Showing posts with label kisah kenduri kawin. Show all posts
Showing posts with label kisah kenduri kawin. Show all posts

Ke utara untuk kenduri Nazirah dan bermalam di Alor Setar

 Salam,

Pada minggu ke-3 bulan May, kami sekeluarga travel ke utara. Kami memulakan perjalanan pada hari jumaat malam jam 830 malam. Ikut plan nak tdo di rumah abang Chik, namun ada aral melintang, bang chik dan lin di sahkan positive covid plak. Jadi rancangan di ubah tidor di rumah kakak. Kebetulan adik Daus pun tak dapat pergi.

Kami sampai di rumah kakak dalam pukul 12.30 malam. Kira ok lagi la sebab kami berhenti di RnR simpang pulai agak lama juga. Sempat la merasa mee kari yang mak bawa dari kampung. Paginya kami bersiap, dah bertolak dari rumah kakak jam 1030pagi. 

Sampai di Alor setar dalam jam 12 tghhr, nampak ramai dah tetamu yang hadir. Terus kami menjamu selera. Lepas menjamu selera, kami lepak-lepak jer la dibawah kemah menunggu sedara-sedara lain yang datang. Jumpa la ramai sedara mara yang datang. Sememangnya kenduri ada lah salah satu cara kita nak berjumpa semula dengan sedara-mara jauh dan dekat. 

Dalam masa yang sama, kami ada menyewa homestay di Alor setar ni. Dengan harga RM800 satu malam. Ada 6 bilik dan ada swiming pool yang agak besar. Ruang depan pun luas, ada tempat bakar membakar. Dalam pukul 3lbh kami bergerak ke homestay.

Lepas rehat sebentar di homestay, petang sikit dalam pukul 4 ptg macam tuh, kami start hidupkan api. Kali ni bakar membakar kami cuma bakar hotdog dan daging burger saja. Makanan berat kakak dah bawa periuk dan frozen food utk buat steambot. Shiok oooo, sambil makan sambil mandi kolam.. nikmat tak terkata. Yang paling best ramai bersama keluarga. Abah pun terjun kolam.

Keesokkan harinya ahad, awal pagi dah start hujan, jadinya tak dapat la nak mandi kolam buat kali terakhir. Nak buat cemana kan. Breakfast di sediakan oleh geng-geng perempuan, nasi lemak. Lepas siap breakfast, dalam jam 11pg. Kami terus gerak. Singgah di Subaida restoran pekena sik kandaq, dalam pukul 2 lebih kami gerak terus balik ke PJ dari penang.

Alhamdulillah perjalanan lancar sama macam perjalanan ke utara. Lebih kurang pukul 7 malam kalau tak silap kami sampai di PJ. Singgah beli yong tau fu dan ayam shinlin untuk makan malam.

end. 

Jalan-jalan ke Tanjung Piandang dan Ban Pecah 5 Syawal 1444

 Salam,

Raya ke-5 kami dapat jemputan ke majlis akad nikah anak abang basid di Tanjung Piandang. Katanya majlis start pukul 11pg, jadi nya kami plan gerak dari rumah dalam pukul 10.30 pg, kiranya boleh sampai dalam pukul 12 tghhri. Aku, bangchik dan Kakak konvoi sekali, adik bry datang dari kulim.

Sampai Tanjung Piandang, tengok sudah ada ramai tetamu, nak kerumah abang Basid (rumah makngah sebenarnya) ni kami dari arah simpang 5 memang aku failed lah, sib baik abah ingat. Tapi kalau dari pekan tanjung piandang okay sikit. Kalau nk tanya orang, abah cakap kena bagi tau parit kampung Tanjung piandang. Ada banyak parit, biasa la kan parit tali air. Tempt kami dok berkubang tangkap ikan sepat ngan ikan keli masa kecik2 dulu.




Lama juga kami di rumah makngah ni, sebabnya dok menunggu sedara-sedara lain datang bertandang, raya kan, dorang tak balik kg, jadinya mak nak tunggu lah jumpa adik beradik dia. Ada la yang sempat kami jumpa, ada yang tak sempat sebab terlalu lambat sampai. Sebab nya tak boleh nak tunggu lama, cuaca yang agak panas.



Kami tunggu sampai pukul 3.30thhri jer, then kami gerak ke Ban pecah sekejap untuk bergambar, then gerak balik kampung. Sempat la ambil beberapa keping gambar kat Ban Pecah nih. TAkde apa sangat pun situ, cuma permandangan laut jer la, dan tempat tu dorang dah cantikkan siap ada monument "I love Ban Pecah" dan juga macam jeti.. boleh la nk bergambar. Ada cerita pasal ban pecah ni.. kena search kat google kot.



Seusai bergambar, kami pun gerak balik kampung. Alhamdulillah. 

Khamis aku sekeluarga lepak rumah jer seharian, Kami plan nak balik PJ hari jumaat sebab nak elakkan je. Sampai sini jer la entry kali ni. 

end

Selamat Pengantin Baru buat Puteri (Penang Mai)

Salam,

Bulan 12 ni macam biasa la. akan ada jemputan kawin. Sebelum ke Penang untuk majlis puteri tunggal Paklon pada 14 Disember , 7 Disember sempat aku bersama abah dan mak ke majlis kawin sepupu mak yang berlangsung di Shah Alam, kebetulan Mak dan abah datang sini utk melawat anak Daus. Sambil menyelam minum air lah.


Hari jumaat, 13 Disember pukul 3.30ptg aku dah keluar kilang untuk gerak ke Penang. Alhamdulillah kereta memang tak berapa banyak kat hway. Pukul 5 gitu gerak, sebelum pukul 8 kami dah berada kat R&R Sungai Perak untuk makan malam.  Dalam pukul 10 malam sampai umah akak kat seberang Jaya. Mak dan abah dah ada kat umah akak sampai petang tu. Hana pun ada sama sebab Hana ikut abah balik kg masa abah datang 7hb tuh, seminggu juga la Hana dok kampung.

Esoknya sabtu dalam pukul 11.30 kitaorang keluar dari rumah akak untuk pergi kenduri, lokasi kenduri dekat dengan jambatan Pulau Pinang. Kitaorang sampai paling awal, so makan awal then tunggu la sedara mara datang.. dapat la jumpa semua sedara mara yang hadir. Ini la cara dapat jumpa semula sedara - mara, kalau kenduri pun tak nak datang, memang tak dapat la jumpa sedara mara kan.
Sampai awal.. boleh la bergambar dulu

Bersaama tuan rumah. Bapa saudara yang menten muda.

Mak & Maksu

 
Sempat posing atas tangga pun ok. 

 
Pengantin lama..

Sepupu yang seiras.. Hana & Iris


Makan duluuuu

Abah, Paktih, Acap & Paktam

Azam Mawar & Tihah pun ada.

Keluarga tok Mansor.. belum penuh nih..


Masa untuk bersembang bertanya kabar sedara mara


Selamat Pengantin Baru

Lepak sampai pukul 4 lbh juga, lepas bergambar beramai2 dengan pengantin aku sekeluarga gerak ke rumah Azam kat bayan baru. Singgah kejap la dah sampai Penang. Lepas tu ingat nak ke rumah Pani, tp akak dan bangchik ke rumah Jen, so aku pun kerumah Jen. Jen ni anak sulung arwah Cik Gayah. Umur sama ngan isteri aku. Dulu masa zaman sekolah menengah memang selalu kitaorang ke rumah chik gayah ujung tahun sbb nak p Pesta Penang. Masa tu Jen ni baru 5 6 tahun jer.. hihihihi... Sebb agak lama nak kerumah Jen td. terus tak jadi ke rumah Pani. sebab kena patah balik. sepatutnya dari rumah Azam ke rumah Pani dulu.. baru dalam arah jalan sama. tak per lah.. takde rezeki. rumah jen tak pernah sampai lagi.. syok gak rumah dia tepi laut. (Boleh plak takde gambo kat umah jen..)

Dari rumah Jen kami terus ke seberang perai untuk makan malam, aku plan nak bawa isteri pekena char kuey teow yang sedap kat belah samagagah, tapi aku tak pasti apa nama kedai, aku ckp kat bangcik char kuey teow teluq basuh.. rupanya salah.. dia cakap, situ tak syok.. dia bawa p Adam.. rupanya Adam ni la tempat yang biasa aku g, tempat ni juga la yang aku dok bgtau isteri nak bawa dia makan.. Alhamdulillah.. memang syok.

Daus & Dik Ali takde

Settle makan, malam ni kitaorang tdo kat rumah bangchik. Sejak dia pindah rumah baru lepas Lin kena rompak dulu.. memang tak pernah tdo rumah dia.. Dorang pindah rumah sebb Lin fobia kena ikat dengan perompak masuk rumah. Allah, kesian ooo.. masuk paper kes dorang. Bernasib baik sebab perompak cuma ikat saja.. tak buat menda lain yang tak senonoh.

Esok pagi2 kami sekeluarga nak ke Pulau Pangkor plak.

sambung next entry lak lah.. jalan-jalan Pangkor.

Balik Kampung Kenduri Kak Cik


Salam,

Malam ni aku rajin plak nak menulis, dah beberapa minggu tak menulis.. utk tahun ni saja pun baru ada berapa entry saja... lama aku senyap.. ekekek.. bila ada mood nak menulis ni, boleh la aku up cerita yang berlaku sepanjang 2 3 minggu lepas..

Alkisah minggu lepas 7hb bersamaan Jumaat, aku balik kampung tengahhari. Jumaat tu aku kerja separuh hari, amik timebank separuh hari memandangkan cuti tahunan tinggal sehari yang aku amik pada hari isnin 10hb.. dan kebetulan 11hb tu cuti keputeraan Sultan Selangor.. cantek.. dapat lbh kurang 5 hari cuti balik kampung..

Jumaat tu dalam pukul 1pm gerak, berhenti makan tengahhari kat hentian Jejantas Sg buloh, pekena nasi lemak... lepak mkn pun sejam lebih juga, ujan pun turun dengan lebatnya.. sepanjang jalan sampai ke ipoh, hujan ya amat lebat,permandangan pun tak berapa jelas, kelajuan aku menten pada 50 ke 60kmph jer.. tak boleh laju.. tempat2 yang ujan slow, boleh la pecut sikit.. tp bahaya juga sebab kadang2 tengah laju, tiba2 tempat hujan lebat.. orang lain slow, boleh membawa bencana..

Alhamdulillah, pukul 7petang kot baru sampai kampung.. yang ada kat kampung Mak dan Abah, adik Ali dan anak-anak kakak jer lah.. aidil yang baru pas sunat, airis dan syamim.. dorng memang nak duduk kampung...

Sampai jer, buka tudung saji dulu cari makan.. ekekekekek.. mmg puas kalau balik mkn kat kampung.. Projek diet aku di hold sementara di kampung.. walaupun berat dah tinggal 77kg saja... dari 85kg... harap 5 hari di kampung tak kembali ke 85kg lah kan.. ekekeke

Esoknya 8hb 12, kenduri Kakcik anak paklang, Aku pagi-pagi lepas bekpas kat umah, terus ke Selama Cafe utk pekena teh tarik goyang.. roti canai... jumpa plak Pani, pastu Mat chet plak sampai..



Settle kat selama, pukul 11 lebih baru ke rumah Paklang tgk apa yang patut untuk di bantu.. kalau dulu2 pukul 8pg dah tercegat.. sekrng dah berusia sikit.. kita bagi kat budak2 muda jer la.. kita g bantu apa yang patut saja lewat sikit..



Kenduri sekrang lain sikit dari dulu2. dulu-dulu nasi di hidang dalam talam, nak makan p amik setalam, makan 4 orang.. skrng semua style buffet jer.. mudah utk mentara nak buat kerja.. topup saja.. pinggan yang dah guna, kutip dan basuh itu saja.. kalau dulu setiap pinggan lauk beserta talam kena basuh sbb nak recycle plak utk orang yang baru datang.



Tambahan sekarang nih ada benda lain lagi yang di jamu, ada laksa, bubur kacang, ada bhgn cokelatnya.. kalau kenduri Kakak siti yang lepas siap ada kambing golek 2 ekor lagi.. ada ais krim ... zaman dah moden kan.. semua bertukar...

Alhamdulillah, cuaca utk hari sabtu ni memang cantek lah.. sampai petang tak hujan.. jadi majlis berjalan dengan lancar.. petang sikit dah clear, dalam pukul 3 lbh aku pun beransur lah.. balik umah.. kekenyangan, apa lagi.. tdoooo... ekekekek..








Cerita bulan Februari 2018

Salam semua,

Sebab lama tak menulis.. last menulis bulan Januari jer.. pastu lesap.. dlm 2 minggu lepas ada aku coret sikit.. ni aku nak listkan lah apa2 yang berlaku dalam bulan Februari.. nanti aku tulis kisah setiap bulan satu entry... bermula dengan bulan Februari dulu.. sampai April...

Dalam bulan Februari ni

3 Feb - Layan BBQ kat umah... lama ak buat bbq ni.. biasa aku mem"bbq" bersama keluarga dan adik-adik ipar sekali.. menu biasa.. kambing order special 2kg.. lain2 beli kat AEON big dan ada juga yang homemade air tangan isteri kesayangan aku ler... hehehe.. syok



9 Feb - Lepak lunch dengan geng X-WD dulu.. biasa la lama tak jumpa.. lunch time hari Jumaat lama sikit break.. boleh la amik masa lepak kat MCD mentari tuh.. biasanya ada aku, Shahdan, Azri ngan Azwan...



17 Feb - Layan Tiger Dance kat IPC.. aku dan family memang layan tiger dance kat IPC kiranya ni dah masuk kali ketiga kot.. biasa la.. lepas CNY jer, isteri pun cari tarikh-tarikh persembahan.. Malam layan Nandos kat Sunway Pyramid..



 21 Feb - Servis keta Viva.. Biasa aku antar kat kedai area USJ satu.. memang setiap kali antar ke sana.. harga boleh tahan then pekerja2 dia mmg bagus buat kerja...


22 Feb - Repair mesin basuh sendiri... mesin basuh Toshiba tuh air tak nak keluar.. kat seminggu gak dok g basuh kat dobi.. letih gak.. aku try buka tgk water pump dia mcm pobem.. try repair dulu.. dapat la basuh 2 3x.. pastu KO balik.. so aku order la kat LAZADA water pump tuh.. murah jer.. dlm RM55... 3 hari sampai ..terus pasang... ta daaaa... terus ok berjalan lancar mesin basuh aku tuh.. alhamdulillah...




23-25 Feb - Jalan-jalan ke Penang sempena Su anak Pakcik Aziz kawin.. memang syok.. kiranya ni 1st vacation kitaorng la.. sebab ka Penang kitaorang sewa Kondo.. maksud "kitaorng" tuh, aku sefamily dan adik2 aku semua bersama family masing2..  aku gerak dari PJ hari jumaat mlm lepas amik ajiq ka Asrama Klang nun.. terus ke umah kakak wana kat Seberang perai.. kul 1pg ko baru sampai.. kak sediakan mkn malam siap.. ayam masak kicap.. ekekek.. esoknya baru la gerak ke homestay kondo tuh... kondo best.. tp sbbkan dia punya JMB strict sangat.. jadi ada la kurang sikit... kedudukan rumah yang menghadap airport Penang.. aku plak dok dlm bilik ada beranda lagi.. best.. angin pun kuat... petang sabtu tu pekena laksa tempurung...sempat juga pekena Laksa Tempurung.. syok oooo.. harga rasanya rm3.50 sebekas.. tak ingat plak.. ada mcm2 makanan kat situ.. bukan laksa saje.. memang ramai orang... ahad baru kenduri... check out.. then g kenduri.. pukul 3 lbh sikit kitaorang terus gerak balik PJ... walaupun padat jadual.. tp sekali sekala bersama family semua berkumpul.. memang seronok.. ilanh segala penat.

Ni masa kat umah adik aku di Seberang Prai. Aku dan isteri memang selalu amik gambo atas katil... manja kan isteri aku tuh... Love Her so much!!

Homestay kami di Penang, Kondo 3 bilik.. memang best


Tengok anak- anak bersuka ria.. abis katil orang tu nak ooii..

Family besar aku.. terbaik


Aku dan isteri.. kalau boleh setiap masa nak berpeluk... hihihi

Laksa tempurung in the house

Best baq hang.. memang syok

Isteri aku amat teruja dapat makan laksa tempurung.. cun kan dia!!

Semua tengah kusyuk mkn laksa

Panas matahari menyilau

Kenduri Time!!

Sepupu sepapat yang sporting








Pengantin Sue & Suami

Area rumah Pakcik Aziz.. memang nyaman



Rasanya cukup kot bulan 2 punya sipnosis.. ekekek.. apa pun memang best kalau dapat berjalan2 nih... Lepas bulan 2.. ada satu lagi plan kami adik beradik.. jalan-jalan klate ganu masa oman kahwin nanti... itu cerita bulan 3...

End.. sambung entry cerita bulan 3 plak..

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.