Showing posts with label kisah keluar. Show all posts
Showing posts with label kisah keluar. Show all posts

Suriamas PJS 10 - best ke tinggal kat sini?

 Salam All,

Saja aku nak cerita kisah yang umum sikit sekali sekala. Aku nak cerita tempat aku tinggal sekarang. Suriamas PJS10 ni. Best ke tak best. Kalau korang nak tahu, Suriamas ni berhampiran dengan Kondo Ridzuan dan Mentari court blok G, pintu belakang mentari court.


Aku mula berpindah masuk Suriamas ni tahun lepas dalam hujung bulan April 2020, bulan 5 start duduk lah. Asalnya aku sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat di lorong PJS 10/14. Agak lama tinggal di sana sejak kawin tahun 2012 gtu. Diam tak diam dah lebih kurang 8 tahun oooo.. Macam - macam ragam tinggal di sana. Jiran-jiran bersilih ganti.

Pada Dec 2019 aku dapat call dari owner rumah Uncle Ameer. Dia cakap rumah tu nak hand over bg anak dia, jadi dia bagi masa la kat aku untuk pindah dalam 3 bulan.. Maknanya dalam bulan 4 dah keluar dari rumah tuh lah. Jadi nak tak nak kami terpaksa la pindah dari situ. Pada awal tahun lepas kami dapat beli rumah Verando, memang ada rasa nak pindah, tapi memandangkan kos perpindahan agak tinggi, jadi kami teruskan untuk tinggal di rumah ni dalam setahun 2 lagi sehingga rumah kami siap. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Isteri aku agak skeptikal dengan  Suriamas ni, dia rasa environment area sini yang agak sesak mungkin macam Mentari Court. Jadi aku sebagai lelaki hensem yang bijak menutur kata-kata lagi bijak memujuk isteri, "Alah, kita g tengok rumah dulu.. kalau ok kita masuk.. kalau tak ok.. kita g tengok rumah lain plak".. Lepas review dalam 3 4 rumah dalam Suriamas, terus dia rasa suka plak. Ha, kan dah cakap.. Aku memang dah lama dok ushar rumah ni kot nak beli satu hari nanti. 

Lepas deal dengan tuan rumah, sewa yang di kenakan adalah RM1700, perlu bayar 3 bulan deposit dan agreement saja RM600.. total aku nak kena cari adalah 4 bulan x 1700 + 600, total RM7400.. Wow... naya wei... merata cari duit untuk sewa. Di sebabkan tuan rumah Uncle Ameer ni seorang yang sangat baik, jadi dari bulan 1 2 dan 3 kami tak bayar sewa. Kami bagi tahu Uncle, sebab agak drastik, kami kekurangan duit untuk cari deposit.. Jadi start Jan kami tak bayar sewa. Sewa rumah adalah RM1200, jadi kat sana kami ada 3600, jadi aku perlukan dalam 4000 lagi untuk cukupkan total amaun yang di perlukan.

Bulan 4 aku biasanya dapat bonus dari Besi, jadi aku guna RM4000 dari bonus untuk topup. Tapi memandangkan masih awal bulan, jadi kami meminjam dari adik-adik sorang seribu dan berjanji dengan dorang hujung bulan 4 kami akan bayar. Alhamdulillah, adik2 semua mudah nak bantu. 

Kami pindah masuk ke Suriamas di musim Pandemik, sepatutnya hujung bulan 3, tapi sebabkan PKP, terpaksa di tangguhkan ke bulan 4 selepas PKP dah di longgarkan sedikit. Dapatlah ambil kunci, dah start memindahkan barang sikit demi sedikit menggunakan kereta. Asalnya nak sewa lori, tapi di sebabkan keadaan memaksa, kami memindahkan barang sedikit demi sedikit. Katil, almari meja makan aku jual dan ada set bilik tidur yang aku tinggal. Sewa di Suriamas ni fully furnish.


Banyak pulak cerita ni. Biasa lah.. kenangan kan.

Persoalan dari tajuk blog - Best ke tinggal di Suriamas?

Bila dah pindah masuk. Aku rasa Suriamas ni memang sesuai untuk family. Sangat rileks dan tenang. Takde rasa sesak dan hiruk pikuk bising orang lalu lalang. Isteri aku yang dahulunya sangat skeptikal pun rasa seronok dapat duduk di Suriamas, "Kenapa dari dulu tak duduk sini"... 

Apa yang ok di sini.

1. Guard

Guard yang sangat friendly, mudah berbicara dan sangat menghormati penduduk Suriamas. Sekiranya ada masalah, mudah untuk berurusan dengan dorang.

2. Fasiliti

Dalam Suriamas ni, ada Swimming Pool, sentiasa bersih. Ada Gymnasium, pada aku cukup untuk beriadah dan main berat dan kuarkan peluh. Ada Court badminton 2 padang, ada set pingpong, ada playground. Dan halaman dan ruang faciliti yang sangat luas, sesuai untuk family beriadah, jogging, anak2 boleh bermain basikal atau scooter. sungguh aman dan tenang.



3. Kedai Makan & convenience store

Aku paling suka Kedai makan dia, memang sedap kot. Dari roti canai sehingga makan masak panas, semua sedap. Dengan nasi goreng kampung, mee goreng basah, tomyam yang sungguh padu... best giler kot. Servis sangat tip top. Korang boleh order thru Whatsapp jer, dorang antar depan pintu.. best ke tak? Conviniencce store pun ok, secukup barang yang di perlukan di saat terdesak.  

Durian oh Durian

Salam,

Lepas ambil haziq Ahad tuh (7/1/2018), pekena Nasi ayam Pak Mal. Petang nak pekena pulut durian plak.. masih belom abis lagi kisah durian.. ekekeke... Biasa la isteri kesayangan aku tu hantu durian.. aku pun boleh kata hantu durian.. tp aku tak gelarkan aku hantu durian.. ekekekek... sbb sekrg aku mcm slow sikit.. tp masih kuat juga makan durian.. durian makan ngan pulut, yang paling win makan ngan nasi.. korang pernah?

Isteri aku plak tak makan durian ngan pulut.. dia makan durian gtu jer.. lain2 tak nak... ekekeke.. belum cukup hantu la kan.. hahahaha.. tp pantang nampak durian... dia sorang aku rasa selori mau tinggal separuh.. sedap kutuk bini sendiri... bila lagi.. harap dia tak baca la entri yang nih.. .ekekekeke... kalau baca tolong tinggal komen ye yang.... hahaha...

Lepas amik haziq, bw g beli barang lagi sikit, then balik, isteri terus tanak pulut.. tanak 2 pot... aku nampak mcm sikit... Azam datang bawa plak lagi 2 tupperware durian.. durian Kurau katanya... memang syok durian dia.. sebijik kot dapat 2 tupperware, sekilo RM38... dekat 2kg.. kat RM70... pergh.. tp isi puas ati beb...

Siap pulut kitaorang pulun makan.. mmg tak cukup pulut.. durian siap lebih lagi tuh... aku dapat makan sikit jer.. memang tak puas makan durian.. bila makan tak puas ni rasa mcm tak syok pun ada.. tambah bab- bab makan nih.. ekekeke... nak tanak pulut lain pun jenuh tunggu plak.. so ok jer la... janji semua orang dapat makan sorang sikit.. memang padu lah pulut durian... burrppppp.. bau durian wooooo...

Apa pun terima kasih untuk isteri aku lah.. walaupun dia tak makan pulut durian, tp dia tanakkan pulut utk kami menjamu selera... terbaekkkk...







Happy Birthday Aiman ke 15

Salam,
Walaupun dah masuk tahun baru, tp entri ni masih berkisah kisah tahun 2017.. ekekekek..

Happy Birthday Harith Aiman, abah sentiasa doakan yang terbaik buat Aiman, berjaya dan success dalam apa jua Aiman lakukan.

Aku takde bg hadiah utk birthday aiman kali nih, tp macam biasa la.. potong kek itu memang tak pernah miss lagi.. walaupun hanya kami sekeluarga yang meraikannya.

Sebenarnya aku plan nak bukakan akaun maybank untuk aiman, masukkan RM200 dalam akaun, boleh la nak beli apa-apa.. tp memandangkan hujung bulan 12 punya gaji agak tight, dengan barang-barang sekolahnya, Haziq nak masuk asrama nya.. duit belanja sendiri pun tinggal kurang seratus.. cemana tuh.. so aku tangguhkan dulu buka akaun tahun depan.. tahun ni ler.. 2018.. mungkin dari gaji bulan Jan kot.. Inshaallah kalau ada rezeki.

Biasa la kan.. gaji tak besar, hidup kat pekan, semua benda mahal.. dengan pembukaan sekolah apa semua.. jadi bajet pun tight ler sikit... Jadi reda jer la dengan apa yang ada.. lagipun anak-anak pun dah biasa ..kadang-kadang hadiah besday deliver lambat sikit.. cuma potong kek akan tepat waktu. hihihi.







Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.