Raya ketiga di Penarik Terengganu

Salam semua,

Lepas hampir sebulan baru update plak kisah lepas.. aduii.. makin baloq nak tulis.. semasa aku tulis entry ni, entry lepas pasal rasa gambo pun takde.. hihihih.. nanti aku update la gambo... entri yang ni nak citer pasal balik dari Kelantan, melalui Terengganu dan bermalam di Merang sbb nak ke penarik pekena seafood celup tepung.

Hari raya ke tiga, kami sekeluarga (Sebelah mertua), dah book chalet di Merang, tangkap muat jer la.. last minute book.. dapat la satu bilik (4 pax) RM99 jer, so book 3 bilik. kira boleh la kot.. nak tdo jer.. pelan utama nak menjamu seafood celup tepung kat Penarik.

Jadi hari Jumaat pagi, dalam pukul 11 kitaorang berangkat 3 biji kereta ke Penarik, sampai Penarik dalam pukul 2 gtu.. terus ke gerai yang kami pernah singgah dulu, memang sedap. NL Celup Tepung BIRA PATA.. setakat aku rasa kebanyakan gerai sepanjang penarik.. BIRA PATA ni memuaskan ati aku bila makan... orang lain tak pasti lah.. sbb ada beberapa gerai lain lagi.. mungkin tekak orang lain, gerai2 lain lebih best.

Macam-macam makanan di pilih, sotong besar jer 2 ekor, seekor dalam RM18, ada udang besar RM10 10 ekor rasanya.. yang kecik-kecik tuh.. dalam 40 ekor kot untuk RM10. ok la kot.. byk juga la.. boleh kata kenyang ler..

Dalam pukul 3 lbh gerak ke chalet, memang sempoi chalet tuh.. ibarat kata "hidup segan mati tak mahu".. tp ok juga la kan.. tempat yang best2 semua fully book.. sini kira ok la juga.. selesa lah... sampai kat kaunter, kena call reception.. pas 10 minit baru datang.. hihihi.. mcm tu plak kan..

Pas check in, check bilik.. ok la ada 2 katil king.. so aku sefamily & Azam satau bilik... Ayah & Oman satu bilik, ira & adik2 bujang satu bilik.. ngam... rest jap.. petang sikit ke pantai.. tgk boleh mandi ke tak.. nampak ok walaupun nampak mcm ombak kuat..

Dalam pukul 6 gtu baru ke Pantai untuk mandi.. sib baik tak ujan sbb dah rerenyai tadi.. hana dah menangis frust bila hujan turun.. minah tu memang suka sangat berkubang dalam air.. tak kira la pool or beach.

Sebelah malam kitaorang g cari ikan bako.. tp satu kedai yang femes punya la ramai orang, yang menunggu pun ramai... ada makanan yang dah abis... kitaorang dah duduk pun cancel order, cari kedai lain.. last-last nak mkn ikan bako tak jadi.. makan lauk tomyam jer lah kan.. boleh la.. masing-masing kelaparan...

Esoknya paginya, kitaorang mencari Nasi dagang untuk breakfast, tak cukup nak tapau.. tp aku still dapat makan nasi dagang.. yang tinggal di tapau nasi lemak jer... dalam pukul 12 check out, masing menuju ke destinasi masing, aku sekeluarga balik lalu LPT, Azam & ayah menghala balik ke machang, azam terus ke penang..

On the way balik, lalu LPT, sempat la aku ke Kuala terengganu, singgah Pasar payang.. makan tengahhari, then dapat la baju batik sehelai, Isteri aku dapat blouse balik sehelai.. jadi lah... dalam pukul 3 nak ke 4ptg baru gerak balik.. sekali amikkk.. jeng ooooo..

Ikut waze ada tempat kena lalu jalan kampung, tp dah dekat nak ke karak dah ... so sampai rumah dalam pukul 11 gitu kot... perghh.. puas berjalan... esoknya ahad masih boleh rest lagi satu hari...

end.

Enjoy the photos..

Bersedia nak ke Penarik


Maliq nak ikut che' Long


ketam celup tepung

Udang kecik.. RM10 lbh kurang 40 ekor

Sotong goreng tepung.. 15 ~25 sekor


Ikan kembung pun ada

Udang besar-besar nih RM10 dlm 8 ekor


Makcik2 sedang memilih

Full satu keluarga besar Ahmad

Seminit je udang tinggal kepala..

Loving couple.. muahhh

Sempat lagi Wefie

Dan lagi

tudia.. apa yang happy sangat tuh.. kembang hidung aiiih

Hana Darina

Hana Darina

Mommy pun nak posing lagi..

bertiga sahaja..hero tak follow



Wefie gambo bontot pun boleh.... nice view kan sayanggg!!! 





Menunggu receptionist kat Chalet

Masih menunggu


Tu Chalet tempat kami tdo

Kena call dulu baq hang.. 

2 Katil King.. ok la dengan harga

Test baring terus dia..

Petang sempat berkubang kat laut.. syok pantai dia



Melompat kegembiraan

Wooooo hooooooooooooo!!


Cucu tok ayah.. masih 5 orang.. tahun 2019

Malam mencari ikan bakar... tempat ni penuh.. mknn abis..

Amik gambar ngan amik bau jer la... ekekeke

Masih amik bau lagi... 

Terus beli kepok lekor dulu..sebelum cari makan kedai lain

Akhirnya.. tak dapat ikan bako.. ikan siakap 3 rasa pun boleh la... perut dah keroncong weiii

Tak abis2 wefie kan.. aiii.. blog aku... ada aku kisah..

Done penarik.. sebelum bertolak.. sempat ronda  KT dulu..

Perjalanan ke PJ alhamdulillah.. selamat.. walaupun jem sikit... 

0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.