Adab : Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa
Salam,
Aku kurang pasti kenapa aku keluarkan post ni. Tentang adab-adab ni aku bukan lah pakar sangat. Tp aku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk entry ni yang telah di terapkan oleh kedua orang tua aku dari kecil2 dulu.
Aku kurang pasti kenapa aku keluarkan post ni. Tentang adab-adab ni aku bukan lah pakar sangat. Tp aku rasa terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk entry ni yang telah di terapkan oleh kedua orang tua aku dari kecil2 dulu.
Mungkin perkongsian aku ni dapat memberi impak kepada sesiapa yang membaca.
Peribahasa"Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa". Apa maksudnya tuh? Mengikut Kamus Dewan bahasa dan Pustaka "Tiap2 pemberian orang hendaklah di balas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih".
Akan tetapi bagaimana kalau org memberi dan kita menolak? Itulah persoalan yang akan aku kupas dalam entri ni.
Adab orang melayu ni memang tinggi nilai nya, biasanya kalau orang2 tua dulu2,kalau ada org datang beri sesuatu memang susah dorang nak tolak atas sebab tak nak pihak yang memberi terasa malu.
Kalau di berinya kuih, maka akan di jamah nya sedikit atas alasan itu adalah sebahagian rezeki dari Allah yang di beri melalui org yg memberi tersebut.
Sekali pun tidak menyukai dengan pemberian tersebut, maka org dulu2 takkan sebut-sebut dihadapan org yang memberi bagi menjaga hati. Betapa mulianya adab-adab orang melayu kita.
Cuba korang bandingkan dengan zaman teknologi sekarang, orang-orang sekarang lebih terbuka menolak, malah tanpa segan silu menyatakan tidak suka tanpa fikir perasaan si pemberi. Bukan lah semua, namun memang ada. Adab - adab sebegini pada aku semakin pudar. Kepada anak-anak pun kita sebagai ibu bapa tidak turun kan kepada mereka.
Persoalannya : perlu menerima atau tidak menerima pemberian orang?
Kita seharusnya selalu mengingatkan diri kita bahawa setiap pemberian yang kita terima datangnya dari Allah. Walaupun terima sesuatu sumbangan dari makhluk (manusia), kita tidak boleh lupa bahawa sumbangan itu dari Allah yang menyuruh atau mengilhamkan salah seorang hambaNya, menyampaikan kepada kita.
Khalid AlJuhany ra. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
Siapa yang kedatangan hadiah/sedekah dari temannya tanpa meminta-minta dan mengharap-harap dalam hatinya, maka hendaknya diterima, sebab yang demikian itu sebagai rezeki yang dihantar oleh Allah kepadanya.
Dalam lain riwayat ada tambahan: Dan bila ia tidak memerlukannya kerana sudah cukup, maka hendaknya diberikan kepada orang yang lebih berhajat daripadanya.
Umar bin Alkhattab ra. berkata: Rasulullah selalu memberi kepada saya, maka saya berkata: berikan kepada orang yang lebih berhajat dari saya.
Rasulullah berkata: terimalah dan pergunakan atau sedekahkan, dan tiap harta yang datang kepadamu dengan tidak engkau harapkan atau engkau minta, maka terimalah, dan yang tidak jangan engkau angan-angan (harap-harapkan).
Antara hadith lain,
Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang menolak rezeki yang diberi oleh Allah tanpa minta-minta, maka sesungguhnya ia telah menolak pemberian Allah.
Ringkasnya, sekiranya kita perlukan bantuan dari seseorang, pastikan kita memohon kepada Allah dahulu dan bila kita terima bantuan itu, ingatkan diri kita bahawa bantuan itu datang dari Allah yang menyuruh atau mengilhamkan orang yang membantu itu.
Sekiranya bantuan itu datang tanpa disangka-sangka/ diharap-harapkan, maka terimalah pemberian itu kerana itu rezeki untuk kita datangnya dari Allah. Jika kabur dan sukar bagi kita untuk membezakan sama ada amal itu baik atau buruk, diredhai oleh Allah atau dimurkai Allah, maka umpamakan sekiranya kita mati waktu berbuat itu, jika tidak gentar menghadapi mati dalam mengerjakan itu, maka kerjakanlah. Sebab itu sebagai tanda perbuatan itu hak dan benar.
Nota kaki : Rujukan dari Al-Hikam
Demi menjaga hubungan sesama manusia, ucapkan terima kasih kepada pemberi apabila menerima bantuan. Namun, adakalanya kita berasa malu apabila sering menerima bantuan dari orang lain. Maka, fahami kembali adab menerima pemberian orang agar kita dijauhkan dari fitnah.
Jom kita terapkan semula nilai2 murni dan adab-adab melayu kita yang semakin pudar ditenggelami zaman. Turunkanlah adab sopan ini kepada anak-anak kita.
0 comments:
Post a Comment