Trip to Ipoh - Gua Tempurung dan jalan - jalan cari makan

Salam,
Post sebelum ni, aku ada cakap nak cerita pasal Gua Tempurung... Sementara ada rasa nak menulis, aku Coretkan terus lah. Ahad pagi tu, pukul 830 kami dah bersiap, utk ke Gua Tempurung.. Tp macam biasa la.. Pagi-pagi kena la cari makan dulu kan. 

Untuk breakfast, kami plan nak bekpas kat kedai Roti Canai Ijam.. Kalau tengok Google, kedai ni sedia kan lebih 40 jenis roti canai.. Haaa.. Menarik kan! Kami pun teruja nak ke sana. 

Area kedai ni berada dalam kawasan perumahan, jadi parking dia belasah je la di mana2 kosong.. Ada la, ruang2 kosong yang boleh kita Park. Kalau korang nak datang sini.. Aku syorkan datang awal.. Kebetulan kami sampai dekat-dekat pukul 9 rasanya.. Kedai, memang agak crowded.. Tp alhamdulillah kami dapat meja kebetulan ada satu family baru siap makan.. 

Kalau datang lewat, contohnya pukul 10.. korang nak kena tunggu meja kosong satu hal.. dah dapat duduk.. nak kena tunggu order sampai plak lagi satu hal.,, naya oooo

Roti pulau

Pada aku, biasalah kalau kedai yang femes dalam Google, masa untuk dapat Makanan lepas order tu agak berjanggut juga. Apa pun, memang berbaloi tunggu sebab roti canai dia Maveles, lembut dan sedap. Aku order roti Pulau.. Roti yang di banjirkan dan di pecah ka telur separuh masak 2 biji.. Mantap. 

Ingtnya dalam pukul 9lbh boleh settle dan gerak ke Gua Tempurung.. Sebab gua tempurung start beroperasi jam 10pg. Sekali masa menunggu yang boleh tahan lama, hampir 50minit.. Perjalanan ke Gua Tempurung pun ambil masa lbh 30 minit. Jadi kami sampai area Gua tempurung hampir pukul 11.

Plan kami anak beranak nak jelajah Gua Tempurung ikut laluan level 3..gelap dan menelusuri air sungai. Plan kami tak kesampaian sebab untuk level 3 dan 4 perlu kan booking kerana level ini perlu kan guide dan perlu ada lebih 10org dalam satu kumpulan. 

Jadinya kami ambil sampai level 2 saja.Dry exploration.. Dengan Rm12 saja, dapat meneroka Gua Tempurung. Untuk level 2, kering saja.. Cuma ikut saja laluan yang telah tersedia.. Luas sebenarnya dalam gua tersebut. Perjalanan kami hampir 600m juga untuk sampai ke last platform. Sepanjang jalan tersebut ada yang perlu mendaki tangga yang agak tinggi. 

Untuk orang tua, yang ada masalah sakit lutut, rasanya tak berapa sesuai untuk aktiviti sebegini. Sebab memang banyak tempat yang kita perlu mendaki anak tangga, boleh tahan tingginya. 

Lokasi last untuk level 2. Platform 5

Seusai menelusuri gua. Kami bercadang nak ke Kellies Castle, namun apa kan daya, hujan mencurah dengan lebatnya.. Namun untuk tidak menghampakan kami sekeluarga. Kami pergi juga ke Kellies castle.. Cuma tgk dari luar je la.. Apa yang memeranjatkan kami, punya la ramai manusia melawat tempt tersebut walaupun hujan.. Kebetulan sampai area situ hujan dah reda. Kami cuma lalu saja, sebab hujan dan terlalu ramai orang. 

Kami meneruskan perjalanan balik ke Petaling Jaya kami akan singgah Makan tengah hari di kedai nasi Bamboo di Sungai. Sini memang tak boleh sangkal, sentiasa ramai orang tambahan lagi musim cuti begini. ini yang best bila travel.... makan .. makan... makan

muncul 2 tangan orang yang kuat makan!!

Perut dah kekenyangan. Kami meneruskan perjalanan pulang. Lebih kurang jam 6 lebih kami sampai rumah. Alhamdulillah.. Perjalanan yang memenatkan namun sangat berharga buat kami sekeluarga. Kenangan yang tercipta akan di kenang sehingga akhir hayat. 

Abis dah post kisah gua tempurung. Sekian. 






0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.