Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts
Showing posts with label kisah keluarga. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2024

 


Salam all,

Selamat Tahun Baru 2024 aku ucapkan. Semoga azam-azam korang di tahun2 lepas tercapai. Azam cuma nak jaga kesihatan, jaga makan dan perbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. Inshaallah. 

Harap dengan kedatangan tahun baru ini membawa sinar baru untuk semua. Alhamdulillah, tahun 2023 berakhir dengan penuh makna, semua baik-baik saja, alhamdulillah. Rumah Verando pun dah dapat kunci, check defect bagai.. pada masa aku tulis blog ni pun aku dah tinggal di Verando ni baru dalam sebulan sejak awl bulan 12 tahun lepas.. 

Sehinggakan malam tahun baru, kami hanyalah duduk di rumah di depan TV sambil melihat pancuran bunga api dari arah sunway Pyramid saja. Tenang-tenang saja.

Tahun 2023 juga rezeki kami suami isteri dapat membeli rumah di Suriamas juga. Sepatutnya settle awal tahun ni, tapi alhamdulillah perjalanan pembelian sangat lancar, dah kami dah dapat kunci penghujung bulan 10 2023. Jadi bulan 10 sehingga bulan 12 kami sekeluarga sangat bizi dngan perpindahan rumah.. dr bawah ke atas, dari atas ke Verando. Masyaalah, terima kasih ya - Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda. Semoga aku dan isteri sentiasa di murahkan rezeki.. 

Kami amat bersyukur.. Awal perkahwinan sememangnya kami di uji dengan ujian yang sangat mencabar dan kami dapat mengaharunginya bersama. Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya.

Perkara ini telah dinyatakan melalui firman Allah SWT melalui Surah Al Baqarah, ayat 286 yang maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.” 

Alhamdulillah, semoga kami sentiasa di kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat kita semua pada  tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Salam tahun baru.. 2024!!

Ke utara untuk kenduri Nazirah dan bermalam di Alor Setar

 Salam,

Pada minggu ke-3 bulan May, kami sekeluarga travel ke utara. Kami memulakan perjalanan pada hari jumaat malam jam 830 malam. Ikut plan nak tdo di rumah abang Chik, namun ada aral melintang, bang chik dan lin di sahkan positive covid plak. Jadi rancangan di ubah tidor di rumah kakak. Kebetulan adik Daus pun tak dapat pergi.

Kami sampai di rumah kakak dalam pukul 12.30 malam. Kira ok lagi la sebab kami berhenti di RnR simpang pulai agak lama juga. Sempat la merasa mee kari yang mak bawa dari kampung. Paginya kami bersiap, dah bertolak dari rumah kakak jam 1030pagi. 

Sampai di Alor setar dalam jam 12 tghhr, nampak ramai dah tetamu yang hadir. Terus kami menjamu selera. Lepas menjamu selera, kami lepak-lepak jer la dibawah kemah menunggu sedara-sedara lain yang datang. Jumpa la ramai sedara mara yang datang. Sememangnya kenduri ada lah salah satu cara kita nak berjumpa semula dengan sedara-mara jauh dan dekat. 

Dalam masa yang sama, kami ada menyewa homestay di Alor setar ni. Dengan harga RM800 satu malam. Ada 6 bilik dan ada swiming pool yang agak besar. Ruang depan pun luas, ada tempat bakar membakar. Dalam pukul 3lbh kami bergerak ke homestay.

Lepas rehat sebentar di homestay, petang sikit dalam pukul 4 ptg macam tuh, kami start hidupkan api. Kali ni bakar membakar kami cuma bakar hotdog dan daging burger saja. Makanan berat kakak dah bawa periuk dan frozen food utk buat steambot. Shiok oooo, sambil makan sambil mandi kolam.. nikmat tak terkata. Yang paling best ramai bersama keluarga. Abah pun terjun kolam.

Keesokkan harinya ahad, awal pagi dah start hujan, jadinya tak dapat la nak mandi kolam buat kali terakhir. Nak buat cemana kan. Breakfast di sediakan oleh geng-geng perempuan, nasi lemak. Lepas siap breakfast, dalam jam 11pg. Kami terus gerak. Singgah di Subaida restoran pekena sik kandaq, dalam pukul 2 lebih kami gerak terus balik ke PJ dari penang.

Alhamdulillah perjalanan lancar sama macam perjalanan ke utara. Lebih kurang pukul 7 malam kalau tak silap kami sampai di PJ. Singgah beli yong tau fu dan ayam shinlin untuk makan malam.

end. 

Kisah hujung minggu seminggu sebelum raya

 Salam Ramadhan kareem,

Hujung minggu terakhir sebelum kita bakal menyambut Syawal, hari Sabtu, aku sekeluarga berbuka puasa di rumah Azam di shah alam. Seperti yang di plan, berbuka kali ni kami bawa konsep pot-luck. Isteri aku masak nasi lemak pandan dan tepung pelita, yang lain-lain akan bawa lah makanan masing-masing. Kiranya makanan berat nasi lemak tu dah cukup. Anis goreng plak ayam bersalut tepung bestari.. ok la tuh.



Keluarga oman beli kuih muih.. then ada beli kordial jagung untuk buat air jagung. Banyak juga lah kuih yang ada untuk bebuka petang ni. Ada kuih bakar (klate), ubi ketuk, putu mayam dan kek oren. Banyak juga la juadah untuk berbuka. Aiman dan Haziq takde berbuka petang ni sebab Haziq kerja dan Aiman berbuka ngn kawan-kawan pekena steamboat.

Awal pagi sabtu tuh, aku bawa isteri ke klinik Shaik dulu sebab dia dok mengadu sakit leher, badan pun dok seram sejuk dekat seminggu, asal petang jer mula rasa lemah badan macam nak demam, tekak sakit nak telan air liur pun susah, rasanya sebb tekak luka dan bengkak tuh yg buat rasa nak demam termasuk sakit leher. Dah jumpa doktor, dapat la ubat antibiotik sebab dah lbh 3 hari dok sakit. 

Lepas balik dr klinik, kami singgah kedai untuk beli bahan-bahan nak masak untk berbuka nnti. Sampai rumah, terus proses untuk masak. Aku macam biasa la, jadi pembantu setia. Tolong apa yang patut.. dalam pukul 11.30 gitu settle dah juadah untuk berbuka.. tengahhari dah boleh rest dah sementara nak tunggu petang. 

Lepas Asar, dalam pukul 5 gitu kitaorang bersiap dan gerak ke shah alam. Sampai rumah azam tengok kuih muih pun ada dah tersedia atas meja, mungkin oman beli, azam pun ada beli juga kuih muih kat param. Lepak la layan tv sambil berborak sementara menunggu masuk waktu berbuka.

Settle berbuka, sambung berborak sambil layan TV. dalam pukul 10 juga lah kami beransur pulang. Dalam pukul 1030mlm baru kami semua sampai rumah. 

Ahad plak, takde gi mana-mana. Awal pagi isteri aku uruskan baju-baju sekolah Hana. Aku pulak bangun dah dekat tengah hari.. pukul 1045pg kot baru bangun. Dah nk tengah hari isteri tanya nak berbuka apa, aku cakap Nasi Tomato. Sebab beberapa bahan tak cukup, terpaksa la aku turun ke kedai untuk beli bahan. Takde la banyak pun.. Siap beli lagi kordial air jagung, nak try buat air jagung plak.. semalam minum air jagung sedap plak kan.

Sampai rumah jer, tengok isteri dah sediakan bahan-bahan tumis untuk masak. aku macam biasa, masih jadi pembantu setia. Petang ni untuk pemanis mulut isteri buatkan kuih lopeh dan onde-onde. Yummy.. sedap semua.



Time berbuka tuh tak sabo nak makan nasi tomato.. memang maveles.. antara nasi tomato yang paling sedap yang aku makan adalah nasi tomato isteri aku.... sedap giler wei... tq yang.. Boleh tambah 1x je.. sebab dah full sangat. Jadinya sahur esok pun aku nak belasah nasi tomato gak.


Sampai sini jer la cerita untuk minggu ni. Rabu ni, inshaallah nak gerak balik klate dah. kalau free nnt aku coretkan plak cerita balik klate dan raya. mungkin lepas raya. jadi kesempatan ini, aku memohon 10 jari memohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa dan sebagainya.

Selamat Hari Raya semua!!

end.

Cari moto baru untuk Haziq

 Salam Ramadhan Kareem,

Selepas balik dari kampung lepas berbuka hari Ahad lepas, sampai Suriamas jam 130 pagi. Keesokannya (isnin) aku nak bawa Haziq meronda area Dato Harun ada banyak kedai motor. Plannya nak cari motor baru yang bajet dalam RM6k ~RM6.5k. 

Pagi isnin tuh lepas bersahur dan subuh, aku tidur balik dan bangun pukul 9 lbh mcm tuh. Janji ngan Haziq nak keluar pukul 10pg. Namun isteri plak ajak keluar pergi AEON big nak alter baju dia dan beli barang basah sikit. Jadi aku bagitau Haziq lewat sikit baru keluar..

Seusai, beli barang basah, dalam pukul 12tghhr dah kat rumah, terus ajak Haziq meronda tengok motor. Kebetulan Aiman pun takde kelas, jadi dia follow sekali. meronda ka kira orang setiap kedai moto di sepanjang jalan tuh. Memang ada banyak kedai motor, Honda, Yamaha, Big Wing, Kedai moto yang jual semua brand. 


Mula kami masuk satu kedai, sekali tengok Honda Dash baru sampai RM7300. Alamak, mahal la plak, aku cek kat mudah dalam RM6000++. Cemana nak beli, then kitaorang tengok la lain2 brand yang plak.. Nampak Haziq tak berminat, klaau ikutkan dia prefer motor Honda RS150R tuh.. ada yang 2nd hand haziq tunjuk dalam whatsapp dalam dalam RM5900. 

Jadi kitaorang pergi la kedai-kedai lain, tengok juga yng 2nd hand.. Ada la motor RS150R tu yang 2nd hand, harga RM6500 otr tahun 2022, tapi mileage dah 23k... uii.. lenjan abis ni, kalau kira dalam 70km sehari lenjan. Kala dah 2 3 tahun 20k km guna tu ok lagi la.. akak sales tu cakap bayar deposit, tukar nama, petang inshaallah dah boleh amik moto.. wow.. laju... 

Tengok moto gentleman ni smartttt ooooo

Tapi rege... tepuk dahi ooooo

Kitaorang masih dok review lagi, dekat kedai Bigwing tu ada berkederet motor honda cup.. sekali bila pergi tanya, katanya dorang jual moto besar superbike jer.. motor cup tuh kedai honda yang hujung punya, dorang tumpang park situ jer. Kedai honda hujung tu aku tak pergi lak.. so kitaorang p la jalan plak ke hujung sana plak... nampak kedai ni memang jual honda jer semua. Banyak motor yang baru, tp dah ada no plate, maknanya motor 2nd hand tp baru.. sbb orang beli cuma utk tukar no plate jer.

Ada la satu motor Dash tersorok sikit dengan berabuk tp nampak baru. Aku pun tanya la. katanya RM4500.. wow.. ni good deal ni. Nampak ada no plate QRS. tahun 2019.. nampak ok.. cuma 2nd hand jer la.. ada juga motor honda RS150 2nd hand RM8000, masih baru cuma tukar no plate jer. So kitaorang masih belum decide.. dalam hati aku, elok jer klaau amik Dash RM4500 tadi tuh.

Moto berabuk lagi... 2nd hand tapi baru.. 

So kitaorang patah balik ke kedai yang 1st pergi tuh.. tengok balik yang 2nd hand. ada la RS150 tuh.. dalam 5500 boleh dapat. Tp rupa mtor tu aku kurang berkenan, tak nampk baru langsung... tp boleh la consider kalau Haziq nak. Then tengok plak motor scooter modenas Karisma yang baru, 125CC gak.. design nampk cun harga RM5800. Menarik dah tuh.. fikir punya fikir... aku cakap.. nak amik baru CC 125 ke atas mahal.. Kalau nak beli 2nd hand, satu kedai td cun dah motor RS150 tapi mileage terlalu tinggi.. tak tau boleh tahan lama mana lagi.. Jadi aku cadangkan Honda Dash RM4500 kat kedai Honda tadi.. baru 1000++ jer kilometer. Haziq setuju.

Gi kedai Honda, tanya pasal motor dash tuh.. dia kata motor ni boss dia nak jual. Tak pakai pun. Siap amik kunci and start, bunyi pun elok lagi katanya.. macam baru.. Tengok haziq nampak puas hati, aku memang dari awal tertarik dah dengan deal motor ni. Bila tokey cek memang motor ni ada geran, tapi roadtax tak pernah register pun. Maknanya 2nd hand yang baru juga lah. tak pernah guna langsung. Alhadulillah, ni lah rezeki.. dapat motor 2nd yang baru then harga ok. 

Bayar RM3000 untuk lock, tapi kena tunggu dalam 2 hari max untuk hantar pergi inspection sebab dah 3 tahun takde roadtax, kalau takde inspection ni petang ni dah boleh amik dah. Settle isi borang ,transfer RM3000.. settle urusan. Tunggu dorang call jer la untuk amik motor. 

Jam 345 tghhr baru balik umah... lama juga kitaorang dok survey motor, tapi alhamdulillah memang membuahkan hasil dan sangat berpuas hati dengan apa yang dapat. Harga pun masih murah..Rezeki juga tu.. terima kasih ya-Allah dengan limpah kurniaNya.

Sah!! bw balik terus

Alhamdulillah

Hari selasa tengahhari dah dapat call dari kedai motor. mungkin dorang call haziq tak angkat kot.. sebb haziq 1st day kerja.. mungkin tak dan tengok phone. Aku bagitau dalam group family, tengok Aiman nak g amik dengan kawan dia.. rabu pagi tak leh sbb aiman ada kelas.. so dapat la motor baru Selasa. Keesokan hari nya, boleh la Haziq bawa motor gi kerja.

end.

Balik Kampung Sg Dendang berbuka puasa bersama keluarga

 Salam Ramadhan Kareem,

Alhamdulillah, di hari post ni di tulis, dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Kurang dari 10 hari lagi nak menyambut Raya Aidilfitri. Tahun ni inshaalah aku sekeluarga akan beraya di Kelate. Mungkin raya ke 4 or ke  aku nak balik ke sungai dendang. Cuti semua dah ambil.. agak lama juga la, dari 19 April - 1 May.. wow.. agak lama tuh.. 

Entry kali ni aku nak cerita pasal balik kampug sg Dendang hujung minggu lepas. Alhadulillah, dapat la berbuka dengan keluarga 2 hari, Sabtu dan Ahad. Kami bertolak balik pada hari jumaat malam lbh kurang pukul 930 malam. Jalan agak banyak kereta tetapi lancar, namun lepas R&R tapah sedikit jem, rupanya ada pokok tumbang di seberang jalan, apakan daya di Malaysia, ramai yang perihatin sehingga sebelah sini yang jem sebab dok perati sebelah sana. Alhamdulillah dalam pukul 145pg macam tu sampai. Dah dekat nak sampai tuh, memang dah start terasa sangat mengantuk dah... sebab dah dekat sangat nak sampai, usahakan juga la tahan mata. 

Di kampung, mak biasa kejut sahur jam 5 pagi. Bangun pagi tuh, tersedia siap juadah sahur. Aku yang kebiasaannya makan oat bercampur kurma di blend, pg ni spesial la kan masakan mak.. ada ayam masak kicap, kari udang dan paling best ikan gelama masin goreng. 2 kali tambah juga lah... burppp.. alhamdulillah.

Bersahur Sabtu 

Siang tu macam biasa la, layan tv. Isteri pulak akan bantu apa yang patut kat dapur. Hari ni berbuka menu nasi ulam dan asam pedas keladi, ada lontong juga. Cukup menyelerakan. Cukup semua ahli keluarga waktu berbuka ni. Lepas berbuka yang budak-budak macam biasa la dengan bunga api dan mercun dorang. 

Anak-anak dok buat mecun... kuat kot bunyi mercun ni

Proses menghidang

Bersedia dah untuk berbuka


Keesokkan harinya (Ahad), ada menu lepat liat, request by isteri, selalu dok tgk story rizalman pasal lepat liat. Dapat la belajar resepi lepat liat. Menu utama hari ni adalah Nasi Daging, memang terbaik. Dik Daus yang request nasi daging ni. Rasanya dalam 2.5kg juga daging abah beli. Sepatutnya bila balik kampung aku nak hulur duit kat abah habuan beli barang-barng dapur. Tetapi kali ni aku agak ketat dengan bajet duit. Takde extra langsung nak guna. uhhuhuh... tak per lah... ada rezeki lbh nnt boleh bagi bila balik kampung.

Isteri dapat belajar nak buat lepat liat

Siang tu sempat la kami adik beradik tolong abah mengecat panel tingkap ngan pintu.. Petang sikit ujan kemain lebat lagi. Angin pun kuat, tu tgk ada tempat yang pokok tumbang. Alhamdulillah area kampung ok je.. 

Gotong royong cat panel tingkap


Nasi daging, cucur kucai, lepat liat.. sedap semua

Berbuka hari ahad. alhamdulillah

Kami bertolak balik PJ malam lepas berbuka, dalam pukul 930 malam. Kakak, Bangchik dan dik Bri pun bertolak malam ni, cuma dik Daus bertolak hari isnin tengah hari. Kami keluar rumah dalam pukul 930, kalau tengok waze ETA dalam pukul 1.20pagi. hampir 4jam perjalanan.. ok la ni, standard dah masa dia. 

Bila masuk highway, kereta agak banyak namun masih lancar sehingga la sampai area R&R Bukit Gantang, kereta dah stop dan berkederet. Aku agak mungkin sebab nak naik Bukit Berapit ada lori slow. Sebab malam-malam ni kalau keta dan lori banyak yang selalu buat jem sebab lori yang slow nak potong lori, jadi semua kena slow follow lori. Ternyata jangkaan aku salah, ada pulak lori rosak di pertengahan bukit tuh, dah la jalan tu sempit plak tuh.. hampir 30 minit juga sementara nak sampai situ. ETA dah bertukar jadi 1.55pg. 

Jem kat bukit berapit sebab sebijik lori rosak. dekat 1j juga nak lepas

Alhamdulilah, satu tempat jer yang melekat sebab lori rosak. Tempat lain semua lancar walaupun banyak lori. Kami selamat sampai jam 1.35pg. Alhamdulillah, sampai rumah, layan tv jap. Isteri dah mereluh dah sebabnya sakit kepala. Pukul 4 pg juga kot baru aku terlelap. sampai sini jer la entry ni. 

end.

Celebrate birthday Hana Darina 4 April

 Salam,

Hujung minggu kali nak cerita pasal celebration birthday Hana. Sambutan biasa-biasa saja, tapi pada anak dara tuh, cukup happy dah. Birthday Hana jatuh pada hari ahad 2 April 2023. 

Hari Jumaat lepas balik kerja, kitaorang terus ke Pyramid, plannya nak makan pizza hut, di sebabkan abang2 takde ahad ni, jadi bg can Hana tiup lilin masa ada abang-abang.. beli kek dari Secret recepi 3 slice je.. Aku plak whatsapp plan ni dalam group family.. ingatnya lepas whatsapp kena la delete sbbnya nnt Hana boleh baca. Sekali lepas mesej, terlupa plak nak delete.. Hana balik sekolah dia baca plak whatsapp tuh... happy kemain la orang nak surprise birthday dia.

Alhamdulillah, berkumpul 1 keluarga

Abang-abang sume dah besar panjang.. hensem semua!


Punya la happy ank dara uh.. dari start masuk Pizza sampai berbuka, mulut tak berhenti bercakap. Sampai lepas abis makan pun masih dok bercakap. Happy si Hana ni memang tak boleh di sorok-sorok. Dia memang jenis happy jer.. kalau monyok tuh memang boleh nampak, tapi boleh kata sangat jarang dia monyok melainkan kena tegur/marah oleh abahnya. hihihih.. Kalau hal-hal sekolah yang extrem baru dia akan monyok.. kalau sikit-sikit tuh.. mmg tak jadi apa.

Jumaat malam tuh, lepas dah balik rumah, Hana minta izin nak ajak kawan2 rapat dia berbuka masa hari ahad ni. Sebabnya memang aku dan isteri plan nak ajak oman sekeluarga dan bawa anak-anak azam untuk berbuka sekali, sambil potong kek. Hana dah plan dah dia punya rancangan, siap ngan card invitation yang di buat sendiri. 

invitation card yang di buat sendiri oleh Hana

Sabtu plak, kitaorang keluar cari baju raya Hana kat OU. Keluar pukul 12 macam tuh, time ni memang clear OU, masih banyak parking kosong. Dapat la sehelai 2 baju raya hana dan seluar jeans 1. Lepas dah cari baju raya, cari sekali hadiah untuk iqy, then turun supermarket OU untuk beli barang-barang nak masak untuk juadah berbuka esok. Isteri plan nak buat mee sup. Then apom beras.. bubur chacha ritu ada lagi. boleh panaskan.

Test seluar.

Settle kat OU, tengok jam baru pukul 4 lebih. Aku terasa macam nak ke Bazar Ramadhan Shah Alam plak. walaupun minggu lepas pergi rasa macam serik tak mo p dah. Hari ni boleh plak nak p pulak, aku fikir awal lagi, mungkin tak jem. Sampai area Shah alam, memang betul nak masuk ke dalam kawasan stadium tu memang tak jem langsung, walaubagaimana pun dalam bazar tuh dah selautan manusia membeli belah, ada yang dah siap beli dan nak balik. 

Bazar Shah Alam

Gerai Chef Amar

Bila sampai Bazar ni, baru terasa nak try nasi arab(Ayam mandy) chef Amar, harapnya tak panjang la.. Sampai gerai chef amar, nohhh... panjang gak nak beratur, aku beraur dalam 25 minit juga la untuk pembayaran... pembayaran je tuh,, blom dapat nasi lagi.. lepas bayar dapat keratan nombor. Nanti kena beratur plak untuk que. Aku rasa dah laju juga la sebenarnya, tahun-tahun lepas memang berjam jam dorang beratur. Hari ni kebetulan lauk ayam dan kambing abis, pihak chef amar tengah tunggu van yang bawa masakan untuk di pack.. lepas van smpai, memang cepat dorng packkan.. kena plak beratur lagi 20 minit untuk collect nasi Arab.

Lepas bayar, kena beratur utk collect plak

Alhamdulillah, dapat lah merasa nasi arab chef Amar. Walaupun lain rasa dari Ar-Rawsha, tapi masih sedap dengan resepi dia tersendiri. padan la ramai dok que setiap kali ramadhan. Ada je kedai dia kat USJ4 nun.. tp tak pernah singgah. 

Surprise waktu sahur.. handmade choc bouquet by Abah

Hari ahad plak hari yang di tunggu-tunggu si Hana ni. Aku pulak lepas subuh, bantai tdo sampai pukul 10, hari minggu kot kan.. malam tadi plak aku tdo 1 lbh... tu yang dok berasa mengantuk je. Isteri awal2 dah bangun. time aku bangun pukul 10 lbh tuh, mee sup dan segala bahan untuk makan bersama mee dah siap wei... laju isteri aku buat kerja. 

Tengah hari kitaorang ke shah alam untuk ambil anak Azam, maliq dan maya. Azam n mawar tak join, sebab mawar baru lepas bersalin. Kitaorang bw anak2 dia jer la dengan Cik Anis sekali. Petng sikit Oman dan Zatti pun sampai. 

Maya depan camera!

Anak menakan dok main

Pukul 6.45 macam tuh kawan-awak hana pun sampai. KEbetulan abang-abang Hana pun ada join. Kalau di ikutkan hari ni abang-abang berbuka ngan mama dorang. Alhamdulillah. Dapat la meriahkan besday hana. 

Alhamdulillah.. juadah utk petang ni

Request kek yang ada macaroon

Tak ramai.. janji heppy

Seusai semua, dalam pukul 9 semua beransur balik. aku plak dok melayan cerita hindustan RRR.. pukul 1230 mlm gak la baru abis.. layan gak la cerita ni. Sampai sini jer kot entry aku untuk kali ni.

Nanti sambung lagi.

end.

Minggu pertama ramadan kareem

 Salam semua,

Sedar tak sedar dah 5 hari berpuasa kan. sekejap jer rasa. dalam 5 hari ni, aku dan isteri sempat pergi 2x saja ke Pasar Ramadan (PARAM). Selain dari tuh, memang juadah berbuka hasil dr air tangan isteri la kan. Walaupun berkerja dari rumah, masih ada masa dia nak masak memasak ni, rajin kan isteri aku.. ekekeke.. tq yang. I love my wife so much!!

Hari Khamis, hari pertama puasa jer  pagi2 lagi dah dapat whatsapp gambo sagu gula melaka dah ready, siap boh dalam botol... wow!!.. awal ooo... sagu gula melaka ni memang salah satu feveret pemanis mulut waktu berbuka. Hari pertama jer menu berbuka Siakap stim dan sayur brokoli goreng. Simple dan sihat.



 Hari kedua puasa, takde lauk basah nak masak, ingatnya balik kerja nak singgah Hero cari ayam ke apa. Tp rasa mcm dah lewat, aku ajak isteri ke Param. Lepas pick up Hana dari KAFA boleh la ke param KJ ke, atau ke USJ4, tp bila turun dr rumah jer, tiba-tiba ujan turun dengan lebatnya, jadinya kitaorag ke param area mesjid Al-husna je. Dapat la beli murtabak femes kat situ dan roti john burger baek. Mungkin sebab masih hujan jadi tak ramai yang beratur untuk murtabak dan roti john. Kalau tidak, beratur je makan kat 30 minit. 

Hari ke tiga puasa, (Sabtu) awal pagi dalam pukul 8 kami berdua dah keluar ke Mydin menari stok barang-barang basah. dalam pukul 10pg dah settle dan sampai rumah. Masuk rumah jer terus start masak. Aku macam biasa lah, jadi pembantu bertauliah buat isteri.. memang setiap masa kalau ada kat umah, aku bantu isteri main masak-masak nih. kalau masak sikit2 jer, aku tolong juga, tp tolong tengok jer lah.. hahaha... aku lepak kat meja makan berdekatan dapur.. layan menyembang sambil isteri masak. Hari ke tiga ni menu dia, mee bandung untuk main course, pemanis mulut isteri nak buat pengat Nangka, sambil tuh aku sediakan air teh chrysanthemum kotak yang di campur dengan limau kasturi dan asam boi. Amik resepi dari khairul ameng. sedap wei.... tips dia.. jgn letak asam boi byk sngt.. ekekeke



Dalam pukul 11 lbh dah sette untuk masak berbuka. Dah boleh rehat depan tv. Layan cerita jer.. Aku sempat la tengok Night Agent dalam 4 5 episod sampai terlelap. Dapat la lelap dalam sejam, then bangun jer dalam pukul 6 gtu, tengok isteri dah siap masak untuk sahur plak... lajuuuuu.... menu masak tauchu ikan merah. Ok la kan.


Lepas siap berbuka, kitaorang satu keluarga siap-siap untuk ke tarawih. Kitaorang ke masjid Al-amin. Masjid ni buat solat tarawih 8 rakaat jer. Aku dah set mind solat 20 rakaat so terasa cepat la kan 8 rakaat tuh.. Seusai solat, ada moreh plak, lepak minum teh jap. 


Hari ke empat puasa jatuh pada ahad, pagi-pagi just lepak tengok tv jer.. isteri pun takde masak... juadah berbuka mungkin beli kat param or makan luar.. ahad kannn.. dalam pukul 3 lbh kitaorang keluar ke pyramid, isteri nak beli barang skit di pharmasi. Then dia belanja seluar Levi's selai.. alhamdulillah.. aku amik potongan 511 slim dan isteri amik potongan 314 Shaping straight. 

Cerita pasal Levi's ni, aku rasa levi's ni manipulasi harga.. kenapa aku cakap macam tuh?

Dekat luar kedai ada tertulis, belanja RM399 dapat instant diskaun RM89, kalau berbelanja RM699 dapat instant diskaun RM169. Agak menarik. Kalau belanja 699 korang cuma bayar dalam RM530. Diskaun kalau kira dalam 24%. Jadinya seluar isteri aku harga RM339 dan seluar aku berharga RM379.. so total dah RM718. Layak untuk dapat diskaun RM169. bila aku congak, kena bayar dalam 550 la secara kasar.  

Korang tau apa levi's buat? Untuk seluar aku, tiba-tiba ada store diskaun RM20. Bila bayar , aku tgk iseri bayar RM609 rasanya.. aku mula agak musykil sbb asal-asal pengiraan sepatut dlm RM550 je.. Bila cek resit, ada plak diskaun RM20 utk seluar aku, so total jadi RM698.. Kurang RM1 untuk layak diskaun RM169... tengok cara Levi's manipulasi harga, dia bagi diskaun RM20 untuk menidakkan kelayakan aku utk dapat diskaun RM169.. jadinya aku dapat diskaun RM89 + RM20 je.. RM109.. masih banyak.. tp aku tak puas hati juga la sbb sepatutnya aku dapat diskaun 169. Bijak tak depa? ni la cara kedai2 besar manipulasi harga... orang yang jenis bayar jer, mungkin tak perasan.. 


 Abis citer levi's dan berbalik pada kisah bulan puasa, lepas berbelanja kat butik levi's kiraorang keluar dan nak ke Param Stadium Shah Alam. Bila waze tengok perjalanan dalam 20 minit jer.. dah gerak.. memang terkejut... federal hiway clear weiiii... sekali nak exit kat batu 3 tuh.. nohhh.. start melekat.. dari situ nak ke pintu masuk ke stadium.. melekat baq hang.... perjalanan makan masa sejam.. gerak pukul 5.. pukul 6 baru dapat masuk ke parking.. sebenarnya apa yang menyebabkan jem ni adalah... masuk parking kena bayar.. situ yang buat kan perjalanan jem. sebab semua yang masuk kena berhenti dalam 1 minit atleast utk bayar. aduiiii..

Dah park.. tengok kat bazar, Allahu, selautan manusia wei... punya la ramai... silapnya aku tak snap plak gambo.. sebab rasa marah jem nak sampai lom ilang... memang terlalu ramai.. kalau nak beli plak mesti kena beratur.. aku rasa peniaga gerai memang suka kalau ada orang beratur kat gerai dorang.. sbb dengan beratur, orang yang datang tengok beratur... dalam hati cakap... " mesti sedap "... huhuhuhu..


Dekat sejam kitaorang jalan dalam tuh.. sebabnya nak melangkah pun boleh sikit2 je. sebab terlalu padat..... last-last dapat la beli nasi kerabu 2 bungkus.. lauk ayam dan daging... dengan harga RM9 sebungkus. Dan beratur plak untuk beli kueh akok... dekat 20 minit juga beratur... tgk jam.. alamak. .dah 7 lbh... Terus gerak balik... alhamdulillah tak jem.. tp kena singgah pyramid jap sbb nak collect jeans  levi's utk potong..

Aku turun sorang ke butik levi's, isteri dan hana berbuka puasa dalam kereta. dalam pukul 745 sampai rumah, baru kitaorang makan juadah berbuka.. sempoi jer la  berbuka. Untuk pemanis mulut, isteri keluarkan sagu gula melaka yg buat masa 1st dah puasa ritu. ada lebih dalam 3 botol lg.

Hari ke 5 (Isnin), macam biasa tengah hari dah dapat whatsapp isteri dah siap masak pemanis mulut, bubur chacha + ubi keledek.. shedakk... menu berat ada ayam masak halia + tempe dan bilis goreng bercili... sedappp.


Tu jer la citer untuk kali ni.. ketidakpuas hatian dengan levi's ni memang siot betul.. terasa juga la cara dorang manipulasi rege.. jilake punya levi's... maki-maki pun.. nnt p beli plak.. ekekeke.. selesa pakai ... nak bg diskaun.. bagi la bebetul... &&%%#@#%&&*.. tak leh nak carut sbab puasa kan. hihihi..

end.

 

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.