Trip to Ipoh - Kenduri dan jalan-jalan cari makan

 Salam All,

Nampaknya penulis ada masa nak menulis.. aku le tuh... sebenarnya bukan masa yang bagi masalah.. sikap kemalasan diri tuh yang buat kan takde post langsung tahun lepas... sebab apa.. masa tengah seronok menulis, tak kira di mana-mana pun boleh taip... sebab tak perlu menaip kat komputer, dari phone pun dah ada apps utk update blog.. ada aku tulis pasal ni satu masa dulu... apa pun sume sebab kemalasan.. sama la nak excersise ... takde masa tuh cuma alasan jer kan... Ok.. cukup la bebelan aku ni.. 

Kisah kali ni aku nak tulis pasal minggu lepas, bersempena dengan cuti CNY Isnin Selasa, kami sekeluarga ke Ipoh, Klebang Jaya, sebab ada kenduri kahwin anak sepupu. Aku panggil dia Abang Dan, anak maklong aku. Anak dia kahwin, last dah katanya.. abis dah semua bekeluarga. Kami bertolak Sabtu pagi 21hb Jan lebih kurang pukul 8.30 pagi. 

Perjalanan mengambil masa 6 jam wei... giler lah.. memang jem baq hang.. nasib baik semalamnya aku masuh tidor awal. So masih ok la.. biasa kalau masuk tidor lewat, then esok nya drive lbh 3 4jam.. mata start wat hal.. melelong keta sebab nak terlelap. Itu pun ada masa waze bawa keluar highway, lalu jalan biasa 2x. Kalau tidak, tak pasti berapa lama amik masa nak sampai.. 


Kami sampai Klebang Jaya lebih kurang pukul 2.15ptg macam tuh. Kenduri pun dah slow sikit.. mungkin orang start makan awal, biasa dalam pukul 11 lbh dah makan. Tapi okay lah.. yang penting kami sampai.. bersalaman dengan abang Dan, kami singgah dalam 1jam saja.. lepas siap menjamu selera. Kami terus bergegas ke HomeStay yang kami sewa melalui AirBnB. Rumah 2 bilik yang boleh memuatkan 6 kepala.


Kebetulan lokasi homestay terletak bebetul di tengah bandar ipoh. Nama dalam AirBnB Ipoh Majestic. Kami berehat sekejap, dalam pukul 5 kami keluar untuk mencari Mee Kari. Bila search jumpa la berbagai-bagai lokasi mee kari.. walaubagaimana pun pilihan kami tertumpu pada Mee Kari Mat Jasak. Ani pun jumpa yang sama, aku juga jumpa yang sama... tetapi sebenarnya lokasi kami berdua lain2.. lokasi aku dia dalam kawasan kampung manjoi.. tempat aku membesar 4 5 tahun di sana... Lokasi Ani dalam area bandar ipoh, Food court mara.. lebih dekat.. lebih kurang 5 minit drive.. ke Manjoi perjalanan dalam 20 minit. 

So turun la kami sekeluarga mencari mee Kari Mat Jasak mengikut lokasi dari phone aku.... terus la kami menghala ke Manjoi.. lepas dalam 20 minit memandi, di bawanya masuk di celah-celah rumah... zasss.... sekali tak jumpa lokasi seperti di dalam google... nohhhh... gagal pulak... ini memang perkara biasa saja kalau kita travel kan... tanya balik isteri, "yang awak punya Mat Jasak gak kan?" ye katanya... cuba tengok balik lokasi sama tak... bila dia buka phone.. sekali lokasi lain... 

Kami teruskan perjalanan mencari Mee Kari Mat Jasak, sekali tengok goggle bawa balik menghala ke bandar ipoh.. choiiihh... dekat jer dengan homestay kami.. alhamdulillah, dalam byk kedai di situ, kedai mat Jasak ni jer yang beroperasi.. yang lain mungkin cuti sbb CNY kot. Dapat juga makan mee Kari Mat Jasak. 



Pada aku lah, walaupun dalam review ni cakap sedap sangat Mee Kari Mat Jasak ni, rasa dia boleh la.. bukan la tak sedap.. kalau pergi lagi masih boleh repeat la.. cuma mungkin ada sedikit kekurangan pada mulut aku lah.. Mee Kari Makteh besout lagi sedap giler.. fuhhh.. Mee kari mat Jasak ni, kita boleh pilih ball-ball yang macam utk yong tau fu untuk di masukkan dalam mee... Seusai makan, kami pun balik.. tak ronda ipoh dah sebabnya satu hari ni hujan kadangkala turun walaupun tak lebat giler.. tapi masih boleh basah la.

Sampai rumah, Hana plak sibuk nak mandi kolam... walaupun rumah kami di Suriamas tuh boleh kata hari2 dia terjun kolam.. ada satu 2 hari dari pagi pukul 10 sampai pukul 6 petang berkubang.. masih tak puas... Untuk sedapkan hati Hana, aku dan isteri bawa la turun.. time tuh dah lepas maghrib.. dalam 745 rasanya.. Aiman pun bersiap nak join... Turun Kami di level 7 ruang fasility, tengok gelap jer.. rupanya swimming pool tutup pukul 8pm wei.. awai giler.


Malam sikit kami turun untuk ke Gerbang Malam, memang walking distance jer dari rumah kami sewa. Gerbang malam ni, takde apa yang menarik sangat la.. lebih kurang macam Uptown kat KL & Shah alam jer la... boleh la nak menjamu mata.. tapi nak jamu selera memang tak leh sebab takde yang jual makanan di situ. Kami pun tak lama area situ.. habis jalan sepanjang gerbang malam, Ani dan Hana ada sambar satu beg kain, perempuan kan... busuk-busuk pun mesti nak berbelanja gak sikit.. Lepas settle, aku rasa macam nak pekena roti canai.. td makan mee kari rasa macam tak berapa kenyang plak. 


Berjalan la pulak dalam pekan ipoh cari kedai mamak utk roti canai. Kebetulan ada satu kedai mamak yang aku jumpa berdekatan dengan Homestay, ok la kan.. lepas makan dah boleh balik. Nama kedai Nasi kandar Gany.. dok ingat kedai Gani macam kat penang.. sekali lain... ekekeke... masing-masing pekena roti canai... tak berapa syok sgt la.... Siap makan apa lagi.. balik la ke homestay...  masa ni dah dekat pukul 11 rasa.. 

Kat hotel takde apa yang nak di buat... ok la juga homestay ni ada sedia TV box android.. ada la byk filem boleh tengok... tengok tv jap.. mata pun mengantuk.. mana tak nya.. drive straight 6 jam tadi.. aku dan ani terus masuk bilik.. zzzzzzzzz.. 


Rasa sampai sini jer la utk kali ni... aku nak tulis sekali pasal kitaorang masuk gua.. tp post ni mcm dah panjang plak... tunggu next post la.. aku cerita pasal masuk Gua Tempurung esoknya. 

Thanks pada yang membaca... !!! kalau boleh komen la sikit... ekekeke..



0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.