Trip to Krabi - Raikan cinta , celebrate ulang tahun perkahwinan ke-10

salam.... 

Baru aku perasan... ada post ni dalam draf.. tapi blom post... tak sangka ada juga la 1 post yang sepatutnya keluar tahun lepas yang aku tulis dalam bulan 8.. aku dah tulis... tp blom masuk gambo.. ada dlm draft... bila aku nak menulis utk tahun ni.. baru perasan... jadi aku post juga lah...
Ambik grab untuk ke KLIA

************************
Salam semua,
Nampaknya dah masuk bulan 8 baru nk menulis. Rasa last post kat blog pun tahun lepas kot. Tu pun awal tahun. Sebenarnya, blog ni bagus juga sbb boleh tgk balik kenangan lepas.. Bukan setakat gambo je.. Tp penceritaan tu yg syok bila pas 3 4 thn baca balik. 
Posing dulu 1

Awal lagi.. posing satu lagi

Dalam flight... best ooo berdua

7 Julai sebenarnya hari Ulangtahun Perkahwinan aku dan Isteri yang ke - 10. Alhamdulillah Allah kekal kan hubungan kami sehingga sekarang, semoga terus berkekalan sehingga ke syurga. Memang banyak pancaroba yang Sama-sama kami Harungi. Rasanya banyak juga yg aku cerita dalam post post sebelum ni. 

Lepas 10 tahun berkahwin, kiranya nak la special sikit.. Plan la nak g 2nd honeymoon. Asalnya plan nak p the Banjaran hotspring kat ipoh tapi last minit bertukar ke Krabi. Rasa lbh berbaloi kot. Ye la banjaran hotspring villa saja pun dah dekat RM2k. Memang la best dan terpencil dengan pool dalam bilik.. Boleh la berdua an berenang kan. Tapi bila di kira-kira balik lebih berbaloi ke Krabi. 

Sampai Airport Krabi

Pelepasan imigresen

Kami memilih Railay Bay Resort & Spa utk menginap selama 2 hari 1 malam dan seterusnya 1 malam di bandar Krabi. Total 3 hari 2 malam di Krabi. Pada jumaat pagi 5hb Aug kami terbang ke  Krabi. Sampai di airport Krabi dalam pukul 9 macam tu. Airport Krabi nampak mcm Airport baru.. Plannya sampai sana nak beli simcard dulu sbb nak book taxi bagai.. Sekali kosong wei.. Xde kedai yg buka.. Semua baru.. 
Taxi servis, 600B

Keluar dr airport, kami blur kejap sbb cemana nak ke railay tu.. Sbb plan nak book grab. Lastly terpaksa la, guna khidmat taxi luar Airport tu.. Dah ada yang menunggu arrange kan taxi. Bayaran 600 bath dan kena guna cash. Kalau ikutkan dpt guna grab boleh la jimat kan cash kitaorg. Namun apa kan daya. Dah la kami tukar duit bath pun tak banyak sbb fikir boleh swipe kad. Rm1000 je tukaran duit.. Dapat la 8000B.. 10B - RM1. 25.. mahal dah duit Thailand.. Last aku ke Thailand lbh 10 thn lepas 10B sama dlm 90sen je. 
Boat Krabi.. sume long tail boat Thailand rupa sama je 

Hati-hati yang.. terjun laut nanti


Dalam boat nak ke Railay 

Perjalanan dr airport ke jeti Ao Nam Mao amik masa dalam 30 minit gak. Rupanya mmg kena naik boat plak untuk ke Railay Beach. Takde access darat. Sebabnya Beach tu berada di sebalik gunung ganang. 
Sampai jeti Railay

Seronok sangat rasa!! berpelukan la kan

Sampai di jeti Railay, ada convenience store, sib baik ada jual Simkad harga kalau tak silap 290B. Boleh guna untuk seminggu. Speed data dia memang laju.. Kami beli satu simkad jer sebab boleh buat jadi hotspot. 
Lorong nak ke resort

Check in dulu


Hari pertama sampai, takde apa aktiviti, free and easy.. Dari jeti Railay tuh, sesat juga la nak mencari front desk resort..  tak la jauh mana, tp byk bercabang lorong dia.. sebenarnya dekat jer la... siap register apa sume.. Kami naik buggy untuk ke Villa yang kami sewa. Fuhh.... syok oooo.... permandangan pantai, pasir putih, laut yang biru... awek-awek mat salleh lagi... memang terbaek tempat ni untuk bercanda honeymoon.
Suana Villa


Dalam bilik pun cun!! Honeymoon mode ONN!

Sampai di Villa. Wow!! nice ooo villa dia... harga pun agak berpatutan.. Masuk pagar, ada jakuzi di luar. Menarik, dalam villa pun susun atur memang ala-ala thai.. sekali tgk macam bali pun ada.. katil king. atas katil ada hiasan swan dengan kuntuman-kuntuman bunga ros.. Romantik plak rasa... kami berehat dulu. Petang sikit baru keluar cari makan dan ronda-ronda luar.

Kisah dalam villa tak yah citer la kan... ekekeke... Keluar villa, Isteri cakap nak try cari foodstreet sebab kalau tgk dalam google macam byk kedai2 makan. Bila kami ronda, memang panjang lorong kedai2 area situ, tapi harga agak pricy sikit lah. Pada aku, pricy jika di bandingkan di luar dari Railay, kalau compare dengan malaysia, sama jer la.. Contoh, korang makan me goreng kat tanah besar Rm6 lebih kurang, pergi pulau perhentian tengok.. dah jadi RM10 atau RM15.... mahal la sikit.. masih berbaloi.. nak tak nak kena la makan kan.
Ronda tengok pantai jap



ronda petang-petang tu kami makan gerai biasa, isteri tertarik dengan Thai banana pancake.. hahahaha... pancake konon... rupanya lbh pada roti canai Pisang jer pun.. tp ok la... lain tempat lain nama dia kan.. walaupun pembuatan lebih kurang roti canai.. cuma tak la lebar sangat roti canai tuh.. macam nak wat murtabak jer.. dlm letak pisang.. then dah masak.. atas tuh tabur la coklat je, chese ke.. susu ke.. manarik gak la.. aku makan nasi goreng Tomyam.. then kena teh ais Thai.. 

Lepas makan lepak kat pantai, dengan deruan pantai... seronoknya rasa... Lagipun sebab berdua je.. perasaan tu lain sikit.. memang rasa aman tenang, honeymoon mode.. Semoga kami dapat pergi jalan-jalan berdua lagi satu hari nanti. 

lepak2 pantai waktu senja.. waiting sunset



Malam, layan tv jap, ada la movie kat TV tuh.. then kami masuk tdo awal.. mungkin sebab kepenatan...  esok ada aktiviti laut.. Island hoping, then snorkeling. Kami ambil pakej 4 island hoping. Makan tengah hari pun di sediakan di salah satu pulau... ok juga la makanan yg dorang sediakan.

day 2 - aktiviti laut hari ni.. breakfast dulu.



Untuk aktiviti laut ni, pada pendapat aku, island hoping ok la, melihat keindahan pulau-pulau yang ada dalam Thailand, namun untuk snorkeling, tak berapa best sangat.. tak macam kalau korang pergi pulau malaysia, Perhentian ke, Redang ke... sebab tempat snorkeling tuh mcm agak dalam, then dalam air mcm takde la nampak ikan apa sangat pun... tak best la... dah ada dlm pakej.. terjun jer la ushar tgk apa yg ada kan.. 

mununggu bot

masuk gua dulu

ada pantai yang cantik di sebalik gua


gerammm aiihhhhh!!! amikkkkkk


Ready utk island hoping


sampai satu pulau.. apa ke nama pulau ni ntah..


Belakang tu chicken island.. nampak kepala ayam tak?

Lunch for today! 





Lebih kurang pukul 4ptg, masa untuk balik ke resort... Laut agak bergelora, jadi pemandu bot beritahu, kami tak boleh lalu ke arah Railay, beach, terpaksa ke Aonang, sampai Aonang kena lalu jalan darat... ke jeti Ao Nam Mao, then dari jeti Ao Nam Mao ambil bot ke Railay. So terpaksa la ikut arahan.. Lagi pun on the wat je arah Ao Nang pun memang berombak teruk perjalanan kami, memang agak cuak sebab ombak yang agak tinggi.. agak menakutkan. Lebih kurang 30 minit melawan arus dan ombak. Alhamdulillah sampai ke jeti Ao Nang. Semua telah di arrange.. kami just ikut jer la. Dari Jeti Ao Nam Mao ke Railay, alhamdulillah air yang tenang.. lega rasa.
Kena naik tut tut utk ke jeti Ao Nam Mao



Sampai di resort.. kami lepak n berendam dalam kolam plak yang menghadap laut.. tenang... minah2 saleh sume ermmm.... senang citer "2 Piece" jer la sume.. kalau aku belikan isteri "2 piece" pun menarik gak nih.. ekekekeke.. tp dah lewat dah la... dah sampai dah pun Krabi ni.. Order air plak sambil berendam... niceee...
Lepak2 tengok view punggung

Punggung detected

menghayati suasana

Berpeluk aja la kan....


Lewat petang, kami pun bersiap2 untuk cari makan malam plak. Dah meronda, masuk la satu kedai yang boleh kata ramai orang.. Yang best area sini.. ada banyak je yang halal.. nampak ada tanda halal jer... boleh la masuk... Malam ni kami pekena tomyam putih. ayam masak bersama cashew nut.. kangkung goreng belacan... simple dan sedap.. datang Thailand wajib la kena tomyam kan.. baru original.

Settle makan, hari pun dah gelap.. kami lepak dulu di tepi pantai.. angin pun kuat.. Agak penat juga hari ni.. dengan ombak yang kuat on the way balik td memang pengalaman baru yang agak menakutkan lah buat kami.. Ini malam last kami di Railay, esok kami akan berangkat ke Bandar Krabi.. tidor sana satu malam plak. Nak menikmati foodstreet yang sebenar. 

7hb Aug, Pagi-pagi kami dah bersiap2 untuk ambil bot paling awal di jeti. Lepas breakfast, terus check out dah ke jeti. Dalam pukul 10 lbh juga baru dapat boat. Alhamdulillah, settle satu chapter di Railay. Sampai di jeti Ao Nam Mao, kami ada masalah plak nak ke Bandar.. Plannya nak amik Grab sebab nak guna kad, kalau guna taxi masalah dia kena guna cash... cash pun dah kurang, memang silap juga lah tukar cash dalam RM1000 jer.. tak sangka plak di Thailand ni kebanyakan nya kena guna cash.. Ingat dah mudah dengan card pay jer.

Check out dahhh

Ready ke bandar Krabi



Tunggu punya tunggu, dapat la grab.. alhamdulillah, perjalanan dalam 25 minit nak ke bandar. Sampai hotel kami, hotel biasa jer... agak cosy walaupun tak besar.. cukuplah untuk kami melepak tidor satu malam. Yang penting nak try foodstreet dia ni... Sempat juga kami turun kejap ke 7-11 berdekatan hotel. Betul la kata orang yang pernah datang Thailan ni, 7-11 dorang ni memang bebetul convenienve store.. memang banyak barang ada.. menarik oooo..

grab jeee



Dah lewat petang, baru kami ronda-ronda area pekan krabi untuk mencari foodstreet atau night market. Masa kat hotel, front desk tu dah baru satu map yang ada lokasi night market yang kami boleh pergi.. ada 3 4 tempat juga.. menarik oooo...





Puas meronda, ada satu night market tuh memang macam pasar malam kat mesia, ada jual serba makneka.. tp makanan dia kami tak berani nak cuba sebb macam tak halal... tapi ada satu tempat ni, memang kesemuanya hanya jual makanan... dan banyak plak tuh yang halal.. orang yang sediakan pun bertudung.. Apa lagi.. macam-macam kami try.. menarik giler.. Settle untuk mkn malam kami.. balik hotel dan zzzzzzzz.







Keesokkan paginya.. flight kami tengahhari... pg ni sempat lagi mencari kedai makan halal untuk breakfast.. jumpa la kedai orang patani.. mudah nak order sebab boleh cakap melayu baq hang... memang best kedai ni.. macam-macam ada.. aku kena roti canai pun sedap... ahhh.. takde gambo plak breakfast nih.. video jer ada.


Tengah hari kami bersiap-siap untuk check out dan ke airport.. dr bandar ni nak ke airport cuma ambil masa dalam 15 ke 20 minit jer.. risau juga kot transport kami lambat. Kami minta hotel uruskan transport ke hotel masa kami check in semalam. 



Ngopi dulu sebelum fly

Airport baru Krabi

Lepas makan.. makan lagi


Reach KLIA!!!

Alhamdullillah, sesesai perjalanan honeymoon ke 2 kami... percutian yang paling best dan seronok antara percutian-percutian sebelum ni... Ishaallah klaau ada rezeki nak bw anak-anak plak ke Krabi.. or travel guna tren ke Hatyaii.. insha-allah.. doa-doakan.









0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.