Haziq dah masuk 11 thn (13072016)
Salam,
Haziq Syazwan nama diberi adalah anak no 2 aku. Lahir pada 13 Julai 2005 kat hospital Selayang. Jangan konfius ok. Alhamdulillah, sehingga kini, Ajiq (nama timangan) sihat tubuh badan. Dan moga terus sihat dan di panjangkan umur.
Setiap Besday anak2, aku dan isteri memang tak pernah miss belikan kek. Walaupun celebrate hanya kami-kami sekeluarga saja. Yang penting itu cara aku dan isteri tunjuk kan kasih sayang kami terhadap anak2.
Masa zaman financial down, aku dan isteri masih beli kek. Tak dpt yg mahal mcm kat secret recepi, beli yg sederhana rege. Tp time financial merudum teruk, kami cuma beli kek yang harga nya RM10.90 je kat supermarket . Then beli lilin yg bentuk nombor. Jimat tak? Yang penting ada kek dan celebrate. Settle. Nak seribu daya, x mahu seribu dalih. Mudah.
Paling tak leh lupa, masa kitaorg ke Langkawi tahun 2012, memang time tu kena pada besday Ajiq. Tp satu Langkawi pusing nak cari kek. Konon nya nak potong kek kat sana. Tp xde rezeki. Agak frust jugalah. Last2 balik PJ baru dpt kek.
"Untuk Haziq, abah dan mommy sentiasa mendoakan kesejahteraan ajiq, sentiasa sihat, sentiasa focus dan terus berusaha demi mengejar cita - cita dunia dan akhirat . Abah dan mommy sentiasa mendoakan kejayaan Ajiq. Aminnnn. "
Aku share photo kitaorg celebrate besday ajiq kat umah. Simple je. Tp cukup happy. Kek besday bersama cekodok Pisang. Maveles.
0 comments:
Post a Comment