Permohonan Visa Austria dengan permit kerja

Salam,

Memandangkan hujung bulan 8 aku akan ke Austria atas urusan kompani, jadi aku terpaksa lah memohon Visa C untuk masuk ke Austria menggunakan Visa bekerja. Visa ke austria ni biasanya di kenali sebagai "Schengen Visa", ada 26 negara yang terdapat dalam Schengen area ni, jadi Austria termasuk dalam list Schengen ni. Contoh negara lain macam Jerman, Iceland, Prancis, Netherland dan lain2 lagi lah.. boleh tanya pakcik google.

Visa yang dah siap

Datang awal, cepat la dapat no

Sebelum naik ke tingkat 19

Depan pintu masuk VFS

Masa menunggu dalam ofis VFS

Kat sini aku nak citer apa yang perlu aku bawa untuk dapatkan Visa ni. Agak remeh juga lah, pertama sekali kita kena dapatkan Permit kerja, yang di uruskan oleh Kilang tempat aku kerja, diorang kena memohon dari Austria. list kat bawah ni aku siapkan

  1. Visa Application form (boleh download)
  2. Gambar berukuran 3.5cm x 4.5cm berlatarbelakang putih
  3. Potocopy pasport Kaler
  4. Potocopy K/P kaler
  5. Invitation Letter dari Parent Company
  6. AMS notification (Ni permit kerja yang datang dr Austria)
  7. Bukti Penginapan (Dari Austria mengatakan hotel siap di book)
  8. Bukti Perlindungan Insuran (Semua dia sediakan oleh company)
  9. Surat "Letter of employment" (Dari company juga)
  10. Bank statement utk 3 bulan yang di sahkan oleh bank (Bank yang gaji kita masuk)
  11. Travel ininerary Kaler

Surat beranak aku bawa juga, tapi sebenarnya tak di perlukan pun.
Semua list di atas kena print or Potocopy kaler baq hang... Lepas dah siap sume document.. kena masuk website www.vfsglobal.com/Austria/Malaysia/ (Klik sini) untuk dapatkan appointment urusan submit borang dan segala document. Siapkan lah duit untuk bayaran. Macam aku kena RM404++ lebih kurang lah..

Macam aku, aku setkan terus jam 9.30 pagi. senang awal pagi, parking pun banyak. Tempat korang nak kena gi tu adalah Wisma MCA kat jalan Ampang, berdekatan dengan menara Citibank, tak jauh dari KLCC. Biasanya ke Austria ni tak ramai sangat yang menunggu, so urusan agak cepat, dan mudah kalau borang semua lengkap elok dah. Kalau ada yang kurang, korang kena balik dan dapatkan semula, dan perlu buat appointment lagi sekali.

Aku sampai sana dalam 9 lebih, dalam pukul 10 lbh dah settle dah. Di beritahu proses makan masa paling lama 14 hari.. Tapi dalam 3 hari dah boleh collect dah. Aku buat Visa ni masa 25hb July, Hari Khamis, Hari ni Isnin 29th July aku dah boleh collect visa. Cepat jer.

Done. Visa dah ready.. so bersediakah aku nak ber"Outstation" buat sekian kalinya??.. inshaallah.





0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.