join ni free jer sebab under company, cumanya untuk spouse perlu bayar. Untung la kan, byr 1 jer.. berlari 2 orang.. hihihihi..

Plan hari ni sabtu agak tight, kebetulan pukul 2pm ada appointment dengan pejabat loyer untuk sign SPA. Abis dalam pukul 3pm lebih. Settle sign SPA, terus ke rumah Oman sebab Hana akan tidur di rumah Oman malam ni. Pergi berlari berdua, senang sikit kan.

Hari ni memang aku pun tak berapa sihat, Jumaat semalamnya aku Mc dah.. hari ni pun masih tak berapa sihat.. kira gagah juga lah.. amik panadol pagi dan tghhr. Dari rumah oman, dalam pukul 530ptg gerak ke Cyberjaya untuk racepack collection.

Sampai dalam 6 lebih, lepas dah collect race pack, lepak kedai mamak sebelah kedai nasi arab tuh.. pekena Nasi goreng pataya dan teh tarik... Nak lari malam tp p bantai nasi goreng pataya kan.. hahahaha...

Dalam pukul 8mlm, dah berlegar legar kat ruang start tunggu siren untuk berlari.. dalam 8.30 macam tu, untuk kategori 5km gerak.. berlari lah kitaorang.. mcm biasa lah. berlari dlm 1 km lbih, berjalan jap. dan berlari semula.. Siap 5km boleh habis dalam 45minit gitu kot..

Habis larian, lepak dulu untuk cabutan bertuah, nampaknya tak de bertuah lah malam ni.. ingat lepas ni nak p berendek dekat putrajaya.. tak familiar plak.. nak ke roundabout mesjid tuh tutup pulak jalannya.. last sekali lepak kat Nasi Lemak Royale @Ayer8. bantai sate sorang 5 cucuk plak.. tudia sate punya gemuk.. 5 cucuk kenyang berdengung...

Abis makan dan kekenyangan, terus balik ke rumah.. sampai rumah pun dah kat pukul 1. terus tdo jer.. tak sempat pojek pun sbb kepenatan.. hihihihihi..


Sebelum berlari.. pekena nasi goreng Pattaya  dulu..

Ni dah lepas berlari nih.


Sebelum berlari.. bergambo dulu.






0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.