Showing posts with label kisah anniversary. Show all posts
Showing posts with label kisah anniversary. Show all posts

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-7 Eddy & Ani (07072012~07072019)

Salam,


Happy Anniversary yang ke - 7 buat aku dan isteri. Alhamdulillah, bergelumang dengan segala pahit manis kehidupan berkeluarga, mengharungi segala kekusutan dengan tabah.. alhamdulillah, hari ini dah 7 tahun kami melayari bahtera, walaupun dah 7 tahun, aku masih rasa macam baru sangat lagi kawin.. kehangatan bersama tu masih dapat rasa.. stim memanjang kalau ngan isteri aku tuh.

Kebetulan hari Anniversary aku dan isteri jatuh pada hari ahad (7/7/2019), aku dan isteri bercadang nak book hotel, abiskan masa berdua bercanda di pool bagai.. ekekek.. mcm zaman hangat awal2 berdua... Tapi hari Sabtu masih bizi dengan jamuan rayanya, jamuan besday kawan hana, kelas tamhahannya... Jadi belah malam tuh baru isteri sempat book hotel.. walaupun dah malam.. tetap enjoy.

Sabtu tuh, aku antar anak-anak jantan agak awal balik ke rumah mama dorang, lepas maghrib, Hana kitaorang antar ke rumah Oman. dlm pukul 8 lbh dah clear sume.. kitaorang dah siap beg baju.. lepas keluar dari rumah Oman, baru operasi mengebook hotel.. ok juga la book lambat.. bukan apa.. takut tak jadi..

Awal2 tengok hotel2 best, mcm sheraton, hilton.. area-area PJ.. tp sbb satu malam dah kat RM500 termasuk breakfasts..jadi ilang semangat sikit.. agak mahal tuh.. then isteri aku cari lagi area KL, jumpa la VE Hotel & Residence, dari agoda punya recommendation. Area Bangsar South.. RM260+ sekali breakfast..

Zass, isteri terus book.. tak tengok langsung review.. bila check review lepas tuh.. alhamdulillah, nampak ok.. dah book pun. ok tak ok.. kena tdo gak lah... dalam pukul 9 lebih kitaorang ke sana terus check in.. Wowwww.. first impression, nampak best juga hotel nih.. walaupun ada residen juga, lift dia asing.. dr tingkat bawah sampai 19, untuk Hotel.. 20 ke atas untuk residen.

Dah masuk bilik.. wowww.. lagi sekali.. memang agak besar biliknya.. sayangnya kalau ikut nak high floor, dpt 5th floor jer.. ok lah juga... pada aku dari segi bilik mmg ok sangat.. rancangan TV pun ok.. ada HBO, FOX movie jadi ada la movie yang boleh tonton kan sebelum tdo.. Cumanya bath tub jer takde. ok jer la takde bath tub tuh.. bilik air pun luas..

Katil king yang cukup lebar untuk bertarung 1 lawan 1

Bilik air yang bersih dan kemas

Wefie dulu berduaan

Dari segi bilik memang puas hati, tunggu breakfast plak nak tgk cemana.. Lepas dah hantar barang ke bilik.. kitaorang keluar cari makan.. sebelah luar seberang jalan ada la mcm mall.. bwh tu byk kedai2 makan tp yang jenis ber arak lah.. kitaorang pilih Fuel & shack.. tu pun dah nak tutup dalam pukul 11.. still sempat makan dan berduaan.. itu yang penting...





Hotel di seberang jalan di belakang kami tuhhh

Lepas makan, ronda2 jap.. round dalam hotel, tgk pool, restoran.. then terus naik bilik... mandi jap.. bersedia untuk naik katil layan movie. .dan berduaan lagi berpelukan... bla bla bla bla... tak boleh citer... ekekeke...
Level 3


Ruang lobi..

Bila dah subuh, terus bangun bersedia untuk breakfast, masa yang sangat di tunggu-tunggu lah... Pukul 7 lbh sikit dah turun... dah turun.. patut la sejuk sedap tdo.. hujan pagi2 ahad tuh.. plan nak berswiming pun cancel.. dah sampai restoran.. Wowwww.. lagi sekali.. makanan buffet untuk breakfast cukup banyak pilihan dan menyelerakan... fuh... memang best makanan dia. mcm2 adaaaa...
Pukul 9.30 kot baru kitaorang keluar dr restoran tuh.. penuh perut..

Breakfast dari 7.30 sampai 930pg.. terus boncit perut..

Ingat aktiviti lepas tuh nak berenang.. sekali ujan sejuk.. naik bilik plak la... layan mata.. kat kul 1 baru check out.. terus ke semarak.. jamuan kedai Lan suami Cik intan... memang sedap makan kat kedai ni.. settle situ.. terus ke Sunway Velocity.. dapat la Cap baru New Era satu hadiah anniversary.

Pekena laksa walaupun perut sendat bekpas pg td

Bersama cap baru.. tq sayangg

Itulah kisah seharian anniversary aku dan isteri... memang gumbira.. rasa riang mcm muda remaja... alhamdulillah...

Ucapan buat Isteri ku tersayang

Terima kasih selama 7 tahun ini menjaga makan minum abang, menjaga makan pakai abang, menguruskan serba serbi dalam hidup abg.. mengharungi bersama segala pancaroba hidup. alhamdulillah kita tempuhi dengan baik sekali.. Love you till jannah...

Hadiah dan kad yang aku sediakan untuk isteri tersayang.. agak surprise gak kot.. ekekeke.. sapa sangka kan... apa pun yang penting ingatan hari Anniversary dan berduaan lebih baik!!




P/S: Previous entry pasal anniversary.. anniversary ke 5.. boleh baca sini Selamat Ulangtahun ke - 5.


end


Photobook Kenangan 5 tahun bersama

Salam,
Rentetan dari ulang tahun perkahwinan aku dan isteri, aku ada buatkan photobook kenangan aku dan isteri sejak dari tahun 2012. Kebanyakan photo-photo kami bersama, samaada selfie atau bermonopod..


Sebenarnya dah agak lama aku kumpulkan gambar-gambar kenangan nih, then tunggu ada bajet baru lah dapatkan voucher dari photobook, total yang aku buat tak sampai RM200.. kalau ikut harga asalnya RM385.. tp sbb aku dapatkan harga promosi.. siap cover kulit lagi..

Kalau ikutkan memang agak renyah nak pilih gambo, nak cari yang melintang dan menegak.. alhamdulillah siap juga lah.. sebenarnya aku nak surprise isteri aku dengan photobook nih, tp di sebabkan aku delaykan penghantaran patut aku antar hari isnin, tp dr isnin tak sempat nak tgk.. last2 hari Rabu ke Khamis baru aku antar, jadi album tu sampai hari isnin.. apa pun still surprise la juga.. ekekekek..

Pada aku photobook ni agak senang nak buat, dia dah ada template, kalau nak design sendiri pun ok juga.. memandangkan aku nak surprise, jadi aku ada sangat limited time nak edit.. sbb nak buat kat mana? rumah la kan.. nak kena tunggu isteri msuk tdo, baru leh wat.. sbb masa limited, aku just guna template design tersedia jer..cuma ada page-page yg aku edit sikit2.. ekeke.. memang berbaloi.. ingat lepas ni nak buat yearly family album. .setiap vacation ada satu photobook.. tp tu la. .kos dia boleh tahan juga melainkan tunggu time promosi..

Memang syok kalau dapat tengok gambo-gambo kenangan dengan isteri.. kadang-kadang aku dok sorang2 pun aku rajin buka photo-photo lama aku dan isteri.. memang terasa keasyikan tgk balik kenangan lama.. itu cara utk kuatkan lagi ikatan kasih sayang antara aku dan isteri.. tambah-tambah lagi tgk photo-photo masa kat bali.. wow.. memang wow..

Alhamdulillah, semoga ikatan kasih antara aku dan isteri kekal terjalin selamanya.. baru 5 tahun, masih banyak lagi plan-plan yang kami set.. utk di jalankan bersama.. terutamanya pergi berjalan luar negara. tgk tempat-tempat orang... inshaallah.. boleh simpan duit dari sekrng utk anniversary ke -10 nanti. inshaallah...

antara photo-photo kenangan dalam album photobook yg aku buat..








Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-5 Eddy & Ani (07072012~07072017)

Salam semua,

Entri kali ni, aku nak ucapkan "Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke-5" buat diri sendiri dan isteriku tersayang... alhamdulillah, usia perkahwinan kami mencecah 5 tahun dah.. sedar tak sedar, cukup cepat masa berlalu.. Sepanjang berblog nih, aku rasa 1 kali baru tulis pasal Anniversary ni.. Mungkin boleh baca balik yang lepas kat sini.. aku ada share cemana kisah permulaan perkenalan ngan isteri... happy 4th anniversary 070712-070716.

Alhamdulillah, tiada apa yang amat menggembirakan aku selain dari apa yang aku lalui bersama isteri.. walaupun sudah 5 tahun tetapi aku masih rasa kasih sayang antara kami masih kuat dan masih hot/panas.... semoga apa yang kami rasa sekarang terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Aku ada beberapa plan untuk isteri aku nih sebenarnya.. tapi biasa la.. semua nak kena ada bajet.. bajet-bajet nak dapat bonus pun masih tak dapat nak laksanakannya.. sebab ada lagi benda lain yang di perlukan.. Namun aku cukup bersyukur, isteri amat memahami aku... ye lah.. suami mana yang tak mahu isteri gembira, kalau boleh semua aku nak sediakan untuk isteri aku, kalau boleh yang terbaik.. best of the best... namun kita tahu tahap kemampuan kita kan.. setakat itu saja.. kalau berlebihan sampai sanggup berhutang bagai.. masalah lain pula yang timbul.. yang utama, isteri gembira dan dia sentiasa tahu kita memang cuba berikan yang terbaik dan sentiasa menjadi pelindung utk dorng..

Apa yang aku bagi hanyalah sekeping kad ucapan tanda aku tak pernah lupa akan Ulang tahun perkahwinan kami... Biasanya setiap tahun kami akan pergi makan kat Chilis utk sambut ulang tahun perkahwinan.. tapi tahun nih, belum lagi... sekadar ucap dan kad saja.. aku dan isteri plan untuk vacation sempena menyambut ulang tahun perkahwinan kami.. inshaallah...

Aku berharap ulang tahun kami ke-10 aku dapat bawa isteri aku jalan--jalan ke kota Jepun ke, capadokia ke..  korea ke.. atau mana-mana dalam dunia yang menarik utk lawati... aminnnn... sempat lagi aku nak simpan duit dari hari nih.. inshaalah kalau umur panjang....

Aku memang berharap hubungan kami terus berkekalan, hot dan intim sehingga ke akhir hayat kami....

Untuk isteri ku
Love U sayang.. terima kasih kerana menjanga makan minum abang dengan baik.. semoga kita terus kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.. abang akan sentiasa berusaha untuk dapatkan yang terbaik untuk kita sekeluarga... Love you till jannah... muahhh!!!! Happy 5th anniversary...

Kat bawah ni memang gambo feveret aku sepanjang jaman.. aku dengan muka khayal penuh nafsu.. isteri buat peace lagi... sempoi isteri aku ni baq hang.. pada aku dia cukup terbaik buat aku.. alhamdulillah allah jodohkan aku dengan dia..



Masa ulang tahun ke 2 aku ada buatkan video, aku kurang pasti aku ada sharekan kat blog atau tidak.. cari-cari tak jumpa plak... so aku share sekali lagi lah... harap aku dapat buat video lagi... 






Happy 4th Anniversary (070712-070716)

Salam,
Entri hari ni semacam trobek (throw back) la sbb tarikh Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada 7/7/2016 hari tu. Hari ni baru nak tulis.

Sedar tak sedar, sudah 4 tahun aku dan isteri melayari bahtera perkahwinan. Dah selama itu jugalah pelbagai onak dan duri kehidupan yang kami tempuh bersama, Selama itu jugalah kebahagian kehidupan kekeluargaan terjalin dengan setulus kasih sayang yang amat dirasai.

Alhamdulillah Ya Allah, semoga engkau terus merahmati perhubungan keluarga kami.
Aku nak buka cerita lah kat sini.  Aku nak cerita semula lah detik dr mula perkenalan sehingga mengikat hubungan kasih sayang sehingga kini. Dari aku dan isteri sebesar jari kelingking sehingga berubah menjadi ibu jari kaki...  Kah Kah kah.. Apa benda aku ckp ni... Serius.. Serius..

Kami berkenalan dari Internet, applikasi messenger, seterusnya keluar dating sambil tgk movie, dating kesana kemari berterusan sehinggalah aku buka mulut untuk hantar rombongan meminang pada tahun 2010.

Lepas bertunang, plannya setahun la masa nya sebelum di ijabkabul, tapi masa tidak menyebelahi kami, tahun 2012 bulan 7 barulah kami disatukan di sebuah mesjid di Machang selepas Isya'. Berderau juga darah aku,  bak kata orang, kalau toreh muka pun darah tak keluar.. Giler kau.. Sapa tak pucat masa akad nikah walaupun pada aku ini kali kedua.

Rombongan dari pihak aku agak ramai,  6 7 bj kereta juga lah yang follow ke Machang , sewa 2 biji homestay. Agak selesa dan tak jauh dr rumah pengantin perempuan.
Lepas akad, ada jamuan makan di rumah pengantin perempuan. Kira simple je lah sbb kenduri akan di adakan pada esoknya.

Hal malam pertama xyah citer kot kan.. Hihi..

Settle je, lepas balik KL, kami bawa anak2 (anak2 aku bersama isteri dulu)  ke langkawi. Tiket flight semua dah tempah. Kira yang ni pre-honeymoon lah. Xleh wat apa sgt pun, sbb anak2 ada n agak bz berkejaran bawa ank2 berjalan tempat menarik sekitar langkawi.
Honeymoon kitaorg ke Bali, 6 hari 5 malam pada bulan 11 tahun yang sama.. Isteri plak dah pun berisi... Hihi.. Biasa lah pancutan power. Kikiki. Lahir lah Hana yang comel pada 2/4/2013. Alhamdulillah.

Sehingga ke hari ini, setelah 4 thn bersama rasa seperti baru semalam ke Bali, Itu antara tempat percutian yang kami rasa cukup best. Macam nak pergi lagi.

Alhamdulillah, Sekarang yang paling penting kasih sayang antara kami masih hot.  Persefahaman yang cukup tinggi antara kami, berbagai onak duri di harungi bersama, membuatkan hubungan kami semakin matang. Terima kasih buat isteriku. Terima kasih kerana menjaga makan, minum dan menjaga anak2 kita sebaiknya. 

Moga ulangtahun ke 5 nanti ada sesuatu yang lebih special dari aku untuk isteri. Tahun ni,  tiada apa yang aku bagi... Huhu.. Sedih siot.. Kalau ikut macam2 nak bg, tp apa kan daya.. Yang penting kasih sayang antara kami masih superb.

Nak cari balik gambo 2 kenangan sepanjang 4 tahun hubungan kami. Byk wooo.. Aku share yang best2 dan menarik je lah kan.. Layann..

To my dearest lovely wife! I love U so much. Love you more today than yesterday,  but not as much as tomorrow. Muaahh.


Nota kaki: mode jiwang karat.


























































Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.