Malu nak keluarkan RM20 dari ATM
Salam,
Pertama sekali aku nak tanya, pernah tak korang g ATM then nak kuarkan RM20 or RM10? Ada rasa macam malu tak nak keluar kan duit sebanyak tuh.. Hihi. Ye lah, Orang kuarkan kurang2 RM50 atau lebih. Ko cuma nak kuarkan seciput gitu.
Kalau korang takde pengalaman sebegini, korang patut bersyukur. Korang masih senang. Korang kena tahu, ada org 2 yang tak bernasib baik, bajet terputus putus, sampai kan nak belanja pun takde duit. Terpaksa keluarkan duit seberapa yang ada kat dlm bank. Nasib baik ada. Kalau takde?
Jadi nasihat aku, kalau korang nampak ada org keluarkan duit soploh atau doploh hengget dari bank. Korang senyap2 je lah. Tak perlu nak cakap apa2 kerana korang tak tahu, mungkin itu saja yang ada untuk di keluarkan. Mungkin itu saja duit yang dorg ada untuk beli susu anak.
Hormati lah orang lain yang mungkin kurang bernasib baik dari korang. Kerana hari ini mungkin hari korang. Hidup ini kan bagaikan roda. Jadi ingatlah.
0 comments:
Post a Comment