Showing posts with label kisah tahun baru. Show all posts
Showing posts with label kisah tahun baru. Show all posts

Selamat Tahun Baru 2024

 


Salam all,

Selamat Tahun Baru 2024 aku ucapkan. Semoga azam-azam korang di tahun2 lepas tercapai. Azam cuma nak jaga kesihatan, jaga makan dan perbaiki hubungan dengan Allah s.w.t. Inshaallah. 

Harap dengan kedatangan tahun baru ini membawa sinar baru untuk semua. Alhamdulillah, tahun 2023 berakhir dengan penuh makna, semua baik-baik saja, alhamdulillah. Rumah Verando pun dah dapat kunci, check defect bagai.. pada masa aku tulis blog ni pun aku dah tinggal di Verando ni baru dalam sebulan sejak awl bulan 12 tahun lepas.. 

Sehinggakan malam tahun baru, kami hanyalah duduk di rumah di depan TV sambil melihat pancuran bunga api dari arah sunway Pyramid saja. Tenang-tenang saja.

Tahun 2023 juga rezeki kami suami isteri dapat membeli rumah di Suriamas juga. Sepatutnya settle awal tahun ni, tapi alhamdulillah perjalanan pembelian sangat lancar, dah kami dah dapat kunci penghujung bulan 10 2023. Jadi bulan 10 sehingga bulan 12 kami sekeluarga sangat bizi dngan perpindahan rumah.. dr bawah ke atas, dari atas ke Verando. Masyaalah, terima kasih ya - Allah mengurniakan rezeki berlipat ganda. Semoga aku dan isteri sentiasa di murahkan rezeki.. 

Kami amat bersyukur.. Awal perkahwinan sememangnya kami di uji dengan ujian yang sangat mencabar dan kami dapat mengaharunginya bersama. Di sebalik ujian yang datang sudah pasti Allah SWT tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. Malahan, ujian yang diberikan adalah selaras dengan kemampuan hambaNya.

Perkara ini telah dinyatakan melalui firman Allah SWT melalui Surah Al Baqarah, ayat 286 yang maksudnya: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat (pahala) daripada (kebaikan) yang dilakukannya dan dia mendapat (seksaan) daripada (kejahatan) yang dilakukannya.” 

Alhamdulillah, semoga kami sentiasa di kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat kita semua pada  tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Salam tahun baru.. 2024!!

Dah 2023 oiiii!!!

 Salam pembaca blog Kisah Wijaya,


Sedar tak sedar dah tahun 2023. Pada hari aku mencoret ni pun dah setengah bulan Januari dah pun. Nampaknya tahun 2022, satu pos pun takde.. Tahun sebelum tu 2021 pun cuma ada 7 post jer..  2020 ada la 6 post... Aku tak pasti tahun ni nak menulis lagi ke tak.. buat masa sekarang ada sikit masa free boleh la menulis. Harap ada masa la nak post kisah2 kami sefamily dan rakan taulan yang ada di sekeliling.. ada jer cerita kan.. dr tahun 2020 tuh aku rasa tak byk aktiviti lagi pun covid... covid juga di persalahkan.. hahaha..

Semoga bermula tahun baru ni segala azam2 yang lepas telah pun di penuhi.. plan nak menguruskan diri pun mcm kelaut seperti biasa. Jadi tahun ni cuba lagi utk menurunkan berat badan di samping menjaga kesihatan yang lbh lagi memandangkan umur semakin meningkat ni.. Allahu.. macam-macam penyakit hinggap.. semoga kita semua di jauhkan dari segala penyakit.

Cerita pasal tahun 2022 ni... ermm.. apa yang menarik? nak kata menarik tp cukup untuk di jadikan memori indah sepanjang 2022

  1. Abah mak dapat pergi Umrah February
  2. Family Day keluarga Ahmad (mertua) di Pangkor Mac
  3. Adik ipar Fatihah Kawin Mac
  4. Raya Puasa di Perak May
  5. Raya Haji di Perak asbab ada korban 2 ekor lembu (Turn patut ke Klate)
  6. Ke Singapore Training Quattro (Besi Apac)
  7. 2nd honeymoon for 10yrs Anniversary ke Krabi Aug - my best memory 2022
  8. Team building Besi kat Genting Highland Aug
  9. Bangchik Konvo - seluruh family datang.. wat BBQ.. Oct
  10. Aiman dapat tempat kat UM.. hantar masuk KK12 end Oct
  11. Last day at Besi end Nov
  12. New beginning at Edag Holding Dec
  13. Meninggalnya seorang sahabat dari Sek Teknik Ipoh 26 Dec
Banyak juga cerita sebenarnya kan.. itu yang besar2 jer la bg aku.. kalau aku post setiap aktiviti menarik sepanjang tahun mungkin lebih byk lagi.. 

Tengok cemana, samaada aku tulis semua dalam post ni atau aku create satu post utk setiap memory tuh... kena tunggu kerajinan aku kot.. hahha..




Salam Tahun Baru 2021


 

Salam,

Dah hari ke 18 tahun baru, baru nak "Salam Tahun Baru 2021". Ok la kan.. better late than never. Tahun lepas pun entry ada 6 jer.. sikit giler kot.. ntah ler naper aku mcm kureng sikit nak menulis ni. Makin baloq.. sama dengan semangat nak excercise kuruskan badan pun abis kelaut... berat kembali ke asal dah.

Tahun lepas masa ke Perhentian pada bulan 3 berat badan aku dah susut ke 77kg dari 85.. isteri plak dah 66kg gitu kalau tak silat dari 72kg, namun pada masa aku tengah menulis ni berat badan aku dah 84kg... isteri 73kg... kan.. kembali ke asal.. aduhhhh..

Kami masih cuba untuk istiqomah utk turunkan berat badan, pertamanya nak kena start jaga makan balik. then kedua excersise yang konsisten... tp setakat 18hari masuk tahun baru... penjagaan makan ni masih terumbang ambing lagi.. huhuhuh... excersise pun baru 3 ke 4 kali  kot berlari anak atau berjalan keliling apartment kitaorang dalam 2km ke 3 km mcm tuh.. 1 pusingan dalam 350m jer.. jadi kena pusing hampir 10 round baru dapat 3km...

Tak de apa yang aku nak tulis, cuma nak set balik azam.. sama seperti tahun2 lepas... takde beza sebab pencapaiannya masih ke laut lagi. huhuhuh..mungkin tahun ni kena rajin kan diri juga untuk menulis blog... mcm tahun lepas PKP pun masih banyak aktiviti yang boleh di coretkan untuk memory akan datang kan. tp tu lah.. masih baloq giler lagi. 

Aktiviti tahun lepas, 

1. Percutian ke Pulau perhentian, pada pertengahan bulan 3 gitu..

2. PKP start, aktiviti2 di rumah.

3. Pindah rumah dari PJS10/14 atas tanah ke PJS10/11E ke tingkat 12 Suriamas.

4. Beraya Aidilfitri di Suriamas.

5. Balik kg beraya Aidil Adha di 2 kampung.

6. Hantar Aiman ke Matrik kedah.. pekena nasi kandaq Yasmin. padu ooo.

7. Percutian ke PD pada bulan 12.. ok la.. so so..

itu jer kot yang besar sikit kalau nak masuk blog tahun lepas.. ada la beberapa aktiviti yang tertulis di blog ni..

Harap tahun ni, boleh la byk sikit menulis.. sekurang2nya... sebulan ada 1 2 entry.. ok kot..

Sekian dulu ye.

babai..

2020 Post pertama - kisah Diet

Salam semua,
Selamat menyambut 2020, masih di bulan Jan ni, sempat lagi la aku nak ucapkan Happy New Year kan. Apa azam korang tahun ni? azam aku macam biasa ler. Lebih mendekatkan diri dengan tuhan, sentiasa beriadah, jaga makan, target susut sampai 70 ke 72kg tahun ni.

Selain tuh, aku dan isteri dah switch on aturan diet di tahun baru, isteri aku hari2 bangun masak utk bekalkan healthy lunch, terima kasih tak terhingga buat isteri. Breakfast pun kitaorang amik oat, telur, roti wholemeal je.. masing-masing nak susut kurang-kurang 10kg untuk tahun ni. Kitaorang takde target berapa bulan lah. asalkan menten mkn berkhasiat, beriadah dengan kerap, inshaallah akan susut la badan ni nanti.. kalau cepat, alhamdulillah.. kalau lambat kena istiqomah.. then boleh menten.

Selain tu juga aku ada group khas kat Besi utk eat clean ni, kitaorang sume pun bukan pandai sgt, tp share ilmu-ilmu yang kita ada jer la.. share makanan berkhasiat, share kalau riadah.. kurang kita yang berada dalam group sentiasa alert dan berada di atas landasan yang betul.. biasa la.. kalau sendiri-sendiri.. biasanya lepas 2 3 bulan memang ke laut.. ada group ni, time kita kelaut, ada kawan2 tolong ingatkan..

Aku sendiri start dok diet sejak 2015 lagi.. sejak badan naik teruk.. pernah sampai 87kg.. bayangkan betapa bulat masa tu..  slowly lah.. nak buat mudah.. nak menten payah.. susut sikit.. pastu mula la.. malas.. mkn mcm biasa balik... kita plak jenis kaki makan macam2 yang sedap-sedap.. Sekarang bukan tak boleh.. kalau dah selalu eat clean.. sekali sekala amik yang sedap-sedap pun tak de la masalah sangat.. jangan amik hari2 kan.

Harapnya dengan semangat yang tinggi sang isteri masak bekal hari2, semangat tinggi kawan-kawan dalam group utk terus istiqomah... inshaallah dalam 4 5 bulan mungkin boleh susut sekurang-kurangnya 5 ke 6 kg.. inshaallah.

Bukan kurus yang utama, tapi kesihatan dalaman.. kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi.. dengan pengambilan pemakanan yang seimbang, inshaallah boleh hindarkan segala-segala penyakit dan hidup lebih gembira dan sejahtera.

Setakat 1 Jan 2020 sampai ke hari ni 6/3/2020 kiraanya lebih 2 bulan berdiet ni, alhamdulillah!! dah susut lebih 6kg.. dari 82kg ke 76kg.. Kalau berat yoyo tu biasa la.. minggu lepas timbang 77, minggu ni 76, minggu depan 76.5.. tapi untuk jangka masa panjang, contoh sebulan turun 1 2kg.. kira okay lah.. dalam seminggu 2 kadang-kadang memang ada di mana keadaan yoyo yang aku tulis td.

Aku sharekan lah meal yang isteri kesayangan aku masak untuk bekal lunch.

Grilled chicken + sweet potato

Grilled chicken chop + vegi + bake potato

Ikan potong bakar + vegi

hard boiled egg + vegi + Sweet potato

Egg Muffin

Whole grain oat for breakfast

Whole meal spaghetti + chicken grill 

half boiled egg + whole meal bread for breakfast

Chicken grilled Wrap

Stim tofu + vegi..  Tak berapa syok sgt menu ni.. muak sikit.

Blacken Salmon + Wholemeal Aglio olio spaghetti

Chicken grill + bake potato & vegi

Grilled chicken + sweet potato & vegi

Chicken teriyaki Grilled + 1/2 cup white rice + vegi

Singgang ikan potong + 1/2 cup brown rice

Blacken Salmon + vegi & Sweet potato

Teriyaki Grill salmon + vegi & 1/2 cup brown rice

Siakap stim Halia

Sos Kikkoman utk perap teriyaki meal.. halal yang ni..

Stok lauk prepare utk 2 minggu  (10 meal)

Overnight Oat + strawberry.. memang sedap.. boh coklat sikit.. best


Chicken Grill + potato & Vegi

Tomyam seafood + 1/2 brown rice

Grilled chicken with Whipped Potato 

Aglio olio Wholemeal Spaghetti seafood

Nasi bujang - Sardin Bakar + Toge goreng + 1/2 cup Brown rice

Ayam stim Halia + 1/2 cup Brown rice

Siakap stim + white rice

Salad telur + seasoning sesame (Kew Pie)

Tuna in water Sandwich

Grilled Chicken Teriyaki + sweet potato

Grilled chiken Teriyaki + vegi - no carb

Aglio olio Wholemeal Spagetti seafood

Kebanyakan menu hmpir sama.. bertukar-tukar jer... selepas 2 bulan diet ni, alhamdullillah susut la juga. Tp bila check guna MI scale, Visceral Fat berada pada tahap high 12, sepatutnya kurang dari 10. Jadi untuk kurangkan Visceral fat, kena kurangkan Karbo dan selalu excersise cardio dan juga ambil protien secukupnya.

Nampak mcm lebih kepada keto diet lah.. mungkin 2 bulan mendatang cuba menu yang karbo kurang dan semak semula result Visceral fat ni.

End.


Tahun 2019 sudahhhhh!

Salam semua!!


Wow.. this is the first entry for 2019 baq hang... punya la liat nak menulis.. dah masuk Mac baru nak tulis... apa nak tulis pun tak pasti lagi.. so 1st entry ni.. citer jer la apa2 kan...

Bulan 1 dan bulan 2 takde apa yang menarik, balik kampung pun tak.. abis masa kat PJ saja... nak ronda jauh sgt pun tak juga... tu agaknya takde apa yang nak di tulis kan.. hahahah...

Ada la 1 2 kisah pasal berlari fun run... aku citer nnt utk next entry lah.. ada la modal sikit... untuk entry kali ni.. aku nak ckp pasal azam tahun baru lah kot.... biasa la masuk tahun baru.. mesti ada azam kan... apa azam korang.. ye korang yang baca blog aku nih.. hihihihi.. ada ke orang baca..

Inshallah ada, sbb ada beberapa entry kisah common lah.. mcm tempat makan, tempat vacation. ada byk visitor gak... ada lbh 1000 visitor gak la.. agak terkejut.. aku jangkakan visitor ni organik datang dari Google search lah sbb ada orang nak tahu info.. dorg search.. sama mcm aku gak.. Contoh nak g MAPS ipoh.. sure aku search.. biasa mmg jumpa blog2 ni lah dok bercerita pasal MAPS.. itu satu contoh lah.. jadi dr sana.. dapat la kita plan dengan lebih kemas kan...

Aku ada satu entry utk new year tahun lepas.. boleh klik sini selamat-tahun-baru-2018.. so ada azam tahun lepas yang dah berjaya di capai...

Macam tahun lepas juga.. azam aku masih sama.. kurangkan lagho.. teruskan ke arah kebaikan.. selalu bersolat berjemaah kat mesjid.. jaga makan.. nak turunkan berat badan ke 75kg.. masih lom capai tu.. paling kurang pun 77.8kg gtu jer.. harini.. masa aku tulis ni.. dah cecah balik 80++kg dah... huhuhuhu.. nasib lah.. Azam tahun lepas utk settlekan rumah rawang, alhamdulillah,, beban utang rumah rawang settled.. lega.. dapat la extra sikit.. aku guna duit tu utk settlekan hutang isteri kesayangan aku... sapa lagi nak tolong kan...

Kurangkan lagho ni pada aku, tiap2 tahun ada azam aku untuk kes yang nih.. tp itu lah yang paling payah nak buat... kadang-kadang mmg lagho juga lah... sbb tu azam aku "kurangkan".. ekekeke.. kadang2 sesuatu benda dah sebati dalam diri kita.. mmg susah nak buang serta merta.. jadi kita buat dia soft landing lah.. kurangkan dulu.. gantikan dengan benda lain yang lebih baik...

Harap aku terus istiqomah untuk menuju ke arah kebaikan.. segala kesilapan dan kesalahan yang terjadi tahun2 lepas... harap dapat di perbetulkan. dan balik ke jalan yang lurus lah... Kalau nak berjemaah kat mesjid tuh... sekurang-kurangnya maghrib dan isyak dah boleh amalkan selalu... ni malas.. asyik layan movie je.. hahahaha.. sendiri tahu..tp masih tak boleh nak betulkan..

Semoga tahun 2019 ini lebih mendekatkan diri ini dan keluarga kesayangan aku kepada tuhan yang Esa.. mengeratkan lagi hubungan aku dan Isteri... bak kata orang.. hari2mau... hahaha.. kalau ikutkan nafsu serakah aku nih... ermmm.. mampuih... hihihi.. apa pun.. masih boleh bertoleransi lah...

Semoga kita semua di berikan keberkatan hidup di dunia sementara yang fana ini.. aminnnnnn...






Selamat Tahun Baru 2018

Salam New Year,
Selamat tahun baru semua, semoga dengan berakhirnya tahun 2017 dapat meninggalkan segala kedukaan dan membawa kegembiraan ke dalam tahun 2018 nih...


Kalau ikut Azam tahun lepas, nak lebih mendekatkan diri dengan tuhan, kurangkan lagho, teruskan ke arah kebaikan.. Akan di teruskan juga...

Lagi satu nak settle kan hutang rumah rawang, tp sampai hari nih dah setahun proses penjualan rumah rawang masih belom settle... harap dapat settle paling lewat pertengahan tahun nih.

Bab kerjaya tahun lepas azam nak cari peluang baru, Alhamdulillah aku berada dalam kerjaya lain selain MOL, gaji ok sikit, benefit OK banyak compare MOL, perjalanan pun dalam 20 minit jer dari rumah... Alhamdulillah...

Tahun ni Azamnya, masih membawa yang tahun lepas, kena berubah ke arah kebaikan.... sekrang ni tak baik ke?.. alhamdulillah,, skrg ok.. tp lebih baik lagi.. mungkin istiqamah pergi solat berjemaah kat mesjid ke.. ada kata-kata yang agak menusuk.. "Selipar hilang kat mesjid tu cuma ujian kecil jer, ujian paling besar bilamana selipar kita tak pernah sampai ke mesjid"

Lagi satu Azam kali ni, nak lebih menjaga kesihatan, umur dah cecah 40+.. kesihatan kena jaga, makan kena jaga.. nnt nak jalan ngan isteri pusing dunia tak larat dah bila retire.. kesihatan dalaman pun kena jaga.. ekekeek.. nanti isteri lari plak... jangan main2... kekekeke... Jadi aku dan isteri memang plan nak makan yang healthy, kalau cheat pun maybe sehari 2 time cuti.. kena juga cheat.. kalau tak.. bosan wooo.. Target nak turun kan berat badan 75kg dalam tahun ni... Jun 2018 kena berat 75kg.. aminnnn...

Harap tahun ni beban hutang rumah rawang langsai... jadi aku dah boleh beli rumah baru.. kitaorang pun teringin nak duduk rumah baru juga... kurangkan utang-hutang yang ada.. kira nak financial yang stabil lah..

Berharap juga tahun ni dapat ber"vacation" yang best sikit.. setahun dapat 2x vacation besar ok dah... pegi Legoland ker.. pergi Pulau ker.. inshaallah...

Berkemungkinan juga, mencari pendapatan altenatif utk tahun nih.. lepas beberapa tahun aku follow the flow.. tahun ni maybe nak start balik lah.. mencari pendapatan altenatif... bukan aku sorang jer.. bersama isteri lah.. kitaorang ni kuat berjalan atau travel... kuat nak berbelanja.. so kena ada duit la baru syok berbelanja.. so itu la dia.. pendapatan altenatif..

Amin amin ya rabbal alaminnn... semoga segala yang aku inginkan ini di makbulkan Allah dan sentiasa di permudahkan setiap tugasan dan urusan aku... amiinnnnn..

Kalau ada masa aku nak compile photo-photo tahun 2017.. masukkan kat sini.. kenangan 2017 ler.. hehehe..


Selamat Datang 2017


Salam tahun baru,
Masuk tahun baru, set tak azam baru? Aku masih azam yang sama, nak lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, kurangkan lagho, patutnya jauhkan terus klu benda tak elok kan. Makna kata, pergi ke arah kebaikan lah, tinggalkan segala yang tak elok disisi Tuhan. 

Selain nya, aku nak clearkan hutang, rumah rawang dlm proses penjualan. Memang amik masa yg panjang. Klu boleh nak berbelanja secara berhemah.. Susah juga, tp itu yg kena buat. Ujung thn atau 2018 nak duduk kat umah sendiri.

Bab kerjaya, just remain, akan cuba cari peluang lain. Kerja tempat lain yg lebih menjamin. Tahun ni nak try cari duit lebih. 2015 & 2016 dah rileks, just follow the flow. Thn ni kena cari duit lebih sikit.

Itu la dia pembukaan blog utk tahun ni. Klu boleh kerap sikit menulis, seminggu 1 2 post cukup dah. Hihi, masih tak terdaya.

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.