Showing posts with label kisah rezeki. Show all posts
Showing posts with label kisah rezeki. Show all posts

Rezeki Allah itu luas - Bersyukurlah

Salam,


Entri kali ni takde citer pasal apa-apa yang terjadi semalam kelmarin atau pun esok. Tajuk dia pun umum saja. Saja aku nak tulis pasal rezeki Allah supaya hati aku sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang.

Kalau kita cakap pasal rezeki, berbagai-bagai bentuk rezeki yang yang Allah kirimkan buat kita. Tak semestinya dengan wang ringgit dan harta semata-mata. Di kurniakan tubuh badan yang sihat adalah antara nikmat rezeki dari Allah, boleh kita bekerja untuk mencari rezeki yang halal dan di berkati.

Di kurniakan anak ramai juga antara rezeki Allah untuk kita syukuri. Jika di bandingkan dengan sesiapa yang tiada rezeki untuk mendapat zuriat. Namun inshallah, berkemungkinan mereka ini di kurniakan rezeki lain yang lebih baik berbanding kita. Bersyukur kita dengan nikmat Allah yang maha adil lagi maha memberi.

Kalau di kurniakan isteri ramai cemana plak tuh? hihihihi.. itu sudah tentu tak dapat di sangkal lagi kan.. Namun ada isteri sorang pun sudah memadai, dapat pula yang cukup memahami dan sentiasa berada di sisi tak kira waktu susah dan senang, dapat melayan kerenah dan "kehendak" kita dengan baik dan penuh kesabaran juga adalah rezeki. Berbanding dengan kawan-kawan yang masih belum di kurniakan jodoh untuk mereka. Bersyukurkah kita? alhamdulillah..

Di kelilingi rakan-rakan dan sahabat yang baik juga adalah nikmat rezeki yang kita tak boleh nafikan. Alhamdulillah, sepanjang hidup yang penuh pancaroba, walaupun bukan rezeki untuk mendapat gaji yang besar setara dengan kawan-kawan lain, di kelilingi sahabat-sahabat yang baik juga adalah nikmat yang patut aku syukuri. Dalam kekalutan hidup satu ketika dulu, turun naik kehidupan, sentiasa ada kawan-kawan yang sentiasa ada untuk membantu. Alhamdulillah ya Allah.

Ya - Allah, aku memohon, kau kurniakanlah limpahan rezeki yang berganda untuk sahabat-sahabat ku dengan tidak terkira luasnya. Amin amin ya Rabbal Alamin.

Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, sentiasa positif dengan apa yang kita ada. Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik esoknya. Maka kita lebih gembira dan bahagia memperolehi rezeki yang tak dijangka.

Bersabar, bersyukur berdoa dan bertawakal lah. Hanya dia yang maha adil lagi maha memberi.

Syukur alhamdulillah ya Allah!!

Rezeki tak di sangka

Salam,

Untuk kisah semalam, xde apa aku nak citer. Kehidupan kembali normal. Mode raya pun dah pergi. Pagi g kerja mcm biasa dah.

Hari ni aku dan isteri bekpas kat umah je. Isteri aku masak nasi goreng cina gtu. Dan siap kan bekal nasi goreng untuk makan tengah hari. Alhamdulillah, jimat dah makan tengah hari. Maklum lah, lepas raya kan.

Aku sampai ofis pun mcm biasa dlm 8.40pg mcm tu. Start ruin biasa. Tp hari ni nak tunggu prang Korvac datang utk tngo card reader ada pobem sikit. Ikut schedule dlm kul 12 pm sampai la kot.

OK juga lah mamat Philippines under Korvac nih, apa aku tanya dia cerita je semua. Tak lokek ilmu. Boleh la aku tahu sikit2 pasal reader, boleh aku start develop sendiri nnt. Utk terminal aku dah develop sendiri from scratch untuk Touch n Go features. Guna sendiri punya architecture. So lepas ni apa2 update or nak enhance jadi mudah sikit sbb dah set betul2 semua benda.

Hari ni patut ptg g gym, tp aku skip sbb agak lewat dah. Tgu mamat Philippines settlekan kerja. Then Arif plak ajak makan. Terus terang aku bg tau xde duit, ye lah dlm wallet ada Rm15 je kot. Huhu. Cemana engineer dlm wallet ada byk tu je. Ngarut kan. Tp itu lah hakikatnya.

Arif ckp " xper d aku banje". Tu la rezeki yang tak di sangka. Alhamdulillah, sepanjang hidup aku, aku di kelilingi kawan yang baik-baik. Itu pun salah satu rezeki yang kadang kala org tak nampak. Org fikir rezeki tu adalah duit yang masuk semata2. Itu silap, kesihatan baik, di kelilingi kawan yang baik, ada anak ramai, semua sihat, di beri kelapangan waktu pun adalah rezeki untuk kita.

Kepada setiap kawan-kawan ku di dunia, aku sentiasa doakan kalian di berikan kelapangan waktu, kesihatan yang baik, di murahkan rezeki dan di panjangkan umur. Aminnnn.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.