Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label kisah hujung minggu. Show all posts

Berkumpul di rumah baru dik Daus 25-26 Feb 23

 Salam,

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga sebelah aku berkumpul ramai-ramai di rumah baru dik Daus di Seremban 2, seremban. Perjalanan ambil masa sejam lebih juga sebab jem. Bangchik ngan Kakak, dorang bertolak pada pukul 8pg mcm tu, jumpa abah dan mak di tol alor pongsu, abah tinggal kereta di Alor Pongsu, dan naik dengan kakak, adik ali naik dengan Bangchik.

Aku bertolak dalam pukul 1230tghhr gitu sebab nak tunggu Hana abis tuisyen genius mind dia, congak menggunakan sempoa. Berbalik pada perjalanan kami, mengikut waze, perjalanan mengambil masa dalam 1jam 45 minit gitu... dalam 2.15pm sampai.. aduiii... 

Dari PJS 10, kami lalu NPE ke hiway sungai besi, bermula dari hway Sungai besi, sampai ke Nilai perjalanan slow je. Lepas je RnR Seremban, baru lancar, kami amik susur keluar Labu/ Ainsdale. Dr highway tu cuma beberapa minit jer dah sampai ke rumah dik Daus.


Untuk perjumpaan kali ni, kami memang plan nak buat BBQ sebelah malamnya.. aku dah beli daging kambing siap potong 4kg, lbh kurang 30 potong, kepak ayam dalam 3kg, lbh kurang 35 ketul.. hotdog ada 60 biji.. daus tambah lagi 30 bijik.. daging burger pun agak byk.. 



Bermula jam 6 petang kami start pelekat api.. namun apakan daya, tempat bakar yang comel... kami mengambil masa agak lama utk settle bakar semua.. boleh kata last sampai pukul 10 mlm baru settle bakar2 semua.. lama ooooo... 


Alhamdulillah, kami adik beradik, termasuk adik beradik ipar Daus, kami panggil Pak Uda satu family yang tinggal berdekatan. makanan masih cukup dan masih ada lebih sekeping 2. Jadinya makanan cukup elok malah tak la membazir. Macam-macam lagi ada selain ayam dan kambing, ada kek, keropok, cinnamon roll... dan berbagai lagi untuk di jamah semasa bakar-membakar di jalankan.. takde la kelaparan semua orang.

Memang seronok dapat berkumpul adik beradik.. cuma adik Bry dan isteri tak dapat join sebabnya Aisy ada hari penyampaian hadiah kebetulan di buat pada 25hb. Mungkin boleh buat lagi lain kali dan pastikan semua orang ada. 

Esoknya, pagi-pagi bangun breakfast, nasi goreng tersedia, ada cucur sikit... nescafe.. terima kasih tuan rumah... kami breakfast di luar rumah sebab dalam rumah penuss.... memang santai. Plan hari ni nak kena Mesjid Sendayan dulu, dan singgah Nilai 3 dan baru masing-masing balik ke destinasi masing2.


Memang indah sekali Masjid Sendayan, kebetulan pak uda kerja sebagai security di masjid tersebut. pak uda bw la kami tour di sekitar masjid. Seusai lawatan, kami terus bertolak ke Nilai 3. 


Sampai Nilai 3 jer, elok parking depan kedai makan... apa lagi.. menjamu selera dulu la.. pekena capati dan kuah kambing... surrr.. sedap kuah kambing dia.. cuma capati tuh, tak rasa capati plak.. dia rasa macam roti nan yng nipis dan lembut... layan juga la..


Alhamdullillah, aku berkesempatan belikan mak jubah sehelai, dan abah kurta hitam sehelai.. isteri plak beli toto 2 biji. memang nak cari toto.. kebetulan kat nilai 3 tu toto besar baru RM50 jer satu.. angkat 2 terus. Kakak beli karpet besar 2 untuk letak kat kampung 2 keping.. sekeping RM70. agak murah juga la..


Selesai semua, Kami masing-masing ke destinasi masing2, aku dan dik daus mungkin dekat, tapi kakak dan bangchik terpaksa travel dalam 4 ke 5 jam lagi utk sampai ke rumah.. semoga perjalanan selamat. Inshallah.

Aku pun waze la ke rumah.. boleh plak waze bawa lalu jalan lama... aku macam konfius.. dok ingat mungkin la jem atas highway... bila nampak highway, clear jer.. tapi rezeki juga la lalu jalan lama.. dapat la membeli cempedak 2 bijik... dekat 8kg... sekilo RM8.. RM60 woi.. 2 bijik.


Sampai rumah, terus kupas cempedak.. allahuuu.. memang elok isi.. manis macam letak air gula wei.... isteri terus goreng.. puas makan.. time layan movie.. malam-malam.. masing-masing layan kentut... hahhaha... 


Itu lah cerita hujung minggu di minggu akhir February. 


Hujung minggu yang bercampur-campur cerita

 Salam All,

Post kali ni aku nak cerita kisah hujung minggu  pertama February 2023. Minggu tersebut ada terselit sekali cuti Thaipusam hari Ahad, jadinya cuti di ganti dengan hari isnin. Jadi untuk hujung minggu ni terdapat 3 hari cuti untuk beristirehat.

Jumaat

Pada hari Jumaat petang lepas balik kerja, aku ke AYSK untuk solat hajat dan bacaan Yassin. Aku pergi dengan Aiman dan Daniel, isteri dan Hana tak ikut. Kebetulan hari jumaat ni Hana ada pekhemahan untuk Kem Kepimpinan pengawas Sekolah KAFA anggur al-amin. Balik jer kerja, terus bersiap2 untuk berangkat ke AYSK, dalam firasat aku mungkin jem, asalnya nak gerak pukul 6 ptg tapi jadi 630ptg sebabnya perut lapar. Isteri pun dah siap masak.. aku melantak dulu lah kan.. 


6.30 turun, ambil Aiman dan Daniel, waze ke ATSK, terus tepuk dahi... jem giler kot.. ETA pukul 750mlm.. aduhhh.. mana nak sempat maghrib kat AYSK, takut terlepas solat hajat. Takper lah, berbisik dalam hati.. tawakal jer la.. tgk jalan memang merah memanjang kat federal sampai klang. Dah masuk federal, alhamdulillah ada tempat melekat ada tempat clear.. jadi kitaorang sampai ngam-mgam 740pm. Majlis mungkin dah start, tapi masih tengah ready nak solat maghrib.. jadi sempat kami join jemaah maghrib dan solat hajat. Seusai solat, di teruskan dengan bacaan yassin. Seterusnya solat Isyak dan ada sedikit jamuan makan. Ada domino pizza dan nasi lemak + teh tarik.. 2 gelas aku belasah.. ekekeke..


Dalam masa yang sama, isteri bersama bantuan Oman(adik ipar) hantar Hana ke KAFA untuk perkhemahan dia.. Punya la excited nak pergi. first time la katakan. Dorang akan bermalam satu malam, tido dalam kelas rasanya. Dan aktiviti mungkin di mesjid Al-amin.

Sabtu

Hari Sabtu, kami laki bini bangun awal.. sunyi plak rumah nih.. ekeke.. Plan nak bekpas kat luar, bersiap dan terus ke Empire Galery. Dok berasa nak makan kat CBTL tp dah sampai Empire, nampak Nyonya colors lebih menarik. Aku order nasi lemak+telur separuh masak ngan teh tarik. Baru RM12. Kalau CBTL 2 orang cecah RM100. Isteri order roti bakar jer. Siap makan, takde nak p mana, sebab badan aku memang rasa tak berapa sedap hari nih.. Tapi kami singgah jap kat klinik SHAIK utk beli ubat. stok ubat dah kurang. Nak beli ubat hormon isteri sekali tapi habis plak.


Tengah hari lepas ambil Hana dark Kem Kepimpinan, kiraorang ke restoran Maliki, pekena nasi kukus ayam goreng berempah. Siap makan dan balik rumah, Hana terus lena.. Termasuk la aku, hari ni memang rasa tak sedap badan betul.. lepas telan 2 biji panadol.. aku lelap sampai petang.. pukul 6.30ptg baru terjaga. 

Lepas maghrib, kitaorang ke Shah Alam seksyen 20, sebab nak jumpa ayah mertua dan dinner sekali. Pekena tomyam kelapa kat kedai tomyam kelapa Mimi.. Fuhh.. sedap baq hang.. amik set untuk 5 orang makan, RM85. 


Masa tengah makan, ada satu whatsapp masuk yang betul-betul meruntun jiwa, sedih rasa sampai ke tulang. Dapat khabar seorang kawan dr SMTI (Sek Teknik Ipoh) Arbain eksiden di LPT. Teruk nampak kerete MPV arwah, di khabarkan arwah dan isteri meninggal di tempat kejadian kerana tercampat 5 ke 10m. 3 orang anak arwah yang sama berada dalam kereta terselamat namun cedera. Allahu.. berita yang sangat menyedihkan. Bulan lepas mendapat berita Malek meninggal lepas hampir 1 bulan di IJN. Dengan berita-berita sebegini, terasa keinsafan di hati. Nasib kawan2 yang pergi dulu dah di ketahui, nasib kita tak tahu lagi, semua akan pergi dari duniawi. Namun bagaimana cara pemergian kita, hanya Allah s.w.t saja yang tahu. 


Ahad

Hari ahad pagi, aku dan isteri pergi ke Setia Alam untuk breakfast bersama Kakak wana, dan jumpa amen dan Aidil yang ada tournament bola. Kitaorang breakfast di restoran nasi lemak legasi 1996. Restoran ni pada aku, ok la... aku ambil rendang daging, ok juga la rasa dia. Selesai makan, kitaorang ke stadium. Singgah jap jumpa Amen dan Aidil sebelum pulang. 



Balik dr stadium, kami ke AEON big Subang Jaya, plannya mak mertua nak masak bubur pedas.. Kami nak beli barang2 yang di perlukan. Siap beli, dalam pukul 12 lbh kami sampai rumah, kemudian Azam dan Mawar pun sampai. Lepas beberapa minit, Oman dan Zati pun sampai bersama mama. 

Yang perempuan dok dapur utk masak bubur pedas sarawak, kami para lelaki lepak tengok tv jer la.. ekekeke.. Ingatkan bubur pedas tu macam bubur nasik, rupanya kami tersilap perhitungan, bubur pedas sarawak ni di masak dengan sayur-sayuran dan dalam rempah tersebut ada beras dah.. masakan macam masak lemak utk lontong.. boleh di makan saja namun mama cakap kena ada lauk lain dan nasi juga.. jadinya masih kena masak lauk dan tanak nasik. Untuk lauk, isteri keluarkan ikan selar  dan juga kepak ayam. Nasib baik stok barang basah masih ada dalam peti.

Sebelah malam, kami dinner di luar. Pergi kedai Pizza VS Satay. Boleh tahan juga menu-menu kat kedai ni. Ada yang order pizza, ada yang order western. Ada yang order italian macam spegeti. Kedai ni pada aku menu dia fusion la.. sebab byk menu ada.. masakan melayu pun ada, macam nasi lemak, nasi goreng. 


Dalam 10.30 kami siap makan, Azam dan Mawar terus nak gerak balik Penang. Azam esok nya kerja walaupun kami yang lain masih bercuti. Cuti gantian Thaipusam yang jatuh pada hari ni. Ahad.

Sampai sini jer la kisah hujung minggu. 




Kisah Berhujung minggu

Salam,

Alhamdulillah, aku rasa macam kerap juga aku mencoretkan aktiviti aku sepanjang sebulan 2 ni. Boleh lah sementara rajin dan ada benda aku nak tulis.. Tp kalau datang mood malas, setahun tak tulis kan... hihihihi.. rajin sikit sebulan 2 bulan sekali.. ni kira rajin banyak sikit lah.

Tulisan aku kali ni berkisar dari Jumaat malam lah, kebetulan minggu ni Haziq balik dari asrama Klang. Seperti biasa dia akan naik tren komuter, biasanya dalam 8.30 malam dah sampai Tapi malam ni tunggu punya tunggu tak sampai-sampai.. Plannya lepas Haziq sampai nak terus keluar makan. Makanya semua ikut tunggu dalam kereta Viva ni. Sejam kot tunggu.. dalam 9.30 malam baru Haziq sampai. Alhamdullillah.


Kitaorang terus ke Texas, kat Shell untuk makan malam... Aku rasa Texas ni sedap juga kalau di bandingkan dengan KFC yang memang kita biasa makan tuh.. Setakat ni, ini kali ke dua aku menjamu selera kat Texas di Shell PJS 8 nih..

Esoknya Sabtu, pagi2 isteri aku masak Nasi Lemak. pukul 6 lbh dah bangun, aku pun turut bangun.. biasa lah.. suami penyayang kan.. kena la bantu isteri.. hihihihi.. aku bantu masak nasi jer.. sambil teman isteri masak.. kan bertambah sedap nanti sbb masak dengan rasa happy dan penuh kasih sayang...

Daniel & Aiman dah siap2 untuk ke kelas tambahan, siap masak dalam pukul 7 lebih, Daniel dan Aiman breakfast dulu lah sebab dorang nak kesekolah. Daniel ada kelas tambahan, Aiman plak ada hari kantin.

Tengah hari aku bercadang nak melawan sorang sahabat masuk spital kat KPJ Shah Alam, then terus lunch Pizza hut.. Plannya lah. Lepas ambil Daniel balik sekolah, Aiman sampai dalam pukul 1.30 mcm tuh, terus gerak ke Shah Alam, melawat kawan sakit. Aku memang dah set mind, kalau ada kawan2 yang admit, aku nak perg melawat walaupun sekejap.

Sempat wefie kat KPJ

Lepas melawat member sorang ni, dalam pukul 3 lebih kitaorang cargas ke I-City Center Mall, mencari Pizza.. Ok juga tempat ni, agak besar. Ada Sogo.. Bantai lah kitaorang Pizza.. kira lunch dah nak petang.. So sampai malam agaknya kenyang ni..  Selesai makan, jalan-jalan la sekejap dalam mall, isteri dapat la beli selai 2 baju. Biasa le kan.. shopping sikit2 lepas dapat gaji.. Kat kul 7 lebih gerak balik, malam memang kenyang.. tak makan apa dah la..

Dalam parking mall menuju pintu masuk

Atas eskelator sempat wefie

Photo bom oleh Hana kat belakang




Try baju satu.. ok tak?

Hari Ahad, Isteri aku masak nasi goreng untuk sarapan.. syok nasi goreng makan dengan sambal ikan bilis semalam.. fuh.. mmg sedap... dalam pukul 11 gitu kami 3 beranak keluar settlekan hutang, byr kereta, bayar kad kredit, terus ke Mydin untuk cari barang dapur, dan barang-barang mentah untuk aku bawa ke Austria nanti.. beli siap2 senang sikit. Lunch terus kat Mydin.

Konon maching-maching kata Hana

Dari mydin balik rumah untuk hantar barang, sbb ada barang basah, kitaorang terus ke Subang parade, isteri aku nak gunting rambut plak katanya.. ok jer lah.. Boleh aku riki-riki beg 28L untuk bawa ke Austria. Sementara isteri aku dalam kedai gunting rambut, aku ronda-ronda lah kedai. Ada beberapa kedai Beg, Baru lah aku tahu, beg ni dari segi material dia yang buat dia mahal or murah. Yang mcm beg dalam range 150 ~ 250 tu kadang-kadang material dia ABS. ABS ni mcm rapuh.. kalau barng dalam beg tak penuh, kena hempap berkemungkinan boleh retak dan pecah. Yang mahal (range 350 ke 700) sikit adalah PP(Polypropylene), paling bagus (500-1000++) PC(Polycarbonate).. Jadi aku pilih PP jer lah.. sebab PC tu mcm terlalu mahal.. Apa pun semua harga tu ikut saiz beg lah.

Nak pendekkan rambut tuh.. 

Brand yang aku amik Dai-ichi, saiz 28L dengan harga RM349. ada waranty 3 tahun, untuk eksesory 1 tahun jer.. boleh lah.. aku dan isteri berminat sebab beg ni takde zip, dia guna lock mcm klip jer.. mudah sangat. material PP ni agak ringan tapi lebih kuat dari ABS dan PVC. Harapnya beg aku tak rosak lah bila travel nanti.. dan cukup utk aku masukkan baju-baju dan barang-barang makanan ke sana nanti.

Petang tu dalam pukul 5, aku dan Isteri hantarkan Haziq balik asrama, Klang. Lepas saja hantar Haziq, aku mcm teringin nak makan durian, singgah lah di Seksyen 20, tempat aku belasah durian baru-baru ni. Tp malangnya tak banyak durian yang ada, ada 88 (RM20/kg), mutiara(RM25/kg) dan musang king(RM33/kg). Durian-durian ni pun semua mcm tak berapa cantik dan kecik2, aku makan 3 bijik, 2 bijik 88 sebijik Mutiara. Pada aku mutiara ni memang tak boleh masuk langsung tekak aku.. jadinya, isteri lah penyelamat habiskan sebijik durian tuh.. hihihihi.. TQ yang..

Settle durian, kitaorang cari dinner plak lah, memandangkan dah kat pukul 7, terus singgah kedai Lenggong area situ juga. Aku amik Kueyteow, goreng, order sotong kangkung, tauhu begedil, amik sata sebijik, teh tarik ngan air teh o ais.. perghh.. makan tak ingat kan.. diet memang kelaut dah nih...


Settle makan kat lenggong, terus balik.. mandi dan siap2 untuk tdo...

end kisah kami berhujung minggu...



Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.