Lama tak post dalam blog nih

Salam kawan2.. takde sapa baca kot blog nih.. just tulis utk diri sendiri tgk balik di masa akan datang... sapa yang terbaca blog nih.. terima kasih.. sila tinggalkan komen ye..
Last post tentang pengalaman buka gerai nasi daging... aku tak sempat untuk berniaga lama kerana tak dapat untuk menampung segala perbelanjaan bulanan keluarga aku.
Ye la, sebelum ni kerja sebagai pembuat software, tiba2 berhenti kerja untuk cuba kerja sendiri... dengan hasil titik peluh sebulan kurang RM1k, tak cukup untuk menanpung perbelanjaan keluarga..
Tp dengan pengalaman membuka gerai, banyak yang aku belajar... Ada sesetengah orang mungkin fikir kebodohan aku berhenti kerja dan beralih kerja sendiri.. tp dengan kebodohan aku ini, aku dapat belajar sesuatu dalam hidup.. tidak sukar untuk berniaga, namun untuk bertahan lama agak sukar memandangkan aku berniaga benda yang rare.. jarang jarang dapat.. jadi nak dptkan regular customer tuh ambil masa..
Kita boleh berniaga, tp sebagai dr pekerja swasta yang mendapat gaji tetap, kepada kerja sendiri yang mendapat gaji tak berapa tetap.. memang kena ada duit pusing sekurang2nya setahun... aku ada duit pusing dlm 3 4 bulan sahaja.. dan pulak setiap bulan tak dapat tampung segala perbelanjaan harian keluarga.. jadi.. kalau korang berniat nak berniaga.. bukan setakat duit pusing utk setahun... segala duit utk perbelanjaan bulanan juga perlu ada dlm tempoh tersebut.. sekurang2nya tidak mengganggu duit pusingan modal untuk berniaga..
Setelah berniaga lebih 8 bulan.. akhirnya aku surender... terpaksa kerja parttime untuk menampung perbelanjaan keluarga.. nasib la ada isteri yang sanggup membantu.. alhamdulillah.. kalau takde support kuat.. mungkin aku tak dapat bertahan.. huhuhu..
dan akhirnya.. aku terpaksa buka semula jobstreet untuk mencari kerja... tp semangat untuk berniaga masih ada.. walaupun dalam keadaan susah, rumah hampir di lelong... makan minum di catu.. astro, unifi semua di potong... perkhidmatan celcom di kecilkan.. dr RM68 sebulan tinggal RM28 sebulan... amat mengajar aku erti hidup susah... susu baby di catu.. allahhuakbar.. tak tahu apa nak ckp...
Skrng aku sudah bekerja semula.. sedang membaik pulih segala bentuk kewangan supaya stabil semula.. mula kumpul wang semula utk mula sekali lagi berniaga satu hari nnt..
Segala pengalaman berhenti kerja dan mula berniaga sendiri banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan... Doakan aku berjaya dunia dan akhirat...


  4 comments:

  1. Hope life encik success insyaAllah, knape xtry food court sewe murah, bawah rm900 ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ni life agak stabil tp kena kerja dengan orang.. Akan cuba lagi untuk meniaga satu hari nanti.

      Delete
  2. Tk..share pglmn,tn seorg yg hebat dan berani bt kptsn.bgaimn keadaannya skrg s mkn gaji or kje sdiri...Tn sdh ad mentor ke dlm bisnes tn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya menulis entri ni, saya dah start makan gaji semula sambil baik pulih segala masalah kewangan.. alhamdulillah.. hampir stabil dah. skrg masih makan gaji lagi..

      Delete

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.