Hari Kemenjadian Murid & Sijil Tamat Pra Sek 2022/2023 SKKL

 Salam!


Pada 10hb Feb lalu Sek Keb Kampung Lindungan mengadakan majlis apresiasi dan penyampaian hadiah, majlis ni di namakan Hari Kemenjadian Murid & Sijil Tamat Pra Sek 2022/2023. Majlis ni untuk pelajar sekolah dari darjah 1 ke darjah 6 yang mendapat tempat 1 hingga ke 15 dari keseluruhan 4 kelas utk setiap darjah. Dan juga pemberian sijil tamat Pra-Sekolah sessi 2022.

Pada mulanya aku takde plan nak pergi, tapi rasa rugi juga sebab Hana dapat anugerah juga tempat ke 7 untuk darjah 3. Tahun lepas dia dapat tempat pertama, dan juga dapat anugerah sahsiah diri terbaik. Namun pada waktu tu, sekolah buat secara tertutup. Jadi ibu bapa tak boleh hadir.  Tahun ni bila dapat pergi, takkan tak pergi. 

Dapat tahu pun pada selasa petang, aku pun sebenarnya tak amik cuti lagi.. jadi fikir2, tak per lah.. biar mommy nya la yang pergi. Then pada khamis tu dapat whatsapp dari Hana Darina, katanya sekolah benarkan 2 orang ahli keluarga utk pergi ke majlis tersebut.. "Abah tak nak datang ke?", aku reply "abah tak sempat amik cuti la Hana".. Terus dapat reply mcm2 icon sedih dia hantor... kesian la plak kan... 


2 tahun tak dapat attend sbb kobit.. kali ni dapat jemputan majlis tapi tak nak pergi lak kan... Jadi dengan muka tak malu last minute tanya team lead EDAG yang sporting, nak cuti halfday esok pagi... Dia reply, ok jer.. isi borang.. tp tarikh apply letak awal sikit lagi. 


Jadi Jumaat pagi, kami pun pergi la majlis tersebut. bermula pukul 8 sampai 11.30 kalau ikut tentatif program. Dengar ucapan pengetua, ucapan YDP dan ucapan Adun Seri Setia Y.B Tuan Halimey Abu Bakar. Macam biasa la, ada juga persembahan-persembahan tarian, kompang dan sebagainya. 

Mata masih mengantuk.. tdo lewat semalam layan hometown cha cha cha

Yb Bagi ucapan

Hana terima Hadiah


Bersama BFF Hana.. Isha

Classmate

Selepas abis segala penyampaian hadiah, ada sessi pengambaran di booth yang di sediakan dan di kenakan bayaran sebanyak RM5. ingat ada camera man.. tetapi kena ambil sendiri.. Isteri awal2 dah pergi beratur, jadi cepat juga la dapat bergambar. 

Gambar di booth


Settle semua, kami balik dengan membawa 2 bungkus nasi lemak yang di sediakan oleh pihak sekolah SKKL, jadinya untuk makan tengah hari kami abiskan nasi lemak jer lah. Selepas solat jumaat, macam sepatutnya aku kena hantar Hana ke Kafa, tetapi hari ni Hana ponteng Kafa, ada isha dan dura di rumah. Parent mereka tinggalkan sekejap sebab ada urusan di balai polis.

Harapan aku sebagai bapa, semoga Hana Darina, dan juga abang-abangnya Aiman, Haziq dan Daniel terus berjaya di dalam hidup masing2 di dunia dan di akhirat. Jika di sekolah kita tidak dapat score tidak mengapa.. yang penting usaha yang gigih dan kekuatan untuk berjaya ada dalam diri tidak kira dengan apa2 yang di lakukan.. Kalau melakukan sesuatu, buat lah sehabis baik. Inshaallah.


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.