Showing posts with label kisah suriamas. Show all posts
Showing posts with label kisah suriamas. Show all posts

Open house kali pertama di Suriamas condo

 Salam,

Selepas cerita ke spital. Masih belum bernoktah lagi.. kita teruskan dengan cerita pasal open house Raya kali ni. Then aku sambung balik kisah sakit sebab infection kelenjar tiroid nih. Plan nak buat open house ni memang selalu di plan setibanya raya. Tapi kali ni kitaorang bagi jadi. Masa kat rumah bawah lama di PJS 10/14 dulu ada la beberapa kali kami buat. lepas PKP memang takde dah.

Kiranya ini kali pertama kami buat di rumah Suriamas nih. Kebetulan balik dari kampung jumaat, jadi ada 3 hari untuk kami cari barang-barang untuk open house. Cuti memang sampai isnin (labour day). Alhamdulillah, kesihatan isteri yang mengizinkan, dapat kan meneruskan niat nak buat open house raya. Menu yang di ketengahkan adalah, nasi tomato, lontong, rendang daging, kuah kacang, lemang/ketupat bubur pulut itam sebagai pemanis mulut. 

Kiranya lepas kami berjumpa doktor pada pagi jumaat tuh, 5/5/2023. Kebetulan aku amik cuti utk hari tuh.. sebab takut urusan kat hospital lama. So hari jumaat tu pun sempat gak kitaorang cari sikit2 lagi bahan utk masak memasak habuan open house keesokan hari nya.

Jadi petang jumaat kitaorang dah start potong memotong dah. Settlekan rebus ketupat nasi, masak rendang ayam, dan buat kuah kacang. dalam pukul 5 tu start, pukul 10 malam baru siap.. lama gak la.. mlm ni tdo awal.. esok awal pagi nak start masak nasi tomato dan kuah lontong.. 

Jadinya pagi sabtu bertungkus lumus la kami 2 laki bini masak memasak. Dengan kuah lontongnya, tumis utk nasi tomatonya. ayam masak merah lagi.. nasib baik ayam kami dah goreng semalam.. tu yang lewat baru siap.. sebab goreng 3ekor ayam. Nasi kami masak 8 pot 2x masak. Asal nak masak 3x, sekali tengok 16 pot total pun dah penuh flask merah tuh. 

Kira-kira jam 11.30 pagi juga la baru segalanya ready.. Air kitaorang buat air sunquic blackcurrent. Air awal pagi aku dah p beli 2 bungkus. Alhamdulillah. Setup meja, awal2 ni adik beradik pun sampai. Oman dan Zati, adik daus dan Azu pun sampai dari Seremban. Tak lama tuh Azam ngan Mawar pun sampai. 


Sempat la kami snap gambar family sekeping 2 dan menjamu selera dulu. Seterusnya tunggu kawan-kawan aku dan isteri. Bermula jam 2 tghhr. Ramai juga kawan-kawan yang aku jemput hadir. Firdaus yusof dan keluarga, botak dan isteri, razi dan isteri, bos isteri dan keluarga, arif dan keluarga, gigi, Jen & Tam sekeluarga dan keluarga, asan dan keluarga, dan juga nai dan keluarga.. lebih 30 orang juga lah. 


Alhamdulillah, kiranya pada jam 6ptg tu, semua makanan yang di sediakan memang cuku dan habis di semua.. baguslah takde yang tinggal. Rumah apartment memang susah nak panggil ramai-ramai sngat. Sebab kalau semua orang datang serentak, agak susah nak handle sebb ruang tak muat. 

Rasanya sampai sini dulu entry kali ni. Insyallah kalau ada rezeki , tahun depan boleh buat lagi open house.

end


Suriamas PJS 10 - best ke tinggal kat sini?

 Salam All,

Saja aku nak cerita kisah yang umum sikit sekali sekala. Aku nak cerita tempat aku tinggal sekarang. Suriamas PJS10 ni. Best ke tak best. Kalau korang nak tahu, Suriamas ni berhampiran dengan Kondo Ridzuan dan Mentari court blok G, pintu belakang mentari court.


Aku mula berpindah masuk Suriamas ni tahun lepas dalam hujung bulan April 2020, bulan 5 start duduk lah. Asalnya aku sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat di lorong PJS 10/14. Agak lama tinggal di sana sejak kawin tahun 2012 gtu. Diam tak diam dah lebih kurang 8 tahun oooo.. Macam - macam ragam tinggal di sana. Jiran-jiran bersilih ganti.

Pada Dec 2019 aku dapat call dari owner rumah Uncle Ameer. Dia cakap rumah tu nak hand over bg anak dia, jadi dia bagi masa la kat aku untuk pindah dalam 3 bulan.. Maknanya dalam bulan 4 dah keluar dari rumah tuh lah. Jadi nak tak nak kami terpaksa la pindah dari situ. Pada awal tahun lepas kami dapat beli rumah Verando, memang ada rasa nak pindah, tapi memandangkan kos perpindahan agak tinggi, jadi kami teruskan untuk tinggal di rumah ni dalam setahun 2 lagi sehingga rumah kami siap. Namun perancangan Allah mengatasi segala-galanya. 

Isteri aku agak skeptikal dengan  Suriamas ni, dia rasa environment area sini yang agak sesak mungkin macam Mentari Court. Jadi aku sebagai lelaki hensem yang bijak menutur kata-kata lagi bijak memujuk isteri, "Alah, kita g tengok rumah dulu.. kalau ok kita masuk.. kalau tak ok.. kita g tengok rumah lain plak".. Lepas review dalam 3 4 rumah dalam Suriamas, terus dia rasa suka plak. Ha, kan dah cakap.. Aku memang dah lama dok ushar rumah ni kot nak beli satu hari nanti. 

Lepas deal dengan tuan rumah, sewa yang di kenakan adalah RM1700, perlu bayar 3 bulan deposit dan agreement saja RM600.. total aku nak kena cari adalah 4 bulan x 1700 + 600, total RM7400.. Wow... naya wei... merata cari duit untuk sewa. Di sebabkan tuan rumah Uncle Ameer ni seorang yang sangat baik, jadi dari bulan 1 2 dan 3 kami tak bayar sewa. Kami bagi tahu Uncle, sebab agak drastik, kami kekurangan duit untuk cari deposit.. Jadi start Jan kami tak bayar sewa. Sewa rumah adalah RM1200, jadi kat sana kami ada 3600, jadi aku perlukan dalam 4000 lagi untuk cukupkan total amaun yang di perlukan.

Bulan 4 aku biasanya dapat bonus dari Besi, jadi aku guna RM4000 dari bonus untuk topup. Tapi memandangkan masih awal bulan, jadi kami meminjam dari adik-adik sorang seribu dan berjanji dengan dorang hujung bulan 4 kami akan bayar. Alhamdulillah, adik2 semua mudah nak bantu. 

Kami pindah masuk ke Suriamas di musim Pandemik, sepatutnya hujung bulan 3, tapi sebabkan PKP, terpaksa di tangguhkan ke bulan 4 selepas PKP dah di longgarkan sedikit. Dapatlah ambil kunci, dah start memindahkan barang sikit demi sedikit menggunakan kereta. Asalnya nak sewa lori, tapi di sebabkan keadaan memaksa, kami memindahkan barang sedikit demi sedikit. Katil, almari meja makan aku jual dan ada set bilik tidur yang aku tinggal. Sewa di Suriamas ni fully furnish.


Banyak pulak cerita ni. Biasa lah.. kenangan kan.

Persoalan dari tajuk blog - Best ke tinggal di Suriamas?

Bila dah pindah masuk. Aku rasa Suriamas ni memang sesuai untuk family. Sangat rileks dan tenang. Takde rasa sesak dan hiruk pikuk bising orang lalu lalang. Isteri aku yang dahulunya sangat skeptikal pun rasa seronok dapat duduk di Suriamas, "Kenapa dari dulu tak duduk sini"... 

Apa yang ok di sini.

1. Guard

Guard yang sangat friendly, mudah berbicara dan sangat menghormati penduduk Suriamas. Sekiranya ada masalah, mudah untuk berurusan dengan dorang.

2. Fasiliti

Dalam Suriamas ni, ada Swimming Pool, sentiasa bersih. Ada Gymnasium, pada aku cukup untuk beriadah dan main berat dan kuarkan peluh. Ada Court badminton 2 padang, ada set pingpong, ada playground. Dan halaman dan ruang faciliti yang sangat luas, sesuai untuk family beriadah, jogging, anak2 boleh bermain basikal atau scooter. sungguh aman dan tenang.



3. Kedai Makan & convenience store

Aku paling suka Kedai makan dia, memang sedap kot. Dari roti canai sehingga makan masak panas, semua sedap. Dengan nasi goreng kampung, mee goreng basah, tomyam yang sungguh padu... best giler kot. Servis sangat tip top. Korang boleh order thru Whatsapp jer, dorang antar depan pintu.. best ke tak? Conviniencce store pun ok, secukup barang yang di perlukan di saat terdesak.  

Recent Posts

Recent Posts Widget

Popular Posts

Categories

Seorang yang simple, kelakar juga sikit, suka melancong bersama keluarga, suka makan-makan dan suka peluk isteri. Masih bekerja makan gaji. Seorang yang tak berapa pandai menulis tapi nak juga share apa yang patut.. Moga pembaca mendapat manfaat dari tulisan dan perkongsian ini.