Showing posts with label kisah Birthday. Show all posts
Showing posts with label kisah Birthday. Show all posts

Celebrate birthday Hana Darina 4 April

 Salam,

Hujung minggu kali nak cerita pasal celebration birthday Hana. Sambutan biasa-biasa saja, tapi pada anak dara tuh, cukup happy dah. Birthday Hana jatuh pada hari ahad 2 April 2023. 

Hari Jumaat lepas balik kerja, kitaorang terus ke Pyramid, plannya nak makan pizza hut, di sebabkan abang2 takde ahad ni, jadi bg can Hana tiup lilin masa ada abang-abang.. beli kek dari Secret recepi 3 slice je.. Aku plak whatsapp plan ni dalam group family.. ingatnya lepas whatsapp kena la delete sbbnya nnt Hana boleh baca. Sekali lepas mesej, terlupa plak nak delete.. Hana balik sekolah dia baca plak whatsapp tuh... happy kemain la orang nak surprise birthday dia.

Alhamdulillah, berkumpul 1 keluarga

Abang-abang sume dah besar panjang.. hensem semua!


Punya la happy ank dara uh.. dari start masuk Pizza sampai berbuka, mulut tak berhenti bercakap. Sampai lepas abis makan pun masih dok bercakap. Happy si Hana ni memang tak boleh di sorok-sorok. Dia memang jenis happy jer.. kalau monyok tuh memang boleh nampak, tapi boleh kata sangat jarang dia monyok melainkan kena tegur/marah oleh abahnya. hihihih.. Kalau hal-hal sekolah yang extrem baru dia akan monyok.. kalau sikit-sikit tuh.. mmg tak jadi apa.

Jumaat malam tuh, lepas dah balik rumah, Hana minta izin nak ajak kawan2 rapat dia berbuka masa hari ahad ni. Sebabnya memang aku dan isteri plan nak ajak oman sekeluarga dan bawa anak-anak azam untuk berbuka sekali, sambil potong kek. Hana dah plan dah dia punya rancangan, siap ngan card invitation yang di buat sendiri. 

invitation card yang di buat sendiri oleh Hana

Sabtu plak, kitaorang keluar cari baju raya Hana kat OU. Keluar pukul 12 macam tuh, time ni memang clear OU, masih banyak parking kosong. Dapat la sehelai 2 baju raya hana dan seluar jeans 1. Lepas dah cari baju raya, cari sekali hadiah untuk iqy, then turun supermarket OU untuk beli barang-barang nak masak untuk juadah berbuka esok. Isteri plan nak buat mee sup. Then apom beras.. bubur chacha ritu ada lagi. boleh panaskan.

Test seluar.

Settle kat OU, tengok jam baru pukul 4 lebih. Aku terasa macam nak ke Bazar Ramadhan Shah Alam plak. walaupun minggu lepas pergi rasa macam serik tak mo p dah. Hari ni boleh plak nak p pulak, aku fikir awal lagi, mungkin tak jem. Sampai area Shah alam, memang betul nak masuk ke dalam kawasan stadium tu memang tak jem langsung, walaubagaimana pun dalam bazar tuh dah selautan manusia membeli belah, ada yang dah siap beli dan nak balik. 

Bazar Shah Alam

Gerai Chef Amar

Bila sampai Bazar ni, baru terasa nak try nasi arab(Ayam mandy) chef Amar, harapnya tak panjang la.. Sampai gerai chef amar, nohhh... panjang gak nak beratur, aku beraur dalam 25 minit juga la untuk pembayaran... pembayaran je tuh,, blom dapat nasi lagi.. lepas bayar dapat keratan nombor. Nanti kena beratur plak untuk que. Aku rasa dah laju juga la sebenarnya, tahun-tahun lepas memang berjam jam dorang beratur. Hari ni kebetulan lauk ayam dan kambing abis, pihak chef amar tengah tunggu van yang bawa masakan untuk di pack.. lepas van smpai, memang cepat dorng packkan.. kena plak beratur lagi 20 minit untuk collect nasi Arab.

Lepas bayar, kena beratur utk collect plak

Alhamdulillah, dapat lah merasa nasi arab chef Amar. Walaupun lain rasa dari Ar-Rawsha, tapi masih sedap dengan resepi dia tersendiri. padan la ramai dok que setiap kali ramadhan. Ada je kedai dia kat USJ4 nun.. tp tak pernah singgah. 

Surprise waktu sahur.. handmade choc bouquet by Abah

Hari ahad plak hari yang di tunggu-tunggu si Hana ni. Aku pulak lepas subuh, bantai tdo sampai pukul 10, hari minggu kot kan.. malam tadi plak aku tdo 1 lbh... tu yang dok berasa mengantuk je. Isteri awal2 dah bangun. time aku bangun pukul 10 lbh tuh, mee sup dan segala bahan untuk makan bersama mee dah siap wei... laju isteri aku buat kerja. 

Tengah hari kitaorang ke shah alam untuk ambil anak Azam, maliq dan maya. Azam n mawar tak join, sebab mawar baru lepas bersalin. Kitaorang bw anak2 dia jer la dengan Cik Anis sekali. Petng sikit Oman dan Zatti pun sampai. 

Maya depan camera!

Anak menakan dok main

Pukul 6.45 macam tuh kawan-awak hana pun sampai. KEbetulan abang-abang Hana pun ada join. Kalau di ikutkan hari ni abang-abang berbuka ngan mama dorang. Alhamdulillah. Dapat la meriahkan besday hana. 

Alhamdulillah.. juadah utk petang ni

Request kek yang ada macaroon

Tak ramai.. janji heppy

Seusai semua, dalam pukul 9 semua beransur balik. aku plak dok melayan cerita hindustan RRR.. pukul 1230 mlm gak la baru abis.. layan gak la cerita ni. Sampai sini jer kot entry aku untuk kali ni.

Nanti sambung lagi.

end.

Handphone Sempena Birthday Daniel dan Chillies

Salam,

Pada hari yang sama dengan Fun Day Besi, selepas selesai berFun Day, kami anak beranak ke One Utama untuk mencari henfon sempena birthday Hafiy Daniel yang ke 12.

Plan nak mencari henfon dengan bajet dalam RM500~600. Untuk bajet ni, aku share dengan bekas isteri, dia nak sponsor RM200.. ok lah.. jadi aku dan isteri bawa anak-anak pusing-pusing OU untuk mencari henfon.

Berjalan lah kami satu OU mencari yang terbaik berdasarkan keupayaan dan yang paling penting harga tak terlalu mahal. Pusing sana, pusing sini, dari Oppo, Hwa Wei, Samsung, Honour, Redmi akhirnya memilih Redmi 7 dengan harga RM545. Daniel pun ok dengan pilihan tersebut.. alhamdulillah setelah hampir 3jam berpeleseran kat OU tuh...

Dah dapat henfon, mencarinya pula talian yang sesuai dan murah, mula-mula ke Digi sebab ingat nak ambil pakej seperti Haziq, RM38 dengan 5+5Gb data unlimited call. Tapi tak boleh, katanya pakej tuh boleh amik satu sorang je.. aikkkkk.. pelik bin ajaib nih..

Jadinya kami beransur ke kedai Umobile, ambil pakej sama macam Aiman, U28, 3GB data dan 50 minit bercakap free.. boleh lah. Nak guna untuk media sosial jer.. kat rumah dah ada wifi kan. Cukup lah.. Sengaja aku tak ambil prepaid sebab payah nak topup.. Ambil postpaid mudah, cukup bulan bill sampai.. haaa.. bayooo..

Settle semua, jam pun dah pukul 6 petang, kami ke Chillies untuk dinner. Bukan selalu nak makan steak mahal nih kan. Untuk anak-anak dan isteri kesayangan.. apa lah sangat. Yang penting ongkosnya adaaaa sihhhhh...

Aku Aiman dan Haziq memilih Lamb, daniel ambil ayam, isteri aku amik apa ntah namanya. Settle makan pun dah pukul 7 lebih. Kami terus balik ler.. seharian kat luar woi.. dari pagi sampai ke malam.. kira-kira 12jam juga lah keluar rumah.. amikkk.. sakan kan..








Happy Birthday Aiman ke 15

Salam,
Walaupun dah masuk tahun baru, tp entri ni masih berkisah kisah tahun 2017.. ekekekek..

Happy Birthday Harith Aiman, abah sentiasa doakan yang terbaik buat Aiman, berjaya dan success dalam apa jua Aiman lakukan.

Aku takde bg hadiah utk birthday aiman kali nih, tp macam biasa la.. potong kek itu memang tak pernah miss lagi.. walaupun hanya kami sekeluarga yang meraikannya.

Sebenarnya aku plan nak bukakan akaun maybank untuk aiman, masukkan RM200 dalam akaun, boleh la nak beli apa-apa.. tp memandangkan hujung bulan 12 punya gaji agak tight, dengan barang-barang sekolahnya, Haziq nak masuk asrama nya.. duit belanja sendiri pun tinggal kurang seratus.. cemana tuh.. so aku tangguhkan dulu buka akaun tahun depan.. tahun ni ler.. 2018.. mungkin dari gaji bulan Jan kot.. Inshaallah kalau ada rezeki.

Biasa la kan.. gaji tak besar, hidup kat pekan, semua benda mahal.. dengan pembukaan sekolah apa semua.. jadi bajet pun tight ler sikit... Jadi reda jer la dengan apa yang ada.. lagipun anak-anak pun dah biasa ..kadang-kadang hadiah besday deliver lambat sikit.. cuma potong kek akan tepat waktu. hihihi.







Basikal Untuk Haziq sempena Birthday

Salam semua,
Uiii... lama tak menulis.. makin lama makin baloq oooo nak tulis walaupun ada juga cerita-cerita yang nak di kongsi... ekekeke..

Kali ni aku just nak tulis pasal basikal untuk Haziq sempena besday dia. Walaupun dah lewat dari tarkh hari lahir dia 13 Julai, tp ok la.. jumpa yg ok.. Memang aku dah bajetkan RM200 sorang max untuk hadiah besday, jadi anak2 boleh pilih la nak apa.. masing-masing ada la benda dalam kepala dorng tuh...

Ajiq, dia nak basikal, tp mana nak dapat basikal dengan harga rm200.. melainkan 2nd hand... jadinya dia nak tambahkan guna duit raya utk dapatkan basikan yang harga dlm RM300... dari bulan lepas dok ushar.. kat mudah, kat Lazada... tp takde yang berkenan di hati.. kalau ada pun nampak mcm tak kuat.. jap nnt dah berkarat..

Aku ada mesej 2 orang kat mudah utk basikal, ada yang baru ada yang 2nd hand.. yang baru tu MTB harga dalam RM319, tp kalau beli cemana ntah nak amik.. payah plak.. tangguh punya tangguh.. baru pagi tadi aku beli kat lazada.. mahal juga la.. RM385, tp nampak mcm quality.. tunggu dapat la baru tahu.. aku rasa ok kot.. harga asal RM599.. tp ada diskaun.. terus aku sambar..

Harap dlm minggu ni sampai lah... Basikal dia kalau tgk nampak ok.. disk break, ada absober depan.. berat dlm 16kg.. ok juga lah.. Jenama MontBike, made in Taiwan.  Saiz 26".



Aiman dah masuk 14 tahun (29122016)

Assalamualaikum,

Entry aku hari ni berupa throwback lah kot, sbb kejadian ni masa tahun lepas 29hb Dec 2016. Umur Aiman meningkat ke 14 tahun. Walaupun dah tingkatan dua, tapi umurnya masih 13 tahun sehingga la ujung tahun baru la umurnya 14 tahun.. Mungkin umur dia termuda dalam kelas dia.. wallahualam.

Aiman ni anak sulung aku, anak pertama dan cucu pertama dalam keluarga aku. Alhamdulillah, di lahirkan pada 29hb Disember 2012 pagi kat hospital Selayang. Aiman ni lahir secara songsang, Jadi kena la keluar ikut tingkap.. kikiki..

Takde yang special sangat untuk Aiman sambut hari jadi, sekadar tiup lilin dan potong kek, aku cuma jemput adik2 ipar yang ada kat KL jer la.. ok la.. Macam aku cerita dlm pos lepas, setiap besday anak2, memang aku dan isteri akan gigih sediakan kek untuk di raikan. 

Tahun 2016 memang aku takde beli satu hadiah pun utk hari jadi anak2, mahupun Haziq, dan Daniel. Semua hanya potong kek saja.. sebabnya? sbb aku dah ckp result 2015 tak berapa cantik jadi 2016 aku takkan beli apa2 hadiah untuk besday.. Walaupun aku ckp macam tuh, nanpak mcm takde efect sangat. Result utk exam 2016 meningkat sedikit sangat.Ingat kot boleh la improve sbb nak hadiah tahun 2016.. budak2 sekarang.. gitu la kot..

Tahun 2017 ni, Aiman akan menduduki PT3 dan Haziq UPSR. Dah masuk tahun baru ni ada la nampak anak2 aku ni bersemangat utk berjaya, study tanpa di suruh. moga terus kekalkan momentum. Lari tajuk sikit.

"Untuk Aiman, Abah dan mommy sentiasa mendoakan kesejahteraan Aiman, sentiasa sihat, sentiasa focus dan terus berusaha mengejar cita dunia dan akhirat. Abah dan mommy sentiasa berada di belakang Aiman, menyokong dan membantu sekiranya di perlukan dan sentiasa mendoakan kejayaan Aiman."

Aku sharekan beberapa keping gambar kenangan abang Aiman potong kek.

Aiman hensem seperti abahnya.. 

Inilah permata aku dunia dan akhirat..


Kami sekeluarga.. 

Kek besday, ada yang dah di cabut tuh.. kikiki..

Ensem boy tengah potong kek.. 

Anak dara dengan keletahnya.. sentiasa menyibukkan diri.. kiki




Haziq dah masuk 11 thn (13072016)

Salam,

Haziq Syazwan nama diberi adalah anak no 2 aku. Lahir pada 13 Julai 2005 kat hospital Selayang. Jangan konfius ok. Alhamdulillah, sehingga kini, Ajiq (nama timangan) sihat tubuh badan. Dan moga terus sihat dan di panjangkan umur.

Setiap Besday anak2, aku dan isteri memang tak pernah miss belikan kek. Walaupun celebrate hanya kami-kami sekeluarga saja. Yang penting itu cara aku dan isteri tunjuk kan kasih sayang kami terhadap anak2.

Masa zaman financial down, aku dan isteri masih beli kek. Tak dpt yg mahal mcm kat secret recepi, beli yg sederhana rege. Tp time financial merudum teruk, kami cuma beli kek yang harga nya RM10.90 je kat supermarket . Then beli lilin yg bentuk nombor. Jimat tak? Yang penting ada kek dan celebrate. Settle. Nak seribu daya, x mahu seribu dalih. Mudah.

Paling tak leh lupa, masa kitaorg ke Langkawi tahun 2012, memang  time tu kena pada besday Ajiq. Tp satu Langkawi pusing nak cari kek. Konon nya nak potong kek kat sana. Tp xde rezeki. Agak frust jugalah. Last2 balik PJ baru dpt kek.

"Untuk Haziq, abah dan mommy sentiasa mendoakan kesejahteraan ajiq, sentiasa sihat, sentiasa focus dan terus berusaha demi mengejar cita - cita dunia dan akhirat . Abah dan mommy sentiasa mendoakan kejayaan Ajiq. Aminnnn. "

Aku share photo kitaorg celebrate besday ajiq kat umah. Simple je. Tp cukup happy. Kek besday bersama cekodok Pisang. Maveles.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.