Handphone Sempena Birthday Daniel dan Chillies

Salam,

Pada hari yang sama dengan Fun Day Besi, selepas selesai berFun Day, kami anak beranak ke One Utama untuk mencari henfon sempena birthday Hafiy Daniel yang ke 12.

Plan nak mencari henfon dengan bajet dalam RM500~600. Untuk bajet ni, aku share dengan bekas isteri, dia nak sponsor RM200.. ok lah.. jadi aku dan isteri bawa anak-anak pusing-pusing OU untuk mencari henfon.

Berjalan lah kami satu OU mencari yang terbaik berdasarkan keupayaan dan yang paling penting harga tak terlalu mahal. Pusing sana, pusing sini, dari Oppo, Hwa Wei, Samsung, Honour, Redmi akhirnya memilih Redmi 7 dengan harga RM545. Daniel pun ok dengan pilihan tersebut.. alhamdulillah setelah hampir 3jam berpeleseran kat OU tuh...

Dah dapat henfon, mencarinya pula talian yang sesuai dan murah, mula-mula ke Digi sebab ingat nak ambil pakej seperti Haziq, RM38 dengan 5+5Gb data unlimited call. Tapi tak boleh, katanya pakej tuh boleh amik satu sorang je.. aikkkkk.. pelik bin ajaib nih..

Jadinya kami beransur ke kedai Umobile, ambil pakej sama macam Aiman, U28, 3GB data dan 50 minit bercakap free.. boleh lah. Nak guna untuk media sosial jer.. kat rumah dah ada wifi kan. Cukup lah.. Sengaja aku tak ambil prepaid sebab payah nak topup.. Ambil postpaid mudah, cukup bulan bill sampai.. haaa.. bayooo..

Settle semua, jam pun dah pukul 6 petang, kami ke Chillies untuk dinner. Bukan selalu nak makan steak mahal nih kan. Untuk anak-anak dan isteri kesayangan.. apa lah sangat. Yang penting ongkosnya adaaaa sihhhhh...

Aku Aiman dan Haziq memilih Lamb, daniel ambil ayam, isteri aku amik apa ntah namanya. Settle makan pun dah pukul 7 lebih. Kami terus balik ler.. seharian kat luar woi.. dari pagi sampai ke malam.. kira-kira 12jam juga lah keluar rumah.. amikkk.. sakan kan..








0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.