Showing posts with label kisah Hana Darina. Show all posts
Showing posts with label kisah Hana Darina. Show all posts

Hari Kemenjadian Murid & Sijil Tamat Pra Sek 2022/2023 SKKL

 Salam!


Pada 10hb Feb lalu Sek Keb Kampung Lindungan mengadakan majlis apresiasi dan penyampaian hadiah, majlis ni di namakan Hari Kemenjadian Murid & Sijil Tamat Pra Sek 2022/2023. Majlis ni untuk pelajar sekolah dari darjah 1 ke darjah 6 yang mendapat tempat 1 hingga ke 15 dari keseluruhan 4 kelas utk setiap darjah. Dan juga pemberian sijil tamat Pra-Sekolah sessi 2022.

Pada mulanya aku takde plan nak pergi, tapi rasa rugi juga sebab Hana dapat anugerah juga tempat ke 7 untuk darjah 3. Tahun lepas dia dapat tempat pertama, dan juga dapat anugerah sahsiah diri terbaik. Namun pada waktu tu, sekolah buat secara tertutup. Jadi ibu bapa tak boleh hadir.  Tahun ni bila dapat pergi, takkan tak pergi. 

Dapat tahu pun pada selasa petang, aku pun sebenarnya tak amik cuti lagi.. jadi fikir2, tak per lah.. biar mommy nya la yang pergi. Then pada khamis tu dapat whatsapp dari Hana Darina, katanya sekolah benarkan 2 orang ahli keluarga utk pergi ke majlis tersebut.. "Abah tak nak datang ke?", aku reply "abah tak sempat amik cuti la Hana".. Terus dapat reply mcm2 icon sedih dia hantor... kesian la plak kan... 


2 tahun tak dapat attend sbb kobit.. kali ni dapat jemputan majlis tapi tak nak pergi lak kan... Jadi dengan muka tak malu last minute tanya team lead EDAG yang sporting, nak cuti halfday esok pagi... Dia reply, ok jer.. isi borang.. tp tarikh apply letak awal sikit lagi. 


Jadi Jumaat pagi, kami pun pergi la majlis tersebut. bermula pukul 8 sampai 11.30 kalau ikut tentatif program. Dengar ucapan pengetua, ucapan YDP dan ucapan Adun Seri Setia Y.B Tuan Halimey Abu Bakar. Macam biasa la, ada juga persembahan-persembahan tarian, kompang dan sebagainya. 

Mata masih mengantuk.. tdo lewat semalam layan hometown cha cha cha

Yb Bagi ucapan

Hana terima Hadiah


Bersama BFF Hana.. Isha

Classmate

Selepas abis segala penyampaian hadiah, ada sessi pengambaran di booth yang di sediakan dan di kenakan bayaran sebanyak RM5. ingat ada camera man.. tetapi kena ambil sendiri.. Isteri awal2 dah pergi beratur, jadi cepat juga la dapat bergambar. 

Gambar di booth


Settle semua, kami balik dengan membawa 2 bungkus nasi lemak yang di sediakan oleh pihak sekolah SKKL, jadinya untuk makan tengah hari kami abiskan nasi lemak jer lah. Selepas solat jumaat, macam sepatutnya aku kena hantar Hana ke Kafa, tetapi hari ni Hana ponteng Kafa, ada isha dan dura di rumah. Parent mereka tinggalkan sekejap sebab ada urusan di balai polis.

Harapan aku sebagai bapa, semoga Hana Darina, dan juga abang-abangnya Aiman, Haziq dan Daniel terus berjaya di dalam hidup masing2 di dunia dan di akhirat. Jika di sekolah kita tidak dapat score tidak mengapa.. yang penting usaha yang gigih dan kekuatan untuk berjaya ada dalam diri tidak kira dengan apa2 yang di lakukan.. Kalau melakukan sesuatu, buat lah sehabis baik. Inshaallah.


Selamat Hari Lahir Hana Darina 02.04.2019

Salam,



Hana Darina nama di beri, satu-satunya princess dalam keluarga. 2hb April adalah hari kelahiran Hana Darina yang ke 6 tahun ni. Kalau tahun lepas, aku takde masuk entry, kitaorang buat dekat McDonald Subang Parade Subang Jaya. Tahun ni bishe bishe jer.. buat kat rumah.. bersama ahli keluarga aku saja.

Hana ni perwatakan dia memang jenis lincah, perasaan ingin tahu kuat. Agak rajin berusaha kalau dia nak sesuatu.. attitude yang bagus la. adakala malas juga.. standard la budak2 kan.. pandai berkawan, pandai amik hati.. bodek aku no satu.. merajuk pun boleh tahan, tp aku tak berapa layan sangat lah.. Mommynya pun tak pandai merajuk.. nak kena layan rajuk anak dara plak kan.

So tahun ni, aku dan isteri mmg plan buat biasa-biasa saja.. walaupun biasa-biasa. Hana darina cukup excited. minta hadiah 2.. dari mommy satu, dari abah satu... memang dah belikan dia hadiah, microwave oven dan Playdoh set. Tapi dapat gaji bulan 4, aku niat nak belikan basikal untuk Hana nih.. janji ngan dia, bila dah pandai naik beskal.. nanti abah beli baru.

To Hana Darina, Abah sentiasa doakan yang terbaik buat anakda. Semoga Hana Darina membesar dengan sihat, berjaya dan kaya dunia dan akhirat. Sentiasa di lindungi Allah yang esa. Teruskan keaktifan mu dan kerajinan mu dalam mencari sesuatu yang baru. Teruskan usaha untuk berjaya.

Alhamdulillah, tahun depan dah masuk darjah satu. cepat betul masa berlalu.







Untuk bulan 4 ni, sekolah Tadika Little Caliph hana akan buat monthly birthday baby, Hana minta nak bawa goodies ke sekolah. Aku dan isteri pergi la carikan barang2 untuk buat goodies. Ok la sebab tahun ni last dia kat sekolah tuh..

Tengok tuh, Hana Darina yang rajin masukkan barang2 dia utk goodies dia tuh.


Kek yang Hana nak bawa ke tadika dia... Boleh lah, beli kat Berry's Taipan USJ, sekilo baru rm54 gitu rasanya. Murah la dari Secret Recipe.


Hana nak potong kek kat Sekolah.

Hana Darina dan Chiken Pox

Salam semua,

Jumaat lepas 23/11/2018, Hana kena chiken pox. Sebenarnya, pada malam sebelum tuh.. memang dia ngadu gatal di belakang.. ada la 2 bintik yang mcm dah luka kesan garu. Mommy dia tak perasan ada bintik2 lain selain 2 biji tuh, jadi letak krim gatal biasa. Bangun pagi Jumaat tuh, isteri aku awal dah gerak ke ofis sbb ada team building. Aku siapkan Hana, bila aku tgk belakang badan dia, lain macam bintik nih, pastu nampak mcm ada beberpa lagi yang lain. 

Masih belum syak lagi.. sbb nampak mcm bintik jer... kat muka ada 2 biji, itu semalam Hana dok mentioned muka dia naik jerawat. ekekekek.. bila aku bw g bekpas kat McD, tgk betul2, ini mcm chiken Pox nih.. Tp masih was was lagi.. sbb Hana pun xde la demam ke apa.. sbb kalau chiken pox, datang dengan demam dulu masa start nak kuar segala bintik2 tuh...


Aku bercadang, petang atau sebelah malam nak bawa g kinik. ingatkan gatal-gatal biasa.. sbb Hana pernah kena gatal2 macam nih, doktor bg ubat utk hilangkan akar sekali.. Settle makan terus hantar ke Little Caliph. Dan aku terus ke tempat kerja..

Dalam pukul 945pg mcm tuh dapat panggilan dari isteri cakap Cikgu sekolah call beritahu Hana mungkin chiken pox... alamak!!! aku terus gegas balik ler... kira EL la hari nih.. dah le cuti tinggal 2 hari jer..

Dah balik amik Hana, terus bw g kinik Shaik.. dr kul 10 lbh.. sampai pukul 1 tghhri baru dapat jumpat doktor.. betul la doktor pun sahkan memang chiken pox... kena la quarantin seminggu.. Utk parent pun dapat surat dari doktor menyatakan anak bawah jagaan kita kena kuarantin.. boleh dapat "unrecorded leave" 7 hari tuhh.. tapi malangkan company swasta tak implement unrecorded leave yg mcm tu.. so apa2 pun kena apply Annual leave ler.. sib baik ler isteri boleh kerja dari rumah.. Kalau kerja gomen, surat doktor tu di terima pakai oooo.. untung kan..

Sepanjang, kena chiken pox, aku bg minum air kelapa dengan harapan akan cepat keluar semua chiken pox tuh... isteri bagi Hana Darina mandi dengan air bersama Oat yang di kisar halus.. (Rolled oat beli kat supermarket) agak menjadi, lepas mandi dengan oat kisar tuh... Hana kurang gatal-gatal.. alhamdulillah.. Daun bamboo aku tak sempat guna pun.. ekekekeke...

So sampai hari ni, alhamdulillah, nampaknya Hana Darina beransur pulih, tiada bintik2 baru, yang dok ada semua dah kering elok.. harap minggu depan boleh la g sekolah..




Hana Pandai nak Bersubang @ Tindik

Salam,

Kesinambungan kisah ari Sabtu, lepas cari kasut sekolah. Terus cari Poh Kong untuk tanya tentang tindek telinga. Jumpa Poh Kong kat LG2 branch besar tp takde tindik 2 serentak, katanya ada satu kedai emas lain tp under Poh Kong juga yang boleh buat terus 2 serentak... tak bagi tau pulak nama kedai.. kitaorng tak tanya sbb ingat nama Poh Kong juga..

Lama juga la dok pusing cari kedai Poh Kong yang satu lagi tuh.. tak jumpa-jumpa, cari kat directori pun takde dah kedai emas Poh Kong kat level lain.. adusss...

Hana memang semangat sbb dia nak cantik.. kitaorang dah kepenatan mencari kedai emas tuh... last- last tanya Hana, berani tak nak buat sebelah sebelah atau nak 2 belah serentak... kalau dia kata ok buat sebelah sebelah, nak tala ke Poh Kong kat LG tu jer... kalau tidak, sbb kalau takde 2 belah serentak, ingat esok nak bw ke Poh Kong kat One Utama.. Sekali hana jawab, nak buat 2 belah serentak.. ok.. tak leh ke Poh Kong LG2.. tak per. .blom give up lagi.. last la ronda...

Sekali jumpa plak kedai emas..Diamond Boutique.. rupanya ni la under Poh Kong juga dekat tingkat G, memang boleh buat 2 tindek serentak cuma syarat dia, 5 tahun ke atas.. sedikit frust kat situ.. tanya kalau 4 tahun cemana... awek tuh ckp.. kalau 4 tahun kena dia sendiri yang nak.. lagi pun.. kalau kata  ear ring tu dah bukak, tiba-tiba nangis tak nak tindek.. still kena bayar RM30.. tanya Hana buat kali terakhir, dia ok.. so ON ler..

Kalau tgk, kita yang cuak.. tp Hana Darina control comel dia.. nak cantik punya pasal... ekekekek.. "Pop".. penindek tu bunyi.. kena 2 orang operate serentak.. tersentap dan terkejut juga muka Hana Darina, mungkin terasa juga sakitnya tuh... hihihihihi... tgk la aksi dia .. aku share photo n Video kena tindek...

Lepas tindek, aku belanja Ais Krim... sekali tgk jam.. amboi.. pukul 6 sudah... setengah hari juga keluar.. patut la penat...



Proses menanda lubang.

Pam.. kena tembak... hihihihi

Pas tindik.. dapat ler ais krim.


Sunday @Pusat Sains Negara

Salam,
Fuh. belum apa-apa ni nak cerita balik cukup terasa dia punya kesesakan.. ekekeke.. maklum lah masuk percuma.. cuti sekolah plak tuh.. memang ramai giler orang wooooo.. memang ramai gilerrrr....

Hana dah pernah pergi Pusat Sains Negara dari rombongan sekolah tadika dia... tp dia ajak lagi... sbb dia tau free.. sebelum ni dia ada ajak jalan-jalan.. sbb aku bgtau semua tempat kena bayar.. dia keluar idea "Kita gi jalan tempat yang free abah"... adoi. anak dara ni memang cerdik.. ajak plak g Pusat Sains Negara..

Aku ngan isteri ok kan jer la.. Ahad pagi.. bgn cari bekpas.. kul 10pg lebih sikit baru sampai.. tempat ni buka pukul 9pg.. awal juga.. aku dan isteri fikir dah nak ujung cuti.. mungkin tak ramai.. tp sangkaan kami memang meleset sama sekali... sampai jer terkesima tengok kereta parking di sepanjang jalan...mak aiiiii.. mcm ni sekali.. hihihi..

Pada aku tempat ni berbaloi bawa anak-anak, banyak benda boleh tgk dan pelajari tentang sains.. cuma pada masa sekarang ni gak tak sesuai sebab terlalu ramai orang... nak try benda-benda pameran pun tak leh buat apa sangat.. pegang sikit satu 2 saat dah orang lain amik alih.. ada budak-budak yang tak tau bahasa, mak tak ajar ker apa.. tak pandai nak tunggu giliran.. suka-suka nak rampas.. mcm tuh aku kurang gemar sikit.. nasib ler.. dalam ramai-ramai tuh mesti ada sorang dua yang macam tuh..

Pintu masuk jer agak happening sbb ada satu akuarium besar.. byk ikan besar-besar dalam tuh... tp sesak sbb situ laluan untuk masuk dan keluar, dalam masa yang sama ada orang stuck situ sbb nak tengok ikan-ikan berenang atas kepala... fuhh.. memang sesak..

Dah lepas kawasan pameran, ruang tengah tuh ada plak tempat main kanak-kanak yang agak besar, itu salah satu tarikan kepada kanak-kanak aku rasa, di sekeliling tengah-tengah tu ada pameran lain.. tingkat 2 pun ada lagi tempat untuk tengok pameran sains nih.. gak besar.. sbb tu walaupun sesak dengan orang ramai... Pusat Sains ni masih dapat menampung semua orang..

Satu benda yang aku tak terlintas adalah taman kat luar bangunan nih.. lanskap dia agak menarik dorang buat.. siap ada tempat mandi untuk kanak-kanak... masa aku datang aku nampak ada parent yang bw makanan siap tikar... dorng nk nak g berkelah dalam pusat Sains Negara ke... rupanya dorng berkelah kat area tempat mandi nih...

Tengok lah gambo-gambo yang aku share kat bawah nih...


 Tengok punya sesak.. ni baru kat luar

















 Berduyun -duyun pengunjung
 Memang ramai... tp Pusat Sains Negara masih dapat menampung..



Bila tengah hari.. semakin padat dengan pengunjung 


Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.