Happy 4th Anniversary (070712-070716)
Salam,
Entri hari ni semacam trobek (throw back) la sbb tarikh Ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada 7/7/2016 hari tu. Hari ni baru nak tulis.
Sedar tak sedar, sudah 4 tahun aku dan isteri melayari bahtera perkahwinan. Dah selama itu jugalah pelbagai onak dan duri kehidupan yang kami tempuh bersama, Selama itu jugalah kebahagian kehidupan kekeluargaan terjalin dengan setulus kasih sayang yang amat dirasai.
Alhamdulillah Ya Allah, semoga engkau terus merahmati perhubungan keluarga kami.
Aku nak buka cerita lah kat sini. Aku nak cerita semula lah detik dr mula perkenalan sehingga mengikat hubungan kasih sayang sehingga kini. Dari aku dan isteri sebesar jari kelingking sehingga berubah menjadi ibu jari kaki... Kah Kah kah.. Apa benda aku ckp ni... Serius.. Serius..
Kami berkenalan dari Internet, applikasi messenger, seterusnya keluar dating sambil tgk movie, dating kesana kemari berterusan sehinggalah aku buka mulut untuk hantar rombongan meminang pada tahun 2010.
Lepas bertunang, plannya setahun la masa nya sebelum di ijabkabul, tapi masa tidak menyebelahi kami, tahun 2012 bulan 7 barulah kami disatukan di sebuah mesjid di Machang selepas Isya'. Berderau juga darah aku, bak kata orang, kalau toreh muka pun darah tak keluar.. Giler kau.. Sapa tak pucat masa akad nikah walaupun pada aku ini kali kedua.
Rombongan dari pihak aku agak ramai, 6 7 bj kereta juga lah yang follow ke Machang , sewa 2 biji homestay. Agak selesa dan tak jauh dr rumah pengantin perempuan.
Lepas akad, ada jamuan makan di rumah pengantin perempuan. Kira simple je lah sbb kenduri akan di adakan pada esoknya.
Hal malam pertama xyah citer kot kan.. Hihi..
Settle je, lepas balik KL, kami bawa anak2 (anak2 aku bersama isteri dulu) ke langkawi. Tiket flight semua dah tempah. Kira yang ni pre-honeymoon lah. Xleh wat apa sgt pun, sbb anak2 ada n agak bz berkejaran bawa ank2 berjalan tempat menarik sekitar langkawi.
Honeymoon kitaorg ke Bali, 6 hari 5 malam pada bulan 11 tahun yang sama.. Isteri plak dah pun berisi... Hihi.. Biasa lah pancutan power. Kikiki. Lahir lah Hana yang comel pada 2/4/2013. Alhamdulillah.
Sehingga ke hari ini, setelah 4 thn bersama rasa seperti baru semalam ke Bali, Itu antara tempat percutian yang kami rasa cukup best. Macam nak pergi lagi.
Alhamdulillah, Sekarang yang paling penting kasih sayang antara kami masih hot. Persefahaman yang cukup tinggi antara kami, berbagai onak duri di harungi bersama, membuatkan hubungan kami semakin matang. Terima kasih buat isteriku. Terima kasih kerana menjaga makan, minum dan menjaga anak2 kita sebaiknya.
Moga ulangtahun ke 5 nanti ada sesuatu yang lebih special dari aku untuk isteri. Tahun ni, tiada apa yang aku bagi... Huhu.. Sedih siot.. Kalau ikut macam2 nak bg, tp apa kan daya.. Yang penting kasih sayang antara kami masih superb.
Nak cari balik gambo 2 kenangan sepanjang 4 tahun hubungan kami. Byk wooo.. Aku share yang best2 dan menarik je lah kan.. Layann..
To my dearest lovely wife! I love U so much. Love you more today than yesterday, but not as much as tomorrow. Muaahh.
Nota kaki: mode jiwang karat.
0 comments:
Post a Comment