Happy Birthday buat isteriku 25042019

Salam,

Hari ni terlebih rajin, punya banyak entri masuk... cuma entri ni special sikit sebab hari kelahiran orang yang paling aku sayang. Orang yang paling rapat dengan ku, yang sentiasa berada di belakangku semasa susah dan senang, sedih dan gembira. Alhamdulillah ya -Allah, terima kasih kerana kurniakan aku sorang isteri yang melengkapkan hidupku ini.

Tahun ni isteri aku dah masuk 35 tahun dah. boleh kata tua la kan.. hahahaha... apa pun aku masih tak sedar diri yang diri ini lebih tua... 42 kot tahun ni. Kitaorang berkahwin pada umur isteriku 28 tahun, aku baru 35 tahun.. tp aku kenal isteri lebih lama dari tuh lah.. hanya aku dan isteri saja tahu lah, hihihihi.

Takde apa yang aku nak cakap, cuma aku nak berterima kasih kepada isteri tersayang, memang cukup memahami aku yang sememangnya seorang baran, perongos, (skrg kurang lah), kuat nafsu, kuat makan, kuat semua lah.. semakin tua ni semakin kurang kekuatan tuh lah kan... ekekeke.. walaubagaimana pun isteri aku sorang ni masih dapat melayan aku dengan baik..semuanya di penuhi tanpa sebarang alasan.. sepanjang bersama.. kuku kaki tangan pun lama tak potong sendiri.. ekekek.. bulu jer la aku potong sendiri termasuk bulu2 isteri aku.. choi.. apa aku tulis nih.. hihihih.. biasa la kan.. ada give and take..

Buat insan yang amat abang sayangi selalu, abang sentiasa doakan kebahagian awak, di berikan kesihatan yang berpanjangan, dapat mencapai apa-apa yang awak hajati, di murahkan rezeki, dan yang paling utama sentiasa berada di bawah lindungan yang esa. semoga kehangatan hubungan kita terus kekal berpanjangan hingga je hujung usia.. . Love You So much!! muahhhh.

Walaupun usia kita semakin semakin meningkat, moga jiwa kita sentiasa muda remaja, bergurau senda dan bergelak ketawa tak ingat dunia sampai hari tua kerepot.. hihihihihi.





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.