Balik Raya ke Machang 2019

Salam,

Penuh barang.. sib baik keta dah besar.. alhamdulillah

 Dah dekat nak raya ni apa lagi kan.. plan la balik beraya.. aku plan balik raya ke Machang hari Jumaat tengahhari sebab aku takut kalau bertolak malam sabtu jem tak hingat.. ekekek.. sbb pernah kena hampir 18jam atas jalan raya bahana balik raya Haji beberapa tahun lepas.

Perjalanan agak "smooth" kereta banyak juga tapi agak lancar.. aku keluar rumah pukul 1.50 gtu ke rumah Oman untuk ambil Ira dan anak2.. Dalam pukul 2 gerak. Dari DUKE ke Gombak, terus ke Karak memang alhamdulillah clear.. ada la tempat yang slow sbb banyak kereta.. tp masih ok la. Nak masuk Pekan bentong ngan Raub, jadi slow sikit.. itu memang biasa.

Kitaorang sampai RnR Gua Musang yang baru tu dalam 6.30 lbih, memang cantik lah.. terus tunggu untuk berbuka, dan masa tu pun parking banyak, dan tempat duduk pun masih banyak kosong.. lepas 15 minit, terus penuh semua tempat.. aku dan isteri beli nasi ayam.. boleh lah. kan.. ada air free lagi diorang sediakan.. terbaek..

Dalam 8.30mlm baru gerak balik ke Machang dari R&R tuh, perjalanan malam masih sama, kereta banyak tapi memang lancar, boleh bw dalalm 80 ke 110kmph.. ok la kan.. sampai Machang dalam pukul 11 mlm gtu.. alhamdulillah.. takde banyak aku nak tulis nih.. tu jer la... hihihi..
end
Moga selamat perjalanan kami

Keta banyak, tp perjalanan lancar jer..

Berhenti buang air.. sempat wefie bersama isteri tersayang..

Berbuka di R&R Gua Musang, masih banyak ruangan kosong..

Nasi ayam.. roti john juadah berbuka puasa hari ni.

Kami bertiga kali ni.. abang2 Hana tak ikut sbb beraya bersama mama dorng.


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.