Ready ke nak beraya?
Salam,
Dah ready ke korang nak beraya? Persiapan semua dah siap? Duit raya dah tukar?
Dah ready ke korang nak beraya? Persiapan semua dah siap? Duit raya dah tukar?
Walaupun pun masih ada lebih seminggu lagi nak raya, kurang 5 hari lagi nak cuti, aku dah start rasa mode raya dah.. Nak kerja pun kurang efficient dah..
Tmbah lagi, isteri pun dah start pack baju2 raya masuk Beg.. Wow.. Seronok nya.. Duit raya cadangnya hari akan di tukar.. Inshaallah Allah.
Kita orang akan start bercuti pada sabtu nih, 2hb Julai sampai 10hb. Tp mungkin gerak balik kampung hari Ahad kot sebab nak elak kan jem pada hari sabtu tuh.
Semangat kan? Hehehe.. Giler ko x semangat. Tahun ni kami akan beraya di perak, Selama perak. Tak balik Klate. Kebiasaan masa awal perkahwinan kami sekeluarga biasa akan balik kedua2 kampung, contoh klu balik Perak, raya kedua or ketiga akan gerak balik klate.
2 tahun macam tu cukup lah, bukan apa, masa abis kat atas jalan raya, jem tak hengat der.. Memang menggila. Balik klate Dr perak, lalu grik sepatutnya ambil masa 4jam jadi 10 ke 12 jam.
Memang teramat penat, itu yang kami buat keputusan, beraya satu kampung je. Rehat cukup2, beraya cukup2. Nanti raya aji, baru balik klate.
0 comments:
Post a Comment