Hujung minggu yang bercampur-campur cerita

 Salam All,

Post kali ni aku nak cerita kisah hujung minggu  pertama February 2023. Minggu tersebut ada terselit sekali cuti Thaipusam hari Ahad, jadinya cuti di ganti dengan hari isnin. Jadi untuk hujung minggu ni terdapat 3 hari cuti untuk beristirehat.

Jumaat

Pada hari Jumaat petang lepas balik kerja, aku ke AYSK untuk solat hajat dan bacaan Yassin. Aku pergi dengan Aiman dan Daniel, isteri dan Hana tak ikut. Kebetulan hari jumaat ni Hana ada pekhemahan untuk Kem Kepimpinan pengawas Sekolah KAFA anggur al-amin. Balik jer kerja, terus bersiap2 untuk berangkat ke AYSK, dalam firasat aku mungkin jem, asalnya nak gerak pukul 6 ptg tapi jadi 630ptg sebabnya perut lapar. Isteri pun dah siap masak.. aku melantak dulu lah kan.. 


6.30 turun, ambil Aiman dan Daniel, waze ke ATSK, terus tepuk dahi... jem giler kot.. ETA pukul 750mlm.. aduhhh.. mana nak sempat maghrib kat AYSK, takut terlepas solat hajat. Takper lah, berbisik dalam hati.. tawakal jer la.. tgk jalan memang merah memanjang kat federal sampai klang. Dah masuk federal, alhamdulillah ada tempat melekat ada tempat clear.. jadi kitaorang sampai ngam-mgam 740pm. Majlis mungkin dah start, tapi masih tengah ready nak solat maghrib.. jadi sempat kami join jemaah maghrib dan solat hajat. Seusai solat, di teruskan dengan bacaan yassin. Seterusnya solat Isyak dan ada sedikit jamuan makan. Ada domino pizza dan nasi lemak + teh tarik.. 2 gelas aku belasah.. ekekeke..


Dalam masa yang sama, isteri bersama bantuan Oman(adik ipar) hantar Hana ke KAFA untuk perkhemahan dia.. Punya la excited nak pergi. first time la katakan. Dorang akan bermalam satu malam, tido dalam kelas rasanya. Dan aktiviti mungkin di mesjid Al-amin.

Sabtu

Hari Sabtu, kami laki bini bangun awal.. sunyi plak rumah nih.. ekeke.. Plan nak bekpas kat luar, bersiap dan terus ke Empire Galery. Dok berasa nak makan kat CBTL tp dah sampai Empire, nampak Nyonya colors lebih menarik. Aku order nasi lemak+telur separuh masak ngan teh tarik. Baru RM12. Kalau CBTL 2 orang cecah RM100. Isteri order roti bakar jer. Siap makan, takde nak p mana, sebab badan aku memang rasa tak berapa sedap hari nih.. Tapi kami singgah jap kat klinik SHAIK utk beli ubat. stok ubat dah kurang. Nak beli ubat hormon isteri sekali tapi habis plak.


Tengah hari lepas ambil Hana dark Kem Kepimpinan, kiraorang ke restoran Maliki, pekena nasi kukus ayam goreng berempah. Siap makan dan balik rumah, Hana terus lena.. Termasuk la aku, hari ni memang rasa tak sedap badan betul.. lepas telan 2 biji panadol.. aku lelap sampai petang.. pukul 6.30ptg baru terjaga. 

Lepas maghrib, kitaorang ke Shah Alam seksyen 20, sebab nak jumpa ayah mertua dan dinner sekali. Pekena tomyam kelapa kat kedai tomyam kelapa Mimi.. Fuhh.. sedap baq hang.. amik set untuk 5 orang makan, RM85. 


Masa tengah makan, ada satu whatsapp masuk yang betul-betul meruntun jiwa, sedih rasa sampai ke tulang. Dapat khabar seorang kawan dr SMTI (Sek Teknik Ipoh) Arbain eksiden di LPT. Teruk nampak kerete MPV arwah, di khabarkan arwah dan isteri meninggal di tempat kejadian kerana tercampat 5 ke 10m. 3 orang anak arwah yang sama berada dalam kereta terselamat namun cedera. Allahu.. berita yang sangat menyedihkan. Bulan lepas mendapat berita Malek meninggal lepas hampir 1 bulan di IJN. Dengan berita-berita sebegini, terasa keinsafan di hati. Nasib kawan2 yang pergi dulu dah di ketahui, nasib kita tak tahu lagi, semua akan pergi dari duniawi. Namun bagaimana cara pemergian kita, hanya Allah s.w.t saja yang tahu. 


Ahad

Hari ahad pagi, aku dan isteri pergi ke Setia Alam untuk breakfast bersama Kakak wana, dan jumpa amen dan Aidil yang ada tournament bola. Kitaorang breakfast di restoran nasi lemak legasi 1996. Restoran ni pada aku, ok la... aku ambil rendang daging, ok juga la rasa dia. Selesai makan, kitaorang ke stadium. Singgah jap jumpa Amen dan Aidil sebelum pulang. 



Balik dr stadium, kami ke AEON big Subang Jaya, plannya mak mertua nak masak bubur pedas.. Kami nak beli barang2 yang di perlukan. Siap beli, dalam pukul 12 lbh kami sampai rumah, kemudian Azam dan Mawar pun sampai. Lepas beberapa minit, Oman dan Zati pun sampai bersama mama. 

Yang perempuan dok dapur utk masak bubur pedas sarawak, kami para lelaki lepak tengok tv jer la.. ekekeke.. Ingatkan bubur pedas tu macam bubur nasik, rupanya kami tersilap perhitungan, bubur pedas sarawak ni di masak dengan sayur-sayuran dan dalam rempah tersebut ada beras dah.. masakan macam masak lemak utk lontong.. boleh di makan saja namun mama cakap kena ada lauk lain dan nasi juga.. jadinya masih kena masak lauk dan tanak nasik. Untuk lauk, isteri keluarkan ikan selar  dan juga kepak ayam. Nasib baik stok barang basah masih ada dalam peti.

Sebelah malam, kami dinner di luar. Pergi kedai Pizza VS Satay. Boleh tahan juga menu-menu kat kedai ni. Ada yang order pizza, ada yang order western. Ada yang order italian macam spegeti. Kedai ni pada aku menu dia fusion la.. sebab byk menu ada.. masakan melayu pun ada, macam nasi lemak, nasi goreng. 


Dalam 10.30 kami siap makan, Azam dan Mawar terus nak gerak balik Penang. Azam esok nya kerja walaupun kami yang lain masih bercuti. Cuti gantian Thaipusam yang jatuh pada hari ni. Ahad.

Sampai sini jer la kisah hujung minggu. 




0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.