Showing posts with label kisah Penang. Show all posts
Showing posts with label kisah Penang. Show all posts

Kisah Raya kan sebulan

Salam,
Walaupun baloq liat nak menulis.. entri ni masih berkisar kisah baling belakang (Throwback).. ekekeke.. kisah beraya di bulan syawal.

Ada la beberapa open house yang aku sekeluarga pergi, walaupun tak banyak.. tp masih ada.. aku sendiri pun ada masak- masak hari Sabtu masa mama datang dari Sarawak (fyi-bukan aku masak ler), kebetulan Dik Daus nak datang beraya.. dah masak lebih ada juga jemput 2 3 orang kawan2 yang ada kat area umah tuh.. Azam pun ada sampai dari Penang. kitaorang patut nak ke rumah Paktam tapi tak jadi. .cancel plak agak last minit.. kesian maktam dah masak2... Esoknya baru ke umah paktam, lajak ke besout.. umah Paktih dan Pakndak.. amik.. sendat terus perut.. jem.. esok lusa kena amik MC 2 hari sbb sakit perut... naya... bukan sbb food poisoning, tp sebab perut dah tak larat nak proses dah makanan dlm perut..

Ada la sikit kuih raya. rendang dan kuah kacang

Dik Daus & Oman dah sampai


Pijoi & Family pun ada

Sahabat aku Azwan

Ahad beraya rumah Paktam

Kat Besout nih

Rumah Paktih & Maktih

Rumah Pakndak & Makndak

Berbaju batik kami.. beli kat Pasar Payang lama ni..

Minggu ketiga syawal, dapat jemputan dari Nai, member tempat kerja. Member lama ni sejak dari kerja kat NEC dulu lagi.. agak meriah majlis hari raya dia.. rumah nya dekat area Alam Budiman. Sebelum ke sana, kitaorang ke Puchong dulu jap sbb nak sign document dari pemaju utk HOC. Dah 2.30 gtu baru gerak ke umah Nai, lewat gak la sampai umah dia.. sampai dalam pukul 3 lebih. Lepak mkn sempat la berjumpa dengan Syakir, si Saiful Baharin, dan beberapa geng yang kenal... byk juga makanan yang Nai sediakan.

Beraya rumah Nai

Minggu ke-empat Syawal aku decide untuk balik kampung, rasa rindu plak kat mak dan abah. Bukan apa, masa minggu kedua masa Dik Daus datang, ada video call dengan mak.. nampak mak mcm sedih.. macam dok lap air mata.. aku pun terasa sedih juga, rindu nak balik kg pun semakin menebal.. hihihih.. isteri aku pun ok saja.. zass.. terus balik kg.. kebetulan hujung bulan, gaji masuk.. dan kebetulan juga dah musim durian...

Ni jer ada gambo kat KG.. haru tui

Bila dah balik kampung, kami amik cuti extra satu hari Isnin tuh, jadi Ahad tu lajak ke Penang ke rumah baru Azam.. best rumah kondo nih.. bersih, pool pun best nak mandi.. luas... petang tu kitaorang ke Laksa tempurung.. malamnya sempat la mkn Sani char kew teow.. sempat la jumpa Bangchik n Pani. Beraya ke rumah pani kat quarters kastam.. malangnya ms mkn char kuew teow ngan ke rumah Pani, sekeping gambo pun tak snap.. haru betul...
Otw ke Penang.. atas fery

Dari rumah Azam.. tingkat 9

Pekena Laksa tempurung

Sekali Oman pun sampai Penang

Otw Balik PJ.. atas fery nih


Minggu last Raya ada jemputan ke rumah Sara, kawan lama isteri aku. Rumah condo mewah kot.. giler best tempat dia.. cuma jamuan makan buat di perkarangan swiming pool.. so tak dapat tengok rumah dia lah.. bila check kat iproperty, luas sampai 1700++sqft.. bapak luas...

Beraya rumah Sara, Wangsa 9 Residensi.. 

Perkarangan Pool .. mewah tempat nih

Malamnya lepas antar anak, aku dan isteri bercadang nak check in sempena anniversary.. aku akan cerita di entri selepas ni.. special punya.

End.

Jalan-Jalan Penang (9th Dec '18)

Salam,
Entri ni aku nak citer TB waktu 9hb Dec hari tuh.. basi lagi kan.. ekeke.. Aku dan isteri memang dah plan nak ke Penang hari Ahad tuh sehari selepas kenduri Kak cik.. lagi pun Azam dah mula kerja tempat baru kat Penang.. boleh la lawat dia sekali..


So pagi-pagi dalam pukul 11pg gtu kitaorang terus gerak ke Penang.. hala terus ke rumah sewa Azam kat area Bayan Baru.. masuk ikut tol Alor Pongsu, terus naik Jambatan kedua.. dlm masa 1j lbh sikit dah sampai.. malas nak naik ferry masa g sebabnya pernah terkena.. 3jam lebih queue nak naik ferry.. last-last perancangan nak ronda penang tergendala..

Kali ni kitaorang plan balik nnt baru nak naik ferry. Sampai rumah Azam jer terus bw g laksa tempurung. Tempat ni kitaorang pernah g dah sebelum ni masa kenduri kawin Meksu.. sedap baq hang.. ingat nak mkn ringan2 jer.. then g cari mamak meletup.. mcm2 restoran dah google.. tp bila dah singgah Laksa tempurung.. dengan ais kacang lagi... Goreng pisang plak.. perut sebu terus.. ekekeke

Settle jer makan.. kita orang terus pusing satu penang.. dari area Laksaa tempurung tuh.. area Teluk Kumbar.. kitaorang pun pusing satu penang.. Lalu ke Teluk bahang terus ke Batu Feringgi.. sampai ke bandar George town...

Pastu singgah kat Chowrasta sebab nak beli jeruk Pak Ali jer.. sambil tu lepak minum teh tarik lu kat mamak area situ.. sebelah line clear.. lama gak la amik masa.. settle beli jeruk.. terus antar Azam ke umah sewa dia.. dan kitaorang pun balik menggunakan Ferry..

Sib baik tak lama sangat queue.. tp.. sejam lebih juga lah baru dapat naik ferry.. compare dengan masa datang hari tuh.. lebih 3jam kot... pukul 5 lebih start beratur.. pukul 6 lebih dapat naik ferry.. anak2 cukup gembira dapat naik ferry.. terutama sekali budak kecik Hana Darina tuh...

Sampai sebelah sana pun dah gelap dah... kitaorang sampai rumah dekat pukul 10mlm.. sebabnya hujan lebat, gelap.. tak boleh nak laju sangat.. lalu plak ikut sungai Ular.. jalan bengkang bengkok plak tuh mcm ular kena pukul.. ekekeke..

Alhamdulillah.. perjalanan ke Penang smoothhhhh...



















Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.