Showing posts with label kisah balik raya. Show all posts
Showing posts with label kisah balik raya. Show all posts

Perjalanan balik Kg Sg Dendang 3 Syawal 1444H

 Salam,

Walaupun masa entry ni di tulis, syawal pun dah abis, tapi tak per lah kan.. aku nak cerita balik perjalanan balik Kampung Sungai Dendang pada 3 Syawal. Plan asalnya nak balik raya ke-5 bersamaan dengan hari rabu, tapi memandangkan kat Machang dah takde apa nak buat, melopong jer kat rumah. Isteri tanya "ke nak balik kg sg dendang esok jer." aku apa lagi, ON terus la.. ekekeke..

Jadi hari Isnin 3 syawal pada pukul 7.30 pagi macam tu kami gerak dari rumah ayah. Dari kelantan kena awal sebab nak lepaskan jalan-jalan di kelantan ni sebelum orang keluar beraya. Kalau tidak, 3 4km makan sejam 2. 

Alhamdulillah, sampai belah Jeli awal, kereta agak banyak tapi tak la melekat, kami naik ke jalan Jeli grik pun masih awal lagi. Dan yang paling best kami bertemu dengan sekeluarga Gajah, dalam 4 ekor rasa. Gajah-gajah tersebut berjalan di sebelah jalan dalam pagar, bukan atas jalan, kira bernasib baik juga. SEbelum ni pernah juga jumpa gajah seekor, bebetul tepi jalan. Pantang dia, jangan buat bising terutama bunyikan HON. Memang nahas.


Kami sampai atas puncak dalam pukul 945pg macam tu.. memang awal. Atas puncak tu memang ramai sebab situ antara tempat persinggajan untuk sesiapa nak ke tandas. Tandas banyak dan agak bersih juga. Cuma kat atas tu kedai-kedai serbaneka tutup plak. 


Selepas menyambung perjalanan, hampir sampai Grik, aku mesej Pani, kot dia dah ada di grik rumah mertua, asalnya nak singgah la. Rupanya mereka sekeluarga masih di kampung, baru nak gerak balik grik. Jadinya kami plan nak jumpa kat jalan masuk sumpitan di lenggong.

Sampai jalan di jalan masuk sumpitan, aku rasa macam kurang selamat sebab takde ruang berhenti kereta, kami meneruskan perjalanan sampai jumpa ruang besar sikit utk parking, kebetulan ada satu tempat sebelum sungai ada kawasan Glamping, ada ruang luas. Terus aku park dan tunggu pani sekeluarga, baru park dalam 2 minit, nampak kelibat kereta Pani, nasib baik dia pun nampak kitaorang kat tepi jalan tu.

ada kedai kopi dalam utan wei..




Alhamdulillah, dapat juga jumpa sepupu aku sorang ni, kebetulan tempat kami berhenti tu ada kedai kopi wei... giler lah dalam hutan ada kedai kopi.. sedap plak tu.. ekekek.. kalau ikut eta kami sampai kampung dalam pukul 12 lbh, tapi sebab kami melepak pekena kopi dulu... pukul 12 baru gerak.. pukul 1 lebih kami sampai kampung. alhamdulillah.

Sampai jer bantai laksa dulu.. sedakkkk

Hari Selasa 4 Syawal, aku dan isteri beraya sekeliling kampung kerumah mak/pak saudara. Alhamdulillah, masih dapat beraya di kampung sungai dendang. Raya ke 4 ni ada lagi sepupu yang datang berkunjung ke rumah . Hari ni menu nasi ayam. 5 ekor ayam rasanya. Dalam masa yang sama ada juga beberapa kawan sekolah rendah datang beraya di rumah. 


Raya ke 5 Rabu, abang basit makngah ada buat kenduri, akad nikah anak dia. Tunggu next entry la plak kot.. sbb aku rasa akan ada byk photo nak di masukkan.

Jumpa di entry seterusnya.. 

end.

Perjalanan balik Machang untuk Aidilfitri

 Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Raya tahun ni turn balik ke Machang Kelantan. Kebetulan tahun ni aku dapat cuti raya lama, dari 19hb April - 1hb Mei.. lama oi.. kat 2 minggu. Jadi aku plan nak balik Perak juga lah. Kitaorang balik Machang pada hari rabu 19hb Apil tuh, kalau ikutkan 18hb masing dah cuti (MC) tp sebab tak nak kelam kabut, jadi kitaorang stick pada plan asal balik esok 19hb waktu sahur dalam pukul 4pg gerak.

Rabu tu, lepas siap2 dalam pukul 4.30pg macam tu keluar rumah dengan harapan dapat bersahur McD, namun hasrat kami terbantut sebabnya McD sekarang bukan lagi 24jam servis. Dorang buka 6.30 pagi dan tutup  12 tghmlm. Aduhhh! rosak program.

Jadi kami teruskan perjalanan dan singgah di petrol station area gombak sebelum masuk tol Gombak. beli la roti , dan air nescafe. Dalam perjalanan nnt boleh makan sementara waktu sahur. Alhamdulillah perjalanan sangat lancar walaupun kereta boleh kata byk juga la. 

Perjalanan memang cantik dan lancar, kami berhenti untuk tunaika solat subuh di satu mesjid area Raub, memang ramai yang berhenti. Alhamdulillah. Namun setelah pukul 8 pagi, sampai di area RnR Gua musang, di situ jalan di tutup untuk menaiktaraf highway central spine, yang menghubungkan dari pahang ke Kota baru. Buat masa sekarang dah ada 70km dari lipis hampir ke Gua musang. memang menjimatkan masa banyak.


Sbb lencongan, jem sikit sini.. kalau tak memang clear

Ambil peluang untuk lelap jap setelah 4jam drive.. abai kan perut

Dengan lencongan, membuatkan perjalanan kami menjadi 7jam 30minit. Pada aku dengan masa perjalanan tersebut masih ok lagi lah.. jem di lencongan saja ambil masa 1j setengah juga. padahal kalau takde lencongan hanya 15 minit saja. Aku ada pengalaman perjalanan balik kelantan mengambil masa 18jam lbh macam tuh. Mana tak nya, dari KL pukul 9 mlm sampai Machang pukul 4 petang. gilerrr... tu yg buat aku agak serik. 

Alhamdulillah kami tiba di machang jam 1200tghhr. Ok juga la aku berjaya puasa untuk hari ni.. memang shiok tghhr dah sampai.. lepak tengok tV sampai terlelap.. sedar je dah pukul 6... tak pergi pun ke bazar ramadhan. ekekeke..  tu jer citer perjalanan balik machang.

Balik Raya ke Machang 2019

Salam,

Penuh barang.. sib baik keta dah besar.. alhamdulillah

 Dah dekat nak raya ni apa lagi kan.. plan la balik beraya.. aku plan balik raya ke Machang hari Jumaat tengahhari sebab aku takut kalau bertolak malam sabtu jem tak hingat.. ekekek.. sbb pernah kena hampir 18jam atas jalan raya bahana balik raya Haji beberapa tahun lepas.

Perjalanan agak "smooth" kereta banyak juga tapi agak lancar.. aku keluar rumah pukul 1.50 gtu ke rumah Oman untuk ambil Ira dan anak2.. Dalam pukul 2 gerak. Dari DUKE ke Gombak, terus ke Karak memang alhamdulillah clear.. ada la tempat yang slow sbb banyak kereta.. tp masih ok la. Nak masuk Pekan bentong ngan Raub, jadi slow sikit.. itu memang biasa.

Kitaorang sampai RnR Gua Musang yang baru tu dalam 6.30 lbih, memang cantik lah.. terus tunggu untuk berbuka, dan masa tu pun parking banyak, dan tempat duduk pun masih banyak kosong.. lepas 15 minit, terus penuh semua tempat.. aku dan isteri beli nasi ayam.. boleh lah. kan.. ada air free lagi diorang sediakan.. terbaek..

Dalam 8.30mlm baru gerak balik ke Machang dari R&R tuh, perjalanan malam masih sama, kereta banyak tapi memang lancar, boleh bw dalalm 80 ke 110kmph.. ok la kan.. sampai Machang dalam pukul 11 mlm gtu.. alhamdulillah.. takde banyak aku nak tulis nih.. tu jer la... hihihi..
end
Moga selamat perjalanan kami

Keta banyak, tp perjalanan lancar jer..

Berhenti buang air.. sempat wefie bersama isteri tersayang..

Berbuka di R&R Gua Musang, masih banyak ruangan kosong..

Nasi ayam.. roti john juadah berbuka puasa hari ni.

Kami bertiga kali ni.. abang2 Hana tak ikut sbb beraya bersama mama dorng.


Ready ke nak beraya?

Salam,
Dah ready ke korang nak beraya? Persiapan semua dah siap? Duit raya dah tukar?
Walaupun pun masih ada lebih seminggu lagi nak raya, kurang 5 hari lagi nak cuti, aku dah start rasa mode raya dah.. Nak kerja pun kurang efficient dah..
Tmbah lagi,  isteri pun dah start pack baju2 raya masuk Beg.. Wow..  Seronok nya.. Duit raya cadangnya hari akan di tukar.. Inshaallah Allah.
Kita orang akan start bercuti pada sabtu nih, 2hb Julai sampai 10hb. Tp mungkin gerak balik kampung hari Ahad kot sebab nak elak kan jem pada hari sabtu tuh.
Semangat kan? Hehehe.. Giler ko x semangat.  Tahun ni kami akan beraya di perak, Selama perak. Tak balik Klate. Kebiasaan masa awal perkahwinan kami sekeluarga biasa akan balik kedua2 kampung, contoh klu balik Perak, raya kedua or ketiga akan gerak balik klate. 
2 tahun macam tu cukup lah, bukan apa,  masa abis kat atas jalan raya, jem tak hengat der.. Memang menggila. Balik klate Dr perak, lalu grik sepatutnya ambil masa 4jam jadi 10 ke 12 jam. 
Memang teramat penat, itu yang kami buat keputusan, beraya satu kampung je. Rehat cukup2, beraya cukup2. Nanti raya aji,  baru balik klate. 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.